Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Jun 2014

Atasi Masalah Loya dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Gingger Plus dihasilkan daripada bahan semulajadi dan bukannya dari bahan sintetik. Ia telah diuji secara klinikal dan telah terbukti berkesan dalam mengatasi masalah seperti di bawah. Ia berbentuk tablet dan mudah untuk di makan berbanding jika kita makan herba begitu saja. Terdapat 90 tablet untuk setiap botol.

Golongan sesuai mengambil vitamin ini ialah:

  • Wanita mengandung yang mengalami loya dan morning sickness
  • Yang sering mengalami gastrik
  • Yang sering mengalami masalah kembung perut dan sukar membuang angin
  • Yang sering mengalami maslah pencernaan
  • Yang mengalami mabuk darat/ laut



Peppermint Ginger Plus dihasilkan daripada 4 jenis herba iaitu Halia, Pudina (Peppermint), Cekur Manis (anise) dan juga Pokok Adas (fennal).



a. Halia

  •  Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (ketika dalam pantang)
  • Halia merangsang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan
  • Satu kajian di United Kingdom telah menunjukkan bahawa halia dapat menghalang muntah selepas selesainya pembedahan


b. Pudina (Peppermint)


  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Melegakan otot perut kerana ia mempunyai kesan penenang
  • Melegakan kesan sampingan yang timbul akibat dari rawatan kemoterapi seperti muntah dan hilang selera makan
  • Membantu mengurangkan masalah mabuk laut/ darat
  • Menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema kerana pudina merangsang pengeluaran peluh
  • Membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus 

c. Cekur Manis (anise)

  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembutkan pada perut
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap

d. Pokok Adas (fennal)

  • Menghilangkan kembung perut
  • Melegakan sakit perut dan gejala flu
  • Membantu masalah elergi dalam saluran usus


Cara pengambilan Peppermint Ginger Plus

3 biji untuk setiap hari.
Anda boleh telan begitu saja atau rendamkannya ke dalam minuman bagi memberikan kesan yang terbaik pada perut.



Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.


Klik link ini >>> ORDER PGP <<<






Khamis, 27 Februari 2014

Pengalaman Bersalin Ziyad Zafry

Salam pembaca semua..

Lamanya Mummy tak updated blog ni kan..

Heheh..sebab sekarang buzy sikit dok berbisnes..next nextntry mummy story lak pasal online bisnes yang mummy tengah buat ye.

Ini pun dah lewat sebab baby pun dah hampir 6 bulan..huhu..cerita basi dah kan..tapi tak pe lah, sebagai kenangan saja.

Mengimbas kembali detik-detik semasa contraction..cewahh..yela, mummy nak kena recall balik la pengalaman tu sebab dah ingat-ingat lupa..hehhe..mana tak nya. Tengah semangat nak coret kat blog tetiba ada je benda lain yang perlu dilakukan dulu..huhu..

Meh kita cari balik kalendar tahun lepas untuk bulan September..

#2 September 2013 Isnin..

Mummy dah start ambil Maternity Leave..heheh..sebab due 3 September 2013. Dengan harapan baby keluar awal..yela, bila berada dipenghujung kehamilan ini, memang nak je suruh baby ni keluar cepat. Penat tau sebab baby dah semakin sihat dok kat dalam tu.. makin lasak..disebabkan masih tiada apa-apa contraction, so Mummy relaks je la kat rumah. Mengemas la apa yang patut..maklumlah nanti nak bercuti 2 bulan..tapi baby masih happy lagi dok kat dalam. Next check up pada hari Khamis, 5 September 2013..itu pun kalo baby masih syok lagi landing kat dalam la..heheh...sambil dok melangut sorang-sorang kat rumah..eh, Zarif Zaquan kat mana ye?? aaaa...dia kena tinggal kat kampung di Taiping. Sebabnya nanti kena la Mummy nak terberanak, Zarif nak letak kat mana pulak kan..so terpaksa la dia tinggal dengan opah, tok wan dan pak su nya.. Dadddy masih lagi pergi kerja sebab mummy ok jee...heheh..sambil dok melangut tu, Mummy dok terpikir gak macam mana nak bagi baby keluar cepat. Dok search gak la dalam Mr Google..sambil baca pengalaman orang..jadi jumpa la macam-macam. Mummy cuma try minum air 100 plus je..

