Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Betulkah Cara Kita Mengajar Anak

Selamat Petang Buat Para Pembaca yang Budiman,

Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.


1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.




2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.




3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.




4. Bacakan Buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.



5. Mula Awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.



6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.




7. Penerokaan

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.



8. Belajar Dengan Gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.


9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.


10. Teruskan! 

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.



Semoga kita semua berjaya mendidik anak menjadi orang yang soleh dan solehah serta pintar.

Amin..


Credit to Karangkraf


Noor
013.243.4729
Facebook Noor


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<

Selasa, 14 Oktober 2014

Kenapa Supplement Tak berkesan?

Salam Ceria Semua,

Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.

Cuba anda check adakah anda sudah melakukan perkara betul seperti berikut??

- Pengambilan air PUTIH antara 2 - 3 liter sehari >> jangan terlebih dan terkurang ye..

- Penggemar kafein tegar >> kafein menghalang penyerapan nutrien

- Cara pengambilan supplement yang SALAH >> seperti Vitamin E tak boleh di ambil bersama Alfalfa

- Masa makan yang tidak sesuai >> contoh Zinc Complex sesuai tuk makan masa perut kosong

- Badan banyak toksik >> kenalah detoks dulu yeeee...dengan Alfalfa Shaklee

- Metabolisme badan yang 'lembap' >> haaa..rajin-rajinlah senaman ye..buat kerja rumah pun boleehhh...




Jika anda tergolong dalam golongan seperti di atas, cubalah bertukar secara perlahan ye. Jangan pulak mengejut sebab karang badan pun terkujat gak..haa...mulalah datang macam-macam penyakit.

Noor harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendakNya.


Noor
013.243.4729

Kenapa Anda Perlu Menjadi Sebahagian Dari Keluarga Shaklee???

Salam Ceria buat Para pembaca semua,

Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang gembira di samping keluarga tersayang.

Kali ini Noor nak ajak anda semua untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee.

Kenapa???

Ada apa??

Best ker??

.
.
.
.
.
.

Sebabnya >>>

Anda boleh jana pendapatan tambahan secara part time ataupun fulltime. Anda boleh membina empayar perniagaan anda sendiri dengan Shaklee. Ramai yang sudah berjaya mendapat 4-5 angka sebulan hanya dari rumah. Malah, lebih dari itu pun boleh. Anda tidak perlu untuk meninggalkan anak, menempuh jem, keluar awal pagi dan balik lewat petang..semuanya hanya ikut masa anda.

Kami mempunyai secret group di dalam facebook serta mempunyai group di whatsapp. Anda tidak akan dibiarkan keseorangan dalam menjalankan perniagaan ini. Bantuan ahli kumpulan yang dianggap seperti adik-beradik ini akan lebih menggembirakan anda serta mampu membuatkan anda lebih yakin untuk berjaya.

Lagipun, tiada syarat wajib untuk anda sertai kami. Anda juga tidak perlu maintain point dalam Shaklee jika anda hanya nak makan sendiri saja & masih boleh dapat harga yang jauh lebih murah berbanding harga di pasaran. Kecuali jika anda nak dapatkan bonus, sudah tentulah anda perlu dapatkan point seperti yang telah ditetapkan. Lagipun, anda tidak diwajibkan untuk membuat pembelian setiap bulan agar terus kekal sebagai ahli.

Bayaran pendaftaran ahli adalah seumur hidup. Anda tidak perlu risau lagi untuk perbaharui keahlian setiap tahun bagi menikmati harga ahli yang murah.



Sertailah keluarga besar kami.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.

Noor
013.243.4729

Jumaat, 10 Oktober 2014

Apa itu Infused Water???

Selamat Petang Semua..

Noor harap para pembaca semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan berada dibawah lindungan Allah s.w.t. Moga kita semua sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan diberikan kekayaan serta dipermudahkan dalam apa jua urusan yang dilakukan. Amin..


Ntry kali ini Noor nak share pasal 'Infused Water'. Anda tahu tak apa itu Infused Water? Mesti ada yang pernah dengar kan dan ada juga yang tak pernah dengar. Noor juga baru saja mengetahuinya sejak ia melanda FB baru-baru ini.

Infused Water atau lebih dikenali Spa Water adalah air putih yang diberi tambahan dengan beberapa bahan sebingga air tersebut menjadi lebih berasa, beraroma dan bermanfaat tentunya. Buah-buahan tertentu yang dimasukkan ke dalam air dipercayai akan melepaskan sari-sarinya ke dalam air tersebut. Selain itu, infused water juga mempunyai effect yang segar kerana mengalami proses pelarutan khasiat dari buah.

UUniknya infused water ini, ia tiada had untuk buah tertentu..jadi silakanlah membuat kombinasi mengikut selera anda ye. Kebiasaannya buah yang digunakan adalah berjenis acid dan bukan yang manis seperti starwbery, kiwi, nenas, belimbing, mangga, lemon, kiwi, daun pudina dan macam-macam lagi.

