Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

Kursus Intensif 2013


.

Salam semua...lama kan Mummy Zarif tak berblog ni....huhu...besa la, jadi Mummy, Wife, Student n Pekerja ni membuatkan hidup sentiasa sibuk....

Dah seminggu Mummy Zarif dok berkampung kat USM ni...disebabkan kehadiran ke kursus intensif ni adalah WAJIB, So kenalah datang...kalo ikutkan malas juga sebab terpaksa tinggalkan suami n anak2...tinggal kerja takpe...hahahah....

Cerita time intensif ni, kalo bagi pekerja gov boleh apply cuti tanpa rekod tapi kalo macam Mummy Zarif ni terpaksa lah cuti tanpa gaji...huhu...sedihnya...yela, banyak nak kena bayar...huhu.. :( time intensif ni la ada kelas, ada peperiksaan berterusan, ada study group, perbincangan, pembentangan, dan macam-macam lagi la aktiviti..boleh dikatakan penuh kalo kita rajin turut serta...hehehe...tapi Mummy Zarif ni segan sikit..yela, tahun ni dah tak kenal sapa..sebab member seangkatan dah grad tahun lepas...hope sangat tahun ni dapat la MummyZarif grad....AMIN...AMIN...AMIN...

Time ni Mummy Zarif dah lepas 1 paper peperiksaan berterusan...masih ada lagi 3 paper..tu pun ada time hampir last intensif..hari last 7 februari pun ada peperiksaan berterusan...huhu...tak leh la cabut awal..kelas pun ada...tapi majoriti kelas malam...bosan gak. siang-siang dok terperok la kat bilik...

ok la, Mummy Zarif nak ngadap benda lain pulak...hehehe....

Selasa, 11 September 2012

~BERMULANYA SIDANG AKADEMIK 2012/2013~

Hi semua....sekarang bermulalah kembali masa sibuk buat Mummy Zarif..sidang akademik 2012/2013 telah bermula...yyyess!!! insyaallah, tahun ini adalah tahun akhir buat Mummy Zarif..hope boleh la berijazah..kalo ikutkan tahun lepas lagi dah last year tapi Mummy Zarif extend lg 1 year sebab nya ada baby baru..macam tak yakin ye nak study.

30 September 2012 ni mulanya kelas yg baru..kali ni tak tau student ada berapa orang. Yela, bidang ekonomi ni tak ramai yg minat nak amik..ntah la, mungkin agak sukar nk memahami..(mungkin gak kan..aku pun kekadang bluurrr gak!!hehe).

Assigment dah ada 2 setakat ari ni...dah la esei lak tu..kena ada 15-20 muka surat..alamak!!! mampu ke aku nak wat ni...adooiii...tapi tak tau lagi nak wat tajuk khusus yg sesuai..boleh tak tolong bagi idea kat Mummy Zarif nak buat tajuk apa...please...help me...

Untuk subjek Ekonomi Perindustrian, Mummy Zarif ada 2 aspek umum iaitu:
               1. Dasar Pertanian Negara & Industri Tani  
               2. Komunikasi & Teknologi Maklumat

 Untuk subjek Analisis Ekonomi Islam lak, ada 2 juga aspek umum iaitu:
              1. Pembangunan Dalam Islam
              2. Al-Gharar & Penipuan


Terima Kasih pada yang sudi menyumbangkan idea.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...