Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 22 Jun 2015

Kuih Buah Melaka Pencuci Mulut 4 Ramadhan

Entri kali ni, Noor saja nak share resepi Kuih buah melaka pula..sesetengah tempat panggil onde-onde. Resepi dari My Mum sendiri.

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar air kapur
sedikit air pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula Melaka yang telah di potong dadu
Sedikit garam

Nyiok kelapa yang telah dicampur garam (sesuaikan rasa)
Gaulkan tepung pulut, tepung gandum, garam, air kapur sehingga sebati. 
Masukkan pewarna hijau dan air pandan sedikit demi sedikit, jadikan tepung seperti doh yang tidak melekat di tangan.
Panaskan air sehingga mendidih, ambil tepung dan leperkan. 
Masukkan gula melaka dan gentel untuk jadikannya bulat. Terus masukkan dalam air panas tadi. Buat sehingga habis. 
Buah melaka yang timbul bolehlah diangkat kerana ia sudah masak. Yang masih tenggelam tunggu sehingga timbul. 
Semasa angkat, terus masukkan kedalam nyiok tadi. Bolehlah dihidang.


Tips:
* pastikan air betul-betul panas sebelum masak
* tepung gandum untuk kurangkan liat kuih melaka.
* Goreng nyiok tanpa minyak sekejap bersama garam agar tahan lama dan tak basi.


Maaflah sebab Noor terlupa nak snap gambar buah melaka..sebab dok bersilat dengan heroes.
Tak pelah, Noor belanja gambar ni... 


Haaa...ni perapan satey dari air tangan encik hubby lak. Katanya tunggu 2 hari baru boleh makan.
Hohoh...tak sabarnya puan isteri nak makan.
Apa pula menu untuk sahur dan ifter esok ye?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Bergerdil Daging pada 3 Ramadhan

Salam ceria buat semua..alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk merasai Ramadan yang ke 5 pada hari ini. Dah hampir seminggu..lepas tu hampir sebulan..naahhh..raya sudah..eh..eh..lambat lagi tu..hehehe...jauh lak verangan Noor ni ye.

Hari sabtu dan ahad kami anak-beranak dok landing je kat rumah..petang tu ada la pergi Giant Kinrara sekejap untuk membeli barang dapur. Dapat la ayam sekor RM4.99 sekilo. Haaa...murahkan..murahkan!! Tu la...lenkali nak g shopping barang dapur pergi hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sebab banyak sangat offer dalam 3 hari ni.. Ini tak, en.hubby suka ngajak g shopping hari biasa. Haa...harga pun berganda la jawabnya. 

Bila berpuasa dengan budak kecik ni..agak mencabar sebenarnya. yela, kita tetap kena sediakan makanan untuk mereka. Dah tu, time si abang dan si adik makan..kena lak time deme nak suap mummy daddy..haaa...parah!! Jenuh nak cakap kata mummy daddy puasa..tak boleh makan. Nanti tunggu malam baru boleh makan. Alhamdulillah, si abang dah boleh faham, tapi si adik..hohohoho..kalau bab memaksa..fuhhh..berpeluh dibuatnya. Kalau dia bagi atau suap, wajib ambil..kalau tidak laaa...startlah melalaknya. Hai la anak bertuah ni..

Alhamdulillah, setakat semalam Noor sekeluarga belum lagi pergi bazar untuk membeli juadah berbuka. Bukannya apa, sebab dah serik rasanya..tahun sebelum ni pernah pergi dan beli lauk dengan harapan nak makan semasa berbuka. Alih-alih basi..ha...tak ke rugi..dah la rugi nak kena masak juga. 

Dulu tak pe la tak de anak kecik lagi..sekarang, jika beli dan  makanan yang dibeli pula basi..kesian sangat kat anak yang tidak tahu apa-apa tu. Yang diorang tau, nak makan. Jadi, sekarang Noor balik kerja terus masak. Alang-alang masak, terus lebih masak untuk buat sahur. Jadi, bila waktu sahur dah tak susah nak rushing. Tambahan pula, 2 3 hari ni, si adik asyik jaga mummy je time sahur. Yela, dia tak bagi mummy bangun..walaupun nak duduk sekali pun. Adooii..nasib baik lah encik suami boleh tolong panaskan lauk dan bancuh teh o panas. Lepas tu daddy ajak adik dan dukung dia..barulah dia mau keluar. Mummy ajak, tak mau ye diikkk...hai la anak.



