Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shaklee. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mac 2015

Family Trip to Sabah -Part 2

Wow, sudah masuk bulan 3..cepatnya masa berlalu..dan dalam tempoh sebulan tak updated blog ni juga macam-macam perkara berlaku dalam hidupku sekeluarga. hoho..kena ambil masa juga untuk catat dalam blog ni. Noor nak sambung story pasal pergi Sabah pula kali ni.
15 Januari 2015   KHAMIS
..................................................
Wooowii..memang best tidur di Kundasang, tak perlu pasang penghawa dingin dan juga kipas sebab suhu memang dah sejuk. Nak mandi pun menggigil kalau tak ada pemanas air..nak mandikan bebudak dengan pemanas air agak mencabar sebenarnya. Yela, manalah diorang ni pernah guna kat rumah. Bolehlah asalkan mandi, kena air seluruh badan pun cukup..keluar je dari bilik air..haaa...menggigil dak Zarif dan dak Ziyad..hehe..cepat-cepat selimutkan diorang. Jangan katakan budak je menggigil, ni haaaa mak budak pun menggigil..hehe.. 
Pukul 7 pagi kami dah siap-siap untuk turun bersarapan sebelum meneruskan ekspedisi jalan-jalan kami ni. Tahu je lah kan, nak siapkan budak yang tengah lasak ni agak lambat sikit. Mak ngan pak siap sekejap aje..heheh.. Sebelum turun ke tempat makan, abah ajak naik atas hotel itu. Rupanya memang pihak hotel siapkan tempat untuk melihat pemandangan sekitar Kundasang di atas bumbungnya. Tapi penglihantan kami agak terbatas dek kabus yang tebal. Gunung Kinabalu pun tak nampak. Jadi, agak sedih jugalah sebab tak dapat melihatnya.



Pemandangan sekitar Pekan Kundasang yang di ambil dari atas The Cottage Hotel

 Lihatlah betapa tebalnya kabus..memang sejuk dan best sangat sebab semenanjung dah tak ada macam ni

 Aksi dak ZiyadZafry bila tengok wan, opah, paksu, mummy, daddy dan abg Zarif dok tangkap gambar

Selesai bergambar, jom kita bersarapan dulu. Banyak jenis juga menu antaranya nasi goreng, scramble egg, sosej goreng, kacang apa tu..ala lupa lak namanya, roti bakar dengan pelbagai jem, air oren & mango serta air panas seperti kopi dan teh.

Suasana di Hotel masa baru sampai dan nak check out
 

Destinasi pertama kami tuju adalah Pekan Ranau. Pekannya takdelah besar sangat, sekali round dah habis. Cuma kami sekeluarga tertarik tuk singgah di Pasar Pagi. Mungkin ada buah yang tidak dapat ditemui di Semenanjungkan..mana tahu.


Masih ada lagi rokok daun ni di sana. Noor pun pernah tengok masa kecik-kecik dulu. Tapi kini dah sukar ditemui di Semenantjung. Mak lak sempat lagi interview penjual kuih Akok..nak tahu kot cara nak buat. Haa...balik nanti bolehlah mak try ye..



Haaa...masa kami pergi ni bukanlah musim buah, jadi agak rugi sebab tak banyak buah yang pelik kecuali kami jumpa buah 'dabaq' (maaflah ye kalau salah sebut..noor ingat-ingat lupa sudah bah). Lagi satu jenis yang Noor ingat ialah buah yang rupanya macam pelam tapi isinya labu kuning. Makan macam tu saja memang terasa makan labu kuning tu..sedap dan manis.
Ok, destinasi kami seterusnya adalah ke Hot Spring Poring..tak jauh pun dari Pekan Ranau. Alaaa...Noor lupa pula harga masuk ke Hot Spring ni sebabnya plan mula tak nak masuk ke dalam. Just nak jalan-jalan kat area luar saja tuk ambil gambar..tup..tup..abah mai bawa tiket. Rupanya abah beli..heheh.. Kesnya pasai abah nak tunggu je dalam kereta, mungkin dia dah penat dok nunggu kot...hehe..tengkiu abah. Hahaha...masuk je kat dalam ni memang boleh "cuci mata" la jawabnya sebab biasalah orang asingkan lebih selesa berbikini..lainlah orang kita.
 Disebabkan bukan musim cuti sekolah, jadi suasana dalam ni agak selesa la untuk bergerak.