#3 September 2013 Selasa

Time bangun pagi, bila ke toilet nampak macam ada lendir darah sikit. So, apa lagi inform la Mr Hubby..dia pun terus ambil cuti sebabnya nak standby kot-kot la nak terberanak dah..heheh...kang tak de sapa lak nak bawa Mummy ke hospital. Pastu siap suruh baby keluar pilih time yang jalan tak jem..yela, siang kan banyak orang kat jalan sebab nak g kerja..kalau malam ok la..jalan pun clear. Dari Puchong nak ke PPUM kalau jalan clear tak sampai setengah jam tapi kalau jalan jem..huhu..mau dekat sejam..boleh terberanak dalam kereta u ollss..tapi disebabkan Mummy tak de pula rasa nak beranak..sakit contraction pun belum lagi, so Mummy pun ajak la Mr Hubby pergi jalan-jalan..konon-konon nak mempercepatkan bukaan rahim la..kami pun pilih la kompleks yang dekat dengan PPUM dengan harapan bila sakit tak de la jauh sangat bila nak ke hospital..tepi hidung je pun..bayangkan kami jalan dari pukul 10 pagi sampai lah ke pukul 4 petang..penatnya la haii...tapi sakit nak beranak tak de jugak..yang baby masih dok syok lagi landing kat dalam..adehh...kami pun ambil keputusan, balik rumah je la..berehat..baik gerak sebelum orang keluar kerja..nanti sangkut jem..huhu..
Mak kat kampung dah dok tanya..macam mana..macam mana...risau dia..abah balik kerja kul 6 petang, terus gerak mai Puchong..huhu..risau dengan keadaan anaknya..bila cakap dalam telefon tak sama bila jumpa depan mata.
Lebih kurang pukul 10 malam, barulah Mummy terasa contraction..mulanya sakit sikit-sikit dalam setengah jam sekali..tapi Mummy wat tak peduli je..dok berehat je sambil menunggu ketibaan mak, abah, amirul dan zarif zaquan..hampir pukul 12 tengah malam juga la baru la diorang sampai ke rumah..rindunya pada anak teruna sulung tu..rasa happy sangat bila dapat jumpa. Masa itu, sakit contraction dah makin kerap..dalam 5 minit sekali..Mummy pun pergi la berehat dengan harapan boleh la tido lena..hahah..tapi tak boleh pun..

#4 September 2013 Rabu

Dalam pukul 4 pagi, Mummy rasa sakit makin bertambah. Minta la Mr Hubby bawakan ke hospital..mak pun temankan sama. Zarif tinggal dengan abah dan amirul kat rumah. Seperti biasa sampai saja di wad bersalin, nurse akan tanya dulu datang sebab apa..bila due date..daftar kat mana..so bila dah selesai, kenalah tukar uniform..daripada baju biasa kepada baju warna pink..heheh..baju untuk pesakit nak bersalin..barangan kemas juga kena tinggalkan pada waris sebab jika ada kehilangan, pihak hospital tidak akan bertanggungjawab. Selepas tukar baju semua, Mummy pun baring la atas katil yang telah disediakan. Yang bestnya, wad bersalin kat PPUM ni seorang sebilik. So tak de lah rasa segan dan malu sangat bila ada doktor atau nurse datang periksa..Nurse akan pasangkan alat CTG untuk kesan degupan jantung bayi serta kekerapan contraction pada perut Mummy..best jek bila dengan jantung si kecil kat dalam..
Dalam pukul 5 pagi doktor ada datang periksa laluan keluar..masa itu bukaan baru 4 cm. Jadi doktor anggarkan dalam pukul 9 pagi baru akan bersalin. Selepas itu, tinggallah mummy seorang diri melayan kesakitan smabil sedut gas apa ntah..memang mengkhayalkan diri. Sakit kali ini rasanya tak sama macam sakit nak bersalinkan Zarif dulu. Sakit contraction kali ini, seminit sekali..bayangkanlah..tak sempat nak tarik nafas lega sebab sakit dah hilang, datang balik sakitnya..huhu..nak menangis pun ada..penat dah rasanya. Setiap masa mummy asyik tengok jam je..hehhe..punya la tak sabar nak suruh baby keluar. Kalau baby dah keluar baru lah lega..hahha..tapi jam gerak lambatttttttttttt sangat...huhu..dalam dok lali-lali disebabkan sedut gas tu..jap terlelap dalam kesakitan..tau-tau dah rasa nak teran..tengok jam time tu baru kul 7 pagi..
Kebetulan, ada nurse datang jenguk..bila tengok gaya mummy semacam je..(mummy tengah mamai time ni..tak berapa nak ingat sangat)..dengar nurse kata tunggu, jangan teran lagi..hahah...yela, sebab diorang ingat lambat lagi nak bersalin. Yela, dalam masa 2 jam saja dah buka 10 cm..memang cepat la..kelam kelibut la nurse tu nak buka katil kat hujung kaki, nak betulkan kedudukan mummy..hahah...mummy dah tak kisah dah time tu..yang penting dapat keluarkan baby. Bila push 2 ke 3 kali kot, barulah baby keluar dengan jayanya...selepas itu mummy dah tak ingat apa..sempat la terlelap sekejap. Bila nurse nak jahit baru sedar balik sebab kena jahit hidup-hidup..adeh...sakit weyyyhh...bila selesai..lega rasanya. Tapi mai pulak doktor lain, check jahitan katanya kena jahit lagi sebab tak cukup..haaaaaa...macam nak menangis dah Mummy dengar..bila datang doktor senior, dia kata tak perlu dah jahit..barulah lega dengar...fuuhhh...semangat. Bila selesai semua tu, baru lah mummy ditolak masuk ke wad bersalin..barulah Mummy dapat jumpa baby yang bam bam..Baby lelaki yang dinamakan Muhammad Ziyad Zafry..yang bermaksud pertambahan kepada kemenanganku.(tak reti mummy nak buat ayat..lebih kurang macam itu la maksudnya..)



