Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 22 Jun 2015

Bergerdil Daging pada 3 Ramadhan

Salam ceria buat semua..alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk merasai Ramadan yang ke 5 pada hari ini. Dah hampir seminggu..lepas tu hampir sebulan..naahhh..raya sudah..eh..eh..lambat lagi tu..hehehe...jauh lak verangan Noor ni ye.

Hari sabtu dan ahad kami anak-beranak dok landing je kat rumah..petang tu ada la pergi Giant Kinrara sekejap untuk membeli barang dapur. Dapat la ayam sekor RM4.99 sekilo. Haaa...murahkan..murahkan!! Tu la...lenkali nak g shopping barang dapur pergi hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab banyak sangat offer dalam 3 hari ni.. Ini tak, en.hubby suka ngajak g shopping hari biasa. Haa...harga pun berganda la jawabnya. 

Bila berpuasa dengan budak kecik ni..agak mencabar sebenarnya. yela, kita tetap kena sediakan makanan untuk mereka. Dah tu, time si abang dan si adik makan..kena lak time deme nak suap mummy daddy..haaa...parah!! Jenuh nak cakap kata mummy daddy puasa..tak boleh makan. Nanti tunggu malam baru boleh makan. Alhamdulillah, si abang dah boleh faham, tapi si adik..hohohoho..kalau bab memaksa..fuhhh..berpeluh dibuatnya. Kalau dia bagi atau suap, wajib ambil..kalau tidak laaa...startlah melalaknya. Hai la anak bertuah ni..

Alhamdulillah, setakat semalam Noor sekeluarga belum lagi pergi bazar untuk membeli juadah berbuka. Bukannya apa, sebab dah serik rasanya..tahun sebelum ni pernah pergi dan beli lauk dengan harapan nak makan semasa berbuka. Alih-alih basi..ha...tak ke rugi..dah la rugi nak kena masak juga. 

Dulu tak pe la tak de anak kecik lagi..sekarang, jika beli dan  makanan yang dibeli pula basi..kesian sangat kat anak yang tidak tahu apa-apa tu. Yang diorang tau, nak makan. Jadi, sekarang Noor balik kerja terus masak. Alang-alang masak, terus lebih masak untuk buat sahur. Jadi, bila waktu sahur dah tak susah nak rushing. Tambahan pula, 2 3 hari ni, si adik asyik jaga mummy je time sahur. Yela, dia tak bagi mummy bangun..walaupun nak duduk sekali pun. Adooii..nasib baik lah encik suami boleh tolong panaskan lauk dan bancuh teh o panas. Lepas tu daddy ajak adik dan dukung dia..barulah dia mau keluar. Mummy ajak, tak mau ye diikkk...hai la anak.



Ini menu berbuka pada 4 Ramadhan..Tofu telur bersama cendawan, ayam goreng dan bergedil.
Bergedil tu buat masa 3 Ramadhan..Noor buat banyak dan frozenkan selebihnya. Bila nak makan, terus ambil dan goreng je. Cukup mudah. 

Resepi bergedil Daging:-

1/2 peket Dading Cincang (apa-apa brand pun boleh)
Kentang secukupnya
Daun bawang & Daun Sup (tapi Noor masukkan daun bawang je)
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Lada sulah
Bawang goreng (Noor guna bawang biasa tapi goreng sampai layu je)

Noor punya resepi ni semuanya ikut agak-agak sesuai je..jadi tiada sukatan yang betul.


Kentang di cuci, di buang kulit dan rebus.
Daging kisar digoreng sebentar tanpa minyak atas kuali non-stick
Lenyek kentang, masukkan daging, dan tepung jagung sehingga sebati.
Masukkan pula lada hitam, lada sulah dan garam mengikut kesedapan mulut.
Masukkan bawang goreng dan daun sup. 
Setelah sebati, gentelkan ia mengikut kesukaan anda..nak bulat boleh, leper pun boleh.
Dah siap..boleh la nak frozen kan.



Untuk goreng..pecahkan sebijik telur..masukkan sedikit tepung jagung (option). 
Celup bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas.



TIPS: 
* pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.




Selamat Berpuasa


Ada idea untuk sahur dan iftar?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...