Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2015

Bergerdil Daging pada 3 Ramadhan

Salam ceria buat semua..alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk merasai Ramadan yang ke 5 pada hari ini. Dah hampir seminggu..lepas tu hampir sebulan..naahhh..raya sudah..eh..eh..lambat lagi tu..hehehe...jauh lak verangan Noor ni ye.

Hari sabtu dan ahad kami anak-beranak dok landing je kat rumah..petang tu ada la pergi Giant Kinrara sekejap untuk membeli barang dapur. Dapat la ayam sekor RM4.99 sekilo. Haaa...murahkan..murahkan!! Tu la...lenkali nak g shopping barang dapur pergi hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab banyak sangat offer dalam 3 hari ni.. Ini tak, en.hubby suka ngajak g shopping hari biasa. Haa...harga pun berganda la jawabnya. 

Bila berpuasa dengan budak kecik ni..agak mencabar sebenarnya. yela, kita tetap kena sediakan makanan untuk mereka. Dah tu, time si abang dan si adik makan..kena lak time deme nak suap mummy daddy..haaa...parah!! Jenuh nak cakap kata mummy daddy puasa..tak boleh makan. Nanti tunggu malam baru boleh makan. Alhamdulillah, si abang dah boleh faham, tapi si adik..hohohoho..kalau bab memaksa..fuhhh..berpeluh dibuatnya. Kalau dia bagi atau suap, wajib ambil..kalau tidak laaa...startlah melalaknya. Hai la anak bertuah ni..

Alhamdulillah, setakat semalam Noor sekeluarga belum lagi pergi bazar untuk membeli juadah berbuka. Bukannya apa, sebab dah serik rasanya..tahun sebelum ni pernah pergi dan beli lauk dengan harapan nak makan semasa berbuka. Alih-alih basi..ha...tak ke rugi..dah la rugi nak kena masak juga. 

Dulu tak pe la tak de anak kecik lagi..sekarang, jika beli dan  makanan yang dibeli pula basi..kesian sangat kat anak yang tidak tahu apa-apa tu. Yang diorang tau, nak makan. Jadi, sekarang Noor balik kerja terus masak. Alang-alang masak, terus lebih masak untuk buat sahur. Jadi, bila waktu sahur dah tak susah nak rushing. Tambahan pula, 2 3 hari ni, si adik asyik jaga mummy je time sahur. Yela, dia tak bagi mummy bangun..walaupun nak duduk sekali pun. Adooii..nasib baik lah encik suami boleh tolong panaskan lauk dan bancuh teh o panas. Lepas tu daddy ajak adik dan dukung dia..barulah dia mau keluar. Mummy ajak, tak mau ye diikkk...hai la anak.



Ini menu berbuka pada 4 Ramadhan..Tofu telur bersama cendawan, ayam goreng dan bergedil.
Bergedil tu buat masa 3 Ramadhan..Noor buat banyak dan frozenkan selebihnya. Bila nak makan, terus ambil dan goreng je. Cukup mudah. 

Resepi bergedil Daging:-

1/2 peket Dading Cincang (apa-apa brand pun boleh)
Kentang secukupnya
Daun bawang & Daun Sup (tapi Noor masukkan daun bawang je)
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Lada sulah
Bawang goreng (Noor guna bawang biasa tapi goreng sampai layu je)

Noor punya resepi ni semuanya ikut agak-agak sesuai je..jadi tiada sukatan yang betul.


Kentang di cuci, di buang kulit dan rebus.
Daging kisar digoreng sebentar tanpa minyak atas kuali non-stick
Lenyek kentang, masukkan daging, dan tepung jagung sehingga sebati.
Masukkan pula lada hitam, lada sulah dan garam mengikut kesedapan mulut.
Masukkan bawang goreng dan daun sup. 
Setelah sebati, gentelkan ia mengikut kesukaan anda..nak bulat boleh, leper pun boleh.
Dah siap..boleh la nak frozen kan.



Untuk goreng..pecahkan sebijik telur..masukkan sedikit tepung jagung (option). 
Celup bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas.



TIPS: 
* pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.