Khamis, 29 Ogos 2013

Checkup Minggu ke 39

Hi semua..

Hari ini Mummy ada check up kat PPUM..mungkin yang terakhir ataupun ada lagi..

Tapi yang pasti EDD 3 September..dan next appointment lak 5 September..

Itu pun kalau baby tak keluar lagi laa..

Debar juga ni..huhu..

Doktor kata kalau tak beranak lagi selepas 10 yari dari EDD..so kena la induce..

Huhu..tu yang risau..

Setiap hari dok tanya bila baby nak keluar..

Opah kat kampung lak dok kata..

"Mana tau..kot kot jumaat malam sakit..pastu terus beranak..dapatlah tarikh cantik iaitu 31 Ogos..lagipun dalam family belum ada lagi tarikh tu"

Haha..kalau masin mulut opah..sok malam lerr kamu nak keluar...

Isnin, 26 Ogos 2013

Mencari Set Bersalin

Assalamualaikum..

Set bersalin apa yang best ye dan menjimatkan???

Hrmmm....susah juga ni nak memilih set yang berkenan dan bersesuaian dengan budget..

Kalau ikutkan..Daddy suruh beli je set Mustika Ratu..

Sebab harga dia la paling menjimatkan berbanding produk yang lain..

Tapi masalahnya.......

Masa mengandungkan Zarif Zaquan dulu pun dah guna set bersalin Mustika Ratu..

So, masih ada lagi bahan yang tidak habis guna..especially untuk kegunaan luaran tu..

Kalau bab pil memang habis ditelan..hahaha...

So, kalau nak beli lagi set Mustika Ratu ni rasa macam membazir je..

Yela, kang segala aram, pilis, lagi apa ntah namanya tuh dah boleh buat mandi sebab banyak sangat..

Sebab yang dah habis cuma pil untuk siang dan malam, minyak telon dan minyak kayu putih je..

Dah la Mustika Ratu ni tak de pulak nak jual secara berasingan..

Kalau ada, kan lagi jimat..hehehe...

So, bila di search di internet..hati dah TERBERKENAN pada set bersalin D'Herbs..

Tapiii...masih belum berjaya memujuk Daddy untuk beli set ni...huhu...

Dah la EDD pun tinggal lagi seminggu je nih..

Set bersalin pulak tak prepare lagi...sadisnya..

Harap-harap Daddy dapatlah belikan Mummy set bersalin D'Herbs ni...

AMIN..AMIN...AMIN....


**tolong doakan ye.. :) **

Ahad, 25 Ogos 2013

Lemang Oh Lemang

Assalamualaikum warga blog semua..

Hari ni Mummy cuma nak share cerita pasal lemang je pun..hehe..

Semenjak lepas raya ni..suka bebenor Mummy makan lemang..

Tak tahulah sama ada sebab mengidam ke apakan,.

Tapi kalau mengidam, bila dah makan sikit pun dah tentu lah cukup sebab dah dapat makan..

Inikan tidak..dah dapat makan pun nak makan lagi..macam tak puas pulak..isk..isk..

Kerr..baby suko benor makan lemang..confius gak ni..hehe..

Alkisahnya, raya first dah makan pun lemang..

