Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label B-Complex Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B-Complex Shaklee. Papar semua catatan

Isnin, 27 Oktober 2014

Bahaya Resdung

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda, wajah anda dan sentiasa fikir yang positif dan baik-baik sahaja..insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.


Apakah itu penyakit resdung?

 Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Apakah tanda-tanda resdung ?


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

> Sering mengalami hidung tersumbat?
> Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
> Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata?
> Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
> Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
> Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
> Mengalami jerawat di muka dan badan?
> Nafas berbau?
> Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
> Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?
 
Apakah punca resdung ?

Alahan iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. 

Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. 

Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google


Kemudaratan Resdung

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik


AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Kenali Jerawat Anda

Semoga para pembaca sentiasa ceria dan sihat disamping keluarga tercinta dan berada didalam lindungan RahmatNya.
Anda pernah mengalami jerawat??
Teruk ke tak?
Jerawat batu atau jerawat pasir?
Kerap atau jarang-jarang?
Haaa...mesti anda semua pernah dinaiki jerawat kan. Tipulah kalau tak ada yang tak pernah tu..kecualilah bayi dan mereka yang masih belum sampai akil baligh kerana hormon masih stabil. Tapi bila dah cukup umur..automatik jerawat akan menghantui anda. 
Macam Noor sendiri, alhamdulillah memang tak ada masalah kulit sejak dari kecil. Malah ruam pun tak pernah mendekati kulitku..cewaahhh..ini gara-gara semasa hamil, ibuku amat gemar makan limau. Haaa..kan..maklumlah anak sulong. Jadi, memang ikutlah agar anak mendapat khasiatnya. Terima Kasih pada ibuku tersayang..mmmuuuuaaahhh...
Oleh sebab itu, jerawat hanya datang dan pergi saja dalam kamus hidupku..keskes..
Time 'kawan baik' datang, dia pun timbul..kekadang satu dua je..kekadang jerawat pasir..lepas tu dah tak de..eh, eh..melalut dah Noor ni..
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
 Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Whitehead

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di mana bahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Blackhead

Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
 Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang serius

Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang kronik



Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Namun, ianya adalah tidak benar. 
Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
> Sejenis penyakit kulit yang kronik.
> Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
> Terjadi di dalam lapisan kulit.
> Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
> Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
> Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
> Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
> Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
> Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
> Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
> Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Noor harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung.
Anda boleh mengambil Set Resdung Shaklee ataupun Set Kecantikan jika ingin mengatasi masalah ini.
Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Isnin, 20 Oktober 2014

Jangan Makan Panadol Jika Migrain!

Salam Ceria Semua..

Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.



Anda kerap mengalami sakit kepala ataupun migrain?
Jangan biarkan ia berlarutan..atasilah ia segera.!

Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana migrain


Sakit kepala kerana sinus 
disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.


Sakit kepala kerana tekanan 
Ia disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.


Sakit kepala kerana migrain 
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.


Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.


Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. 
  • Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Jika anda inginkan Set Migrain Shaklee, boleh hubungi Noor ye.


SMS/ Wasap/ Wechat
Noor
013.243.4729




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET MIGRAIN <<<


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...