Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Set Penyusuan Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Penyusuan Shaklee. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2014

Testimoni Vita-C Shaklee



Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.

Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Entri ini, Noor nak share antara testimoni dari customer tersayang.



Pelanggan yang kerap MC dulu, sekarang tidak lagi.




Selamat tinggal JERAWAT dan kulit bermasalah



Ibu menyusu kekal cergas walaupun berjalan jauh & tak cukup rehat




Hasilnya dalam masa yang singkat




Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Khamis, 16 Oktober 2014

Breastfeeding dan Hehamilan

Selamat Petang Buat Para Pembaca yang Budiman,

Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.

Pernah tak anda mendengar atau sering kali mendengar kenyataan yang menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan??

Anda rasa ianya benar ataupun tidak?

Noor rasa ramai yang keliru dan menganggap bahawa kenyataan ini benar. Asalkan ibu masih menyusukan anak, tak kiralah berapa kali dan kerap pun..si ibu tidak akan hamil. Malah ada yang beranggapan jika anak sudah berusia dua tahun jadi hentikan pemberian susu ibu padanya kerana nanti ibu tidak boleh hamil ataupun sukar untuk hamil.

Satu perkara yang haru difikirkan ialah teknik penyusuan itu. Jika cara penyusuan itu tidak betul dan sempurna manakan manfaat untuk menjarakkan kehamilan itu akan dinikmati.

Jadi, bagi menjarakkan kehamilan ramai para ibu mengambil pil perancang yang sudah tentulah memberi kesan sampingan. Lebih baiklah merancang kehamilan secara semulajadi.



Lactational Amenorrhea Method (LAM)



Apa itu LAM?

Situasi di mana seseorang ibu menggunakan kaedah menyusukan anak iaitu hanya dengan susu badannya sendiri tanpa menggunakan alat atau ubat-ubatan bagi mencegah kehamilan yang lain.
Ia merujuk kepada suatu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak apabila wanita itu masih lagi tidak kedatangan kitaran haidnya dan menyusukan anak dengan susu ibu.

Keberkesanannya dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi kriteria berikut:
> bayi yang dilahirkan masih berusia enam bulan dan kebawah
> Ibu masih belum kedatangan haidnya
> Ibu menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa campur dengan susu lain



Carta Keberkesanan Penggunaan Pencegah Kehamilan

Carta menunjukkan bahawa jika seorang ibu menggunakan kaedah LAM ini kadar peratusan untuk hamil adalah rendah jika dibandingkan dengan kaedah penggunaan kondom. Oleh itu, rancanglah kehamilan anda dengan cara yang lebih selamat.



Bagaimana Cara Yang Betul?

Sebenarnya cara ini hanya berkesan jika bayi berusia kurang dari enam bulan, ibu belum datang haids dan anaknya diberikan susu ibu secara eksklusif. Ini bagi mengelakkan ibu mengandung selepas habis tempoh berpantang.

Bagi ibu yang masih menyusukan anaknya dan ingin hamil tidak perlu risau kerana ianya adalah proses sementara saja. Selepas si ibu kedatangan haids secara umumnya dikira subur semula.
Kaedah semulajadi adalah yang selamat.

Namun begitu, masa untuk menjadi subur semula adalah berbeza mengikut hormon seseorang. Ia bergantung pada cara ibu bertindak semasa menyusukan anak. Semakin kerap ibu menyusukan anaknya dalam sehari maka semakin berkesanlah cara ini.

Satu kajian menunjukkan bahawa ibu yang dipisahkan daripada anak yang baru dilahirkan walaupun anaknya diberikan susu ibu (EBM) selama enam bulan..si ibu tetap mempunyai kadar risiko kehamilan sebanyak 5.2% sepanjang enam bulan pertama selepas bersalin.

Penyusuan yang membantu menjarakkan kehamilan adalah bersifat ekological iaitu:
> berikan susu badan sahaja
> tidak memberi puting plastik (pacificer)
> menyusukan bayi sekerap mungkin
> menyusukan bayi dengan posisi berbaring
> mendakap bayi dengan lebih rapat


Dengan cara ini, manfaat menjarakkan kehamilan dapat dirasakan.

