Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 19 Mac 2015

13 Komplikasi Selepas Bersalin



Apa khabar semua? Noor harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.Tekak Noor pun dah terasa perit dari malam tadi. Haishh...jangan batuk sudahlah. Hero kat rumah pun dah start batuk-batuk. Risau juga sebab si adik demam sikit malam tadi. Hope harini demamnya dah kebah.


Kali ni, Noor nak share tentang komplikasi selepas bersalin. Pada ibu..mommies..mak..ummi..apa saja panggilan anda yang telah merasai pengalaman mengandung dan melahirkan mesti sudah mengalami komplikasi ini samada anda sedar atau pun tidak. Sebaik sahaja para ibu bersalin, secara automatik..ibu akan kehilangan haba badan bayi, air ketuban, tenaga, darah yang banyak serta uri atau plasenta. Oleh itu, penjagaan yang rapi semasa berpantang amatlah penting bagi memulihkan kembali tubuh ibu dengan cara yang sihat dan seimbang. Tempoh pemulihan yang kritikal adalah mulai hati pertama hinggalah enam minggu pertama bersalin. Setiap masalah hendaklah ditangai dengan teliti agar ianya tidak berlarutan sehingga sukat untuk dirawat. Jom kita lihat, apa komplikasi selepas bersalin.


Ketidakselesaan Selepas Bersalin

Ibu mungkin berasa sakit kekejangan di dalam perut terutamanya semasa menyusukan bayi. Hal ini disebabkan oleh rahim ibu yang sedang mengecut untuk kembali semula ke saiz asal. Kesakitan ini hanya berlanjutan untuk beberapa hari sahaja. Sesetengah orang panggil batu meroyan. Agak bahaya jika batu meroyan ini tidak kecut. Itu sebabnya ibu berpantang digalakkan mengurut untuk membantu rahim mengecut dan kembali ke saiz asal.


Kencing Tidak Lawas

Tempoh berpantang yang dilalui oleh setiap ibu bersalin dapat memberi mereka peluang untuk berehat kerana semasa hamil dan melahirkan telah menyebabkan beberapa fungsi badan dan sistem peranakan terganggu. Antaranya masalah kencing tidak lawas. Ia dikatakan berpunca daripad kedudukan rahim yang tidak berada pada tempat sepatutnya. Untuk mengatasinya, ibu dinasihatkan untuk berurut. Peranakkan akan diurut untuk membantu mengembalikannya ke tempat asal.


Sakit Belakang dan Pinggang

Semasa bersalin, otot-otot terpaksa bekerja lebih keras berbanding sebelumnya. Secara tak langsung, sakit belakang dan pinggang boleh terjadi akibat daripada proses bersalin yang lama. Pergerakan yang terbatas ketika berpantang juga boleh menjadi punca rasa sakit ini.

Kedudukan semasa menyusukan bayi yang tidak betul juga boleh menyebabkan terjadinya sakit pinggang dan belakang. Walau bagaimanapun, sakit ini akan beransur pulih dalam tempoh beberapa bulan selepas bersalin.


Sembelit

Jangan diabaikan jika ibu mengalami sembelit tika berpantang kerana ia boleh memudaratkan. Sembelit berlaku kerana kurang minum air dan pengambilan ubat-ubat yang bersifat panas seperti jamu. Masa berpantang juga, para ibu tidak mengambil buah-buahan kerana alasannya kebanyakan buah dan sayur bersifat sejuk. Jika diambil boleh memudaratkan kesihatan ibu.


Gatal pada Alat Sulit

Alat kelamin perlu dijaga dengan baik agar luka yang dialami cepat sembuh.  Sesetengah ibu rasa takut akibat kesan jahitan itu, jika disentuh akan menyebabkan pedih dan ngilu. Akibatnya, alat sulit mengalami masalah gatal kerana ibu mengabaikan penjagaan kebersihan pada alat sulit dan juga darah nifas yang masih ada. Amalan tradisi penjagaan alat kelamain adalah dengan membersihkannya dengan menggunakan garam kasar. Biarpun pedih namun, proses pengecutannya akan berlaku dengan pantas. Selain daripada mencuci dengan garam kasar, ibu juga boleh menggunakan manjakani dengan menumbuk sehingga halus sebelum sapukannya pada alat sulit. Hasilnya luka akan cepat sembuh. 



Buasir

Buasir terjadi pada bahagian dubur dan dikesan apabila saluran dubur membengkak. Buasir terjadi samada di dalam mahupun diluar kawasan dubur. Bagi ibu yang mengalaminya, ia akan berasa sakit akibat tekanan pada saluran dubur yang membengkak sehingga menyukarkan proses pembuangan air besar. Masalah ini akan bertambah buruk apabila ibu turut mengalami sembelit.

