Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Jumaat, 9 November 2012

PUNCA ANAKKU DEMAM

Hi Semua Pembaca....

Entri kali ni Mummy Zarif nak bercerita sikit tentang anak tersayang...yg demam panas.

Zarif Zaquan pada mulanya hanya batuk sikit dan start demam pada hari Jumaat 2hb November 2012..tapi pada suhu yg tak la tinggi sangat..ok la lg..just bg dia makan ubat demam yg masih berbaki..time tu batuknya dah start ada kahak..(memang dari kecik ZarifZaquan ada kahak bila batuk...apa yg dirisaukan mmg terjadi...)

Keesokan harinya, Sabtu, disebabkan suhunya yg semakin tinggi pada 38.9'c menyebabkan kami bawa dia ke klinik besa je.. risau gak sebab suhunya still tak turun padahal dah bagi ubat demam. So, doktor pun bagi ubat antibiotik, ubat demam, ubat sakit tekak n ubat batuk. Ok la...puas hati la skit bila doktor cek n kata takde paper...

Malangnya, ari Ahad demam nya still tak kebah dan berulang lagi...suhu turun sikit dan akan naik balik..Padahal dah masukkan ubat melalui bontot 2 kali dah (doktor benarkan kalo suhu demam 38.5'c ye..kalo bawah tak boleh masuk ubat bontot ye.) ..menyebabkan Daddy ajak bawa Zarif Zaquan ke Unit Rawatan Kecemasan di PPUM...dah la dok tunggu nak daftar pun lambat...sampaikan Daddy g tanya baru la diorang nak daftarkan. Padahal tak ramai pun patient yg menunggu tuk daftar haritu...tapi disebabkan anak tak sihat, maka tunggu je laaaaa..... (dalam hati, geram pun ada..ggrrrr...). Tunggu punya tunggu punya tunggu...sampai la giliran kami tuk berjumpa doktor...bual bual bual...bla..bla...doktor amik keterangan (dah macam polis lak..heheh..)...pasal anak n background family, last2 bagi ubat demam je...HAA!!! camtu je ker? tak perlu ke nak cek paper ker? darah ker??? cuak gak la ngan doktor tu..tapi sabar je la...tengok lagi keadaan anak camna...sbb time tu cek suhu dah turun ke 38.3'c je...

Ari Isnin, pagi pegang badan Zarif Zaquan panas lg..check suhu dia hampir 39'c..punya la dok lap ngan kain basah..Daddy lak siap tempekan ngan air asam jawa lg kat ubun2 dia dengan harapan demamnya akan kebah...belah petang ok la sikit....tak jadi la Mummy & Daddy Zarif nak kerja...risaukan anak...nak anto nanny pun takut kang jadi paper dia lak susah, kita nak g keja lagi la hati tak senang...sebab demamnya panas sangat.

Selasa lak...tak boleh jadi niii...siap awal pagi bawa ZarifZaquan ke PPUM semula..kali ni cek kat klinik pesakit luar...time ni baru la doktor cek secara detail. Dia pun hairan kenapa time cek kat emergency tak dibuatnya X-Ray n cek darah skali...Bila dah buat X-Ray baru lah diketahui punca demam panas anakku ini...rupa2nya ada kuman dalam paru-parunya. Sebabnya kahak dah termasuk sikit dalam peparu...OMG..tak tau camna nak gambarkan perasaan ni...dah la dapat doktor yg tak leh sangat speak Malay...adoii..aku tanya lain, dia jawab lain...xpela doktor...Mummy Zarif search kat google je la...So, doktor tadi pun bagi ubat antibiotik tuk hapuskan virus tu..tunggu sampai hari sabtu ni, kalo tak ok kena tahan wad..tapi kalo dah ok, Alhamdulillah..

