Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 28 April 2015

Smart Steps Workshop by Dutch Lady


Entry kali ni Noor nak cerita pasal Smart Steps Workshop yang kami sekeluarga hadiri di Auditorium, Connection @Nexus, Bangsar. Bengkel ini dianjurkan oleh Dutch Lady. Bayaran yang dikenakan adalah RM30 untuk satu keluarga. Kira oklah juga sebab bayaran untuk satu family dan masa pendaftaran pula diberi 2 pek 650gram susu lagi, termasuk makanan breakfast & lunch. Memang berbaloi sangat. Noor pun dapat email dari pihak Dutch Lady sendiri. 

Pada mulanya hairan juga bagaimana boleh dijemput untuk menyertai bengkel ini. Setelah difikir, baru tahu rupanya mereka jemput ahli sahaja sebab adik Noor yang bagi anak minum susu Dutch Lady tak dapat jemputan ini. Noor adalah ahli Mom;s Club Dutch Lady, jadi tak hairanlah memang dapat jemputan. Haaa..pada siapa yang belum join club ni, silalah ye. Baru-baru ni pun Noor dapat jemputan untuk menyertai bengkel di Sunway Pyramid tapi tak dapat pergi sebab keadaan tidak mengizinkan.



Ok, berbalik pada landasan semula ye..heee..
Sebelum kami gerak ke Nexus, kami sarapan dulu sebab tak jangka pula pihak Dutch Lady ada sediakan sekali breakfast sebab mereka tidak nyatakan dalam email. Kami ingat mereka hanya sediakan makanan tengahari sahaja. Bila sampai saja tengok banyaknya makanan untuk sarapan. Tapi oleh sebab kami dah makan dan sampai pun masa bengkel pun dah nak bermula, jadi tak sempat lah nak round lihat apa yang disediakan. Tak sempat juga nak snap pic bila dengan hero yang bateri tengah penuh ni..heheh..

Tak lama lepas pendaftaran, kami terus diminta masuk ke dewan untuk sesi ceramah selama sejam. Si abang pula tengah excited bila nampak permainan di luar tapi tak dapat nak main. Tapi tak sukar nak pujuk sebab dipintu masuk dewan, pihak Dutch Lady dah sediakan pensel warna dan gambar kartun bagi mengisi masa anak-anak sementara proses ceramah berlangsung. Para ibu bapa dibenarkan keluar dewan jika anak mengamuk. Yela, mereka pun tahu budak kan cepat bosan. 

Panel jemputan terdiri daripada Dr Alvin Ng (Associate Professor, Department of Psychology Faculty of Science & Technology, Sunway University); Professor Dr. Poh Bee Koon (Head of Nutritional Sciences Programme, Faculty of Health Sciences, University Kebangsaan Malaysia); dan Dr. Yong Junina Fadzil (Consultant Paedtrician)

Tengoklah betapa kusyuk bapa dan anak menulis dan mewarna. Ini setengah jam yang pertama je..heheh

Si adik pun nak menulis juga..boleh la nak oooii..

Antara slide yang ditayangkan.

Habis je ceramah, si abang dah sibuk nak main. Mummy daddy dah lapor nak ooii..
Kami makan pun dia boleh main jeee...sanggup berlapar janji boleh main.

Awat dikk...monyokkk jaa..lapar ek. Jom kita makan.

Si abang dan si adik dapat sesi kedua untuk buat aktiviti. Jadi makan separuh..lepas habis aktiviti bebudak ni..kami sambung lagi makan..heee... Ini aktiviti susun bola ikut warna dengan pantas.

Bukan nak buat tower yee anak-anak..ini aktiviti untuk pilih warna mengikut ketangkasan. Contohnya ambil lego warna hijau dalam tempoh 10 saat..haaa..cukup 10 saat tengok berapa banyak yang boleh anak ambil.

Ini pula baru lah bina tower..tapi si abang dah tak mau layan..nak buat seniri..last-last consultant tu pun layankan je laa peel abang..

Time ni adik Mia Sara Nasuha tengah buat kiraan matematik mengikut ketangkasannya.

Sebelum balik, jom kita bergambar dulu. Rasanya ini je kot gambar yang paling ok.

Waahh..cantiknya background tu...rasanya macam nak letak kat dinding rumah. Boleh tak daddy..boleh tak???


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...