
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Isnin, 3 November 2014
Petua Atasi Batuk Kanak-kanak

Isnin, 27 Oktober 2014
Pijar Tangan Gara-gara Masak Terung?!

Salam Semua..
Semoga pada pembaca berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.
Masak apa hari ini? Kalau yang kerja dah tentulah pergi makan kat kedai je..ye dak??
Haa..baru-baru ni Noor ada masak Terung Ikan Masin Tumis Cili..sebab kebetulan ada 3 biji terung bulat. Mula terpikir nak masak kari je terung tu tapi hurrmm,..macam tak best je sebab takde makanan pedas. Itu yang tukar plan buat menu ni pulak. Lagipun ikan masin gelama masih ada lagi 3 ekor..haaa...bolehlah.
Biarpun gambar tak cantik..asalkan rasanya sedap!!
Bahan-bahan:-
(bahan tumbuk/ blend kasar)
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
10 biji cili api
----------------------------
3 biji terung bulat yang dipotong mengikut citarasa anda
3 ekor ikan masin gelama yang dipotong
sedikit minyak
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil sos ikan
Cara-caranya:-
Goreng terung dengan sedikit minyak hingga agak melecur/ kecut dan toskan.
Goreng pula ikan masin gelama sehingga garing dan toskan.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan pula gula dan sos ikan.
Masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata dan boleh tutup api.
Haaa...sebab menu inilah tangan Noor pijar..hoho...kesnya Noor tak blend cili padi dengan bawang tu..Noor tumbuk. Konon-kononnya nak buat cara tradisional la..sebab kata orang bahan yang ditumbuk lebih sedap dari di blend..jenuh Noor mencari petua tuk hilangkan pijar tangan ni.
Alhamdulillah..ada juga rakan Noor di FB bagi petua. Kalau anda mengalami pijar tangan, rendamkan tangan ke dalam air garam pekat selama seminit. Insyaallah, boleh hilang.
Ada juga yang bagi petua dengan lumur minyak masak di tangan, masukkan tangan dalam beras dan sebagainya. Tapi Noor try rendam dalam air garam ni, alhamdulillah, cepat hilang.
Mari kita amalkan gaya hidup yang sihat.
Dapur kecilku,
Noor
Isnin, 20 Oktober 2014
Betulkah Cara Kita Mengajar Anak
Selamat Petang Buat Para Pembaca yang Budiman,
Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan Berbahasa Bayi!Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Semoga kita semua berjaya mendidik anak menjadi orang yang soleh dan solehah serta pintar.
Credit to Karangkraf
Noor
013.243.4729
Facebook Noor
Noor
013.243.4729
Facebook Noor
psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.
Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<
Jumaat, 17 Mei 2013
PETUA HILANGKAN BATUK BAYI
- Madu Asli
Berikan 1 sudu kecil madu kepada kanak-kanak dan bayi. Sekiranya pekat, bolehlah ditambahkan dengan sedikit air.
2. Daun Kaduk

Jika bayi anda batuk berkahak, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih, kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama dengan najis bayi nanti.
3. Kunyit hidup
Gosok kunyit hidup pada permukaan yang kasar bagi mendapatkan serbuknya. Kemudian, serbuk kunyit tersebut perlu dicampurkan dengan minyak masak dan sapukannya pada dada bayi.
4. Bawang Putih
Bakar sikit bawang putih dan gosokkannya pada permukaan kasar untuk memperolehi serbuk. Kemudian, campurkan serbuk tersebut bersama minyak masak. Sapukan ke dada bayi.
5. Daun Bunga Tahi Ayam
Ramaskan daun bunga tahi ayam bersama dengan kapur sirih sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada dada dan leher bayi.
6. Kismis

