Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Rabu, 30 September 2015

Si Purple Kena Cium di KM447

Selamat sejahtera semua..wah...wah...agak lama Noor tak update bloq kesayangan ni. Bukannya tak nak updated tapi banyak hal yang berlaku..dek kekangan masa lagi..makanya semuanya hanya tercatit di memori sahaja. 

Oh Ya, rasanya masih sempat Noor nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua kaum Muslimin dan juga Muslimat. Tak lupa juga al-fatihah untuk mangsa jemaah haji di Mekah dengan kejadian kren runtuh dan rempuhan di Mina.

Dalam entry ni, Noor nak cerita satu kejadian yang tidak diingini yang telah terjadi. Sehingga kini Noor masih fobia lagi jika bawa kereta padahal masa eksiden tu suami Noor yang bawa. Pantang kereta berhenti di jalan, Noor mesti 'seriyau' kot-kot kereta belakang tak sempat brek..fuuhhh...kerap benar nengok cermin ke belakang..harap sangat kejadian ni tak akan berulang lagi.

Nak dijadikan cerita, masa kejadian tu Noor sekeluarga dalam perjalanan pulang dari kampung ke teratak kecilku. Masa ni cuti sempena Tahun Baru Cina 23 Februari 2015. Sampai di KM447, berampiran Sungai Buloh, kereta yang tengah laju tetiba berhenti. Suami Noor sempat brek kecemasan dan berhenti, tapi kereta Kenari belakang kami yang tengah laju tidak sempat brek menyebabkan mereka melanggar kereta kami dan kami pula tergelungsur ke depan. Haa...si purpleku pun apa lagi..bontotnya dicium dan dipaksa tuk cium bontot Hyundai pula..nasib baiklah kebetulan memang kami sudah berhenti..jadi akibat gelungsoran itu tidak menyebabkan kemek pada kereta Hyundai dan bahagian depan keretaku.

Kereta di hadapanku yang ingin pulang ke Singapore.

Momtot si purple kena cium.

 Kelisa yang melanggar si purple yang parah.


Masa kejadian dalam pukul 6 petang dan kami bertiga terus ke Balai Polis Sungai Buloh untuk membuat laporan. Memang mengambil masa yang lama sementara menunggu giliran untuk membuat laporan kerana ramai yang eksiden pada hari itu dari pukul 6 lebih sehingga pukul 9 baru kami selesai membuat laporan serta pihak polis mengambil gambar sebagai bukti kemalangan.

Laporan polis boleh di ambil terus selepas buat laporan. 

24 Februari 2015 kami sekeluarga pulang semula ke kampung halaman untuk mengambil kereta mak abah dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Ipoh. Perjalanan adalah pada waktu malam..sekali lagi kami terpaksa menyusahkan mak abah untuk mengambil kami sekeluarga di Stesen Keretapi Ipoh untuk pulang ke Taiping.

Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga buat mak abah yang sudi pinjamkan kereta untuk memudahkan pergerakan kami di sini serta membantu kami ketika di dalam kesulitan. Almaklumlah si purple ini sahaja yang memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Bayaangkan jika tiada kenderaan, bagaimana untuk ku pergi kerja? Takkan nak ambil cuti tanpa gaji sebulan? Anak-anak pun takkan tak ke sekolah kerana setiap pagi Noor yang menghantar mereka. 

Oh ya, buat pengetahuan semua..kami mengambil keputusan untuk menghantar semula ke Perodua Hub Subang Jaya untuk proses pemasangan. Kami tidak mahu mengambil risiko dengan menghantar di bengkel kerana takut jika ada masalah dengan pemasangannya di kemudian hari. Sebulan jugalah baru kereta siap dibaiki. 

Disebabkan keputusan siatan belum dapat, kami terpaksa menggunakan insuran sendiri untuk memulakan kerja membaiki kereta. Jika masih menunggu keputusan itu, lambat lagilah keretaku dapat keluar dari 'spital'. 

Hampir sebulan gak la baru kami pergi semula ke Balai Polis Sungai Buloh untuk mengambil keputusan laporan untuk membuat tuntutan insuran ke atas kereta Kelisa. Setelah memperolehi dokumen keputusan penyiasatan, barulah kami boleh membuat insuran.

Dapat kembali NCB ku yang digunakan dahulu...

Jumlah keseluruhan yang terpaksa dibayar adalah RM15K.

Woowwwiii..banyaknya..boleh tahan harganya.

Tapi nasib baik boleh claim atas insuran kereta kelisa..alhamdulillah.


Siap boleh tuntut lagi 'Loss of Use' sepanjang kereta dibaiki. Tapi Noor hanya dapat 1/3 je pun dari jumlah yang dituntut..jadilahkan..


Selesai sudah kes ku ini..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Burfday keretaku bulan September 2015...

Dengan yakinnya Noor pun membuat panggilan ke Am Insuran untuk renew roadtax. Tetiba operator memberitahu bahawa Noor terpaksa bayar full NCB..

haaaaaaaaaaaaa!!!!

Nasib Noor tak dak sakit jantung, boleh pengsan tau sebabnya ingatkan kes tuntuan dah selesai.

Terpaksalah telefon semula ke bahagian tuntutan dan mereka memberitahu bahawa masih belum dapat dokumen untuk keputusan siasatan kes. Noor telefon semula Perodua dan mereka pula beritahu bahawa sudah hantar.

Wah..wah..main tolak tolak pula diorang ni. Mentang-mentanglah masing-masing dah dapat duit..hurmm..siapa tak hangin kan kalau jadi begini.

Last-last Noor minta Perodua email segala bagai dokumen tu dan Noor email sendiri pada pihak insuran. Ingatkan dah settle bila person in charge kata dah dapat email..rupanya masih belum..hurmm...makanya terkeluar gak perkataan yang kurang sopan..haish..maaflah ye..baru lah boleh settle dan keluarkan roadtaxku..

Terima kasih pada operator yang bernama Suzana dari AmGeneralInsurans yang sudi take action untuk renew masalah NCB dan roadtaxku.


Alhamdulillah....




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...