Ini menu berbuka pada 4 Ramadhan..Tofu telur bersama cendawan, ayam goreng dan bergedil.
Bergedil tu buat masa 3 Ramadhan..Noor buat banyak dan frozenkan selebihnya. Bila nak makan, terus ambil dan goreng je. Cukup mudah. 

Resepi bergedil Daging:-

1/2 peket Dading Cincang (apa-apa brand pun boleh)
Kentang secukupnya
Daun bawang & Daun Sup (tapi Noor masukkan daun bawang je)
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Lada Hitam
Lada sulah
Bawang goreng (Noor guna bawang biasa tapi goreng sampai layu je)

Noor punya resepi ni semuanya ikut agak-agak sesuai je..jadi tiada sukatan yang betul.


Kentang di cuci, di buang kulit dan rebus.
Daging kisar digoreng sebentar tanpa minyak atas kuali non-stick
Lenyek kentang, masukkan daging, dan tepung jagung sehingga sebati.
Masukkan pula lada hitam, lada sulah dan garam mengikut kesedapan mulut.
Masukkan bawang goreng dan daun sup. 
Setelah sebati, gentelkan ia mengikut kesukaan anda..nak bulat boleh, leper pun boleh.
Dah siap..boleh la nak frozen kan.



Untuk goreng..pecahkan sebijik telur..masukkan sedikit tepung jagung (option). 
Celup bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas.



TIPS: 
* pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.




Selamat Berpuasa


Ada idea untuk sahur dan iftar?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..

Khamis, 18 Jun 2015

Hari Pertama Ramadan 2015

Salam 1 Ramadan buat semua yang beragama Islam. 
Noor nak ucapkan selamat berpuasa ye..
Semoga ibadah kita pada tahun ini diterima.



Jika ada yang terlupa niat puasa, nahhh..Noor tempekkan niat puasa. Bacalah niat untuk sebulan kerana dikhuatiri kita terlupa niat di malam hari yang lain. 




Pssstt...psstt...sahur tadi makan apa? Noor masak cendawan, makan dengan sambal hitam pahang dan ikan masin..fuhh..pekena dengan nasi panas, memang ngam!! Maklumlah masa sahur Noor dan suami memang makan simple je. Takde nak makan pelbagai jenis time sahur. 

Kebetulan tahun ni berpuasa dengan 2 orang heroes yang tengah lasak..fuuhhh..agak mencabar sebenarnya. Masa sahur tadi, boleh pula dua beradik tu bangun..sedangkan masa untuk sahur tinggal lagi 10 minit. Dah dengar orang sedang mengaji menandakan waktu sahur hampir tamat. Itu di kawasan tempat tinggal Noor laaa..tempat lain wallahualam bisawab..

Berbalik pada cerita tadi, bila dua beradik dah bangun..haaaa...bunyilah radioooooooooooooo dengan kuatnya. Kesnya sebab depa terjaga tapi tak de orang kat sebelah dengan keadaan yang masih gelap. Ha..mau tak gelabah diorang. Kalau bangun pagi time cuaca cerah tu ok la..ini gelap..walaupun ada pasang lampu tidur tapi bagi budak kannn..mesti rasa gelap.

Lepas tu, haa...startlah drama di subuh hari yang hening. Si adik masuk bilik nak menyusu..lepas habis dia pergi main. Si abang lak, tengah dok layan milo botol dia, tetiba nak makan nasi. Nasib baiklah daddynya mau layan..alhamdulillah..makan jugak walaupun sikit. Teringin kot sebab tengok mummy dan daddy makan tadi..kehkeh..

Lepas settle abang makan, dia terus landing tapi si adik..haaa...sambung main..dan main...sorang-sorang pun jadi. Bila mummy bangun nak siap g kerja, adik lak baru nak sambung tido. Apa lagi..start lah lagi radiooooooooooo...hoho..

Maka, masa hantar adik ke taska tadi dalam keadaan moody..si abang walaupun mengantuk masih ok. Semoga anak-anak mummy daddy berada dalam keadaan yang baik ye.


Itulah alkisah Noor di Hari Pertama Ramadan 2015.


Mmmm...tengah terpikir apa menu simple untuk berbuka nanti??


Ada idea?? Jom kongsi..



Eh..eh...jika anda ada masalah gastrik, pedih hulu hati, angin masa berpuasa ni..mai wasap/wechat 0132434729 Noor..insyaallah, ada produk yang membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Nak tampil cantik masa raya pun boleh..jom..jom..wasap/ wechat Noor ye..


