Hari ini adalah hari terakhir untuk Wedding Anniversary buat Noor & Suami iaitu bertarikh 9 Mei 2014..manakala Mak & Abah pun pada bulan yang sama iaitu 5 Mei 2014..bestkan..tarikh Wedding Anniversary kami dekat je..heheh..
Maka, sebulan yang lalu Noor mencari idea..macamana nak Celebrate buat orang tersayang..tahun lepas Noor dah hadiahkan Coklat yang ada gambar Parent pada bungkusannya..
Noor buat sekali dengan Hari Ibu..cari gambar untuk Wedding Anniversary tak jumpa lak..dia nyorok mana ntah..haish...
So, dapatlah idea nak buat terjah Wedding Anniversary ni...kebetulan, dah kami pergi ke Melaka..so memang ok la sangat..Noor minta FK Kreatif yang terjah..coklat gift tu pun Noor order dari diorang..ok la..
Kalau nak diikutkan, plannya nak minta terjah pukul 6.30 petang..sebelum keluar g pusing Melaka..tapi pihak FK Kreatif tersangkut jem la pulak..tak pelah..nak dijadikan cerita, my mom boleh lak ajak keluar time tu..adeehh...camna ni?? bunga & kek tak sampai lagi?? kang dah dok kat mana ntah..nak suruh FK Kreatif datang..lagi la lecehkan..mm...idea..idea..apa nak buat ye tuk lengah-lengahkan my mom & my dad..
Adduh..jam time tu dah pukul 6.40..Noor terpaksa la buat-buat siap lambat..siapkan botol Zarif dulu..susu dia..buat nak g toilet..minta la hubby tolong search carikan kedai makan best..masa ni Noor cuma inform hubby yang ada surprise untuk Mak Abah je..so, Mr Hubby memang tak tahulah yang untuk dia pun ada sekali..haha..kena ada geng gak untuk menjayakan rancangan..heheh..tak leh nak simpan sorang-sorang..ngeh..ngeh..ngeh..
Mak Abah dah siap turun pergi parking yang Noor dan hubby kat bilik lagi..adeehhh..cemana ni....???
Takkan nak suruh diorang naik dulu..kang pecah la tembelang!!
Nak bagi alasan apa pulak nak minta diorang naik!!
Call FK Kreatif, nasib katanya dah sampai tempat park..tapi diorang kat wing 7..kami parking wing 6..nasib baik la..kalau tak..huhu..boleh suspen dah parent kat bawah tu..
Sementara nak tunggu diorang setup kek..belon..dan apa-apa yang patut, Noor buat-buat la pusing kot lain..jenjalan pun dah macam orang dalam pantang..hahaha..punya la slow...addeeehhh...tak boleh blah bila diingatkan balik..punya la nak menjayakan racangan sendiri!!
Bila Noor sampai tempat parking, tau tak apa jadi?? Semua dah masuk kereta!! Bayangkan la semuanya tunggu Noor je lagi..huhu...tapi buat selamber je..dengan perasaan tidak bersalah sebab lambat..hahah...muka parent dah tentulah masam..haha..sebab kena tunggu lama..
Pastu Noor pun buat-buat la gaya nak masuk kereta..tetiba nampak pihak FK Kreatif jalan bawa belon..pastu mak pun tetiba bersuara, "wah..ada orang bawa belon"..tapi tak sangka belon tu untuk mereka..
Time tu dah pukul 7 rasanya..haha..tak pasal-pasal kena terjah kat parking kereta..yang mulanya plan nak suh terjah kat bilik..
So, meh hayati gambar di bawah yang di snap oleh pihak FK Kreatif..kami sorang pun tak sempat nak snap sendiri..gara-gara semua terkejut..hehe..
Salah seorang team FK Kreatif dalam perjalanan untuk sesi terjah!!
Dari car park wing 7 ke car park wing 6..nasib tak jauh..hehe..
Nampak tak disitu yang mereka semua sudah berada di dalam kereta dan menantikan ketibaan Noor..
Minta semua turun dulu ye..kita ada surprise..!!
Zarif dah excited nampak belon..hehe..
Ada kek istimewa untuk mereka..jom tiup lilin dulu..
Zarif tak tinggal susunya..haish..spoit tul laa...
Happy Wedding Anniversary buat Mak & Abah yang ke 30 tahun..
Happy Wedding Anniversary for Us yang ke 5 tahun..
Terima kasih tak terhingga kepada team FK Kreatif untuk Terjah Wedding Anniversary ini..
Moga anda terus maju dan berjaya.
Jika ada sesiapa yang berminat nak buat Birthday Party/ Terjah/ Candy Buffet dan sebagainya, bolehlah ke FB: FK KREATIF
Alhamdulillah..suka sangat dapat menggembirakan orang tersayang..tapi lagi best kalau semua adik dapat kumpul sekali..Insyaallah, jika diberi kesihatan dan umur yang panjang..kita plan lagi ye adik-adikku..Syahir, Wani & Amirul..tak lupa juga buat adik iparku Pina & Zairi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan