Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 28 April 2015

Majlis Cukur Jambul Muhammad Ziyad Zafry



Salam sejahtera semua..entri kali ini Noor nak cerita sikit je pasal Majlis Cukur Jambul yang diadakan secara mengejut..heee..tak de plan pun nak buat. Tapi kebetulan adik Noor nak buat kenduri aqiqah untuk anak daranya, jadi kami pun toi la sekali untuk cukur jambul Ziyad. 

Kenduri aqiqah ini kami buat masa balik cuti raya cina tempohari. Dua hari sebelum balik, tetiba mak tanya kami nak toi sekali dak sebabnya mak nak buat kenduri doa selamat masa cuti. Kebetulan kami semua pakat balik..itu yang mak nak buat kenuri. Alang-alang dah berkumpulkan..maka meriah la jadinya.

Hari yang mak tanya tu jugaklah depa p cari kambing tuk aqiqahkan anak dara. Eh, lupa nak snap gambar anak dara tu..Noor kelam kabut sikit. Maklumlah dah macam kenduri besar walaupun pasangnya dua khemah je..hehehe...nak berkawad dengan hero kecik berdua ni..haish..memang banyak kerja diorang ni.

Inilah pelamin homemade dari kami adik-beradik. Dulu kami adik-beradik kawin pun pelamin buat sendiri..lebih best..boleh mengeratkan tali silaturahim..hehe..
"abang nak posing jap yee"

"ini adik saya"
Nengoklah rambut dak Ziyad yang dah panjang tu..kalau ikutkan memang nak potong tapi dah nak buat cukur jambul, ok lah..

Yang besar ipar..
Yang kecik sepupu..
Boleh gitu??

Apalah yang kamu belek tu abang??
Kusyuk benar mummy nengoknya.

Alahai dik, 'puting jari' tu tetap berada di mulut..
Susah benar nak dapat gambar adik time takdak 'puting' tuuu,..

"wah...sedappppnyaaaa.."
Si abang dan daddy melayan daging kambing masak kurma..memang sedap!!

Ibu dan adik bersama jiran..antara yang hadir.

Wah..beraneka jenis lauk..memang sedap. Sampai dua tiga kali makan..opsss...bukan makan tapi meratah..hehehe..

Nasi juga ada dua pilihan iaitu Nasi Putih dan juga Nasi Beriani

Eh..eh..bubur gandum pun ada..tapi memang sedap.
Air tangan mak yang ni..feveret arwah tok. Sebab tu la mak lama tak buat sebab teringat dan sedih katanya kalau masak bubur gandum ni.

Masa ni majlis bacaan sebelum cukur jambul diadakan.

First time, dak Ziyad Zafry tidur buaian. Mummy ingatkan adik tak mau dok dalam buai..haaa..sangkaan mummy silap. Tak sampai 5 minit kot adik masuk, terus lena..best ye nak?

Hasil fotography dari si abang..mummy pun tak tau bila masa dia ambil gambar ni..tau-tau ada je dah dalam hp. Tapi cantik juga..mummy suka.

Kepenatan si abang..
"cas batery dulu ye abang?"

Si adik dah cas bateri dah, jadi boleh sambung main..gelas pun jadilah..

Mummy, adik posing sini jap!!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...