Risiko untuk hamil adalah zero dalam masa tiga bulan pertama, kurang dari 2% antara 3 ke 6 bulan, sebanyak 6% pula selepas 6 bulan dengan syarat haid belum datang.

Secara purata kitaran haid akan datang selepas 14.6 bulan dari tempoh tarikh kelahiran.

Walaupun begitu, si ibu akan mengalami kelewatan kesuburan untuk beberapa kitarannya.

Kitaran pertama adalah sebagai tanda peringatan bahawa ibu sudah boleh hamil.

Masa yang di ambil oleh seseorang wanita untuk subur adalah berbeza dan bergantung kepada keadaan kelenjar ovarinya.



Hentikan Penyusuan untuk Hamil Semula??

Tidak ada sebab untuk si ibu menghentikan penyusuan untuk hamil kerana ia adalah sesuatu yang biasa dan hanya bersifat sementara. Ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil adalah disebabkan masa peralihan saja. Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran, peluang untuk hamil semula bertambah tinggi walaupun si ibu masih menyusukan anak.

Tetapi ada juga si ibu yang telah hamil walaupun menyusu bayi yang berusia bawah enam bulan. Hal ini disebabkan keadaan wanita itu sendiri yang subur dengan cepat. Setiap ibu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Oleh itu, jika anda ingin menjarakkan kehamilan dalam masa enam bulan..anda hendaklah meluangkan masa untuk menyusu dan menjaga bayi sekerap yang mungkin seperti yang telah diterangkan.


Jika anda inginkan Set Penyusuan Shaklee bagi membantu menghasilkan susu, boleh hubungi Noor ye.


SMS/ Wasap/ Wechat
Noor
013.243.4729




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET PENYUSUAN BAJET <<<

Susu Saya ni Foremilk atau Hindmilk??

Salam Ceria buat para pembaca semua..

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.

Noor yakin ramai ibu-ibu yang masih belum faham mengenai jenis-jenis susu ibu di mana ia sangat penting dalam ilmu penyusuan. Susu ibu terbahagi kepada 2 iaitu Kolostrum dan Susu Matang (Foremilk dan Hindmilk).
Ehsan dari Encik Google

Kolostrum kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral, manfaat kolostrum adalah sangat besar. Kolostrum dihasilkan dalam jumlah yang sangat sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi yang kecil sahaja selepas dilahirkan. Selalunya kolostrum akan terhasil sehingga hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Kemudian ia akan diikuti dengan susu matang yang kebanyakan ibu-ibu tidak mengetahui perbezaan mereka dan fungsinya dalam penyusuan.


Apakah itu foremilk dan hindmilk?

Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara. Ia dihasilkan semasa awal penyusuan yang bersifat cair dan mengandungi banyak air. Biasanya bayi akan menerima foremilk dahulu.Tahap laktosa yang tinggi terdapat dalam foremilk, adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga bayi. Oleh itu ibu-ibu tidak perlu begitu risau sekiranya warna susu kurang pekat dan cair.

Hindmilk pula dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. kebiasaannya hindmilk didapati di akhir penyusuan apabila bayi sudah menghabiskan Foremilk. Warna susu hindmilk ini lebih pekat berbanding susu foremilk dan warnanya agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disamping mengenyangkan bayi.



Bagaimana Foremilk dan Hindmilk Terhasil?



Alveoli

Susu dihasilkan di alveoli (kilang susu) di mana kebanyakkannya mengandungi kandungan lemak yang tinggi menjadi hindmilk. Lemak yang tersekat di belakang payudara ini memyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. Kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak dan selebihnya susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk. Semakin lama ibu menangguh waktu menyusu atau mengepam maka semakin banyak foremilk dihasilkan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan bayi mengambil masa yang lama semasa menyusu untuk mendapatkan hindmilk.


Mana Yang Lebih Penting?

Jawapannya, kedua-dua hindmilk dan foremilk ini adalah sangat penting untuk bayi. Seperti yang dinyatakan di atas, Foremilk mengandungi laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi kerana mengandungi kandungan air yang tinggi. Oleh itu, bayi tidak lagi memerlukan air masak. Hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita.

