Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Jumaat, 30 Oktober 2015

Cuci 4R 100 keping CUMA RM10 Saja!!



Wah..pejam celik..pejam celik..dah hujung bulan 10 rupanya. Rasanya baru je masuk bulan 10.. Dekat sebulan jugalah daku tak 'hapdet' blog ni. Dok teringat je ank 'hapdet' tapi dek kerana kekangan masa membuatkan daku termiss padamu blog. 

Macam-macam jadi dalam tempoh sebulan ni. Tapi besalah kan..busy dengan kerja. Sekarang dah banyak kerja luar. Kalau dulu, Noor banyak dok office..kini..haa...masuk office kejap dah keluar..pergi melawat kawasan..

Sampaikan Noor salah tengok tarikh. Dok ingat hari jadi si abang esok..walhal hari sabtu..haish..adakah peningkatan umur yang menyebabkan perkara ini berlaku?? wallahualam.

Haa...nak share ni. Baru-baru ni Noor ada beli baucer untuk cuci gambar dari www.photobookmalaysia.com.my

RM10 4R untuk 100 keping

Wow!! banyak tu..dulu cuci gambar ZarifZaquan 100pcs pun mau dekat seratus gak. Ini cuci 100 tapi bayar sepoloh hengget ja..rasa memang berbaloi sangat. Dah la..baucer expired bulan April 2016.. Jadi, masih ada banyak masa tuk edit gambar dan pilih gambar mana yang nak cuci.


Ini baru 100 keping yang Noor cuci..masih ada 400 keping yang perlu dipilih untuk cuci. Noor ambil kertas jenis Matte sebabnya kertasnya kasar sikit dan tidak melekap. Cuma gambar kertas matte tidak secantik dan setajam kertas gloss. Kalau kertas gloss gambar memang cantik tapi jika simpan lama nanti gambarnya melekat pada plstik album mahupun frame. Selain tu, kertas gloss ni juga akan meninggalkan cap jari jika dipegang pada permukaan gambar. Jadi, terpulanglah pada anda untuk cuci yang mana jenis kertasnya.

Banyak gambar Noor yang diletakkan pada frame melekat gambarnya pada cermin. Dah la gambar kawin lak tu..huhu...sodihh...kesnya frame tu jatuh sebab hero dok cuit. Dah gantung tinggi pun dia berkenan nak kacau gak. hai la anak..jadinya frame tu dah pecah. Sekarang tak tau nak buat macam mana sebab nak cabut gambar tu memang sah sah la rosak terus gambar sebab dah melekap ada cermin..hurrmmm..simpan ja la dulu. Tunggu idea mai baru gantung balik.

Kalau rasa berminat nak cuci, boleh la pergi ke >> http://www.photobook.com.my/promotions

Ada banyak pilihan, cuci canvas, photobook, calendar, wallpaper..jadi anda boleh pilih mana yang berkenan.

Rabu, 30 September 2015

Woop..woop..woop...

Apa khabar semua??
Noor harap semuanya sihat dan gembira di samping keluarga tersayang.
Haa..nampak dak?? Menarik dak??
Bukan apa..Noor sendiri yang teruja sebab dapat susu Mamil sekotak ni dan bag dumex ni secara PERCUMA ye..sekali lagi..PERCUMA..tak perlu nak bayar apa pun.
Anak pun suka!!
Yang diminta cumalah line tenet dan masa anda untuk kumpul point dan tebus hadiah.
Jika ada yang berminat boleh klik link ni>>>>>

http://www.woop.my/friend/index/id/208948/

Nanti anda daftar dan jawab soalan yang diberikan.
Lebih kepada survey la..
Noor dok jawab survey Mamil Dumex ni..selain tu ada survey Horlick..hp Sony..Vaseline..
Setiap survey ada point dan point itu boleh ditukar.
Buat masa ni Noor tukar bag tu..sebabnya tahun depan Zarif Zaquan dah nak ke sekolah Tadika..jadi boleh lah guna bag tu.. Jimat duit mummy..hehehe..
Sekarang nak tebus stainless steel tumbler dari dumex lak tapi stok belum ada..jadi kita kumpul lagi point.
Oh ya, barangan tebusan bukannlah menarik seperti yang anda bayangkan cuma lebih kepada susu, horlick, tumbler, bag, voucer susu dan mainan. Sesuailah tebus untuk anak.
Jika ada yang berminat boleh klik link ni>>>>>
http://www.woop.my/friend/index/id/208948/

Jom ramai-ramai kita join woop ni..percuma je pun.

Dating Berdua


Hai..hai..

9 September 2015 yang lalu..

Kami dating berdua..