Selasa, 16 Jun 2015

Bintang Kecil -Dulu & Sekarang


Alhamdulillah..TAHNIAH!!TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Anakku terpilih lagi untuk masuk majalah untuk kategori Dulu & Sekarang Bintang Kecil keluaran June 2015.

Walaupun dia tak tahu yang wajahnya terpilih masuk majalah disebabkan mummy punya kerja..tapi ini adalah satu kenangan buatmu Muhammad Zarif Zaquan.

Insyaallah, satu hari nanti kamu akan lihat juga entri ini.

Mummy hantar gambar tika kamu kecil masa kita menginap di sebuah hotel di Johor 2012 dan gambar tika kamu besar masa kat airport Kota Kinabalu 2015.


Alhamdulillah, nanti kita tunggu hadiah dari Baby Kingdom ya..

Apalah yang akan kita dapat.

Mummy yang excited sebenarnya!!


Royal Floria Putrajaya 2015



6 June 2015 lepas, Noor sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Royal Floria di Presint 4, Putrajaya. Tahun lepas kami tak berpeluang nak kunjung sebab nak masuk parking pun dah jem dari luar. Jadi pada tahun ni, kami pergi awal pagi agar mudah untuk mencari parking. Lagipun, jika pergi waktu petang, heroes ni dah tidur dan cuaca mesti panas.

Tahun ni merupakan tahun kedua floria ni diadakan di Persint 4, jika tahun-tahun sebelum ni pesta floria ni diadakan di Presint 2 dan tidak dikenakan bayaran. Noor mula berkunjung ke Pesta Floria ni masa tengah mengandungkan Zarif..hampir 4 tahun lalu. Masa tu tema nya adalah bunga ros. Jadi, bila pergi tu rasa macam romantik la sikit kan..tambahan berdua pula tu..hhhee..sekarang bila dah berempat, haa..nak snap picture tu agak terhad. Sebab kena pantau sentiasa si abang. 

Nasib baiklah si adik sangat behave masa pergi floria ni. Yang si abang lak agak excited, semua tempat dia nak masuk tengok. Makin meninggi hari, makin ramai orang. Jadi, agak sukar juga bagi kami tuk masuk ke semua tempat. Macam rumah salji memang kami tidak masuk. 

Tiket masuk pada tahun ni RM5 untuk dewasa dan yang mempunyai mykad. Jika tiada mykad kenalaha bayar RM10. Kanak-kanak pula dikenakan bayaran untuk yang berumur 7 tahun dan ke atas. Jadi, pastinya Zarif dan Ziyad belum kena lagi. Heeee...

Peta kawasan Royal Floria Putrajaya 2015. Agak luas kawasannya tapi kami tak masuk tengok semua tempat secara details. 

 Suasana pintu masuk..apa la yang abang excited tu sampai ternganga..ish..ish..masuk lalat nanti kang.


Taman apa ye..lupa lak tapi senibina dari negara China.



Ini pula taman fantasi..kat belakang tu adalah replika coklat..rabbit yang cute sangat. Tak sempat nak snap..huhu..

Kusyuknya heroes mummy ni..nengok apa tu sayang?? 


Lihatlah gayaku dari belakang..

Relaks saja si adik dok dalam stroller dari mula sampai la nak balik.
Good boy adik!!

Kat sini lak mummy!!

Suka benar abang nengok alat muzik yang menggunakan air tu. 
Apa namanya ntah. Ada ke tulis kat situ ke mummy yang tak perasan nama alat tu..hurrmm..


Nak bergambar pun nak lihat lagi bunyi muzik tu..hai la sayang..

Ni ehsan dari Mr. Google..sebabnya kami tak perasan lak ada 'benda' ni..hurrmm..tu la sapa suruh tak pusing habis..

Comelkan!!

Ehsan Mr. Google

Ehsan Mr. Google

Mummy suruh bergambar, dia sibuk nak baling batu..hai la anak bertuah ni..

Taman Di Raja Negeri Sembilan

Eh..eh..tak boleh masuk la abang..tengok kat sini je..

Daddy melepaskan penat sebentar..rehat jap ye dik kat bawah pondok ni..panassss...




Tandas yang disediakan adalah tandas yang boleh pindah randah tu..hoho..nak masuk pun tak lalu. Kedai makan juga agak banyak tapi ada yang kumpul satu tempat dan ada yang tersorok sikit di beberapa tempat. Kami pun beli tapau je dan makan kat rumah..maklumlah time dah pukul 1 tengahari..dah tentu-tentu orang ramai dan tempat duduk penuh. Lagipun budak dah kepenatan, masuk je kereta terus terlena. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s