Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Jumaat, 30 Oktober 2015

Cuci 4R 100 keping CUMA RM10 Saja!!



Wah..pejam celik..pejam celik..dah hujung bulan 10 rupanya. Rasanya baru je masuk bulan 10.. Dekat sebulan jugalah daku tak 'hapdet' blog ni. Dok teringat je ank 'hapdet' tapi dek kerana kekangan masa membuatkan daku termiss padamu blog. 

Macam-macam jadi dalam tempoh sebulan ni. Tapi besalah kan..busy dengan kerja. Sekarang dah banyak kerja luar. Kalau dulu, Noor banyak dok office..kini..haa...masuk office kejap dah keluar..pergi melawat kawasan..

Sampaikan Noor salah tengok tarikh. Dok ingat hari jadi si abang esok..walhal hari sabtu..haish..adakah peningkatan umur yang menyebabkan perkara ini berlaku?? wallahualam.

Haa...nak share ni. Baru-baru ni Noor ada beli baucer untuk cuci gambar dari www.photobookmalaysia.com.my

RM10 4R untuk 100 keping

Wow!! banyak tu..dulu cuci gambar ZarifZaquan 100pcs pun mau dekat seratus gak. Ini cuci 100 tapi bayar sepoloh hengget ja..rasa memang berbaloi sangat. Dah la..baucer expired bulan April 2016.. Jadi, masih ada banyak masa tuk edit gambar dan pilih gambar mana yang nak cuci.


Ini baru 100 keping yang Noor cuci..masih ada 400 keping yang perlu dipilih untuk cuci. Noor ambil kertas jenis Matte sebabnya kertasnya kasar sikit dan tidak melekap. Cuma gambar kertas matte tidak secantik dan setajam kertas gloss. Kalau kertas gloss gambar memang cantik tapi jika simpan lama nanti gambarnya melekat pada plstik album mahupun frame. Selain tu, kertas gloss ni juga akan meninggalkan cap jari jika dipegang pada permukaan gambar. Jadi, terpulanglah pada anda untuk cuci yang mana jenis kertasnya.

Banyak gambar Noor yang diletakkan pada frame melekat gambarnya pada cermin. Dah la gambar kawin lak tu..huhu...sodihh...kesnya frame tu jatuh sebab hero dok cuit. Dah gantung tinggi pun dia berkenan nak kacau gak. hai la anak..jadinya frame tu dah pecah. Sekarang tak tau nak buat macam mana sebab nak cabut gambar tu memang sah sah la rosak terus gambar sebab dah melekap ada cermin..hurrmmm..simpan ja la dulu. Tunggu idea mai baru gantung balik.

Kalau rasa berminat nak cuci, boleh la pergi ke >> http://www.photobook.com.my/promotions

Ada banyak pilihan, cuci canvas, photobook, calendar, wallpaper..jadi anda boleh pilih mana yang berkenan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...