Untuk mengatasinya, ibu digalakkan untuk minum air yang banyak. Jangan suka menahan atau melengah-lengahkan untuk membuang air besar. Segeralah ke tandas apabila anda kurang selesa terutamanya minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah anda bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.



Pendarahan

Ibu akan mengalami pendarahan yang dipanggil nifas dalam masa dua hingga enam minggu. Pendarahan akan berhenti dengan cepat bila ibu menyusukan bayi. Ibu tidak digalakkan menggunakan tampon dalaman kerana ini boleh menyebabkan jangkitan. Jadi, pakailah tuala wanita untuk menyerap lelehan darah tersebut dan keraplah tukar untuk mengelakkan dari terjadinya jangkitan bakteria pada alat kelamin.


Jahitan

 Sakit pada bahagian jahitan hanyalah untuk beberapa hari sahaja. Selalunya benang jahitan akan melarut selepas seminggu dan jahutan luar akan tertanggal sendiri. Masalah ini bersifat sementara dan akan beransur hilang dalam masa beberapa hari selepas bersalin. Ibu yang bersalin perlulah memastikan jahitan berada dalam keadaan bersih dan keringkan kawasan berkenaan dengan sempurna. Sentiasalah baring untuk mengurangkan tekanan pada kawasan jahitan atau duduk pada tempat yang empuk.



Kurang Rehat

Untuk beberapa hari atau minggu, ibu akan mengalami masalah keletihan dan kelesuan akibat dari pada proses bersalin itu serta kehilangan tenaga dalam badan. Oleh itu, ibu disarankan agar berehat secukupnya selepas bersalin kerana ada ahli keluarga yang sedia untuk membantu untuk menguruskan bayi. Namun, ibu juga dinasihatkan untuk melakukan pergerakan yang ringan dan berjalan dengan perlahan-lahan untuk memperbaiki otot-otot saluran darah nifas dan menyegarkan tubuh.



Gangguan Perasaan

Terdapat beberapa gangguan perasaan yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Gangguan perasaan selepas berslain sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja dan tidak memerlukan rawatan perubatan. Sekiranya ibu tidak mendapat sokongan dan tunjuk ajar daripada suami dan juga ahli keluarga, kemurungan ibu akan bertambah dan akan mengalami gangguan perasaan yang lebih mendalam dan berpanjangan. Oleh itu, bantulah ibu yang berpantang dari segi penjagaan diri sendiri serta bayinya.

Antara tanda-tanda gangguan perasaan adalah terlalu risaukan keselamatan bayi, sukar atau sering mengalami gnagguan ketika tidur, suka termenung, berdebar-debar dan degupan jantung menjadi laju, benci dengan keadaan sekeliling, merasakan diri tidak lagi menarik dan cantik seperti dulu dan sering mengalami sakit kepala. Jika ini berlaku, segeralah dapatkan rawatan.



Masalah Payudara

Masalah bengkak susu dan berdenyut terjadi apabila susu tersumbat dan terkumpul di dalam payudara. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Tahap kesakitan adalah berbeza bagi setiap ibu. Untuk melancarkan pengeluaran susu serta meredakan kesakitannya, ibu hendaklah tuam payudara.


Keadaan puting merekah dan berdarah sering terjadi dibahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Ini terjadi kerana penyusuan yang tidak betul iaitu bayi hanya memasukkan puting sahaja kedalan mulut tanpa memasukkan sekeliling kelopaknya. Selain itu, bayi yang menyusu dengan kuat akibat susu yang berkurangan juga boleh menyebabkan terjadinya puting melecet.  Ibu boleh merawatnya dengan menyapukan susu ibu pada bahagian puting yang luka itu. Kemudian, ibu boleh meneruskan penyusuan seperti biasa.



Bentan

Bentan ialah keadaan bagi ibu selepas bersalini yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala. Ianya terjadi kerana termakan benda yang berbisa, melakukan kerja berat atau ibu jari kaki tersepak benda keras. Dalam amalan tradisional kita pun, pemakanan amat dititikberatkan. Ibu tidak dibenarkan makan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, pari, duri dan sembilang kerana dikhuatiri boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Ikan yang boleh menyebabkan alahan dan gatal juga perlu dielakkan seperti ikan kembong, tamban, cencaru dan tongkol.

Ikan yang sesuai bagi ibu bersalin adalah ikan haruan dan yu.