So ingat dah ok la..

Pastu, raya ketiga pulak..balik kampung pun nak makan lagi lemang..

Nasib baik la kebetulan ada lemang kat rumah..kira ok la tu..

Selang berapa hari pula, kami pergi beraya di kedah..boleh lak nak cari lagi lemang..

Nasib baik la Daddy rajin melayan..dia pun beli lah lemang yang jumpa kat tepi jalan tu masa on the way nak balik perak..

Ingatkan dah tak minta lemang dah pasni..

Tup..tup..start minggu lepas..rasa nak makan lemang lagi...adeh...jenuh macam ni..

So, Daddy pun pergi la beli lemang hari ini..

Harap-harap inilah lemang yang terakhir Mummy makan sebelum c comel ni keluar..

Rabu, 21 Ogos 2013

Minum Air Gula

Entri kali ni, Mummy nak cerita pasal air gula. Bagi Mommies yang preggy and dah dapat baby mesti tahukan pasal air gula. Samada kena minum sekali ataupun 2 kali..berdasarkan kepada keputusan kandungan gula dalam darah.

Dulu, ada la orang cakap kena minum air gula sebab ada keturunan kencing manis, sebab berat naik banyak sangat la..Betul ke tidak, Wallahualam..

Tapi bagi Mummy, berat naik tak dela banyak. Then, keluarga pun tak de la sejarah ada kencing manis. Tapi tetap kena minum juga air gula ni. Mungkin sekarang dah diwajibkan bagi ibu mengandung yang berusia 25 tahun ke atas kot. Sebab dulu time Mummy preggy Zarif pun kena juga la minum air gula, tapi sekali je pun.

Minum air gula ni adalah untuk memastikan yang ibu mengandung bebas dari kena kencing manis. Yela, kalau time mengandung ada kencing manis adalah sangat bahaya pada kandungan. Kebiasaannya, paras kandungan gula semasa mengandung adalah tinggi berbanding sebelumnya.

 Oklah, balik kepada cerita Mummy tadi..untuk kandungan kali kedua ni. Mummy teeerrrrrrpaksa minum air gula sebanyak 2 kali..huhu...kali pertama Mummy kena minum air gula adalah hujung bulan Julai lepas. Time tu memang tak kena puasa macam minum untuk kali kedua. So, bedal je laa...tup..tup...keputusan agak tinggi iaitu 7.6


So, bila check-up sebulan lepas tu, doktor suruh minum untuk kali kedua. Tapi kena datang keesokkannya sebab kena puasa dulu bermula pukul 10 malam. Padahal, dah la bulan puasa..so tak dapatlah untuk Mummy puasa pada hari itu....huhu...sedih gak.. tapi demi keselamatan c kecik ni, Mummy relakan jua..

Start malam tu, lepas je buka puasa terus Mummy tak makan apa-apa lagi. Yela, time buka puasa pun dah kenyang..nak makan lagi memang tak boleh la..nak jadikan cerita, Mummy start la puasa pada pukul 8 malam..hehhe..bangun time sahur pun cuma minum air masak dan obimin saja..

Sampai saja di PPUM, mula-mula kena ambil darah dulu..adeh...sakit juga ambil darah kali ni..huhu...tapi tahankan ajer...then, minum la air gula. Kali kedua minum ni, sukatan air gulanya pun lebih..Ya Allah...susah juga nak habiskan. Tapi paksakan juga diri habiskan dalam masa tak sampai 5 minit. Pastu, nurse suruh tunggu dan berehat selama 2 jam.

Huhuh...ngantuk kot nak tunggu ambil darah lagi 2 jam..nasib la en.hubby ada..leh la dok lentokkan diri kat bahunya..heheh...setengah jam lepas tu...tetiba rasa mual lak..apa lagi, dengan muka slumbernya Mummy pun ke toilet..hahah...so, keluarkan balik segelas air gula tu..huhu...Hanya mampu bertahan setengah jam je..pastu, tak de pun inform nurse..sebabnya tak nak la minum air gula lagi..huhu..

Lepas 2 jam, kena ambil darah lagi..tu pun, doktor yang bertugas nak cucuk tempat yang sama tapi Mummy tak nak la..dah la sakit. Kesan pun belum hilang..so, cucuk la pulak tangan sebelah lagi..adeh..dah la dijoloknya jarum tu sampai dalam..sebab kali ni darah pula tak keluar..dua kali pula tu..
Selesailah sudah aktiviti minum gula dan mengambil darah..