Di Klinik Kesihatan Puchong Bt 14..


Ziyad dah 2 tahun 5 hari..

Masa ni tengah tunggu time nak pergi daftar..maklumlah kami sampai awal.
Jadi kita selfie dulu..


Alhamdulillah..semuanya normal..jadi jom kita balik..ambil abang lak.

Balik umah nanti makan ubat cacing ye dik.

Si Purple Kena Cium di KM447

Selamat sejahtera semua..wah...wah...agak lama Noor tak update bloq kesayangan ni. Bukannya tak nak updated tapi banyak hal yang berlaku..dek kekangan masa lagi..makanya semuanya hanya tercatit di memori sahaja. 

Oh Ya, rasanya masih sempat Noor nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua kaum Muslimin dan juga Muslimat. Tak lupa juga al-fatihah untuk mangsa jemaah haji di Mekah dengan kejadian kren runtuh dan rempuhan di Mina.

Dalam entry ni, Noor nak cerita satu kejadian yang tidak diingini yang telah terjadi. Sehingga kini Noor masih fobia lagi jika bawa kereta padahal masa eksiden tu suami Noor yang bawa. Pantang kereta berhenti di jalan, Noor mesti 'seriyau' kot-kot kereta belakang tak sempat brek..fuuhhh...kerap benar nengok cermin ke belakang..harap sangat kejadian ni tak akan berulang lagi.

Nak dijadikan cerita, masa kejadian tu Noor sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kampung ke teratak kecilku. Masa ni cuti sempena Tahun Baru Cina 23 Februari 2015. Sampai di KM447, berampiran Sungai Buloh, kereta yang tengah laju tetiba berhenti. Suami Noor sempat brek kecemasan dan berhenti, tapi kereta Kenari belakang kami yang tengah laju tidak sempat brek menyebabkan mereka melanggar kereta kami dan kami pula tergelungsur ke depan. Haa...si purpleku pun apa lagi..bontotnya dicium dan dipaksa tuk cium bontot Hyundai pula..nasib baiklah kebetulan memang kami sudah berhenti..jadi akibat gelungsoran itu tidak menyebabkan kemek pada kereta Hyundai dan bahagian depan keretaku.

Kereta di hadapanku yang ingin pulang ke Singapore.

Momtot si purple kena cium.

 Kelisa yang melanggar si purple yang parah.


Masa kejadian dalam pukul 6 petang dan kami bertiga terus ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membuat laporan. Memang mengambil masa yang lama sementara menunggu giliran untuk membuat laporan kerana ramai yang eksiden pada hari itu dari pukul 6 lebih sehingga pukul 9 baru kami selesai membuat laporan serta pihak polis mengambil gambar sebagai bukti kemalangan.

Laporan polis boleh di ambil terus selepas buat laporan. 

24 Februari 2015 kami sekeluarga pulang semula ke kampung halaman untuk mengambil kereta mak abah dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Ipoh. Perjalanan adalah pada waktu malam..sekali lagi kami terpaksa menyusahkan mak abah untuk mengambil kami sekeluarga di Stesen Keretapi Ipoh untuk pulang ke Taiping.

Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga buat mak abah yang sudi pinjamkan kereta untuk memudahkan pergerakan kami di sini serta membantu kami ketika di dalam kesulitan. Almaklumlah si purple ini sahaja yang memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Bayaangkan jika tiada kenderaan, bagaimana untuk ku pergi kerja? Takkan nak ambil cuti tanpa gaji sebulan? Anak-anak pun takkan tak ke sekolah kerana setiap pagi Noor yang menghantar mereka. 

Oh ya, buat pengetahuan semua..kami mengambil keputusan untuk menghantar semula ke Perodua Hub Subang Jaya untuk proses pemasangan. Kami tidak mahu mengambil risiko dengan menghantar di bengkel kerana takut jika ada masalah dengan pemasangannya di kemudian hari. Sebulan jugalah baru kereta siap dibaiki. 

Disebabkan keputusan siatan belum dapat, kami terpaksa menggunakan insuran sendiri untuk memulakan kerja membaiki kereta. Jika masih menunggu keputusan itu, lambat lagilah keretaku dapat keluar dari 'spital'. 

Hampir sebulan gak la baru kami pergi semula ke Balai Polis Sungai Buloh untuk mengambil keputusan laporan untuk membuat tuntutan insuran ke atas kereta Kelisa. Setelah memperolehi dokumen keputusan penyiasatan, barulah kami boleh membuat insuran.

Dapat kembali NCB ku yang digunakan dahulu...

Jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar adalah RM15K.

Woowwwiii..banyaknya..boleh tahan harganya.

