Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 5 Februari 2015

Family Trip to Sabah -Part 1

Entri kali ni Noor nak share sikit perjalanan ke Sabah..sebenarnya dah hampir 3 minggu berlalu sejak Noor dan keluarga pergi ke Sabah. Tapi baru hari ini berkesempatan nak cerita sikit. Bukannya apa, sebab blog ni dah macam diari pun ada..jadi bila pengalaman bercuti dicorekkan di sini, pastinya tidak akan dilupakan bila masa berlalu kelak. Lagipun boleh jadi bahan bacaan untuk anak-anak. Yela, kang bila besar gtau diorang pernah ke Sabah, nanti akan dipertikaikan pulak sebab tak ada bukti..cheewwaah..heehe...
14 Januari 2015 RABU
............................................
Kami bertolak dari rumah ke Putrajaya Sentral pukul 4.00 pagi dan mengambil masa dalam setengah jam camtu untuk tiba ke sana. Kami parking kereta kat area tak berbayar saja sebab tengok banyak je orang parking disitu walaupun parking berbayar ada. Tapi yela, kalau dah banyak hari mesti berpinar gakkan mata ni nak membayar.. Kami menaiki tren dari Putrajaya Sentral pukul 4.55 dan tiba di KLIA2 pukul 5.20. Tiket tuk tren RM6.40 rasanya dari Putrajaya untuk dewasa..kalau bawah 12 tahun kena la separuh. 
Hero berdua memang tak mandi lagi sebab hari masih awalkan..nak gerak pun dukung je diorang yang masih tidur. Mulanya plan nak mandikan diorang kat airport je tapi tengok diorang best je diulit mimpi, jadi biarkan sampailah ke bumi Sabah..haha..lastly mandi kat airport Sabah. Sampai je kat airport kami terus menuju kaunter check in..guna mesin je senang sebab kalau tunggu kaunter memang lambatlah sebab kena beratur. Lagipun memang kami plan tuk membawa semua beg naik atas..tak mau masuk kargo sebab lambat..jadi, masa packing baju tu memang agak pening..hahah..sememntara nak tunggu untuk masuk ke balai pelepasan pukul 7.05 pagi, kami solat dulu di surau yang disediakan. 
Nasib baiklah pukul 7 pagi kami dah dibenarkan masuk ke balai pelepasan. Jadi, agak baguslah kan sebab nak jalan jauh..dengan nak galas beg, nak gendong hero lagi..dah tentu masa yang di ambil lama untuk sampai ke flight. Dah tu, mak abah yang follow pun bukannya boleh jalan laju..jadi kami jalan relaks jee..
7.55 pagi kami berlepas dari KLIA2 ke KKIA..masa dalam flight, budak2 memang teruja la. Maklumlah diorang first time naikkan..tu pun kejap je..pastu sambung tidur balik..haha..yang si adik lagi la..dari mula naik flight sampailah ke KKIA yang mengambil masa perjalanan 2 jam 30 minit camtu.

Semasa booking tiket dulu, kami ada order nasi lemak..sedap gak la nasi lemaknya bagi orang yang dah sememangnya laparkan. Untuk ZarifZaquan kami orderkan Mac and Cheese.. Kami order pun sebab dah tahu mesti kami tak sempat nak sarapan masa kat KLIA2. 

Masa atas flight tu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya hati. Maklumlah tahun lepas kan banyak kejadian yang meragut nyawa berkaitan dengan kapal terbang ni. 

Rasa syukur sangat bila sampai kat KKIA dengan selamat. Settle daftar masuk semua terus g toilet..gara-gara nak mandikan ZarifZaquan dan ZiyadZafry..haha..sebab nak terus gerak ke Kundasang. 
11.00 pagi encik husband dah deal dengan orang sewa kereta..oh ya, kami sewa kereta Proton Saga 1.3 FLX..nasib kereta baru jadi takdalah risau nak bergerak jauh. Oklah untuk penumpang 5 dewasa dan 2 kanak-kanak..beg dan stroller muat dalam car booth. Lepas settle semua kami terus gerak ke Kundasang. Plannya malam 1st ni kami tidur di sana..lepas tu baru tidur di Kota Kinabalu. Oh ya, perjalanan ke Kundasang tu mengambil masa 2 jam camtulah. 
Aksi di Rumah Terbalik

Dalam perjalanan, kami singgah ke Rumah Terbalik. Memang agak biasa je rumah tu..macam rumah kita cuma dipersembahkan dalam keadaan terbalik. Tiket yang dikenakan pula adalah seorang RM10..kanak-kanak tak perasan pulak sebab hero yang berusia 3 dan 1 tahun ni tak kena..heheh..pengunjung hanya dibenarkan mengambil gambar diluar rumah saja. 
Sebelum tetamu dibenarkan masuk, seorang tetamu diminta untuk mengetuk gong dulu sebanyak 3 kali. Yang menjadi pilihan pekerja adalah ZarifZaquan..jeng..jeng..jeng..hehe..kami tak sempat nak snap picturenya semasa ketuk Gong itu. Selepas itu, seorang tetamu pula diminta untuk ketuk pintu rumah sebanyak 3 kali juga. Sebagai tanda untuk tuan rumah bahawa ada tetamu datang. Bila tuan rumah dah buka pintu, barulah tetamu boleh masuk. Haaa....masuk je kedalam rumah..teruslah mendongak ke atas ye..sebab semuanya kat atas. Mesin jahit baju, tv, dapur, almari, kerusi, katil, semuanya kat atas.
Ni gambar kat luar..cuba teka siapa kat atas siapa kat bawah..daddy atau Zarif?


