Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 12 Januari 2015

Oh my..Sakitnya Gigi Gerahamku!!


Apa khabar semua? Rasanya masih belum terlambat lagi untuk Noor ucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Maulidur Rasul. Baru sekarang Noor ada kesempatan nak upload blog ni. Asyik sibuk je..maklumlah, bila hujung tahun banyak perkara yang nak kena settlekan. Awal tahun pula, sibuk nak buat stock take kat warehouse nunnn...fuhhh...dah tu, kena la prepare dan siapkan kerja agar percutian Noor bersama keluarga tidak terganggu. Eh, Noor nak pergi bercuti?? jeng..jeng..jeng..kemana tuu?? Haaa..next entry la Noor cerita ye..boleh masuk gambar sekali nanti bila dah pergi. Ini sampai pun belum lagi..walhal pagi lusa dah terbang. 

Oh, doakan Noor serta keluarga selamat dalam perjalanan pergi dan selamat pulang ye. Sebenarnya, jauh disudut hati Noor ni terdetik perasaan risau. Yela, tahun 2014 saja dah 2 biji kejadian kapal terbang..lepas tu diikuti pula dengan kapal terbang Air Asia dari Surabaya ke Singapore..siapa yang tak risau. Kalau dulu, tak de pun perasaan risau dan takut di kala nak naik kapal terbang..tapi kini, hurmm..moga tiada apa yang terjadi. Ya Allah, lindungilah hambamu ini. Amin.

Berbalik kepada tajuk entry ini..haaa..siapa pernah merasai betapa sakitnya bila gigi sakit..terutamanya gigi geraham?? cer angkat tangan..nak tengok. Eh..cemana nak nengok..blog kot!! Sorry..sorry..hehe. 

Kejadiannya bermula ketika Noor mengandungkan ZiyadZafry. Tak ingat dah masa tu berapa bulan tapi rasanya trimester kedua..tengah sedap makan tetiba gigi patah..geraham yang menghancurkan makanan pulak tu..haish..maka, berlubanglah ia. Walaupun Noor dah ambil pil Kalsium tapi masih tidak mencukupi. Maklumlah, Noor ni tak suka nak minum susu..bukan tak boleh minum tapi penyaki MALAS tu melanda..nak bancuh bagai..haish..kalau encik hubby yang bancuhkan..baru la best..kan..kan..dimanjai gitu..kehkeh.. Oleh sebab gigi ni tak sakit, maka, Noor biarkan je la kat dia..dan memaksa dia menjalankan kerjanya saban hari selama setahun lebih. Cheewaahh..

Dua bulan yang lalu..gigi gerahamku mula beri signal dengan sakit yang nyut....nyut....lepas tu hilang. Tak delah setiap saat setiap masa dia sakit. Kononya nak pergi tampal la tu..tapi bila sakit hilang..semangat nak pergi tampal gigi pun hilang..dok biar je lagi.

26 Disember 2014, malam sebelumnya dah start sakit yang amat. Rasa macam nak beranak sorang lagi je dah..tapi malam je sakitnya. Bila siang, elok je dia dok baik. Mungkin malam dia sejuk kot..kena belai, kena peluk bagai..dua malam gak la tak lena tidur. Jadi, paginya ingat nak g tampal ke kat PPUM..lepas doktor check dan xray..doktor kata boleh lagi diselamatkan. TAPI......kena tunggu 6 bulan lebih. HHAAAAAAAAAAA.........bayangkan kalau dah sakit..cemana nak tunggu. Time tak sakit boleh la bertahan lagi.

Kononnya balik rumah..tempek la Colgate Pro-Releif kat gigi tuk hilangkan sakitnya..rasanya bertahan la kejap..tapi dah semakin kerap sakitnya. 

6 Januari 2015, tengah syok dok ngadap pc kat opis..mai balik sakitnya. Ya Allah..betapa sakitnya..rasa macam nak g tampar belasah orang lak..nak jawab telefon pun dah malas. Jadi, Noor minta balik awal..pergi round cari klinik kat area Puncak Jalil, Equine dan Seri Kembangan.

Tapi, bila pergi semuanya dah full dengan appoinment. Time tu jam dah pukul 6..ada juga klinik yang tutup pukul 6 ataupun pukul 7. Pergi lak Klinik Pergigian An-Nur, memang la tutup pukul 9 malam tapi dah full pula. Nak tunggu untuk esok hari rasanya dah tak sanggup lagi ni..Last sekali, Noor cuba nasib pergi Klinik Pergigian Qistina kat Seri Kembangan, sebelah Giant tu. Haaa..nasib baiklah doktornya terima. Sebab kalau nak diikutkan pukul 7 petang dah ada appointment tapi customernya belum datang. Jadi, jom lah kita cabut gigi..

Next entry..tuk story cabut gigi..


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1xBet Korean Sportsbook Review
1Xbet deccasino South Korean 1xbet korean Sportsbook is licensed by the Kahnawake Gaming febcasino Commission and regulated by the Gambling Industries Authority. The website is designed to provide a safe and  Rating: 4.8 · ‎Review by LegitGamblingSites.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...