Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perayaan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Hari Deepavali 2014 Di Sambut Awal??


Salam Sejahtera buat semua pembaca blog SLOB ye..

Moga hari ini anda berada dalam keadaan yang sihat ceria disamping keluarga tersayang..

Minggu depan hari Khamis adalah Hari Deepavali..mengikut kalendar la..jadi mesti ramai yang mengambil cuti dan plan untuk pergi bercuti..maklumlah cuma ambil cuti tahunan hari jumaat sahaja..dah boleh cuti empat hari.

Tapi perayaan ini telah bertukar sehari lebih awal iaitu pada 22 Oktober 2014 hari Rabu. Perkara ini telah diumumkan oleh bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara kerajaan di Jabatan Perdana Menteri.

Penukaran tarikh ini dilakukan berikutan Setiausaha Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam menyatakan penukaran tarikh ini diputuskan selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.

Sumber boleh rujuk di sini >> www.kabinet.com.my


Jadi, buat penganut beragama Hindu Noor ucapkan

"SELAMAT HARI DEEPAVALI"


Pss...ttt....hari Sabtunya lak adalah Awal Muharram..best!!..best!!

Selasa, 19 Ogos 2014

Salam Aidilfitri 2014

Belum terlambat rasanya untuk Noor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua..maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap tutur kata. Sebagai manusia, memang kita tak dapat lari dari membuat kesilapan.

Tahun ni Noor beraya di kampung sendiri iaitu di Taiping. Raya ketiga baru kami balik beraya di kampung mertua iaitu Banting. Anda beraya di mana pula tahun ni, kampung sendiri atau kampung mertua? Yang pasti mesti semua gembira kan..jangan lupa pada saudara kita yang baru kehilangan orang tersayang dalam tragedi MH370 & MH17, tak lupa juga saudara kita di Palestin & Gaza..moga mereka berada di kalangan orang yang beriman..janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka..agar ada sinar harapan untuk mereka di bumi anbiya'.

Apa tema baju raya tahun ni?? Noor pula ada kisah di sebaliknya..heheh..ok lah, plan en.hubby nak tema kaler kuning sebab masih elok lagi baju raya tahun sebelum ni..jadi kami pun mencari baju raya nunnn sampai ke Kajang..jadi dapatlah baju raya warna kuning untuk anak-anak..tapi Noor pula tak dapat warna kuning. Yang jumpa adalah warna biru & Ungu..huhu...sebab Noor berniat nak cari jubah untuk menyusu..ataupun jubah yang fesyen ada butang kat dada agar mudah nak menyusukan ZiyadZafry. Tapi dapat gak jubah cuma berlainan warna saja..

Empat hari sebelum balik kampung, emak ada call Noor tanya pasal saiz baju budak berdua ni..katanya nak jahitkan baju tuk cucunya. Wah..gumbiranya hati sebab mak nak jahitkan baju tuk bebudak ni..sapa tak suka kan..kan...bertambah lagi koleksi baju raya mereka (lupa lak nak tanya kain baju tu warna apa..hurrmmmm). Disebabkan Noor cuma dapat baju yang berlainan warna, jadi tak jadilah en.hubby pakai warna kuning. Beliau pun standby baju warna ungu & biru. Balik je kampung, nengok je baju melayu budak yang dah siap ni...rupa-rupanya warna ungu!! Wah..lagi gumbira sebabnya hampir tak sedondon lah kami untuk raya kali ni..haha..tapi disebabkan mak dah jahitkan baju warna ungu untuk ZarifZaquan & ZiyadZafry, maka raya pertama tema warna kami adalah UNGU..tak ada dalam perancangan..heheh...(mak jahitkan baju warna ungu tuk semua cucunya..2 lelaki 2 perempuan..anak adik).

 Raya pertama di Taiping..


 Raya ketiga..on the way balik Banting

 Raya keempat..nak g beraya di rumah saudara

Raya kelima..beraya di rumah jiran dekat je..heheh..