Tapi nasib baik boleh claim atas insuran kereta kelisa..alhamdulillah.


Siap boleh tuntut lagi 'Loss of Use' sepanjang kereta dibaiki. Tapi Noor hanya dapat 1/3 je pun dari jumlah yang dituntut..jadilahkan..


Selesai sudah kes ku ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Burfday keretaku bulan September 2015...

Dengan yakinnya Noor pun membuat panggilan ke Am Insuran untuk renew roadtax. Tetiba operator memberitahu bahawa Noor terpaksa bayar full NCB..

haaaaaaaaaaaaa!!!!

Nasib Noor tak dak sakit jantung, boleh pengsan tau sebabnya ingatkan kes tuntuan dah selesai.

Terpaksalah telefon semula ke bahagian tuntutan dan mereka memberitahu bahawa masih belum dapat dokumen untuk keputusan siasatan kes. Noor telefon semula Perodua dan mereka pula beritahu bahawa sudah hantar.

Wah..wah..main tolak tolak pula diorang ni. Mentang-mentanglah masing-masing dah dapat duit..hurmm..siapa tak hangin kan kalau jadi begini.

Last-last Noor minta Perodua email segala bagai dokumen tu dan Noor email sendiri pada pihak insuran. Ingatkan dah settle bila person in charge kata dah dapat email..rupanya masih belum..hurmm...makanya terkeluar gak perkataan yang kurang sopan..haish..maaflah ye..baru lah boleh settle dan keluarkan roadtaxku..

Terima kasih pada operator yang bernama Suzana dari AmGeneralInsurans yang sudi take action untuk renew masalah NCB dan roadtaxku.


Alhamdulillah....




Isnin, 22 Jun 2015

Kuih Buah Melaka Pencuci Mulut 4 Ramadhan

Entri kali ni, Noor saja nak share resepi Kuih buah melaka pula..sesetengah tempat panggil onde-onde. Resepi dari My Mum sendiri.

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air kapur
sedikit air pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula Melaka yang telah di potong dadu
Sedikit garam

Nyiok kelapa yang telah dicampur garam (sesuaikan rasa)
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum, garam, air kapur sehingga sebati. 
Masukkan pewarna hijau dan air pandan sedikit demi sedikit, jadikan tepung seperti doh yang tidak melekat di tangan.
Panaskan air sehingga mendidih, ambil tepung dan leperkan. 
Masukkan gula melaka dan gentel untuk jadikannya bulat. Terus masukkan dalam air panas tadi. Buat sehingga habis. 
Buah melaka yang timbul bolehlah diangkat kerana ia sudah masak. Yang masih tenggelam tunggu sehingga timbul. 
Semasa angkat, terus masukkan kedalam nyiok tadi. Bolehlah dihidang.


Tips:
* pastikan air betul-betul panas sebelum masak
* tepung gandum untuk kurangkan liat kuih melaka.
* Goreng nyiok tanpa minyak sekejap bersama garam agar tahan lama dan tak basi.


Maaflah sebab Noor terlupa nak snap gambar buah melaka..sebab dok bersilat dengan heroes.
Tak pelah, Noor belanja gambar ni... 


Haaa...ni perapan satey dari air tangan encik hubby lak. Katanya tunggu 2 hari baru boleh makan.
Hohoh...tak sabarnya puan isteri nak makan.
Apa pula menu untuk sahur dan ifter esok ye?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Bergerdil Daging pada 3 Ramadhan

Salam ceria buat semua..alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk merasai Ramadan yang ke 5 pada hari ini. Dah hampir seminggu..lepas tu hampir sebulan..naahhh..raya sudah..eh..eh..lambat lagi tu..hehehe...jauh lak verangan Noor ni ye.

Hari sabtu dan ahad kami anak-beranak dok landing je kat rumah..petang tu ada la pergi Giant Kinrara sekejap untuk membeli barang dapur. Dapat la ayam sekor RM4.99 sekilo. Haaa...murahkan..murahkan!! Tu la...lenkali nak g shopping barang dapur pergi hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab banyak sangat offer dalam 3 hari ni.. Ini tak, en.hubby suka ngajak g shopping hari biasa. Haa...harga pun berganda la jawabnya. 

Bila berpuasa dengan budak kecik ni..agak mencabar sebenarnya. yela, kita tetap kena sediakan makanan untuk mereka. Dah tu, time si abang dan si adik makan..kena lak time deme nak suap mummy daddy..haaa...parah!! Jenuh nak cakap kata mummy daddy puasa..tak boleh makan. Nanti tunggu malam baru boleh makan. Alhamdulillah, si abang dah boleh faham, tapi si adik..hohohoho..kalau bab memaksa..fuhhh..berpeluh dibuatnya. Kalau dia bagi atau suap, wajib ambil..kalau tidak laaa...startlah melalaknya. Hai la anak bertuah ni..

