Entri kali ni, Mummy nak cerita pasal air gula. Bagi Mommies yang preggy and dah dapat baby mesti tahukan pasal air gula. Samada kena minum sekali ataupun 2 kali..berdasarkan kepada keputusan kandungan gula dalam darah.
Dulu, ada la orang cakap kena minum air gula sebab ada keturunan kencing manis, sebab berat naik banyak sangat la..Betul ke tidak, Wallahualam..
Tapi bagi Mummy, berat naik tak dela banyak. Then, keluarga pun tak de la sejarah ada kencing manis. Tapi tetap kena minum juga air gula ni. Mungkin sekarang dah diwajibkan bagi ibu mengandung yang berusia 25 tahun ke atas kot. Sebab dulu time Mummy preggy Zarif pun kena juga la minum air gula, tapi sekali je pun.
Minum air gula ni adalah untuk memastikan yang ibu mengandung bebas dari kena kencing manis. Yela, kalau time mengandung ada kencing manis adalah sangat bahaya pada kandungan. Kebiasaannya, paras kandungan gula semasa mengandung adalah tinggi berbanding sebelumnya.
Oklah, balik kepada cerita Mummy tadi..untuk kandungan kali kedua ni. Mummy teeerrrrrrpaksa minum air gula sebanyak 2 kali..huhu...kali pertama Mummy kena minum air gula adalah hujung bulan Julai lepas. Time tu memang tak kena puasa macam minum untuk kali kedua. So, bedal je laa...tup..tup...keputusan agak tinggi iaitu 7.6
So, bila check-up sebulan lepas tu, doktor suruh minum untuk kali kedua. Tapi kena datang keesokkannya sebab kena puasa dulu bermula pukul 10 malam. Padahal, dah la bulan puasa..so tak dapatlah untuk Mummy puasa pada hari itu....huhu...sedih gak.. tapi demi keselamatan c kecik ni, Mummy relakan jua..
Start malam tu, lepas je buka puasa terus Mummy tak makan apa-apa lagi. Yela, time buka puasa pun dah kenyang..nak makan lagi memang tak boleh la..nak jadikan cerita, Mummy start la puasa pada pukul 8 malam..hehhe..bangun time sahur pun cuma minum air masak dan obimin saja..
Sampai saja di PPUM, mula-mula kena ambil darah dulu..adeh...sakit juga ambil darah kali ni..huhu...tapi tahankan ajer...then, minum la air gula. Kali kedua minum ni, sukatan air gulanya pun lebih..Ya Allah...susah juga nak habiskan. Tapi paksakan juga diri habiskan dalam masa tak sampai 5 minit. Pastu, nurse suruh tunggu dan berehat selama 2 jam.
Huhuh...ngantuk kot nak tunggu ambil darah lagi 2 jam..nasib la en.hubby ada..leh la dok lentokkan diri kat bahunya..heheh...setengah jam lepas tu...tetiba rasa mual lak..apa lagi, dengan muka slumbernya Mummy pun ke toilet..hahah...so, keluarkan balik segelas air gula tu..huhu...Hanya mampu bertahan setengah jam je..pastu, tak de pun inform nurse..sebabnya tak nak la minum air gula lagi..huhu..
Lepas 2 jam, kena ambil darah lagi..tu pun, doktor yang bertugas nak cucuk tempat yang sama tapi Mummy tak nak la..dah la sakit. Kesan pun belum hilang..so, cucuk la pulak tangan sebelah lagi..adeh..dah la dijoloknya jarum tu sampai dalam..sebab kali ni darah pula tak keluar..dua kali pula tu..
Selesailah sudah aktiviti minum gula dan mengambil darah..
Balik je rumah, tempat cucuk mula la menunjukkan kesannya..adeh...kiri kanan pula tu lebam. Macam kena gigit hantu pun ada..huhu..dah la nak hilang kesan lebam tu pun lama..2 minggu juga la baru nampak kurang sikit...
So, minggu lepas..bila check-up, doktor ada la inform katanya paras gula dalam darah sebelum minum 4.2..then selepas minum pula 4.6..ohhh...lega Mummy dengar..
2 ulasan:
Bestnya keputusan sebelum & selepas sikit je perbezaannya. Alhamdulilah takde kencing manis
Alhamdulillah..harap akan datang juga takde kencing manis..
Catat Ulasan