 Kami pun ambil kesempatan tuk merasai air panas di Poring ni..rugi tau bila dah jejak kaki tapi tak merasainya sendiri. Risaukan budak hero berdua tu je sebab diorang yang excited nak masuk dalam air. Kalau air tu sejuk dah lama Mummy lepaskan korang tau tak..heheh..

Tengoklah aksi dak ZarifZaquan tu..dak ZiyadZafry lak tak mau balik..nak dok lagi situ..ish..ish..
Sebelum kami gerak balik ke Kota Kinabalu, singgah dulu ke Sabah Tea Garden. Memang ladangnya luas tapi sayangnya kami tak boleh masuk tengok cara pemprosesan daun teh menjadi teh. Sebabnya masa lawatan sudah lepas. Jadi, jika anda berminat nak tengok cara pemprosesan teh ni pergilah ke sini pada waktu pagi sebelum jam 12 tengahari. Mereka tidak buka untuk pelawat pada sebelah petnag. Tapi jalan masuknya memang mencabar..heheh..dengan jalan batu besar tuk mendaki..fuhhh...bukan jalan tau ye..
Kami pun singgah sekejap saja. tak ada pun beli Sabah Tea sebabnya kat Semenanjung pun dah banyak masukkan. Jadi tak perlulah nak beratkan beg ye..hehe..
Seterusnya kami pulang ke Kota Kinabalu tapi dek kerana nak cuba jalan lain, haaa...amik masa dari tengahari sampai ke maghrib baru tiba ke Cyber City Services Apartment. Kesnya nak tengok tempat orangkan..lagipun tak sangka begitu jauh perjalanannya dari Kundasang ke Tambunan >>> Papar barulah tiba ke Kota Kinabalu. Heheh..sayup je hati lalu ikut banjaran itu sebabnya jarang sekali orang lalu. Dengan tanah runtuh menyebabkan laluan tinggal satu jalan saja. Fuhh..memang mencabar sungguh..dengan kelaparan..hahah.. Tapi nasib baik Noor dah minum ESP dan makan Vita-Lea dulu pada waktu pagi. Jadi memang bestlah sebab perut masih relaks je walaupun dah seharian tak makan. Kalau anda nak merasainya sendiri, mai whatsapp Noor ye.
Alhamdulillah, selepas sampai apartment yang disewa..kami keluar tuk mencari makan. Singgah kedai area apartment saja sebab badan dah penatkan. Balik apartment boleh makan buah pulak..
Perjalanan hari Pertama >> Part 1
Perjalanan hari Ketiga >> Part 3
Perjalanan hari Terakhir >> Part 4 (Last)

Khamis, 5 Februari 2015

Kebaikan Vita-Lea for Children



Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping anak-anak serta keluarga tersayang. Entri kali ni Noor nak cerita sikit pasal Multivitamin.

Multivitamin untuk kanak-kanak kini kembali dengan dipertingkatkan formulanya!! Setahun lebih multivitamin ini tiada dipasaran.



Vita-Lea untuk kanak-kanak ini mempunyai 18 jenis multivitamin dan multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis Vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi dalam badan. Ia turut mengandungi 200mg Kalsium, Magnesium, Zinc, Cooper dan banyak lagi bagi membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang si manja.




Vita-Lea untuk kanak-kanak ini hanya sebesar duit syiling 10 sen dan mempunyai rasa masam manis seperti buah anggu. Pasti kanak-kanak menyukainya. Jangan risau akan saiznya yang besar bagi kanak-kanak kerana tablet ini boleh dikunyah. Kanak-kanak amat menggemari makan gula dengan cara mengunyahkan. Haa...jom tukarkan dari gula biasa kepada Vita-Lea for Children ini.



Fungsi Vita-Lea untuk kanak-kanak
==================================

Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk merawat atau mengelakkan anemia
Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
Mencegah penyakit tiroid/ beguk
Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
Menguatkan gigi
Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
Membantu menguatkan kecerdasan minda



Siapa yang perlukannya?
========================

Kanak-kanak yang kurang minum susu
Kanak-kanak yang sering demam dan selsema
Kanak-kanak yang kurang aktif dan cergas
Kanak-kanak yang tidak suka makan buah dan syur-sayuran
Kanak-kanak yang memilih makanan

Vita-Lea untuk kanak-kanak ini amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan keatas.
Juga sesuai untuk ibu bapa yang ingin menguatkan sistem imun.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vita-Lea for Children<<<

ATAU

Klik link ini >>> ORDER SET KESIHATAN SI MANJA<<<

Isnin, 22 Disember 2014

Masker Vitamin C Shaklee



Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.

Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Haa...sapa kata Vitamin C tak boleh buat masker..eh boleh ke? tak kot..

Ye betol.. Vitamin C Shaklee boleh buat masker.

Jom kita tengok cara-caranya.



Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Kesan Pengambilan Vitamin C Shaklee




Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.
Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Wah..wah...disebabkan bulan Disember 2014 ini, pihak Shaklee membuat promosi yang best..jadi ramai lah yang rebut peluang untuk kelihatan cantik dan nak meningkatkan tahap kesihatan. Maklumlah, bila badan sihat maka jimatlah duit dan masa untuk jumpa doktor dan makan ubat.


Jom kita lihat apa kesan sampingan yang anda dapat jika mengambil Vitamin C Shaklee.

> mengurangkan gejala alergi
> antioksidan yang kuat yang akan melambatkan proses penuaan
> mampu menghapuskan radikal bebas
> membaiki insomnia dan stress..tidur akan lebih nyenyak
> meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan
> merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia di dalam badan dengan berkesan
> setiap 100mg yang dilepaskan di dalam tubuh badan pada setiap jam mampu kekal dalam plasma darah selama 12 jam
> membantu mencegah penuaan pra-matang
> meningkatkan kesuburan
> memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen
> menggalakkan pengeluaran hormon antistress
> luka akan cepat sembuh
> kulit susah lebam jika terhantuk
> mengelakkan daripada terjadinya darah beku
> paras tekanan darah kelihatan normal
> kolesterol jahat berkurangan, kolesterol baik dikekalkan
> badan susah demam, selsema atau batuk kerana sistem imun badan telah meningkat
> kulit menjadi lembab, bintik-bintik hitam hilang, jeragat dan juga 'eyebag' juga hilang
> kulit wajah dan badan menjadi cerah sekata, licin, gebu, berseri, dan juga kelihatan kemerah-merahan




Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Bestnya Vitamin C!!



Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.

Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Pernah anda dengar tentang Vitamin C? 
Noor yakin mesti ramai yang tahu dan pernah dengar Vitamin C, sumber Vitamin C yang terhasil dari buah-buahan citrus dan fungsinya adalah untuk kecantikan kulit. 

Ya, memang betul tapi tahukah anda bahawa Vitamin C Shaklee merupakan produk pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kadar pelepasan secara semulajadi. 
Anda tidak perlu risau kerana tiada kesan yang memudaratkan. 

Eh, sama je kan Vitamin C brand lain dengan Vitamin C.
Tidak kerana Vitamin C Shaklee menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam. 
Berbanding jenama lain, Vitamin C akan larut dengan kadar lebih cepat.

Vitamin C merupakan satu antioksidan yang kuat, serta mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg bioflavanoid dan 500mg Vitamin C. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi, pastinya halal dan diluluskan oleh KKM. 


Sebiji tablet Vitamin C bersamaan dengan 7.5 biji oren termasuk kulitnya. Adakah anda sanggup makan oren sebanyak itu setiap hari untuk memperolehi khasiat Vitamin C??

Cepat atau tidak keberkesanan terhadap sesuatu produk adalah bergantung pada setiap individu. Setiap individu tidak sama, ada yang seminggu dah nampak kesan dan ada juga yang lambat nampak kesan yang ambil masa sehingga sebulan. Namun, kebanyakkannya akan nampak kesan selepas sebulan pengambilan sesuatu produk secara konsisten. Bukan yang kejap makan kejap tidak tu ye.

Pernah juga customer tanya, jika makan Vitamin C ini kena pantang apa-apa ke? Oh tidak, anda tidak perlu untuk berpantang. Makan seperti biasa saja. Bahkan ibu hamil juga boleh makan Vitamin C dan amat digalakkan kerana ia bagus untuk ibu dan bayi. Vitamin C Shaklee boleh mengurangkan risiko ibu hamil untuk mendapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Secara tak langsung, ibu hamil tidak perlu nak makan ubat kerana memang tidak digalakkan ibu hamil mengambil ubat sembarangan kerana kesannya pasti turut kena pada bayi.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Isnin, 27 Oktober 2014

Bahaya Resdung

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda, wajah anda dan sentiasa fikir yang positif dan baik-baik sahaja..insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.