Eh..eh..basikal pun ada lah kat tepi rumah tu..
Aksi dak ZarifZaquan..memang banyak akal..


Untuk pengetahuan, Rumah Terbalik ini hanya ada dia Malaysia dan di beberapa tempat lagi seluruh dunia. Jadi, kat Asia dialah yang pertama dan Rumah Terbalik ini adalah private bukan kerajaan punya. Sebab itulah pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar.
Nak pergi ke Jambatan Tamparuli tapi tak jumpa pula. Lagipun kami tak cari sebab nak kejar masa. Time tu pun jam dah pukul 2 lebih..sebab nak check in hotel lagi kan. Tapi sempat jugalah singgah di Pekan Nabalu. 
 
Walaupun pekan ni kecil dan jual banyak jenis buah tapi kami tak beli. Sebabnya anjing dok berkeliaran. Tak beranilah kami nak turun tengok.risau kang jadi tragedi lak di Bumi Sabah..hahah..
3.00 petang kami tiba di Cottage Hotel, Kundasang. Kami dapat bilik ditingkat 3..jenuh gak la nak mendaki..bising gak la parent sebab hotel tak ada lift..hehe..sorry mak abah sebab terpaksa susahkan nak naik tangga. Naik bilik pun tuk solat dan melepaskan lelah, lepas tu barulah turun untuk lunch. 
Yela, kami semua hanya breakfast atas flight ja tadi..kalau dah pukul 3 lebih tentulah perut dah menyanyi sakan. Tapi, nasib baiklah Noor minum ESP dan Vita-Lea sebelum bertolak tadi. Jadi, memang tak rasa penat walaupun dok berdukung ZiyadZafry dan lambat rasa laparnya. 
Kami pusing pusing dekat 3 4 round gak lah sebabnya tak ada pilihan yang menarik untuk makan di Pekan Kundasang..jadi last choice ialah KFC. Nasib baiklah ada KFC..boleh jugaklah makan. Nak makan kedai biasa, masing-masing tak sanggup sebab dah petang. 
Lagipun pukul 6.30 semua kedai tutup. Masa makan kat KFC tu hujan lak turun lebat..jadi terpaksalah kami berehat sebentar di situ. Plan nak ke Desa Dairy Farm pun agak samar sebab hujan turun. Kalau tak hujan sudah tentulah senang untuk mendaki walaupun dengan kereta.

5.30 petang hujan agak reda barulah kami boleh gerak di sekitar Kundasang. Nak pergi ke War Museum yang berada di Pekan Kundasang pun tak boleh sebabnya hujan masih turun. Dah la bawa budakkan..jadi, risaulah..kang tak pasal-pasal demam..haa...langsung tak best jalan. Dan kami meneruskan rancangan untuk ke Desa Dairy Farm. Yela dah mai jauh..mesti teringin juga tengok lembu seperti di New Zealand. 

Alhamdulillah, dalam perjalanan hujan reda. Oleh sebab masa maghrib kat Sabah dalam pukul 6.30 camtu, jadi, Desa Dairy Farm ini tutup awal..pukul 5 lebih rasanya. Makanya...tak dapatlah kami nak masuk ke dalam ladang tu..namun, boleh juga lihat lembu dari luar tapi nampak agak jauh la..sekurang-kurangnya kami dah berjaya meninggalkan jejak di Desa Dairy Farm. 

Jika anda nak pergi ke sini, pergi lah awal ya sebabnya boleh tengok pekerja ladang proses susu lembu..tapi kami tak sempat..mungkin akan datang..InsayAllah..
7.20 petang kami gerak balik ke The Cottage Hotel..dah malamkan..tak boleh buat apa. Hanya menikmati pemandangan malam di Pekan Kundasang yang dilitupi kabus tebal. Dengan cuaca yang sememangnya sejuk, membuatkan kami semua tidur awal..hehe..kepenatan sama. Lapar time malam, makanlah bekalan yang kami tapau iaitu roti, kerepek dan maggie..hehe..
Pesanan ikhlas dari Noor, kalau nak ke Kundasang bawalah sweater ya..memang sejuk kat sana..lebih sejuk dari Genting Highland..itu masa hujung tahun dan awal tahun lah..sebab musim hujankan.
Perjalanan hari Kedua >>  Part 2.
Perjalanan hari Ketiga >> Part 3
Perjalanan hari Terakhir >> Part 4 (Last)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...