Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 19 Mac 2015

13 Komplikasi Selepas Bersalin



Apa khabar semua? Noor harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.Tekak Noor pun dah terasa perit dari malam tadi. Haishh...jangan batuk sudahlah. Hero kat rumah pun dah start batuk-batuk. Risau juga sebab si adik demam sikit malam tadi. Hope harini demamnya dah kebah.


Kali ni, Noor nak share tentang komplikasi selepas bersalin. Pada ibu..mommies..mak..ummi..apa saja panggilan anda yang telah merasai pengalaman mengandung dan melahirkan mesti sudah mengalami komplikasi ini samada anda sedar atau pun tidak. Sebaik sahaja para ibu bersalin, secara automatik..ibu akan kehilangan haba badan bayi, air ketuban, tenaga, darah yang banyak serta uri atau plasenta. Oleh itu, penjagaan yang rapi semasa berpantang amatlah penting bagi memulihkan kembali tubuh ibu dengan cara yang sihat dan seimbang. Tempoh pemulihan yang kritikal adalah mulai hati pertama hinggalah enam minggu pertama bersalin. Setiap masalah hendaklah ditangai dengan teliti agar ianya tidak berlarutan sehingga sukat untuk dirawat. Jom kita lihat, apa komplikasi selepas bersalin.


Ketidakselesaan Selepas Bersalin

Ibu mungkin berasa sakit kekejangan di dalam perut terutamanya semasa menyusukan bayi. Hal ini disebabkan oleh rahim ibu yang sedang mengecut untuk kembali semula ke saiz asal. Kesakitan ini hanya berlanjutan untuk beberapa hari sahaja. Sesetengah orang panggil batu meroyan. Agak bahaya jika batu meroyan ini tidak kecut. Itu sebabnya ibu berpantang digalakkan mengurut untuk membantu rahim mengecut dan kembali ke saiz asal.


Kencing Tidak Lawas

Tempoh berpantang yang dilalui oleh setiap ibu bersalin dapat memberi mereka peluang untuk berehat kerana semasa hamil dan melahirkan telah menyebabkan beberapa fungsi badan dan sistem peranakan terganggu. Antaranya masalah kencing tidak lawas. Ia dikatakan berpunca daripad kedudukan rahim yang tidak berada pada tempat sepatutnya. Untuk mengatasinya, ibu dinasihatkan untuk berurut. Peranakkan akan diurut untuk membantu mengembalikannya ke tempat asal.


Sakit Belakang dan Pinggang

Semasa bersalin, otot-otot terpaksa bekerja lebih keras berbanding sebelumnya. Secara tak langsung, sakit belakang dan pinggang boleh terjadi akibat daripada proses bersalin yang lama. Pergerakan yang terbatas ketika berpantang juga boleh menjadi punca rasa sakit ini.

Kedudukan semasa menyusukan bayi yang tidak betul juga boleh menyebabkan terjadinya sakit pinggang dan belakang. Walau bagaimanapun, sakit ini akan beransur pulih dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin.


Sembelit

Jangan diabaikan jika ibu mengalami sembelit tika berpantang kerana ia boleh memudaratkan. Sembelit berlaku kerana kurang minum air dan pengambilan ubat-ubat yang bersifat panas seperti jamu. Masa berpantang juga, para ibu tidak mengambil buah-buahan kerana alasannya kebanyakan buah dan sayur bersifat sejuk. Jika diambil boleh memudaratkan kesihatan ibu.


Gatal pada Alat Sulit

Alat kelamin perlu dijaga dengan baik agar luka yang dialami cepat sembuh.  Sesetengah ibu rasa takut akibat kesan jahitan itu, jika disentuh akan menyebabkan pedih dan ngilu. Akibatnya, alat sulit mengalami masalah gatal kerana ibu mengabaikan penjagaan kebersihan pada alat sulit dan juga darah nifas yang masih ada. Amalan tradisi penjagaan alat kelamain adalah dengan membersihkannya dengan menggunakan garam kasar. Biarpun pedih namun, proses pengecutannya akan berlaku dengan pantas. Selain daripada mencuci dengan garam kasar, ibu juga boleh menggunakan manjakani dengan menumbuk sehingga halus sebelum sapukannya pada alat sulit. Hasilnya luka akan cepat sembuh. 