Apakah itu penyakit resdung?

 Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Apakah tanda-tanda resdung ?


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

> Sering mengalami hidung tersumbat?
> Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
> Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata?
> Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
> Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
> Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
> Mengalami jerawat di muka dan badan?
> Nafas berbau?
> Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
> Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?
 
Apakah punca resdung ?

Alahan iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. 

Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. 

Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google


Kemudaratan Resdung

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik


AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Kenali Jerawat Anda

Semoga para pembaca sentiasa ceria dan sihat disamping keluarga tercinta dan berada didalam lindungan RahmatNya.
Anda pernah mengalami jerawat??
Teruk ke tak?
Jerawat batu atau jerawat pasir?
Kerap atau jarang-jarang?
Haaa...mesti anda semua pernah dinaiki jerawat kan. Tipulah kalau tak ada yang tak pernah tu..kecualilah bayi dan mereka yang masih belum sampai akil baligh kerana hormon masih stabil. Tapi bila dah cukup umur..automatik jerawat akan menghantui anda. 
Macam Noor sendiri, alhamdulillah memang tak ada masalah kulit sejak dari kecil. Malah ruam pun tak pernah mendekati kulitku..cewaahhh..ini gara-gara semasa hamil, ibuku amat gemar makan limau. Haaa..kan..maklumlah anak sulong. Jadi, memang ikutlah agar anak mendapat khasiatnya. Terima Kasih pada ibuku tersayang..mmmuuuuaaahhh...
Oleh sebab itu, jerawat hanya datang dan pergi saja dalam kamus hidupku..keskes..
Time 'kawan baik' datang, dia pun timbul..kekadang satu dua je..kekadang jerawat pasir..lepas tu dah tak de..eh, eh..melalut dah Noor ni..
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
 Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Whitehead

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di mana bahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Blackhead

Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
 Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang serius

Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang kronik



Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Namun, ianya adalah tidak benar. 
Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
> Sejenis penyakit kulit yang kronik.
> Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
> Terjadi di dalam lapisan kulit.
> Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
> Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
> Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
> Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
> Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
> Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
> Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
> Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Noor harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung.
Anda boleh mengambil Set Resdung Shaklee ataupun Set Kecantikan jika ingin mengatasi masalah ini.
Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Selasa, 21 Oktober 2014

Aturan Makan Set Kurus

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda, wajah anda dan sentiasa fikir yang positif dan baik-baik sahaja..Insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.

Aturan Makan Set Kurus yang terdiri daripada Omega + Herb-Lax + Alfalfa.
Minggu Pertama (seeloknya diambil pada hari Jumaat sebab proses pembuangan toksin mungkin menyebabkan anda perlu ke tandas)
  • Hari 1-3 >>  Herb-lax 4 biji sebelum tidur untuk Detox buang toksin dalam badan
  • Hari 4-7 >> Omega Guard 3 biji selepas sarapan dan Alfalfa 2 biji selepas makan tengahari
Minggu kedua dan seterusnya
  • Setiap hari >>  Omega Guard 3 biji selepas sarapan dan Alfalfa 2 biji selepas makan tengahari
  • Setiap jumaat malam sabtu >> Herb-lax 4 biji sebelum tidur (jika yg berbadan besar disarankan ambil 5 biji)
Jangan Lupa!!

  • Sila minum air sebanyak 500ml air kosong selepas mengambil Herb-lax kerana ini untuk proses detox buang toksin dalam badan. Sebaiknya Herb-lax diambil sebelum tidur kerana ia bertindak selama 6 jam. Jika anda kurang minum air, perut akan rasa sangat memulas. Oleh itu, pastikan anda minum air yang banyak SELEPAS makan herb-lax.
  • Pastikan anda minum air yang banyak jika makan Omega kerana ia akan membuatkan badan terasa panas dan cepat dahaga. Jadi pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3liter sehari dan jika minum lagi banyak pun ok sebab membantu mempercepatkan proses pelangsingan.

  • Banyakkan makan buah-buahan yang kaya dengan serat supaya hasilnya lebih cepat.
  • Jangan terlalu cepat membuat keputusan dan berputus asa. Berilah badan anda sekurang-kurangnya 90 hari untuk nampak kesan seperti yang diharapkan kerana setiap badan tidak sama proses penerimaannya. Ada yang cepat dan ada yang lambat turun. Tiada jalan yang singkat untuk dapatkan berat badan yang ideal ya.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET KURUS SHAKLEE <<<

ATAU

Klik link ini >>> ORDER SET KURUS SHAKLEE & ESP <<<

Tips Berdiet!!

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda,wajah anda dan sentiasa fikir yang positif n baik-baik sahaja..insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.

Ok, kali ni Noor nak cerita tentang tips untuk berdiet. Mesti ramai yang ingin kelihatan cantik dan ramping tapi masih belum berjayakan. Yela, kalau ambil apa jenis produk kurus pun tapi kita tak diet tak de maknanya kan..betul dak..betul dak?? haa...jom kita lihat adakah kita sudah mengikut tips diet seperti dibawah.
  • Ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat. Anda tidak perlu risau jika berat tidak turun kerana ada individu yang badannya shape on dulu baru berat turun.
  • Jangan skip sarapan ye..sarapan adalah wajib. Sepanjang kita tidur selama 6-8 jam menjadikan perut berasid. Sebab itu bila bangun kita kena alas perut dengan segelas air untuk menuetralkan asid itu. Sarapan adalah sebagai penanda aras untuk tenaga sepanjang hari.
  • Jangan skip makan..makanlah dalam kuantiti yang sikit tapi banyak kali. Ini untuk mengelakkan dari anda mengambil kuantiti yang banyak jika menanti waktu makan yang sebenar. Untuk makan malam, anda boleh ambil buah-buahan ataupun biskut.
  • Makanlah nasi sekurang-kurangnya sekali dalam sehari kerana badan kita memerlukan karbohidrat. 
  • Nasi adalah lebih baik dari roti, mee dan pasta. Ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
  • Ambillah buah sebelum makan dan bukannya selelpas makan. Kebanyakkan kita mesti makan buah selepas makan sebagai pencuci mulutkan. Jika ambil sebelum makan, dah tentu makanan berat seperti nasi..kita akan makan lebih..haaa...mulalah makan buah pun sepotong dua je.
  • Minum air kosong mengikut berat anda..jika berat 25kg kenalah minum 1 liter air.
  • Ambillah separuh pinggan nasi + 1/4 sayur + 1/4 lauk. Jika anda masih terasa lapar, tambahlah lauk dan sayur..bukannya tambah nasi ye.
  • Sepanjang tempoh antara waktu makan pagi dan tengahari/ antara makan tengahri dan makan malam..makanlah makanan yang berkasiat seperti buah ataupun salad.
  • Kena konsisten kerana diet secara sihat tidak akan menunjukkan kesan dalam tempoh yang cepat.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET KURUS SHAKLEE <<<

ATAU

Klik link ini >>> ORDER SET KURUS SHAKLEE & ESP <<<

Isnin, 20 Oktober 2014

Jangan Makan Panadol Jika Migrain!

Salam Ceria Semua..

Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.



Anda kerap mengalami sakit kepala ataupun migrain?
Jangan biarkan ia berlarutan..atasilah ia segera.!

Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana migrain


Sakit kepala kerana sinus 
disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.


Sakit kepala kerana tekanan 
Ia disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.


Sakit kepala kerana migrain 
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.


Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.


Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. 
  • Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Jika anda inginkan Set Migrain Shaklee, boleh hubungi Noor ye.


SMS/ Wasap/ Wechat
Noor
013.243.4729




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET MIGRAIN <<<


Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi

Selamat Petang semua,

Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria disamping keluarga tersayang serta sentiasa dirahmatiNya.


Anda tahu tak apa itu kolesterol? Dari mana kolesterol itu datang? Kenapa kita perlu turunkan paras kolesterol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.



Kolesterol penyebab serangan jantung


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.




Kalau diikutkan banyak makanan kegemaran kita yang tak boleh dijamah. Memang kita sukar nak limitkan pengambilan makanan kurang dari 300 mg selagi kita berada di Malaysia. Makanan di Malaysia memang best dan lazat! Rugi kalau kita tak rasa. Betul tak? Huhuhu



Produk baru Shaklee  2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iaitu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh.

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan.

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari.




Keistimewaan Phytocol Shaklee


  • Dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • Fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • Mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • Kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • Tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan



Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.



Sekarang bagaimana?
Dah tahu cara nak turun kolestrol kan?
Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari.
Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER PHYTOCOL-ST SHAKLEE <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...