Alhamdulillah, setakat semalam Noor sekeluarga belum lagi pergi bazar untuk membeli juadah berbuka. Bukannya apa, sebab dah serik rasanya..tahun sebelum ni pernah pergi dan beli lauk dengan harapan nak makan semasa berbuka. Alih-alih basi..ha...tak ke rugi..dah la rugi nak kena masak juga. 

Dulu tak pe la tak de anak kecik lagi..sekarang, jika beli dan  makanan yang dibeli pula basi..kesian sangat kat anak yang tidak tahu apa-apa tu. Yang diorang tau, nak makan. Jadi, sekarang Noor balik kerja terus masak. Alang-alang masak, terus lebih masak untuk buat sahur. Jadi, bila waktu sahur dah tak susah nak rushing. Tambahan pula, 2 3 hari ni, si adik asyik jaga mummy je time sahur. Yela, dia tak bagi mummy bangun..walaupun nak duduk sekali pun. Adooii..nasib baik lah encik suami boleh tolong panaskan lauk dan bancuh teh o panas. Lepas tu daddy ajak adik dan dukung dia..barulah dia mau keluar. Mummy ajak, tak mau ye diikkk...hai la anak.



Ini menu berbuka pada 4 Ramadhan..Tofu telur bersama cendawan, ayam goreng dan bergedil.
Bergedil tu buat masa 3 Ramadhan..Noor buat banyak dan frozenkan selebihnya. Bila nak makan, terus ambil dan goreng je. Cukup mudah. 

Resepi bergedil Daging:-

1/2 peket Dading Cincang (apa-apa brand pun boleh)
Kentang secukupnya
Daun bawang & Daun Sup (tapi Noor masukkan daun bawang je)
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Lada sulah
Bawang goreng (Noor guna bawang biasa tapi goreng sampai layu je)

Noor punya resepi ni semuanya ikut agak-agak sesuai je..jadi tiada sukatan yang betul.


Kentang di cuci, di buang kulit dan rebus.
Daging kisar digoreng sebentar tanpa minyak atas kuali non-stick
Lenyek kentang, masukkan daging, dan tepung jagung sehingga sebati.
Masukkan pula lada hitam, lada sulah dan garam mengikut kesedapan mulut.
Masukkan bawang goreng dan daun sup. 
Setelah sebati, gentelkan ia mengikut kesukaan anda..nak bulat boleh, leper pun boleh.
Dah siap..boleh la nak frozen kan.



Untuk goreng..pecahkan sebijik telur..masukkan sedikit tepung jagung (option). 
Celup bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas.



TIPS: 
* pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.




Selamat Berpuasa


Ada idea untuk sahur dan iftar?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Khamis, 18 Jun 2015

Hari Pertama Ramadan 2015

Salam 1 Ramadan buat semua yang beragama Islam. 
Noor nak ucapkan selamat berpuasa ye..
Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima.



Jika ada yang terlupa niat puasa, nahhh..Noor tempekkan niat puasa. Bacalah niat untuk sebulan kerana dikhuatiri kita terlupa niat di malam hari yang lain. 




Pssstt...psstt...sahur tadi makan apa? Noor masak cendawan, makan dengan sambal hitam pahang dan ikan masin..fuhh..pekena dengan nasi panas, memang ngam!! Maklumlah masa sahur Noor dan suami memang makan simple je. Takde nak makan pelbagai jenis time sahur. 

Kebetulan tahun ni berpuasa dengan 2 orang heroes yang tengah lasak..fuuhhh..agak mencabar sebenarnya. Masa sahur tadi, boleh pula dua beradik tu bangun..sedangkan masa untuk sahur tinggal lagi 10 minit. Dah dengar orang sedang mengaji menandakan waktu sahur hampir tamat. Itu di kawasan tempat tinggal Noor laaa..tempat lain wallahualam bisawab..

Berbalik pada cerita tadi, bila dua beradik dah bangun..haaaa...bunyilah radioooooooooooooo dengan kuatnya. Kesnya sebab depa terjaga tapi tak de orang kat sebelah dengan keadaan yang masih gelap. Ha..mau tak gelabah diorang. Kalau bangun pagi time cuaca cerah tu ok la..ini gelap..walaupun ada pasang lampu tidur tapi bagi budak kannn..mesti rasa gelap.