Balik je rumah, tempat cucuk mula la menunjukkan kesannya..adeh...kiri kanan pula tu lebam. Macam kena gigit hantu pun ada..huhu..dah la nak hilang kesan lebam tu pun lama..2 minggu juga la baru nampak kurang sikit...

So, minggu lepas..bila check-up, doktor ada la inform katanya paras gula dalam darah sebelum minum 4.2..then selepas minum pula 4.6..ohhh...lega Mummy dengar..

Kandungan Kini 38 Minggu


Salam Semua..minggu ni dah masuk 38 minggu kandungan Mummy.

Masih ada lagi 2 minggu untuk menikmati penghujung kehamilan ni..

Buat masa ni, Mummy cuma rasa lenguh-lenguh kaki..ala..ala..cam nak datang period tu..

Baby pun dah start dok mencari jalan..huhu..sebab kekadang terasa gak sakit kat area ari-ari..

Sambil tu dok check juga kot-kot ada tanda lain..tapi still ok lagi..

Cuma dah semakin penat sekarang..

Nak pergi kerja pun dah tak ada semangat..haha..

Alasan je tu kan...kan...tapi Mummy still kerja lagi sekarang..

Esok ada check-up kat PPUM..

Sekarang dah start kena check-up seminggu sekali..

Sampailah baby ni keluar..

Kekadang dok cakap gak dengan baby, kalau nak jadi anak merdeka..kena la keluar 31 Ogos nanti..

Heheh...ok la tu.. Sebab dua pun 3 September..


**Mummy Daddy tak sabar sebenarnya nak jumpa kamu..

Jumaat, 1 Februari 2013

Pregnant Lagi

*gambar ni ehsan dari Mr Google...Mummy tak snap pun pic..tak tau dok mana ntah... (n_n)

Alhamdulillah...tahun baru ini Mummy sekeluarga akan menerima kehadiran orang baru lagi...bestnya..kalo boleh Mummy nak anak perempuan la pula...tapi semua tu kuasa Allah...Mummy terima saja..asalkan anak ini nanti membesar dengan sihat dan sempurna...AMIN...

Tahun lepas, dapat anak buah baru...kiranya sepupu Zarif Zaquan la...tahun ni pulak dapat adik la pulak...buat masa ni, dah nampak sikit sikap manja yang ditunjukkan oleh Zarif Zaquan..ooo...lalala...mungkinkata orang-orang tua, sebab nak beradik so macam tu la sikap dia...

Masa mula tau preggy tu sebab cik P tak datang seperti biasa...hrmmmm...terpikir gak masa tu..pregnant ker??? tunggu lagi tapi hati terdetik gak kata aku ni pregnant...tapi still bersabar sebab kalau nak test pun mesti kena tunggu 2 minggu. Kalo test awal boleh tapi kekadang time tu hormon kita belum kuat...so tu yang boleh menyebabkan orang yang berharap preggy kecewa..yela, dah baik 1 line penuh n 1 line lagi pudar or xde langsung..Pastu mulalah gelabah...pregnant ke x...

Tapi Mummy biarkan je la...cuma dah start berhati-hati la..tak de la lasak sangat macam selalu...So, dah sebulan baru lah Mummy g check...saja je nak puaskan hati...hehehhe....padahal dah tau. Cuma nak kan kepastian...yela, mana tau kot-kot penyakit lain ke...hish!! minta la dijauhkan. Time check tu (ala..beli je pregnancy test kat farmasi..) memang dua-dua line terang giler kaler dia...hahah...yela, dah sebulan..mesti hormon pregnant dah kuat...

Disebabkan kena gastrik, so terpaksa la g jumpa doctor...masa tu dah 6 minggu..kiranya buat check up trus la...doctor scan..katanya ada kantung kat rahim..yela, sebab awal lagi cuma boleh nampak gumpalan je la..darah ngah membentuk untuk menjadi manusia..doctor pun start la bagi ubat fish oil, ubat tambah darah serta ubat kalsium...termasuk lah ubat gastrik...hehehe....bermula itu, setiap hati makan la semua jenis ubat vitamin ini....


Alahamdulillah...sekarang kandungan ini dah berusia 9 minggu ++..due date lak awal bulan 9..kiranya lepas raya lah..tapi mana tau kot-kot dia nak jadi anak merderka...heheh.. harap dia membesar dengan sihat dan sempurna...AMIN......

Wanita Bergelar Ibu



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.

*Gambar di bawah adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.




*creadit to Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung..saja mummy share info ni...untuk pengetahuan semua..*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...