Arini 9 November 2012, Mummy Zarif lihat tahap kesihatan ZarifZaquan dah semakin baik...Alhamdulillah sangat...hope akan bertambah baik lagi dan sihat seperti sedia kala. Kenapa MummyZarif kata camtu sebabnya bila tengok dia dah start round 1 umah sambil tersengih-sengih...hehehe...maknanya dia dah beransur sihat. Time demam aritu, dok terbaring je..lemah sangat tengok badannya..matanya pun luyu je..
Pasni boleh la makan banyak2 ye sayang...bagi naik balik berat tu..tau tak, masa timbang 1 tahun, beratnya 8.4kg..tapi bila demam, turun hampir 0.4kg...hope naik balik beratnya n pipinya chubby kembali....

Oh ya, berkenaan dengan jangkitan kuman dalam peparu, MummyZarif ada try search dalam googgle. So, dapat la benda alah ni...hope dapat dikongsi bersama..dan kita sebagai ibu bapa tidak ambil mudah bila kanak2 demam pada suhu yg tinggi dan sering berulang..mesti ada PENYEBABnya...

Pembunuh si kecil

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan
bminggu@bharian.com.my
2011/11/20

Sikap kurang peka ibu bapa terhadap radang paru-paru boleh ragut nyawa anak

SABAN tahun, serangan radang paru-paru atau pneumonia membunuh kira-kira 1.4 juta penduduk dunia terutama kalangan kanak-kanak yang turut menjadi penghidap utama penyakit itu.

Angka berkenaan menunjukkan kehilangan nyawa akibat pneumonia adalah melebihi kematian yang disebabkan penyakit berbahaya lain seperti AIDS, malaria dan tuberkulosis atau tibi.

Di Malaysia, statistik Kementerian Kesihatan membuktikan, pneumonia berada pada kedudukan kelima penyakit pembunuh tertinggi kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru seseorang dan biasanya, ia banyak dihidapi golongan kanak-kanak dan tua.

Awalnya, selepas dijangkiti virus, kuman atau bakteria, seseorang akan mengalami simptom-simptom pneumonia seperti batuk serta selsema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan menyerang paru-paru.

Pakar Perubatan Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata penyakit itu perlu dikesan dan dirawat secepat mungkin bagi mengelaknya menjadi serius sehingga boleh meragut nyawa.

Bagaimanapun, katanya, di negara ini, kesedaran masyarakat terutama golongan ibu bapa berhubung penyakit berkenaan adalah masih terlalu rendah ekoran tiada kefahaman meluas seperti dalam konteks memahami simptom, kepentingan rawatan dan langkah pencegahan.

“Kekurangan pengetahuan ini menyebabkan mereka tidak menyedari bahaya penyakit berkenaan atau kepentingan mendapatkan rawatan awal, sekali gus meningkatkan jumlah kematian tahunan akibat masalah kesihatan itu.

“Pneumonia mempunyai banyak simptom antaranya demam panas, batuk berkahak atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat, sering merengek (bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit-birit.

“Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami satu atau lebih daripada simptom ini, ia mungkin pneumonia. Usah bertangguh, sebaliknya segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pandangan dan rawatan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan ‘Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Di Negara Ini Berhubung Pneumonia,’ bersempena Hari Pneumonia, baru-baru ini. Usaha itu diperkenalkan Gabungan Global menentang Pneumonia Kanak-Kanak yang dianggotai 125 badan bukan kerajaan, pertubuhan amal, institusi akademik, agensi kerajaan dan beberapa yayasan bagi menggalakkan tindakan masyarakat dunia di dalam usaha menentang, merawat serta mengelakkan jangkitan penyakit berkenaan.

Dr Yong Junina berkata, pengalamannya mengendalikan kes Pneumonia dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan sikap ibu bapa yang menganggap simptom dialami anak mereka itu tidak berbahaya, menjadi punca pesakit tidak dapat dirawat awal sehingga menemui kematian.

“Kebanyakan ibu bapa yang membawa anak mereka ke klinik saya tidak tahu dan tidak menunjukkan kebimbangan apabila saya memberitahu anak mereka diserang pneumonia. Malah mereka menganggap ia masalah kesihatan ringan.

