Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 13 Januari 2015

Sakitnya Cabut Gigi!!


Selamat Petang para blogger..semoga anda semua sihat selalu ya.

Entri sebelum ni, Noor ada story sikit pasal sakit gigi..yang kononnya Noor berusaha tuk menyelamatkan la gigi gerhaam ni..tapi apakan daya, sakitnya yang tak terperi..membuatkan ku mengambil keputusan untuk cabut je terus. SAYANG?? Yaa..memang Noor sayang..siapa tak sayangkan gigi kan..berpuluh tahun berkhidmat untuk diriku..kini, dia tiada lagi.

Noor cabut gigi di Klinik Pergigian Qistina yang terletak berdekatan dengan Giant Seri Kembangan. Masa tu pun dah pukul 7, tapi kebetulan patient yang buat appointment belum lagi sampai, jadi doktor merawat Noor dulu. 

Dengan perasaan relaks dan slumbernya..Noor masuk dalam bilik rawatan. Cheewwahh..macam lah pernah jumpa doktor gigi. Eh, memang pernah tapi last masa sekolah dulu. See...Noor ni sebenarnya takut nak jumpa doktor..fobia sebab masa sekolah, doktor yang check gigi dan buat tampalan tu ganaih sangat..haish..

Ok, masuk je dalam bilik rawatan..doktor suruh duduk di kerusinya yang canggih tu..ngangaaaa....aaaaa...gigi mana yang nak cabut? bla..bla..bla..doktor. Ok. Saya sapu gel dan cucuk sikit ye..tahan tau.
Haaa..masa nak sapu gel tu ok lagi la sebab ada perasa strawberi..bila doktor cucuk je tuk masukkan ubat kebas, aaa...sakit la sikit..3 tempat gak la dicucuknya..agar betul-betul kebas. Bila selesai cucuk, doktor biarkan Noor terbaring di kerusi canggihnya tu selama 5 minit.

Dalam masa dok menanti mulut kebas sebelah ni, sempat juga lah mata dok merayap ke sekeliling..ternampak la peti harta karun. Ceittt!! doktor ni pun..cer letak kat tempat tersorok sikit. Adakah patut, dia letak koleksi gigi yang telah dicabut dalam satu bekas transparent. Jadi, memang boleh nampak sangatlah gigi-gigi yang 'cantik' dan pelbagai warna tu..dah la banyak..ish..sih..ish...tak patut..tak patut..

5 minit berlalu, mulut memang dah terasa kebas. Sebelum cabut, doktor check dulu..dah betul-betul kebas atau pun masih lagi terasa. Bila dah betul kebas, apa lagi..dengan playarnya..doktor melonggar-longgarkan gigi gerahamku..yela, gigi geraham mesti la akar dia pun dalam. Dengan segala kudratnya..dortor gigi pun berjaya mengeluarkan gigi gerahamku..time ni memang tak terasa lagi sakit ke tak masa cabut gigi. Selepas selesai cabut gigi, doktor suruuh gigit kapas..then, tunggu diluar.

Pembantu klinik siapkan bil dan ubat..melayang gak la RM100 untuk gigi gerahamku yang tersayang..
Keluar klinik, en.hubby ajak g makan..ceewahh..time ni, ubat kebas dok ada lagi..jadi, ok la kan kalau nak g kedai makan..tapi Noor tak makan. Yela, camna nak makan kalau kapas dalam mulut masih ada. Darah pun dok keluar lagi. Tengah syok-syok dok layan 3 hero makan, haaa..ubat kebas dah makin berkurangan..mula lah mukaku jadi kerot semacam dok tahan sakit. Nak nangis pun ada..huhu...oh, cepatlah makan nak oii..tak sabar nak menyepikan diri..bila sakit terasa, mesti nak menyendiri je..bukan apa, mesti tak ada mood kan nak layan orang.

En. hubby tapaukan sup sayur sebab nak makan makanan lain, macam tak boleh je..nak kunyah pun tak mampu rasanya sebab dok telan darah je lagi ni. Balik je rumah, terus tidor...pukul 2 pagi baru bangun tuk minum sup..lapar tu jangan kata dah la..jadi, bolehlah alaskan perot dengan sup sayur..lagipun kurang jugalah rasa hanyir darah tu kan.

Selama 3 ke 4 hari jugalah masih terasa berdenyut-denyut sakitnya..kini, setelah 8 hari..sakit sudah berkurangan tapi masih belum boleh membiasakan diri bila gigi geraham ni tak ada. Nak makan pun agak susah sebab geraham ni la yang membantu menghancurkan makanan..kini, tinggal sebelah kanan saja. Nak telan air liur pun rasa pelik je..lidah lak, dok pergi pusing je kat tempat takda gigi tu..haish..

Perlukah Noor buat gigi geraham palsu?????

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...