Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 18 Jun 2015

Hari Pertama Ramadan 2015

Salam 1 Ramadan buat semua yang beragama Islam. 
Noor nak ucapkan selamat berpuasa ye..
Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima.



Jika ada yang terlupa niat puasa, nahhh..Noor tempekkan niat puasa. Bacalah niat untuk sebulan kerana dikhuatiri kita terlupa niat di malam hari yang lain. 




Pssstt...psstt...sahur tadi makan apa? Noor masak cendawan, makan dengan sambal hitam pahang dan ikan masin..fuhh..pekena dengan nasi panas, memang ngam!! Maklumlah masa sahur Noor dan suami memang makan simple je. Takde nak makan pelbagai jenis time sahur. 

Kebetulan tahun ni berpuasa dengan 2 orang heroes yang tengah lasak..fuuhhh..agak mencabar sebenarnya. Masa sahur tadi, boleh pula dua beradik tu bangun..sedangkan masa untuk sahur tinggal lagi 10 minit. Dah dengar orang sedang mengaji menandakan waktu sahur hampir tamat. Itu di kawasan tempat tinggal Noor laaa..tempat lain wallahualam bisawab..

Berbalik pada cerita tadi, bila dua beradik dah bangun..haaaa...bunyilah radioooooooooooooo dengan kuatnya. Kesnya sebab depa terjaga tapi tak de orang kat sebelah dengan keadaan yang masih gelap. Ha..mau tak gelabah diorang. Kalau bangun pagi time cuaca cerah tu ok la..ini gelap..walaupun ada pasang lampu tidur tapi bagi budak kannn..mesti rasa gelap.

Lepas tu, haa...startlah drama di subuh hari yang hening. Si adik masuk bilik nak menyusu..lepas habis dia pergi main. Si abang lak, tengah dok layan milo botol dia, tetiba nak makan nasi. Nasib baiklah daddynya mau layan..alhamdulillah..makan jugak walaupun sikit. Teringin kot sebab tengok mummy dan daddy makan tadi..kehkeh..

Lepas settle abang makan, dia terus landing tapi si adik..haaa...sambung main..dan main...sorang-sorang pun jadi. Bila mummy bangun nak siap g kerja, adik lak baru nak sambung tido. Apa lagi..start lah lagi radiooooooooooo...hoho..

Maka, masa hantar adik ke taska tadi dalam keadaan moody..si abang walaupun mengantuk masih ok. Semoga anak-anak mummy daddy berada dalam keadaan yang baik ye.


Itulah alkisah Noor di Hari Pertama Ramadan 2015.


Mmmm...tengah terpikir apa menu simple untuk berbuka nanti??


Ada idea?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...