Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 28 April 2015

Tanda Di Dahiku



Semoga anda ceria selalu di samping keluarga tersayang. Banyak yang Noor nak kongsikan dengan blogger tapi masa amat mencemburui kita. Baru je nak buka blog, ada saja kerja lain yang menanti. Entry kali ini, Noor nak cerita pasal Tanda Di Dahi. 

Haaaa...tanda apa di dahi? dahi siapa pulak yang bertanda ni? Ish..macam-macam la Noor ni kan. Eh..eh..bukan Noor yang macam-macam tapi anak bujang kecik yang macam-macam..maklumlah dah makin lasak. Sebelum ni anak bujang besar yang bertanda tapi di belakang kepala. Ok lah kan takde nampak parutnya sebab dilindungi rambut. Sampai sekarang parut di belakang kepala si abang tu dok ada. Nak tau cerita pasal si abang dulu klik sini. Kini, si adik pulak..dah la bertanda di dahi..haa..memang clear la nampak. Kurang sikit kehenseman anak mummy ni..hopefully kesan parut tu akan berkurang seiring dengan usia pembesaranmu nak..


Kejadian berlaku pada 8 March 2015 di rumah. Noor pun tak tau camna nak cerita detail sebab kebetulan Noor berada di dapur.  Bebudak ni dok dengan Daddy..jadi mengikut cerita daddy, si adik tengah jalan tetiba kakinya tersadung dan terjatuh. Ngam ngam lak masa jatuh tu kepala terhantuk kat bucu almari. Haa..apa lagi terus berdarah la dahinya. Yela, bucu almari kan tajam. Baru 5 minit Noor berada di dapur tetiba dengar si adik menangis..temgok-tengok Ya Allah, meleleh-leleh darah keluar. Kalau ikutkan memang panik gak tapi sebagai Mom kan, kena la cool down. Kalau ikutkan panik memang tak boleh nak fikirkan dah apa step nak buat. Masa tu memang capai kain dulu dengan harapan untuk kurangkan pendarahan. Sambil dok cari kapas dan plaster untuk tampal sementara sebelum ke hospital, tengok si adik dah tersengih-sengih sambil pegang naget. Ish, budak ni..relaks je dia dengan dahi terbelah..darah meleleh..kamu tak sakit ke nak..ke nangis sebab terkejut je. Mummy yang nengok ni pun tak tau nak cakap..nak tergelak pun ada tengok gelagat si adik. 

Bila selesai tampal plaster dan letak sikit minyak gamat, kami terus bawa Ziyad Zafry ke unit kecemasan di PPUM. Plaster yang kami lekat tu tak berani nak bagi rapat sebab takut melekat kuat lak. Kang kat emergency susah lak nurse nak cabut plaster tu. Disebabkan kes berdarah, jadi tak sampai setengah jam..termasuk proses daftar dan prosedur biasa tuk budak, terus si adik di panggil masuk bilik rawatan. Sebelum diberikan rawatan, doktor pastikan yang si adik tak ada sebarang alahan pada ubat.

Adik dimasukkan ke bilik rawatan, memang meraung lah dia sebab mummy tak boleh ikut. Alaa..nak timbang pun dia dah meraung..inikan pula nak belek dahi dia..lagilah..ish..ish..adik..adik..sampai keluar mummy daddy dengar suara kamu nak. Mummy kena cekalkan hati agar anak-anak tidak nampak mummy lemah. Ibu mana tak sedih ooii bila anak jadi macam ni. Tapi takkan kita pun nak ikut sedih dan meraung..ye dak. Kami ingatkan dahi adik dah kena jahit, bila keluar je dari bilik rawatan, doktor kata dahinya tak perlu jahit..hanya tampal saja untuk cantumkan balik sebab lukanya tak dalam. Cuma perlu pantau jika adik ada pening atau muntah dan tidur dalam tempoh yang lama, kena segera bawanya ke hospital. Alhamdulillah..syukur padaMu. Sebelum balik, kami dibekalkan ubat Paracetamol sebagai langkah berjaga-jaga jika adik demam.


4 plaster gak la kat dahi adik. Agak panjang gak la.


Uit dik, habis laaaa kaki Minion tu dik oii kamu kerjakan..Sedap sangat ke kakinya.

Ini kesan luka seminggu selepas kejadian. Masa ni plaster tu kami buka sebab dah terkopek. Haa..barulah adik boleh mandi basahkan kepala. Masa plaster dok ada, adik tak dibenarkan mandi basah kepala takut plaster tercabut.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...