Lepas tu, haa...startlah drama di subuh hari yang hening. Si adik masuk bilik nak menyusu..lepas habis dia pergi main. Si abang lak, tengah dok layan milo botol dia, tetiba nak makan nasi. Nasib baiklah daddynya mau layan..alhamdulillah..makan jugak walaupun sikit. Teringin kot sebab tengok mummy dan daddy makan tadi..kehkeh..

Lepas settle abang makan, dia terus landing tapi si adik..haaa...sambung main..dan main...sorang-sorang pun jadi. Bila mummy bangun nak siap g kerja, adik lak baru nak sambung tido. Apa lagi..start lah lagi radiooooooooooo...hoho..

Maka, masa hantar adik ke taska tadi dalam keadaan moody..si abang walaupun mengantuk masih ok. Semoga anak-anak mummy daddy berada dalam keadaan yang baik ye.


Itulah alkisah Noor di Hari Pertama Ramadan 2015.


Mmmm...tengah terpikir apa menu simple untuk berbuka nanti??


Ada idea?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..


Selasa, 16 Jun 2015

Bintang Kecil -Dulu & Sekarang


Alhamdulillah..TAHNIAH!!TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Anakku terpilih lagi untuk masuk majalah untuk kategori Dulu & Sekarang Bintang Kecil keluaran June 2015.

Walaupun dia tak tahu yang wajahnya terpilih masuk majalah disebabkan mummy punya kerja..tapi ini adalah satu kenangan buatmu Muhammad Zarif Zaquan.

Insyaallah, satu hari nanti kamu akan lihat juga entri ini.

Mummy hantar gambar tika kamu kecil masa kita menginap di sebuah hotel di Johor 2012 dan gambar tika kamu besar masa kat airport Kota Kinabalu 2015.


Alhamdulillah, nanti kita tunggu hadiah dari Baby Kingdom ya..

Apalah yang akan kita dapat.

Mummy yang excited sebenarnya!!


Royal Floria Putrajaya 2015



6 June 2015 lepas, Noor sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Royal Floria di Presint 4, Putrajaya. Tahun lepas kami tak berpeluang nak kunjung sebab nak masuk parking pun dah jem dari luar. Jadi pada tahun ni, kami pergi awal pagi agar mudah untuk mencari parking. Lagipun, jika pergi waktu petang, heroes ni dah tidur dan cuaca mesti panas.

Tahun ni merupakan tahun kedua floria ni diadakan di Persint 4, jika tahun-tahun sebelum ni pesta floria ni diadakan di Presint 2 dan tidak dikenakan bayaran. Noor mula berkunjung ke Pesta Floria ni masa tengah mengandungkan Zarif..hampir 4 tahun lalu. Masa tu tema nya adalah bunga ros. Jadi, bila pergi tu rasa macam romantik la sikit kan..tambahan berdua pula tu..hhhee..sekarang bila dah berempat, haa..nak snap picture tu agak terhad. Sebab kena pantau sentiasa si abang. 

Nasib baiklah si adik sangat behave masa pergi floria ni. Yang si abang lak agak excited, semua tempat dia nak masuk tengok. Makin meninggi hari, makin ramai orang. Jadi, agak sukar juga bagi kami tuk masuk ke semua tempat. Macam rumah salji memang kami tidak masuk. 

Tiket masuk pada tahun ni RM5 untuk dewasa dan yang mempunyai mykad. Jika tiada mykad kenalaha bayar RM10. Kanak-kanak pula dikenakan bayaran untuk yang berumur 7 tahun dan ke atas. Jadi, pastinya Zarif dan Ziyad belum kena lagi. Heeee...

Peta kawasan Royal Floria Putrajaya 2015. Agak luas kawasannya tapi kami tak masuk tengok semua tempat secara details. 

 Suasana pintu masuk..apa la yang abang excited tu sampai ternganga..ish..ish..masuk lalat nanti kang.


Taman apa ye..lupa lak tapi senibina dari negara China.



Ini pula taman fantasi..kat belakang tu adalah replika coklat..rabbit yang cute sangat. Tak sempat nak snap..huhu..

Kusyuknya heroes mummy ni..nengok apa tu sayang?? 


Lihatlah gayaku dari belakang..

Relaks saja si adik dok dalam stroller dari mula sampai la nak balik.
Good boy adik!!

Kat sini lak mummy!!

Suka benar abang nengok alat muzik yang menggunakan air tu. 
Apa namanya ntah. Ada ke tulis kat situ ke mummy yang tak perasan nama alat tu..hurrmm..


Nak bergambar pun nak lihat lagi bunyi muzik tu..hai la sayang..

Ni ehsan dari Mr. Google..sebabnya kami tak perasan lak ada 'benda' ni..hurrmm..tu la sapa suruh tak pusing habis..