Eh..eh...mana raya kedua??? lupa la raya kedua pakai baju apa..hurmmm...

##entry ni dah buat lepas raya aritu guna hp tapi ni baru sempat nak publish..ish..ish..tak reti Noor nak publish guna hp..sampai sekarang tak jadi. Last sekali guna gak la komputer...

Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan 2014

Salam semua..

Rasanya masih belum terlambatkan untuk Noor mengucapkan 
Selamat Menyambut Ramadhan 
dan 
Selamat Berpuasa.

Moga kehadiran Ramadhan kali ini memberi 1001 makna dalam hidup 
serta 
memberikan kita peluang untuk lebih beribadah kepadanya. 

Setahun sekali saja kita nak bertemu Ramadhan. 
Entah kan ini Ramadhan terakhir buat kita ataupun tidak..wallahualam..
hanya 
Dia Yang Maha Mengetahui.


Marilah kita sama-sama 
perbanyakkan ibadah 
dengan 
membaca Al-Quran,
 bertarawih 
serta melakukan solat sunat.

 Moga segala yang kita lakukan diredhaiNya.



AMIN...AMIN..YA RABBAL ALAMIN..


*tahun ni Noor berpuasa berempat dah..tahun depan??

Rabu, 1 Januari 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Salam para blogger.

Mummy nak ucapkan selamat tahun baru 2014..moga tahun ni memberi lebih makna buat kita semua.

Apa azam tahun baru??

Azam mummy adalah untuk memajukan perniagaan yang baru saja dijalankan. Mula2 ni perniagaan online secara kecil-kecilan..Insyaallah moga perniagaan mummy bertambah maju.

Silalah jenguk2 page Zafran Beauty Shoppe..

**1st day tahun baru Mummy kena gastrik..huhu..

Rabu, 21 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Hi Semua..

Mummy Cuma Nak Wish Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Maaf Zahir dan Batin..

Rasanya Belum Lambat Lagikan Nak Wish..

Maklumlah..sibuk sejak preggy ni..

Tahun ni, Mummy Beraya di Rumah Mertua Dulu..

So, Gambar Raya Pun Hanya Sempat Snap di Rumah Mertua Sajalah..heheh..

Balik Kampung Mummy Pula Hari Raya Ke-3..


Dah Setting Camera, Tetiba Zarif Zaquan G Intepreme Muka Pula... :)
Terpaksalah Snap Lagi Sekali..


My Hensem Boy..
Muhammad Zarif Zaquan..


Cepat!! Nenek Nak Bagi Duit Raya..
Tapi Kena Lah Salam Dulu..


Tema Purple Tahun Ni..


Sempat Lagi Snap Gambar Di Rumah Saudara Tika Berjalan Raya..
3 Orang Menantu Perempuan..
8 Orang Cucu..Tapi Sorang Lagi Hilang Ke Mana..


**Tengah syok menaip, baby pun syok gak dok menendang kat dalam...

Khamis, 16 Ogos 2012

~Salam Aidil Fitri~


Salam semua...dalam entri kali ni, Mummy Zarif just nak wish Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri..
Lagipun, tinggal beberapa hari saja lagi kan. Mummy Zarif lak masih d office sekarang. So, sementara ada masa terluang boleh la menambah koleksi blog ni...heheh... (O_n) Sok dah start bercuti selama seminggu..bestnya...

Sok Mummy Zarif akan balik ke kampung di Taiping..raya ke 2 lak baru balik umah mertua kat Banting..tahun ni turn kat Perak lak...Kalo d ikutkan tahun sebelum ni raya kat Perak, tapi disebabkan adik nak kawin time raya, so, terpaksa la tukar plan. Raya kat Perak kemudian..tak sabar rasanya nak beraya kat kampung sendiri...

Korang camna lak?? Hope sumenya bergembira masa beraya nanti...tp jangan dilupakan pada yg tidak mampu..

Drive balik kampung nant perlulah lebih berhati-hati..sebabnya kereta terlalu banyak.. Hope sumenya sampai ke destinasi dengan selamat. 
AMIN....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...