Selamat Berpuasa


Ada idea untuk sahur dan iftar?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Selasa, 11 Mac 2014

Puree

Minggu lepas, genap sudah Ziyad Zafry 6 bulan..dia dah start solid food..minggu lepas buatkan dia puree epal..mulanya dia pelik je rasa..hahah..siap geleng kepala lagi tuk hari first..tapi bila masuk hari kedua..dah mula ok..masuk hari ke tiga dan keempat, dah tak sabar pula..lambat suap marah..adeh..minggu ni pulak Mummy sediakan puree karot..balik kerja semalam terus potong karot dan rebus..semangat nak bagi Ziyad makan karot, alih-alih dia tidor pula..dah lewat baru bangun..so tak jadi lagi la dia makan puree..tak pe..balik keja kang boleh bagi dia makan...
.
.
.

Buang kulit, rebus dulu sampai lembut..
Hampir-hampir lupa Mummy dok rebus karot ni..maklumlah dook asyik sangat dating dengan Ziyad..heheh..

Siap rebus, blender lak sampai hancur..

Taaadaaaaaaaaaaa...siap masuk bekas..
Tapi tak try bagi Ziyad lagi..malam ni cuba..

Harap Ziyad suka la makan sayur lak pas ni..heheh..

Ahad, 29 Disember 2013

Bubur Pulut Hitam


So..
Hari ni..Mummy terlebih rajin..sebabnya dah lama tak buat bubur pulut hitam ni..so..arini rajin la buat sebab teringin nak makan..

Mengidam??? Oh tidak..ZiyadZafry baru nak masuk 4 bulan..Mummy nak rehat lah dulu..lagi pun ZiyadZafry nyusu badan. Biarlah dia dapat nutrien yang cukup..hehe..

Oh ya..kalo berminat nak buat..ni ada resepinya..tapi Mummy masak tak ada sukatan ye..main campak campak je..hehe..

Pulut Hitam ada la 2 peket..
santan ada 1 kotak..
daun pandan..
gula melaka ada 1 keping..yang bulat nipis ye..bukan yang besar..
gula pasir secukup rasa ye..

Cara cepat nak masak..tanpa perlu rendam semalaman beras pulut tu adalah dengan menggunakan periuk tekanqn...Mummy guna periuk nasi je..hehe..memang cepat.tak perlu tunggu rendam..

cuci beras pulut hingga bersih..masukkan dalam periuk bersama air  yang banyak..sebab sebelum bubur kembang..banyak air yang digunakannya..

sementara tunggu beras kembang..masakkan gula melaka bersama gula putih di dalam periuk yang lain..
apabila beras pulut dah kembang.. (kembang tu macam popcorn la lebih kurang dia jadi beras gemuk..hihi..)..boleh la masukkan air gula..santan dan daun pandan..

biarkan mendidih..rasa manis bubur..kalo dah ok boleh tutupkan suis..tapi kalo belum cukup manis..sila la tambah gula putih lagi ye..dah siap semuajya boleh la hidang kalo suka makan masa panas..ataupun sejukkan dulu baru makan..

Mummy suka makan lepas dimasukkan dalam peti sejuk..tapi Daddy suka makan masa suam suam kuku gitu..

selamat mencuba ye..

Ahad, 25 Ogos 2013

Lemang Oh Lemang

Assalamualaikum warga blog semua..

Hari ni Mummy cuma nak share cerita pasal lemang je pun..hehe..

Semenjak lepas raya ni..suka bebenor Mummy makan lemang..

Tak tahulah sama ada sebab mengidam ke apakan,.

Tapi kalau mengidam, bila dah makan sikit pun dah tentu lah cukup sebab dah dapat makan..

Inikan tidak..dah dapat makan pun nak makan lagi..macam tak puas pulak..isk..isk..

Kerr..baby suko benor makan lemang..confius gak ni..hehe..

Alkisahnya, raya first dah makan pun lemang..

So ingat dah ok la..

Pastu, raya ketiga pulak..balik kampung pun nak makan lagi lemang..

Nasib baik la kebetulan ada lemang kat rumah..kira ok la tu..

Selang berapa hari pula, kami pergi beraya di kedah..boleh lak nak cari lagi lemang..

Nasib baik la Daddy rajin melayan..dia pun beli lah lemang yang jumpa kat tepi jalan tu masa on the way nak balik perak..

Ingatkan dah tak minta lemang dah pasni..

Tup..tup..start minggu lepas..rasa nak makan lemang lagi...adeh...jenuh macam ni..

So, Daddy pun pergi la beli lemang hari ini..

Harap-harap inilah lemang yang terakhir Mummy makan sebelum c comel ni keluar..