Comelkan!!

Ehsan Mr. Google

Ehsan Mr. Google

Mummy suruh bergambar, dia sibuk nak baling batu..hai la anak bertuah ni..

Taman Di Raja Negeri Sembilan

Eh..eh..tak boleh masuk la abang..tengok kat sini je..

Daddy melepaskan penat sebentar..rehat jap ye dik kat bawah pondok ni..panassss...




Tandas yang disediakan adalah tandas yang boleh pindah randah tu..hoho..nak masuk pun tak lalu. Kedai makan juga agak banyak tapi ada yang kumpul satu tempat dan ada yang tersorok sikit di beberapa tempat. Kami pun beli tapau je dan makan kat rumah..maklumlah time dah pukul 1 tengahari..dah tentu-tentu orang ramai dan tempat duduk penuh. Lagipun budak dah kepenatan, masuk je kereta terus terlena. 

Selasa, 12 Mei 2015

Wedding Anniversary for 6 year




9 Mei 2009
.............................

Tarikh keramat..

Tarikh ikatan antara dua insan..

Tarikh penyatuan dua jiwa..

Tarikh janji di ucap..

Tarikh ijab kabul di laksnana..

Tarikh yang teramat istimewa dalam hidupku..

Dengan lafaznya..

Sahlah dua insan..

Bergelar suami isteri..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buatku serta suami..

Semoga ikatan yang dibina berlandaskan syariat akan terus kekal berpanjangan..

Dengan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

Family Trip To Kuala Terengganu



Selamat tengahari..dah lunch ke? Noor dah lunch pun..hari ni tapau lontong je. Alhamdulillah untuk rezeki ku hari ini. Semalam Noor buatkan kek, tetiba tekak ni terasa nak makan kek..ala kek bodoh je pun buat dengan pemanggang ajaib. Yang bestnya bila tengok anak-anak makan..betapa puasnya hati ni. Itulah orang kata, jamu anak makan lagi senang dari jamu orang tua sebabnya anak-anak akan makan tanpa komen. Yang pastinya bila ditanya mesti jawapannya sedapppp..sampaikan si adik dok makan berulangkali. Tapi pagi ni, mood dua-dua hero tu agak down..mungkin sebab baru bangun tidur (padahal hari lain pun memang kejutkan juga diorang dari tidur bila mummy dah siap nak pergi kerja), mungkin malam tadi tidur mereka terganggu, jadi pagi ni masih rasa mengantuk..wallahualam. Macam-macam ragam anak soleh mummy ni ye.. :)

Eh..eh..sebenarnya dalam entri ni Noor nak coretkan kenangan masa kami sekeluarga pergi Kuala Terengganu. Kesnya tak plan pun nak pergi bercuti ke sana..Noor sekeluarga ingat nak balik kampung halaman je sebab dah rindu Taiping Bandar Warisan tu. Tapi, mak abah lak katanya nak ke Kuala Terengganu. Konon-kononnya la kan, mak abah tak nak inform pada kami yang diorang nak pergi bercuti. Haaa..bila Noor kata nak balik kampung, terus mak ajak kami g Kuala Terengganu. Itulah alkisah bermulanya perjalanan kami. Masa tu lagi 3 minggu sebelum perjalanan. Haaa...dah begitu plannya, teruslah kami cari hotel melalui hencik booking.com dan agoda.com.. Tarikhnya pulak yang jatuh pada hari public holiday sempena Hari Pekerja menyebabkan kami tiada pilihan lain dan terpaksa booking Hotel Kenangan disebabkan hotel lain dah full. 


30 April 2015 Khamis
........................................

Mak, Abah serta adik2 dan adik iparku bertolak dari Penang & Taiping ke teratak kecilku.
Diorang sampai awal juga dalam pukul 9 malam. 



1 May 2015 Jumaat
.....................................

Pukul 5.30 pagi kami bertolak dari rumahku dan singgah di RnR Genting Sempah untuk solat subuh dan sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Tapi disebabkan kekurangan pekerja di McD, pesanan dan masa sarapan kami jadi agak lama. Pukul 9 lebih baru boleh meneruskan perjalanan. Kami melalui Lebuhraya Karak dan seteruskan Lebuhraya Pantai Timur. Alhamdullillah, kereta kurang dan perjalanan lancar.

Hee..si adik belum mandi lagi..sebab nak mandikan kat rumah, awal pagi sangatkan. Jadi, mandikan adik kat sini je la lepas makan. Si abang sebabnya nak gak mandi sebelum keluar rumah. Sebab nak ikut wan g jalan.


