Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, 22 Jun 2015

Kuih Buah Melaka Pencuci Mulut 4 Ramadhan

Entri kali ni, Noor saja nak share resepi Kuih buah melaka pula..sesetengah tempat panggil onde-onde. Resepi dari My Mum sendiri.

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air kapur
sedikit air pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula Melaka yang telah di potong dadu
Sedikit garam

Nyiok kelapa yang telah dicampur garam (sesuaikan rasa)
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum, garam, air kapur sehingga sebati. 
Masukkan pewarna hijau dan air pandan sedikit demi sedikit, jadikan tepung seperti doh yang tidak melekat di tangan.
Panaskan air sehingga mendidih, ambil tepung dan leperkan. 
Masukkan gula melaka dan gentel untuk jadikannya bulat. Terus masukkan dalam air panas tadi. Buat sehingga habis. 
Buah melaka yang timbul bolehlah diangkat kerana ia sudah masak. Yang masih tenggelam tunggu sehingga timbul. 
Semasa angkat, terus masukkan kedalam nyiok tadi. Bolehlah dihidang.


Tips:
* pastikan air betul-betul panas sebelum masak
* tepung gandum untuk kurangkan liat kuih melaka.
* Goreng nyiok tanpa minyak sekejap bersama garam agar tahan lama dan tak basi.


Maaflah sebab Noor terlupa nak snap gambar buah melaka..sebab dok bersilat dengan heroes.
Tak pelah, Noor belanja gambar ni... 


Haaa...ni perapan satey dari air tangan encik hubby lak. Katanya tunggu 2 hari baru boleh makan.
Hohoh...tak sabarnya puan isteri nak makan.
Apa pula menu untuk sahur dan ifter esok ye?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Isnin, 27 Oktober 2014

Pijar Tangan Gara-gara Masak Terung?!

Salam Semua..

Semoga pada pembaca berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.

Masak apa hari ini? Kalau yang kerja dah tentulah pergi makan kat kedai je..ye dak??

Haa..baru-baru ni Noor ada masak Terung Ikan Masin Tumis Cili..sebab kebetulan ada 3 biji terung bulat. Mula terpikir nak masak kari je terung tu tapi hurrmm,..macam tak best je sebab takde makanan pedas. Itu yang tukar plan buat menu ni pulak. Lagipun ikan masin gelama masih ada lagi 3 ekor..haaa...bolehlah.

Biarpun gambar tak cantik..asalkan rasanya sedap!!

Bahan-bahan:-

(bahan tumbuk/ blend kasar)
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
10 biji cili api

----------------------------
3 biji terung bulat yang dipotong mengikut citarasa anda
3 ekor ikan masin gelama yang dipotong
sedikit minyak
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil sos ikan

Cara-caranya:-

Goreng terung dengan sedikit minyak hingga agak melecur/ kecut dan toskan.
Goreng pula ikan masin gelama sehingga garing dan toskan.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan pula gula dan sos ikan.
Masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata dan boleh tutup api.



Haaa...sebab menu inilah tangan Noor pijar..hoho...kesnya Noor tak blend cili padi dengan bawang tu..Noor tumbuk. Konon-kononnya nak buat cara tradisional la..sebab kata orang bahan yang ditumbuk lebih sedap dari di blend..jenuh Noor mencari petua tuk hilangkan pijar tangan ni.

Alhamdulillah..ada juga rakan Noor di FB bagi petua. Kalau anda mengalami pijar tangan, rendamkan tangan ke dalam air garam pekat selama seminit. Insyaallah, boleh hilang.

Ada juga yang bagi petua dengan lumur minyak masak di tangan, masukkan tangan dalam beras dan sebagainya. Tapi Noor try rendam dalam air garam ni, alhamdulillah, cepat hilang.


Mari kita amalkan gaya hidup yang sihat.

Dapur kecilku,
Noor


Jumaat, 11 Julai 2014

Resepi Mealshakes

Dalam entri kali ini, Noor nak share resepi Mealshakes.

Mungkin ada yang jemu bila minum Mealshakes begitu saja kan.

Jom..jom tengok apa resepinya..boleh gak try kan.



  1. Mealshakes + Air Suam/ Air Sejuk
  2. Mealshakes + ESP
  3. Mealshakes + Performance Drink (PD)
  4. Mealshakes + ESP + PD
  5. Mealshakes + Jus Buah (Oren/ Mangga/  Tembikai)
  6. Mealshkaes + Milo
  7. Mealshkaes + Susu (Segar/ Formula)
  8. Mealshakes + Horlicks
  9. Mealshakes + Chocolate Drink (Suam/ Sejuk)
  10. Mealshakes + Susu + Oat + Madu
  11. Mealshakes + Yogurt
  12. Mealshakes + Sirap Bandung
  13. Mealshakes + Ribena
  14. Ais krim Mealshakes + Buah-buahan (pisang dsb)
  15. Agar-agar Mealshakes


Sapa nak order, mai pm Noor ye..




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<

Rabu, 25 Jun 2014

Resepi ESP Lazat



Anda buntu dan jemu apabila menikmati ESP dengan rasa yang sama?

Kenapa anda tidak pelbagaikan perasanya.

Ada pelbagai resepi yang boleh kita try untuk bancuh ESP ni..dan mengikut kesukaan anda.

Jom kita lihat..

* ESP + Air Suam / Air Kosong
* ESP + Susu Segar (Fresh Milk)
* ESP + Susu Segar + Kurma (rendam dulu kurma dalam susu selama sejam dua, pastu boleh blend dengan 1 sudu ESP. Boleh juga campur dengan buah kesukaan anda)
* ESP + Susu Tepung (apa brand pun boleh ye)
* ESP + Mealshake Shaklee + Performance Drink Shaklee
* ESP + Jus Twister Tropicana
* ESP + Yogurt
* ESP + Ribena
* ESP + buah-buahan yang diblend seperti tembikai, lobak, epal, pelam
* ESP + Horlicks
* ESP + Milo
* ESP + Milo + Oat
* ESP + Sirap Bandung
* ESP + Susu Segar + Oat + Madu + Serbuk Koko (Resepi Dr. Muhaya)
* ESP + Koko + Oat
* ESP + Milo/ Serbuk Coklat Cadbury + Susu HL
* ESP +  Kurma + Oat + Susu Tepung + Air Masak + Madu (blend)
* ESP + Kurma + Kismis + Badam + Susu Segar (blend)
* ESP + Mealshake + Milo (blend)
* ESP + Nestle Bliss (pastikan sejuk baru sedap)
* ESP + Kurma + Nestum + Mealshake + Susu Tepung (blend dan letak air..marvellos!!)
* ESP + Kurma + Badam + Avocado +Ais (blend. Memang Terbaik)




Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.


Klik link ini >>> ORDER ESP <<<


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...