Kelebihan infused water ini ialah:

  • Mengurangkan rasa mengantuk dan tidak bersemangat lagi-lagi di waktu tengahari.
  • Popular dalam menurunkan berat badan tapi perlu minum secara konsisten dan paling penting minuman ini mampu meningkatkan metabolisme kita.
  • Membantu menyahtoksinkan dalam badan kita.
  • Menyegarkan kita jika tengah 'bad mood'.
  • Sudah tentu mengenyangkan dan air juga banyak diperlukan dalam seharian kita.
  • Dapat kebaikan dari buah yang diletakkan dalam air.

Kombinasi yang anda boleh buat dalam menghasilkan infused water kegemaran ramai:-


>>> Teh Hijau + Daun Pudina + Limau
        Untuk pembakaran lemak, penghadaman, meredakan sakit kepala, mengatasi kesukaran untuk membuang air besar, untuk penyegaran nafas.

>>> Lemon + Oren + Limau
        Pencernaan Vitamin C, meningkatkan pertahanan imun, pedih ulu hati (diminum pada suhu bilik)

>>> Strawbery + Kiwi
        Kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, menurunkan kandungan gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman

>>> Timun + Limau + Oren
        Mengatasi kembung perut, mengawal selera makan, penghidratan, menjaga kesihatan pencernaan


Namun begitu, anda boleh juga membuat kombinasi mengikut kesukaan anda, tidak perlulah ikut seperti kombinasi yang Noor bagi ni..ia sebagai cadangan saja.

Jika anda dah buat, share lah ye dengan Noor di sini..mesti anda ada idea lebih hebat bagaimana nak hasilkan infused water ajaib.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat bersama Noor

Noor
013.243.4729
Promosi Oktober 
Mealshake beli 3 dapat 4
ESP beli 6 dapat 7

Khamis, 21 Ogos 2014

Ready for Next Baby??

Wah..wah..wah...tajuk bukan ke main lagi ye..huk huk!! Hehe..Noor rindukan saat mengandung sebenarnya..tapi rasa serik kot masa nak beranak..aduhhh....sakit tu. Tapi Noor berharap la nak dapat anak perempuan pula, yela sekarang kan dah ada dua orang hero. Jadi, nak la pula peneman Noor tika memasak di dapurkan. Tapi bukan dalam masa terdekat ni Noor nak pregnant..tunggulah dulu..tahun akan datang. Jika dah ada rezeki dariNya, kenalah terimakan. Takkan nak buang pulak..ishk..ishk.. Sekarang pun ZiyadZafry sudah nak masuk setahun, cepatnya masa berlalu. Teringat saat-saat mengandungkan dan melahirkan dia..Noor pun masih lagi breastfeed Ziyad..dengan harapan dapatlah menyusukan Ziyad sehingga berusia dua tahun. Masih berbaki setahun perjalananku ini.

Entri kali ini, Noor nak kongsi tentang tips untuk memperolehi anak mengikut jantina yang diidamkan. Tapi Noor nak ingatkan ye, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukannya. Marilah kita berusaha sambil berdoa, tak salahkan mencuba. 


Ini adalah kaedah kalendar dari zaman kuno China dahulu.




Mengikut perkiraan Noor sendiri, kiranya betullah..mungkin juga kebetulan yang Noor dapat anak lelaki sebelum ni..heheh..anda bagaimana?? Cubalah kira jika nak tahu betul ke tak..jadi dah boleh plan ye untuk dapat anak lelaki mahupun perempuan.

Selain kaedah kalendar zaman kuno China, terdapat juga kaedah lain dalam merancang untuk memperolehi anak mengikut jantina.


Bagi merancang untuk dapat anak lelaki, tipsnya adalah:-
  • Perlu elakkan makanan berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba. Kena banyak makan makanan laut sebab ia mengandungi zat logam kalsium dan magnesium yang diperlukan.
  • Melakukan hubungan intim ketika isteri sedang subur
  • Basuh faraj atau buat douching dengan alat khas yang boleh didapati di farmasi. Sebanyak 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan intim.
  • Suami perlulah pancut air mani hampir dengan pintu rahim ataupun jauh ke dalam.
  • Isteri perlu mencapai kepuasan yang tinggi untuk mengeluarkan cecair beralkali bagi merangsang pergerakan kromosom Y


Bagi merancang untuk dapat anak perempuan pula, tipsnya adalah:-

  • Banyakkan makan makanan berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air bergas dan lain-lain tetapi elakkan dari mengambil makanan laut.
  • Jangan melakukan hubungan intim 5 hari dari hari ovulasi tetapi perlu melakukan sebelum berlakunya ovulasi.
  • Douching dengan cecair asid 2 jam sebelum melakukan hubungan intim.
  • Suami kena pancutkan air mani hampir dengan pintu faraj kerana area situ lebih berasid dan dapat melemahkan kromosom Y dan membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim.
  • Kedudukan suami di bawah dapat membantu anda mendapat anak perempuan.
  • Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi.

Jadi, marilah kita berusaha di samping tawakal dan berdoa agar memperolehi jantina anak yang diingini.

JANGAN percaya 100% ya..semuanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.