Khamis, 21 Mac 2013

~Makanan Pelengkap Bayi~




6-8 BULAN

Kumpulan Bijirin :- 
Beras, Barli, Oat

Buah-Buahan :-
 Epal, Pisang, Pear, Prun

Sayuran :- 
Kacang Hijau, Labu, Keledek, Tomato, Lobak Merah, Kacang Pis

Kumpulan Daging :- 
Ayam, Tauhu, Ikan

Tekstur Makanan :- 
Cair, Puri, Kisar, Lenyek




8-10 BULAN


Kumpulan Bijirin :- 
Beras, Barli, Oat, Biskut Tawar Pelbagai Bijian

Buah-Buahan :- 
Epal, Pisang, Pear, Prun, Betik, Anggur

Sayuran :- 
Kacang Hijau, Labu, Keledek, Tomato, Lobak Merah, Kacang Pis, Kubis Bunga, Brokoli, Asparagus, Kacang Buncis, Kacang Panjang

Kumpulan Daging :- 
Ayam, Tauhu, Ikan (seperti Kurau, Tenggiri), Kuning Telur, Kekacang, Daging Lembu,

Tekstur Makanan :- 
Cincang, Dadu, Cincang Halus, Makanan Lembut




10-12 BULAN


Kumpulan Bijirin :- 
Beras, Barli, Oat, Biskut Tawar Pelbagai Bijian, Bijirin Gandum

Buah-Buahan :- 
Epal, Pisang, Pear, Prun, Betik, Anggur, Buah-buahan Sitrus, Beri

Sayuran :-
 Kacang Hijau, Labu, Keledek, Tomato, Lobak Merah, Kacang Pis, Kubis Bunga, Brokoli, Asparagus, Kacang Buncis, Kacang Panjang, Jagung, Bayam

Kumpulan Daging :- 
Ayam, Tauhu, Ikan (seperti Salmon, Ikan Merah), Seluruh Telur, Kekacang, Daging Lembu

Tekstur Makanan :- 
Potongan Kecil, Kiub Kecil/ Ketulan Makanan Lembut





Selasa, 5 Jun 2012

~Makanan Pejal Untuk Bayi~

  1. Bayi yg berusia 6 ingga 8 bulan perlu diberikan makanan pejal antara 2-3 kali sehari.
  2. Pada peringkat permulaan, elakkan dari memberi makanan yg boleh menyebabkan alergi seperti telur, kekacang, makanan laut dan keju.
  3. Makanan pejal yg sesuai untuk bayi adalah puri yg dicampurkan dengan susu ibu bagi mencairkannya.
  4. Jangan mendesak bayi makan dengan banyak pada satu-satu masa kerana perllu diberikan masa untuk mereka belajar makan makanan pejal.
  5. Perkenalkan makanan jejari selepas mereka sudah pandai makan.
  6. Jangan menambah gula ataupun garam di dalam makanan bayi kerana buah pinggang mereka belum bersedia untuk memproses bahan2 tersebut.
  7. Setiap makanan yg diperkenalkan kepada bayi, perlulah diberi selama 4 hingga 7 hari berturut2. Ini bagi mengetahui tindakbalas tubuh mereka terhadap makanan tersebut sama ada mereka mengalami masalah penghadaman mahupun alahan.
  8. Jangan mendesak mahupun marah kepada bayi sekiranya mereka menolak makanan yg diberi kerana berkemungkinan mereka belum bersedia.
  9. Berikan bayi minum air dengan banyak dan makanan yg digemari ketika mereka demam.

Isnin, 30 April 2012

~SALAD PURI BAUH-BUAHAN~

 

Bahan-bahan:
1 biji buah mangga kecil yang dikupas & dipotong
1 biji buah pear kecil yg dikupas & dipotong
1 biji buah pisang kecil yg dikupas & dipotong
1 cawan jus buah-buahan Heinz 200ml-300ml (utk campuran)

Cara Membuatnya:
1. Stimkan buah pear hingga lembut.
2. Campurkan semua buah dan kisarkan di dalam mesin pengisar dengan mencampurkan jus buah-buahan Heinz sebingga ia kelihatan lembut. (berair untuk makanan pertama. Puri yg lebih pekat jika bayi sedang bercerai susu)


~jus buah juga boleh digantikan dengan susu biasa untuk dijadikan sebagai pencuci mulut ataupun sarapan pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...