Berikan anak anda makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah, batuk akan hilang.
Khamis, 16 Ogos 2012
~sAKit bElAkANG~
Bagaimana Mengatasi Sakit Belakang???
- Jangan pakai kasut bertumit tinggi sebab boleh jejaskan kesihatan tulang belakang.
- Buat senaman ringan agar dapat meregangkan dan menguatkan otot untuk menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki.
- Belakang badan perlulah dialaskan dengan bantal semasa baring mahupun tidur agar dapat menyokong bahagian belakang dan juga tulang belakang.
- Letakkan bantal kecil pada bahagian belakang semasa duduk agar tulang belakang dapat disokong ketika bersandar.
- Berendam ataupun mandi dalam air suam juga dpaat membantu mengurangkan sakit belakang.
Isnin, 7 Mei 2012
~ PETUA UNTUK SUP LEBIH PEKAT ~
Sedapnya sup kan..lebih-lebih lagi kalo sup daging..nyum..nyum..tetiba Mummy Zarif terliur lak..hehehe..
Besa kalo kita nak kuah banyak, sup mesti cair kan sebab banyak letak air.
Kalo nak wat sup jadi pekat, masukkan je kentang yang dah rebus dan lecekkannya kat dalam sup tersebut. Pastu didihkan je sampai sup jadi pekat.
Senang je kan..heheh..
~ PETUA ELAK MADU ROSAK ~
Taburkan sedikit padi pada permukaan madu yang disimpan dan pastikan ia memenuhi seluruh permukaan. Lepas tu, tutup botol dengan kemas. Elakkan daripada menyimpan madu dalam peti sejuk kerana ia akan hilang khasiatnya.
~^~ RUAM LAMPIN ~^~
Kali ini Mummy Zarif nak kongsi tentang RUAM LAMPIN. Mesti ramai bayi yang mengalaminya terutamanya bagi yang berkulit sensitifkan. Ruam lampin ni jadi kat area punggung, kemaluan, selangkang dan bahagian dalam peha.. menjadi merah dan mengalami keradangan. Kulit bayi adalah sangat sensitif dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menjadi luka merah serta mendapat jangkitan.
Gejalanya seperti tompokan kasar dan merah pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan juga paha; berlaku juga lepuhan serta luka kerahan.
Ruam lampin ni akan bertambah teruk sekiranya tiada rawatan dengan terjadinya jangkitan bakteria dan kulat pada ruam, jangkitan pada saluran kencing serta ruam alahan kulit (Ekzema).
Ruam ini berpunca daripada iritasi kulit yang disebabkan oleh sentuhan berpanjangan dengan lampin yang basah berserta najis; sabun yang digunakan tidak dicuci dengan bersih; perubahan pada pemakanan bayi yang boleh menyebabkan kencing dan najis menjadi lebih iritasi dan juga alahan ataupun iritan sentuhan pada ruangan dalaman lampin.
Sebagai ibu, kita perlulah meningkatkan tahap kebersihan dalam penjagaan anak-anak dengan sentiasa menukar lampin dengan lebih kerap; menyapu krim penghadang pada bahagian yang cenderung terjadinya ruam setiap kali lampin ditukar; biarkan bahagian sulit terdedah selama mana yang boleh; gunakan lampin yang berkualiti bagi memastikan punggung bayi sentiasa kering; serta berjumpa doktor anda segera sekiranya ruam menjadi lebih teruk ataupun tidak sembuh.
Semasa menukar lampin, punggung bayi hendaklah dicuci dengan sebaik mungkin. Sekiranya bayi tidak dicuci di bawah air mengalir, gunalah bebola kapas ataupun tisu basah..(sekarangkan banyak jual tisu basah..senangkan..hehe..) Lapkan ataupun biarkan sehingga kering; gunakan krim penghadang ataupun krim perlindungan. Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin ataupun basuh dengan serta-merta. Jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari..(bagi ibu yang guna lampin laa..tapi sekarang majoriti dah guna pamperskan..mudah serta jimat masa bagi ibu yang berkerjaya macam Mummy Zarif ni..)
“Jomlah kita mengambil langkah untuk mencegah dari berlakunya ruam daripada kita merawatnya.Gejala-gejala”
Sabtu, 28 April 2012
~MASALAH KEGUGURAN RAMBUT~
Sejak lepas bersalin ni, rambut Mummy Zarif asyik gugur
je..bukannya sikit, banyak lak tu. Macam orang yang lepas buat kimoterapi
kesannya..huhu..sekarang rambut pun dah jadi nipis. Dah la rambut Mummy Zarif
sememangnya nipis..takut gak kang gugur sampai botak. BOTAK!! Oh, tidakkk!!
Bayangkan kalo orang perempuan botak??!! Heehehe..tak nak la.
Oleh sebab tu, Mummy Zarif pun search la kat tenet ni..tuk
cari maklumat bagi mengatasi keguguran rambut ni. Kalo nak g Yun Nam tu memang
tak mampu lah..so kita buat la cara tradisional. Mummy Zarif ada la terjumpa
beberapa petua ni. Ada 4 semuanya..(yg jumpa setakat ni lah ye..)
#Petua Pertama
Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu
dilumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil
yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala
untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air
suam.
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan
rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi
menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut
hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur
malah semakin cantik dan sihat.
Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang
sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan
ketidaksuburan rambut.
#Petua Kedua :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh kedua-duanya hingga
bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam
dan berkilat semulajadi.
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala (seeloknya
pada waktu malam). Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
#Petua Keempat :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas
kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru
kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
So, jom la kita cuba petua ni ye..(harapan agar rambut Mummy Zarif juga akan
bertambah subur dan berkilat..)
Langgan:
Catatan (Atom)