“Ada kes yang mana seorang penghidap kanak-kanak yang baru saja hampir sembuh selepas menerima rawatan, kembali kritikal dan meninggal dunia apabila ibu bapanya mengambil tindakan sambil lewa dengan tetap menghantarnya ke tadika, walaupun dia sepatutnya diberi rehat mencukupi terlebih dulu.

“Perlu diingatkan yang penyakit ini disebabkan banyak faktor seperti persekitaran kotor, lokasi terlalu sesak, tempat berhabuk, cuaca buruk, ketahanan sistem imunisasi tubuh rendah atau penyakit dibawa individu sekeliling, jadi pesakit perlu 'dikuarantin' dari semua keadaan ini sehingga benar-benar sembuh,” katanya.

Jelas Dr Yong Junina, dari kaedah rawatan, ada beberapa cara berkesan yang akan digunakan pegawai perubatan dalam mengatasi penyakit dihidapi.

“Bagi pneumonia yang disebabkan virus, doktor hanya akan memberikan ubat pil dan penghidap harus rehat dan minum air secukupnya kerana sistem imunisasi badan akan memainkan peranan dalam merawatnya.

“Jika penyakit dialami tidak serius dan disebabkan bakteria, doktor akan membekalkan antibiotik dan ubat tetapi sekiranya jangkitannya serius, penghidap akan diberikan ubat melalui suntikan,” katanya.

Namun, bagi kes lebih serius, penghidap akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan rawatan lanjut seperti bekalan oksigen dan antibiotik.

Baginya, seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati,’ usaha untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini adalah paling penting berbanding merawatnya.

Bagi tujuan itu, masyarakat perlu menjalani gaya hidup sihat, mengutamakan kebersihan diri, mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi, tidak berada di kawasan sesak, menutup hidung ketika cuaca buruk apabila keluar rumah dan sentiasa mementingkan kesihatan sekeluarga.

“Sekiranya anda, ahli keluarga atau anak anda mengalami simptom pneumonia, segera dapatkan nasihat atau rawatan doktor bagi memastikan tahap kesihatan anda tidak menjadi semakin buruk,” katanya.

“Lebih penting, pada waktu yang diperlukan atau dinasihatkan doktor seperti jika anda ingin melancong atau pulang dari sesebuah lokasi luar negara, dapatkan vaksin seperti Pertussis (Tibi), Vaksin Measles (Demam Campak), Vaksin Influenza atau Vaksin Pneumococcal.

“Vaksin ini berupaya meningkatkan sistem imunisasi tubuh anda bagi mencegah sebarang jangkitan penyakit,” katanya.

 INFO Pneumonia
Golongan berisiko:




  • Kanak-Kanak terutama pada usia lima tahun dan ke bawah
  • Dewasa terutama pada usia 65 tahun dan ke atas
  • Mempunyai tahap sistem ketahanan badan rendah seperti pembawa HIV/Aids
  • Penghidap masalah kesihatan yang kronik
  • Individu di kawasan sesak atau kotor
  • Masyarakat atau penduduk di kawasan tidak membangun atau miskin

    Simptom
  • Demam panas
  • Batuk berkahak atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan
  • Rasa tidak sihat
  • Sering merengek (bayi dan kanak-kanak)
  • Pernafasan laju atau tercungap-cungap
  • Sukar bernafas
  • Muntah
  • Cirit-birit

    Antara langkah pencegahan
  • Menjalani gaya hidup sihat
  • Mengutamakan kebersihan diri
  • Mengamalkan penyusuan susu ibu
  • Elak di kawasan sesak
  • Menutup hidung ketika cuaca buruk.
  • 2 ulasan:

    Unknown berkata...

    Kalau anak demam, boleh cuba qaseh gold junior.
    Sesuai untuk demam, semput dll..
    http://www.muslimchoices.com/?p=qaseh_gold_junior

    Noor berkata...

    Terima kasih..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    y
    b
    a
    b
    e
    v
    o
    l
    e
    i
    z
    h
    s