Khamis, 3 Julai 2014

Rahsia di Sebalik Tarikh Lahir Anda

Jika anda dilahirkan pada:-

  • 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 1
  • 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 2
  • 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 3
  • 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 4
  • 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 5
  • 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 6
  • 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 7
  • 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 8
  • 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 9

Maksud di sebalik nombor anda:

Nombor 1

-Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu, baik hati, peramah dan autoriti.
-Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan.
-Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain.
-Anda akan bercinta dalam usia muda tetapi akan berkahwin pada usia yang matang.
-Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda akan menyimpan dendam dengan orang yang membuat salah dengan anda.
-Anda seorang yang kuat berbelanja.
-Pada masa hadapan, anda adalah profesional dalam kerjaya yang diceburi. Namun, ada juga ornag yang kecil hati dengan pencapaian anda.
-Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
-Pasangan yang ideal adalah nombor 4, 6, 8.


Nombor 2

-Anda disukai oelh semua orang tak kira apa pun kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan.
-Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi, anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda.
-Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
-Anda juga mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
-Sikap anda yang seperti bulan datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
-Anda boleh menjadi seperti Mahatma Gandhi kerana cintakan keamanan.
-Anda juga seorang yang bertanggungjawad dalam keluarga.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 2, 5, 9.


Nombor 3

-Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka mempertingkatkan kehidupan sendiri.
-Anda mempunyai masalah keluarga dan dapat mengharunginya dengan penuh kesabaran.
-Anda sangat pandai bercakap, berwajah cantik. Jadi ke mana saja anda pergi akan dapat apa yang diinginkan.
-Daripada hari lahir anda, anda perlu bekerja keras untuk memperoleh kejayaan.
-Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.
-Bukannya senang nak menjalinkan hubungan samada percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Jika anda suka orang itu, maka hubungan hubungan itu akan berpanjangan.
-Anda juga sukakan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan di dunia ini.
-Pasangan ideal adalah nombor 6, 9.


Nombor 4



-Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda.
-Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain.
-Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
-Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. 
-Anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling kerana mereka mungkin hanya mempergunakan anda. kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda, kemudian mereka akan menjauhi anda apabila anda sudah tidak bernilai lagi.
-Anda seorang yang sabar dan tegas.
-Pasangan ideal adalah nomobor 1, 8


Nombor 5


-Anda sangat popular dalam komuniti.
-Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
-Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun adan terlalu terburu-buru.
-Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
-Kawan-kawan dan ahli keluarga akan monta bantuan dengan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
-Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan.
-Anda suka perubahan dan kebebasan.
-Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembaran dan ahli silap mata.
-Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 1, 2, 9.


Nombor 6

-Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan perkara yang berlaku disekeliling dan hanya ingin berseronok sahaja dalam hidup.
-Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
-Anda seorang yang genius, baik hati (bagi orang yang beranggapan anda baik), mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak.
-Semua benda baik akan datang kepada anda.
-Anda mengambil berat keatas ahli keluarga serta kawan.
-Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 1, 3, 9


Nombor 7


-Anda mempunyai daya tarikan.
-Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidan gpendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
-Anda mempunyai sikap panas baran.
-Anda banyak melakukan pengorbanan kepada keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat paling tinggi sekali sehingga anda mengabaikan kebahagiaan diri sendiri.
-Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
-Pasangan ideal anda adalah no 2.


Nombor 8


-Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat sehingga tiada orang yang dapat memahami anda.
-Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
-Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini akan menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
-Anda memperjuangkan keadilan.
-Kebanyakkan masa anda dihabiskan bersama kawan-kawan.
-Anda seorang yang berdisiplin, tidak putus ada dan berani.
-Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
-Anda juga seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
-Pasangan iseal adalah nombor 4.


Nombor 9

-Anda adalah seorang ayng sangatn tabah dari segi fizikan dan juga mental.
-Mempunyai penilaian yang sangat tajam.
-Anda adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
-Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
-Pada usia muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan kedua ibu bapa anda. Tapi menjadi seorang anak yang taat dan hormati mereka apabila usia semakin meningkat.
-Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan dan perbankan kerana orang lain percaya dan yakin dengan anda.
-Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 3, 5, 6.























Jumaat, 27 Jun 2014

Aturan Makan Vitamin ketika Puasa

Sahur:

ESP (bancuh 1 sudu besar dalam segelas air masak/ susu/ jus/ milo) + Mealshake (add on 1 sudu jika ada)
Performance Drink (segelas)
3 biji Alfalfa
1 biji Zinc


Berbuka:

1 biji Vita-Lea
1 biji B-Complex
1 biji Vita-C


Moreh (selepas tarawih):

3 biji Lecithin
3 biji Omega Guard


Sebelum Tidur:

1 gelas ESP
2 biji Ostematrik
1 biji Vitamin E
2 biji GLA





Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.







Rabu, 13 Mac 2013

Bila Isteri Berpantang..Suami Pula??


  • Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater). 

  • Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

  • Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah. 

  •  Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak. 

  • Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).

  • Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro. 

  • Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan. 

  • Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

  • Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. 

##kredit to https://www.facebook.com/momsfavshop?ref=stream&group_id=0 ##
##saja Mummy nak share info ni..##
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...