Buasir

Buasir terjadi pada bahagian dubur dan dikesan apabila saluran dubur membengkak. Buasir terjadi samada di dalam mahupun diluar kawasan dubur. Bagi ibu yang mengalaminya, ia akan berasa sakit akibat tekanan pada saluran dubur yang membengkak sehingga menyukarkan proses pembuangan air besar. Masalah ini akan bertambah buruk apabila ibu turut mengalami sembelit.

Untuk mengatasinya, ibu digalakkan untuk minum air yang banyak. Jangan suka menahan atau melengah-lengahkan untuk membuang air besar. Segeralah ke tandas apabila anda kurang selesa terutamanya minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah anda bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.



Pendarahan

Ibu akan mengalami pendarahan yang dipanggil nifas dalam masa dua hingga enam minggu. Pendarahan akan berhenti dengan cepat bila ibu menyusukan bayi. Ibu tidak digalakkan menggunakan tampon dalaman kerana ini boleh menyebabkan jangkitan. Jadi, pakailah tuala wanita untuk menyerap lelehan darah tersebut dan keraplah tukar untuk mengelakkan dari terjadinya jangkitan bakteria pada alat kelamin.


Jahitan

 Sakit pada bahagian jahitan hanyalah untuk beberapa hari sahaja. Selalunya benang jahitan akan melarut selepas seminggu dan jahutan luar akan tertanggal sendiri. Masalah ini bersifat sementara dan akan beransur hilang dalam masa beberapa hari selepas bersalin. Ibu yang bersalin perlulah memastikan jahitan berada dalam keadaan bersih dan keringkan kawasan berkenaan dengan sempurna. Sentiasalah baring untuk mengurangkan tekanan pada kawasan jahitan atau duduk pada tempat yang empuk.



Kurang Rehat

Untuk beberapa hari atau minggu, ibu akan mengalami masalah keletihan dan kelesuan akibat dari pada proses bersalin itu serta kehilangan tenaga dalam badan. Oleh itu, ibu disarankan agar berehat secukupnya selepas bersalin kerana ada ahli keluarga yang sedia untuk membantu untuk menguruskan bayi. Namun, ibu juga dinasihatkan untuk melakukan pergerakan yang ringan dan berjalan dengan perlahan-lahan untuk memperbaiki otot-otot saluran darah nifas dan menyegarkan tubuh.



Gangguan Perasaan

Terdapat beberapa gangguan perasaan yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Gangguan perasaan selepas berslain sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja dan tidak memerlukan rawatan perubatan. Sekiranya ibu tidak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada suami dan juga ahli keluarga, kemurungan ibu akan bertambah dan akan mengalami gangguan perasaan yang lebih mendalam dan berpanjangan. Oleh itu, bantulah ibu yang berpantang dari segi penjagaan diri sendiri serta bayinya.

Antara tanda-tanda gangguan perasaan adalah terlalu risaukan keselamatan bayi, sukar atau sering mengalami gnagguan ketika tidur, suka termenung, berdebar-debar dan degupan jantung menjadi laju, benci dengan keadaan sekeliling, merasakan diri tidak lagi menarik dan cantik seperti dulu dan sering mengalami sakit kepala. Jika ini berlaku, segeralah dapatkan rawatan.



Masalah Payudara

Masalah bengkak susu dan berdenyut terjadi apabila susu tersumbat dan terkumpul di dalam payudara. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Tahap kesakitan adalah berbeza bagi setiap ibu. Untuk melancarkan pengeluaran susu serta meredakan kesakitannya, ibu hendaklah tuam payudara.


Keadaan puting merekah dan berdarah sering terjadi dibahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Ini terjadi kerana penyusuan yang tidak betul iaitu bayi hanya memasukkan puting sahaja kedalan mulut tanpa memasukkan sekeliling kelopaknya. Selain itu, bayi yang menyusu dengan kuat akibat susu yang berkurangan juga boleh menyebabkan terjadinya puting melecet.  Ibu boleh merawatnya dengan menyapukan susu ibu pada bahagian puting yang luka itu. Kemudian, ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa.



Bentan

Bentan ialah keadaan bagi ibu selepas bersalini yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala. Ianya terjadi kerana termakan benda yang berbisa, melakukan kerja berat atau ibu jari kaki tersepak benda keras. Dalam amalan tradisional kita pun, pemakanan amat dititikberatkan. Ibu tidak dibenarkan makan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, pari, duri dan sembilang kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Ikan yang boleh menyebabkan alahan dan gatal juga perlu dielakkan seperti ikan kembong, tamban, cencaru dan tongkol.

Ikan yang sesuai bagi ibu bersalin adalah ikan haruan dan yu.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...