Isnin, 9 Mac 2015

Family Trip ke Sabah -Part 4 (Last)



17 Januari 2015 SABTU
............................................

Kami check out dulu sebelum sarapan di kedai mamak. Flight pukul 1230 tengahari jadi, kami sempat lagi tuk kami singgah dan bergambar di Tanjung Aru. Lagipun janji dengan owner kereta tuk pulangkan pada jam 1030 pagi..rugi tak singgah sebabnya ia terletak betul-betul sebelah Lapangan Terbang. 5 minit dah boleh sampai.


Antara gambar yang sempat edit tika suasana di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan KLIA2 semasa tunggu train tiba. 

Hero berdua tu ye la, aktif sokmo sebabnya dalam flight deme tido dari sana sampai la sini.

 Antara pic dalam flight..sebenarnya ni gambar masa datang ke Kota Kinabalu. Gambar masa balik tak edit..jadi gambar semuanya senget je..kang sakit leher lak nak nengok ke gambar. Jadi, biarlah dulu...hehe..

Alhamdulillah..kami selamat tiba di rumah pukul 8 malam.



Perjalanan hari Pertama >> Part 1
Perjalanan hari Kedua >> Part 2
Perjalanan hari Ketiga >> Part 3





Family Trip to Sabah -Part 3

16 Januari 2015 JUMAAT
..............................................
Ha...setelah hilang penat lelah perjalanan dari Kundasang Ke Kota Kinabalu. Kini, kami meneruskan cuti-cuti kami dengan melawat Muzium Sabah. Sebelum itu, kami pekena sarapan nasi kandar dulu..hehe..Semuanya makan Nasi Beriani..wah..memang sedaplah..cukup rasa semua. Dah la banyak, memang mengah gak la nak habiskan sepinggan nasi. 
Jom kita bergambar dulu di luar Muzium Sabah, sebab kat dalam memang tak dibenarkan ambil gambar. Pst..pstt...dalam muzium tu ada tengkorak betul ye..jadi, sila kawal tingkahlaku anda.



Abah beria nak bawa kami melawat Monsopiad Cultural Village ni..tempat simpan tengkorak. Tapi kami tak masuk sebab risaukan bebudak ni..kalau deme tak kuat semangat mau demam kang. Ini pun adik yang ambil gambar, Noor dan mak tunggu dalam kereta dengan hero. Seeeraaaammmmm....


Disebabkan hari masih awal, kami singgah pula di Menara Tun Mustapha. Dulu ada restoran kat dalam ni, dan pengunjung dibenarkan masuk tapi kini dah tiada. Yang tinggal hanyalah pejabat. Jadi, kami ambil gambar sajalah diluar.


Dalam perjalanan nak pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah untuk solat jamak di Masjid Terapung @ Likas ni..rupanya kat masjid ni ada juga sekolah agama. Memang besar dan luas dalam masjid ni. 


Selesai solat, kami mula bergerak ke Pasar Filipin. Tapi oleh kerana bertembung dengan orang yang balik kerja dan nak ambil anak pulang dari sekolah, jalan agak sesak. Tapi ia tidak lama seperti di KL yang makan berjam-jam lamanya. Pukul 7 lebih kami sudah sampai ke Pasar Filipin. Apa lagi, perkara pertama yang kami tuju adalah tempat makan. Maklumlah, masing-masing bersarapan Nasi Beriani saja pagi tadi. Haha..dah kebulur kata orang. Sampaikan lupa nak snap pic makanan.
 Antara makanan laut yang sempat kami snap sementara dok memilih tempat mana yang menjadi pilihan.

Selepas selesai mengisi perut, barulah kita boleh shopping. Jom kita tengok mutiara.

Antara barang yang menjadi pilihan Noor dan mak ialah gelang, cincin, keronsang..semuanya diperbuat dari mutiara. Bila nak pakai tak tau..hahah..sempat gak 'pow' hencik hubby set rantai dan gelang mutiara. Okla kan daripada nak 'pow' set emas..hehe.. Belikan juga gelang batu dan butang baju melayu tuk hubby.

Balik rumah malamnya, dah kena siap packing barang dan beg...hoho...nak tamat dah percutian kami..


