Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Breasfeeding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Breasfeeding. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Julai 2014

Performance Drink untuk Siapa?

Performance ni untuk siapa sebenarnya?
Tak semestinya untuk orang yang aktif bersukan saja..tapi siapa lagi? 
Boleh ke kanak-kanak pun minum?
Boleh ke ibu yang menyusukan anak minum?
Pesakit gout pula bagaimana?

Jawapan untuk semua persoalan di atas adalah YA!!

Performance Drink ini diperlukan oleh semua ahli keluarga anda seperti suami, isteri dan anak anda.

Termasuklah:-

  • Anak-anak yang deman
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain
  • Individu yang menghidap gout
  • Individu yang kurang minum air dan mengalami dehidrasi
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Individu yang berpuasa
  • Individu yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif dalam bersukan
  • Individu yang terasa seperti nak diserang demam ataupun sedang demam

MENGAPA anda perlukan Performance Drink?

  • Kandungan gula yang kurang
  • Tidak berkarbonat ataupun tidak bergas
  • Bersifat isotonik iaitu mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Jadi, ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya>> tubuh anda LEBIH CERGAS dan kurang penat.
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elekrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan dapat menghilangkan masalah dahaga atau kurang haus.





Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.




Selasa, 17 Jun 2014

Susu Ibu vs Susu Formula


Alhamdulillah..sehingga kini Muhammad Ziyad Zafry dah berusia 9 bulan lebih..masih diberi rezeki oleh Nya untuk minum susu ibu. Noor berasa syukur sesangat sebab betapa nikmatnya ketika menyusukan anak tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Terasa puas bila dapat mengenyangkannya.

Dulu, Zarif Zaquan tak de rezeki untuk susukan dia..jadi sejak lahir hingga sekarang Zarif hanya minum susu formula. Mungkin anak first kot, jadi Noor tak pandai nak susukan dia agaknya. Zarif cuma sempat rasa susu ibu tak sampai 2 bulan..tu pun sebab Noor pam dan susukan dia guna botol. Mungkin juga sebab kurang pengetahuan berkenaan dengan penyusuan.

Jadi, sedikit sebanyak ada juga la perbezaan antara Zarif dan Ziyad ni..yang Noor perasan Zarif dulu lebih kerap demam berbanding Ziyad. Boleh dikatakan Zarif demam setiap bulan laaa...yang Ziyad lak, alhamdulillah, setakat ni cuma adalah 2 ke 3 kali je kot demam..tapi jarang sangat la..

Disebabkan Ziyad asyik melekat je dengan Noor, maka dia asyik nak ada Mummy je depan mata(tak kesah la mummy dia buat apa pun, janji dok depan mata dia). Mulut pun tak banyak sangat..buat apa pun dalam diam je..main sendiri pun diam je.. Kalau Zarif lak, walaupun sendiri main akan mengamuk. Kiranya dia asyik nakkan perhatian saja...haha...kalau kat rumah tu kiranya asyik dengar dia melalak je laa...budak manja sebenarnya Zarif ni..

Dari segi kos lak, dah tentulah susu ibu lebih jimat dari susu formula..cuma kena melabur untuk permulaan saja seperti nak beli pam, botol, beg, icepack, freezer..tpai sekali tu je..kalau susu formula dah tentu setiap bulan. Macam Zarif minum susu Dutch Lady, 1 pack dah RM 20++...sebulan dah tentu kena beli 4 pack..besanya 1 pack boleh tahan seminggu. Kalau Ziyad, Noor cuma pam kat opis je..dan boleh minum kat taska..senangkan..heheh..


Alhamdulillah..saya membesar dengan sihatnya.
Moga Allah murahkan lagi rezeki susu kepada Muhammad Ziyad Zafry sehingga 2 tahun.





*Saya ada jual Shaklee.
*Anda perlukan Set Penyusuan, jom sms/ wasap/ wechat saya.
*013-243 4729

Selasa, 11 Mac 2014

Mummy dapat Sijil

Alhamdulillah, Mummy dapat sijil..

Sijil apa yee??

Mummy dah habis study kan..

Sijil tuk breastfeeding laaa....

Mummy berjaya menyusukan Ziyad Zafry secara eksklusif sehingga berumur 6 bulan..

Stok dalam freezer..guna plastik eskrem je..

Taaddaaa...bam bam kan dia..kan..kan..

Doakan Mummy berjaya nyusukan Ziyad sehingga 2 tahun..Insyaallah..

*sedih sebab dulu Mummy tak pandai mungkin & kekurangan susu tuk menyusukan Zarif Zaquan..dia sempat 2 bulan je..huhu...maafkan Mummy, sayang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...