Kami mengambil keputusan untuk mengikut jalan pantai agar boleh melihat suasana sekitar. Memang jarak perjalanan lebih jauh berbanding lebuhraya tapi jem di lebuhraya Pantai Timur di susur keluar Jabur menuju ke Kuala Terengganu kerana tol belum siap. Pekerja tol perlu melakukan secara manual dan dibawah payung saja.

Selepas keluar dari Jabur, kami makan dulu kat gerai kecil area kampung. Masakannya memang sedap..fuuhh..walaupun simple tapi memang puas hati. Kami makan untuk 7 orang tapi bila nak bayar, Ya Allah, punya lah murah ..tak sampai RM30 pun..bila ditanya, ulam-ulaman tak dikira, air pulak boleh bagi tambahan pada Noor dan hubby sebab katanya air teh o yang kami order, mereka bancuh cheroi sangat (tak pekat). Moga murah rezeki makcik. Amin..

Sempat juga kami singgah di Pantai Teluk Bidara, Terengganu. Bukan kat Melaka ye. Memang kat Melaka pun ada..hehe.. tappi yang Noor pergi ni kat Terengganu. Time tengahari yang panaih lit lit tu kami boleh dok menikmati pemandangan pantai.


Subhanallah..memang cantik sangat pantainya. Tak seperti pantai lain dimana warna kebiruannya memang jelas nampak berlainan. Disebabkan cuaca panas dan dok kilik hero ni, tak boleh la nak g dekat dengan airnya. 






Dekat sejam gak kami sekeluarga dok bersantai di Pantai Teluk Bidara ni sambil makan kopok lekor. Kebetulan ada gerai makcik ni baru je buka. Apa lagi, kami saja 2 3 kali dok ulang..mula beli air, lepas tu beli kopok, lepas tu ualng balik beli air dan kopok sampailah kami gerak..

Kami juga berkesempatan melihat Petronas di Kerteh. Teruja anak-anak tengok di setiap menara yang dibina ada obor api. Besar juga kawasannya.

Sepanjang perjalanan, banyak juga kedai yang ditutup. Ye la hari Jumaat kan hari cuti bagi negeri Terengganu. Jadi, tak hairanlah suasananya speerti hari ahad di tempat kita yang sememangnya lengang bila semua cuti. Ataupun mungkin sebab Hari Pekerja jatuh pada hari jumaat, itu sebab kedai semua tutup.

Kami sampai ke bandar Kuala Terengganu dalam pukul 6 petang dan terus check in hotel. Kebetulan, setiap hari Jumaat akan diadakan K.T Walk di depan hotel kami. Wah..langkah kanan la nampaknya. Lepas check in dan berehat sebentar di bilik masing-masing, kami turun untuk melihat apa yang ada di pasar itu. Rupanya ini adalah minggu kedua pasar itu diadakan. K.T Walk ini bermula pukul 5 hingga pukul 12 tengahmalam. Memang seronok sebab dapat melihat pelbagai jenis makanan 'orang ganu' di jual tapi yang tak bestnya ada karaoke. Adeh..terpaksa pekakkan telinga sehingga pukul 12 malam. Dah la kami dapat bilik betul-betul hadap jalan. Alhamdulillah, anak-anak dapat tidur dengan jayanya. Mungkin sebab kepenatan sepanjang hari dok dalam kereta dan berjalan sajakan. Disebabkan pihak hotel tidak menyediakan tempat letak kereta, kami terpaksa letak jauh dan menunggu sehingga pukul 12 lebih baru boleh alih kereta berdekatan dengan hotel. 




2 May 2015 Sabtu
...................................

Pukul 8 kami dah turun untuk sarapan di hotel. Agak kecewa sebenarnya sebab cafe yang 'join venture' dengan pihak hotel tidak menyediakan makanan seperti yang kami bayangkan iaitu nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu ke..atau pun kuih muih yang menjadi tradisi negeri Terengganu. Yang ada hanyalah nasi lemak, telur separuh masak, kuih pau goreng, roti keping, roti canai. Nak makan lagi diluar memang tak lah kan sebab perut dah kenyang. Memang tak merasalah kami sepanjang berada di sana untuk makan nasi dagang dan sebagainya. 

Lepas sarapan, kami terus gerak ke Taman Tamadun Islam tapi sebelum tu kami singgah sebentar di Masjid Terapung (maaf, Noor lupa namanya..jika dah ingat akan diupdate). Rupanya setiap pagi ada kuliah agama disini. Kami boleh dengar sampai keluar.







Selepas itu, kami terus gerak ke Taman Tamadun Islam.



