
Memaparkan catatan dengan label Pantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantang. Papar semua catatan
Khamis, 19 Mac 2015
13 Komplikasi Selepas Bersalin

Rabu, 13 Mac 2013
Bila Isteri Berpantang..Suami Pula??
- Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
- Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
- Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
- Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
- Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
- Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
- Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
- Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
- Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
##kredit to https://www.facebook.com/momsfavshop?ref=stream&group_id=0 ##
##saja Mummy nak share info ni..##
Jumaat, 1 Februari 2013
Wanita Bergelar Ibu

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?
Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.
Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?
Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.
Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.
*Gambar di bawah adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.
*creadit to Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung..saja mummy share info ni...untuk pengetahuan semua..*
Langgan:
Catatan (Atom)