Sekiranya bayi tidak dapat foremilk secukupnya, bayi boleh mengalami dehydrate (kurang air dalam badan). Kekurangan hindmilk pula, bayi tidak kenyang dan tidak bagus untuk tumbesarannya. Oleh itu sangat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan dan kosong, iaitu sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan susu ibu.



Apa Itu Ketidakseimbangan Hindmilk dan Foremilk?



Perhatikan perbezaan pada susu yang keluar semasa di awal sesi mengepam dan susu selepas beberapa ketika kita mengepam. Anda akan mendapati foremilk banyak terhasil. Ini bukan bermakna berlaku ketidakseimbangan tetapi kita berhenti pada pertengahan sesi mengepam. Teruskan mengepam sehingga payudara terasa ringan dan kosong untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk.



Tahukah anda?

> Amat penting ibu mengosongkan payudara dengan direct feeding atau mengepam
> Semakin “sedikit” susu yang berada di dalam payudara, maka semakin banyak hindmilk (susu semakin pekat).
> Ibu tidak perlu bimbang sekiranya susu berkurang semasa berpuasa atau semasa datang haid.
> Aliran susu apabila payudara bengkak adalah kurang lancar berbanding semasa payudara tidak bengkak.
> Berlaku ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk apabila ibu-ibu membiarkan payudara bengkak dan menunggu susu penuh. Susu akan lebih cair iaitu foremilk lebih banyak dari hindmilk.


Apakah Kesan Ketidakseimbangan Hindmilk- Foremilk kepada Bayi?

Sekarang anda faham bukan? Kebiasaannya ketidakseimbangan ini mendapati foremilk adalah lebih banyak daripada hindmilk. Bayi hanya mendapat lebih banyak susu cair di mana mereka tidak merasa kenyang semasa menyusu badan.

Antara gejala berlakunya ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk adalah:

> Bayi menyusu sepanjang masa (tidak puas)
> Kembung perut
>Najis berdarah
> Penambahan berat badan yang perlahan
> Ruam lampin akibat najis berasid.
> Bayi membuang air besar sebaik sahaja menyusu
> Bayi memuntahkan susu dengan banyak
> Gejala kolik akibat lebihan laktosa.


Sekiranya anda mendapati bayi anda mengalami gejala seperti dia atas, mungkin disebabkan oleh:

> Ibu terlalu cepat menukar payudara semasa menyusukan anak. Bayi tidak sempat untuk mendapatkan hindmilk.
> Susu ibu terlalu banyak (oversupply) menyebabkan bayi sudah kekenyangan dengan foremilk dan tidak sempat mendapatkan hindmilk.
> Bayi menghisap susu badan dengan kadar yang sedikit dan tertidur – tidak sempat mendapatkan hindmilk.



Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu?



> Susukan bayi dengan sebelah payudara sahaja sehingga kosong. Sebelah lagi di pam.
> Sekiranya susu oversupply, boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi diantara waktu mengepam.
> Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
> Kerap mengosongkan payudara dengan mengepam secara konsisten – mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu bertambah cair.
> Ambil makanan yang tinggi protein dan serat.


Oleh itu, bagi ibu-ibu yang mengalami masalah seperti di atas, jangan mudah putus asa sekiranya melihat anak anda tidak kenyang, berat badan tidak naik, najis menjadi hijau, kembung dan sebagainya. Periksa dahulu punca seperti yang disenaraikan di atas. Ia bukan petanda susu anda tidak cukup atau bayi tidak sesuai dengan susu ibu, mungkin hanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hindmilk-foremilk. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk kerana kekenyangan dengan foremilk semata-mata.

Semoga Anda Berjaya untuk memberikan Susu Ibu buat Si Comel sehingga berusia dua tahun.


Anda juga boleh mengambil Set Penyusuan Shaklee.

Sebarang pertanyaan boleh SMS/ Wechat/ Wasap
Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET BAJET PENYUSUAN SHAKLEE <<<

Jumaat, 6 Jun 2014

Keistimewaan ESP SHAKLEE

Salam semua..

Tahukah anda, apakah keistimewaan yang ada pada Energizing Soy Protein (ESP) ni?

Kenapa ramai sangat sukakannya?

Kenapa ESP SHAKLEE ni HOT SELLING dan BEST SELLER daripada produk-produk SHAKLEE yang lain?