Bayaran masuk Taman Tamadun Islam untuk dewasa RM21.20, bagi kanak-kanak dan warga emas RM15. Maaf jika Noor tersalah info pasal harga bayaran ye..sebab ingat-ingat lupa saja. Untuk kepastian, anda boleh lawati laman webnya ye. Untuk Taman Tamadun River Cruise lak harganya pun sama tapi jika ambil terus untuk masuk taman dan naik cruise, anda akan dapat harga diskaun. Sebab encik hubsy bayar untuk Noor dan hubsy RM60++ je. Anak-anak masih belum kena lagi buat masa sekarang.


Kami terus naik curise dulu sebab hari masih awal dan orang juga boleh tahan. Sebelum naik, kami perlu dapatkan masa perjalanan. Bukan boleh suka-suka pergi naik ye..karang bergaduh pulak sebab ada yang dah lama tunggukan. Tapi nasib kami baik sebab tak perlu menunggu masa yang lama..hanya 10 minit saja sebelum dibenarkan masuk ke tempat jaket.

Jaket Ziyad ada pada mummy, nak pakaikan tapi dia dah rimas. Nasib la abang semangat nak pakai walaupun peluh dah mencurah-curah.



Seronoknya si abang menikmati 'buih'..






Masjid Kristal..cantikkan tapi suasananya lagi cantik bila waktu malam kerana ia dihiasi lampu.
Baru Noor tau sebab masjid ni dipanggil Masjid Kristal. Ingatkan saja panggil rupanya memang betul masjid ni ada kristal. Kristalnya terletak di setiap menara tu. Masjid ni ada 4 menara jadi ada 4 kristal dan ia berbentuk bulat. Memang kristal ini akan bersinar apabila terkena cahaya matahari.


Di pintu masuk Taman Tamadun Islam..





Cukup susah nak ajak si abang bergamabr..kena tunggu dia ada mood barulah dapat tangkap gambarnya..haish la anak..







Taj Mahal lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya. Tak dapat pergi ke India, kat Terengganu pun jadilah.



Kami memilih untuk naik tram je..sorang rm5.++. Yang bestnya tram ni boleh naik turun naik turun. Tram ni akan berhenti di tempat yang boleh dilawati sahaja macam Taj Mahal tu..tiada masa yang diberikan. Jadi boeh suka hati nak dok lelama kat tempat lawatan tu..yang pasti tram akan lalu dan berhenti untuk pengunjung naik atau turun.






Kat pintu masuk tu ada bilik pameran di bilik tayangan yang menceritakan sejarah bagi masjid yang dibina. Kat atas pula dibina replika masjid..siap ada batu terapung..walaupun tak real tapi bolehlah kita bayangkan seperti berada di sana.






Replika suasana di Mekah. Moga suatu hari akan diberi kesempatan buat ku sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah..insyaallah..




Cantik binaannya..











Di bilik pameran..hubsy kepenatan..



Pokok kurma..berlatarbelakangkan Taj Mahal..



Bila si abang dah mula minta air...sambil melepaskan penat lelah. Nak naik tram asyik penuh je..yela, orang tak mau turun, macam mana kami nak naik. So..tunggulah lagi.. 



Akhirnya dapat juga kami naik tram..
















Uwan dan adik...baik je duduknya tapi nampak je mummy terus turun.
Jari tetap tak hilang dari mulut..hai la adikk..


Wow!! romantika di amour..





Arjuna beta..



3 hero kesayangan hamba..





Jom kita naik tram ni last...pasni balik tak naik dah.
Naik pun pusing je..kami dah tak turun..

Seharian jugaklah kami kat Taman Tamadun Islam ni..memang puas hati dan berbaloi sangat. Keluar dari sini, kami singgah di depan Muzium Kuala Terengganu untuk menikmati keropok lekor. Sedap jugaklah keropoknya.. Oleh sebab malas dah nak cari lain, sebelum balik KL pun kami singgah makan dan bungkus disini.



3 May 2015 Ahad
......................................

Sebelum gerak balik, kami singgah dulu Pasar Payang untuk membeli apa yang patut. Noor borong keropok keping je dan sedikit ..apa tu..Ya Allah..lupa lak apa ke namanya..inti tuk buat simpul kasih tu..alahai...hish..ada perasa ayam dan daging.

Hampir tengahari jugaklah baru kami gerak balik. 


Singgah makan tengahari di Pantai Kululut..sampai ke sana kami makan sebabnya tak de kedai yang bersesuaian dan banyak yang dah habis makanan.








Sempat gak kami g melawat baby baru abang sham kat Balok ni..tahniah ye..comel anak dara ni.. Moga jadi anak yang solehah ye. (gambar blurr..bila bateri dah low).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s