Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 22 Jun 2015

Kuih Buah Melaka Pencuci Mulut 4 Ramadhan

Entri kali ni, Noor saja nak share resepi Kuih buah melaka pula..sesetengah tempat panggil onde-onde. Resepi dari My Mum sendiri.

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air kapur
sedikit air pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula Melaka yang telah di potong dadu
Sedikit garam

Nyiok kelapa yang telah dicampur garam (sesuaikan rasa)
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum, garam, air kapur sehingga sebati. 
Masukkan pewarna hijau dan air pandan sedikit demi sedikit, jadikan tepung seperti doh yang tidak melekat di tangan.
Panaskan air sehingga mendidih, ambil tepung dan leperkan. 
Masukkan gula melaka dan gentel untuk jadikannya bulat. Terus masukkan dalam air panas tadi. Buat sehingga habis. 
Buah melaka yang timbul bolehlah diangkat kerana ia sudah masak. Yang masih tenggelam tunggu sehingga timbul. 
Semasa angkat, terus masukkan kedalam nyiok tadi. Bolehlah dihidang.


Tips:
* pastikan air betul-betul panas sebelum masak
* tepung gandum untuk kurangkan liat kuih melaka.
* Goreng nyiok tanpa minyak sekejap bersama garam agar tahan lama dan tak basi.


Maaflah sebab Noor terlupa nak snap gambar buah melaka..sebab dok bersilat dengan heroes.
Tak pelah, Noor belanja gambar ni... 


Haaa...ni perapan satey dari air tangan encik hubby lak. Katanya tunggu 2 hari baru boleh makan.
Hohoh...tak sabarnya puan isteri nak makan.
Apa pula menu untuk sahur dan ifter esok ye?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...