Anda inginkan jawapanyan??

Jom Noor terangkan ye.

1. Apakah Energizing Soy Protein ataupun lebih dikenali sebagai ESP?

~ ESP adalah protein soya yang berkualiti tinggi.
~ ESP adalah berbentuk serbuk halus yang berada didalam satu canister (bekas).
~ ESP boleh dibancuh begitu sahaja bersama air ataupun mengikut kesesuaian anda seperti membancuh bersama horlicks, milo, air minuman yogurt seperti Nestle Bliss pelbagai perisa, susu ataupun dikisar bersama buah kegemaran anda.
-ESP perlulah dibancuh dengan menggunakan air suam ataupun air sejuk saja kerana ia untuk memelihara protein yang terdapat didalamnya agar tidak musnah.

2. Berapakah harganya?

~ Hanya RM 150 sahaja bagi Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk satu canister.

3. Satu canister tahan untuk berapa lama?

~Satu canister ESP boleh bertahan sehingga sebulan setengah jika kadar pengambilan adalah sebanyak 3 sudu sehari.

4. Siapakah yang layak mengambil ESP?

~ Ibu yang menyusu anak
   > ESP dapat membantu memperbanyakkan dan mengekalkan demand & supply susu. Pengambilan air yang banyak juga disyorkan. Perlu memastikan proses pengepaman susu adalah kosisten.

~ Wanita yang ingin kuruskan badan hanya perlu minum ESP setiap pagi. Ini membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Jadi, tidak perlu lagi mengambil sarapan yang berat, cukup hanya dengan ESP SHAKLEE.

~ Ibu yang sibuk bekerja juga sesuai untuk mengambil ESP kerapa ia membantu memberikan tenaga yang berpanjangan, membuatkan badan lebih sihat dan kekal cerdas sepanjang hari.

~ Wanita yang inginkan kulit muka cantik boleh mengambil ESP ini. ESP dapat membantu menghilangkan parut jerawat dan jeragat di muka, menjadikan kulit muka lebih gebu, halus mulus dan berseri uollss.. (i like it..hehee)

~ Pesakit kencing manis dimana mereka mempunyai indeks glisemik yang rendah juga elok mengambil ESP ini.

~ DAN semua juga boleh mengambil ESP SHAKLEE ini..tak kira tua, muda, lelaki, wanita, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetis ke, baru lepas pembedahan, ibu yang masih berpantang, orang yang sihat..

**INDIVIDU YANGADA MASALAH BUAH PINGGANG DAN SUKAR NAK PROSES PROTEIN SAJA TIDAK DIGALAKKAN YE.

5. Apakah rasa ESP?

~ ESP berasa mild soya (Natural Vanilla). Amat sedap. Tapi boleh juga diolah mengikut selera anda.

6. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?

~Terbaik untuk sesiapa yang baru lepas menjalani pembedahan dan dalam proses pemulihan.
~ Membantu untuk pembesaran tubuh badan kanak-kanak.
~ Membantu pembentukan sel-sel baru.
~ Memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
~ Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.
~ Dilemgkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya biasanya bersifat keasidan.
~ Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan anjal.
~ Merangsang regenerasi kulit & otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut.
~ Rendah lemak, tanpa kolesterol.
~ Protein soya (tumbuhan) lebih mudah dihadam berbandinig protein haiwan.
~ Mengandungi isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai antioksidan, menguatkan sistem imun tubuh, mempertingkatkan tahap kolesterol baik, memelihara kesihatan jantung dan banyak lagi.
~ Protein yang lengkap yang mengandungi 9 asid amino perlu yang penting untuk fungsi badan.
~ Di proses dengan menggunakan air dan bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.

7. Bagaimana nak order?

~ Anda hanya perlu SMS/ WHATSAPP/ WECHAT: 013-243 4729 (Noor)
~ Saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

8. Ingin ketahui bagaimana caranya nak dapatkan lebih banyak penjimatan?

~ Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli SHAKLEE sahaja.
~ Pendaftaran hanya sekali tetapi anda menerima penjimatan yang lebih dengan setiap kali pembelian sehingga 30%.



Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.





psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER ESP <<<




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...