Perjalanan hari Pertama >> Part 1
Perjalanan hari Kedua >> Part 2
Perjalanan hari Terakhir >> Part 4 (Last)

Family Trip to Sabah -Part 2

Wow, sudah masuk bulan 3..cepatnya masa berlalu..dan dalam tempoh sebulan tak updated blog ni juga macam-macam perkara berlaku dalam hidupku sekeluarga. hoho..kena ambil masa juga untuk catat dalam blog ni. Noor nak sambung story pasal pergi Sabah pula kali ni.
15 Januari 2015   KHAMIS
..................................................
Wooowii..memang best tidur di Kundasang, tak perlu pasang penghawa dingin dan juga kipas sebab suhu memang dah sejuk. Nak mandi pun menggigil kalau tak ada pemanas air..nak mandikan bebudak dengan pemanas air agak mencabar sebenarnya. Yela, manalah diorang ni pernah guna kat rumah. Bolehlah asalkan mandi, kena air seluruh badan pun cukup..keluar je dari bilik air..haaa...menggigil dak Zarif dan dak Ziyad..hehe..cepat-cepat selimutkan diorang. Jangan katakan budak je menggigil, ni haaaa mak budak pun menggigil..hehe.. 
Pukul 7 pagi kami dah siap-siap untuk turun bersarapan sebelum meneruskan ekspedisi jalan-jalan kami ni. Tahu je lah kan, nak siapkan budak yang tengah lasak ni agak lambat sikit. Mak ngan pak siap sekejap aje..heheh.. Sebelum turun ke tempat makan, abah ajak naik atas hotel itu. Rupanya memang pihak hotel siapkan tempat untuk melihat pemandangan sekitar Kundasang di atas bumbungnya. Tapi penglihantan kami agak terbatas dek kabus yang tebal. Gunung Kinabalu pun tak nampak. Jadi, agak sedih jugalah sebab tak dapat melihatnya.



Pemandangan sekitar Pekan Kundasang yang di ambil dari atas The Cottage Hotel

 Lihatlah betapa tebalnya kabus..memang sejuk dan best sangat sebab semenanjung dah tak ada macam ni

 Aksi dak ZiyadZafry bila tengok wan, opah, paksu, mummy, daddy dan abg Zarif dok tangkap gambar

Selesai bergambar, jom kita bersarapan dulu. Banyak jenis juga menu antaranya nasi goreng, scramble egg, sosej goreng, kacang apa tu..ala lupa lak namanya, roti bakar dengan pelbagai jem, air oren & mango serta air panas seperti kopi dan teh.

Suasana di Hotel masa baru sampai dan nak check out
 

Destinasi pertama kami tuju adalah Pekan Ranau. Pekannya takdelah besar sangat, sekali round dah habis. Cuma kami sekeluarga tertarik tuk singgah di Pasar Pagi. Mungkin ada buah yang tidak dapat ditemui di Semenanjungkan..mana tahu.


Masih ada lagi rokok daun ni di sana. Noor pun pernah tengok masa kecik-kecik dulu. Tapi kini dah sukar ditemui di Semenantjung. Mak lak sempat lagi interview penjual kuih Akok..nak tahu kot cara nak buat. Haa...balik nanti bolehlah mak try ye..



Haaa...masa kami pergi ni bukanlah musim buah, jadi agak rugi sebab tak banyak buah yang pelik kecuali kami jumpa buah 'dabaq' (maaflah ye kalau salah sebut..noor ingat-ingat lupa sudah bah). Lagi satu jenis yang Noor ingat ialah buah yang rupanya macam pelam tapi isinya labu kuning. Makan macam tu saja memang terasa makan labu kuning tu..sedap dan manis.
Ok, destinasi kami seterusnya adalah ke Hot Spring Poring..tak jauh pun dari Pekan Ranau. Alaaa...Noor lupa pula harga masuk ke Hot Spring ni sebabnya plan mula tak nak masuk ke dalam. Just nak jalan-jalan kat area luar saja tuk ambil gambar..tup..tup..abah mai bawa tiket. Rupanya abah beli..heheh.. Kesnya pasai abah nak tunggu je dalam kereta, mungkin dia dah penat dok nunggu kot...hehe..tengkiu abah. Hahaha...masuk je kat dalam ni memang boleh "cuci mata" la jawabnya sebab biasalah orang asingkan lebih selesa berbikini..lainlah orang kita.
 Disebabkan bukan musim cuti sekolah, jadi suasana dalam ni agak selesa la untuk bergerak.

 Kami pun ambil kesempatan tuk merasai air panas di Poring ni..rugi tau bila dah jejak kaki tapi tak merasainya sendiri. Risaukan budak hero berdua tu je sebab diorang yang excited nak masuk dalam air. Kalau air tu sejuk dah lama Mummy lepaskan korang tau tak..heheh..

Tengoklah aksi dak ZarifZaquan tu..dak ZiyadZafry lak tak mau balik..nak dok lagi situ..ish..ish..
Sebelum kami gerak balik ke Kota Kinabalu, singgah dulu ke Sabah Tea Garden. Memang ladangnya luas tapi sayangnya kami tak boleh masuk tengok cara pemprosesan daun teh menjadi teh. Sebabnya masa lawatan sudah lepas. Jadi, jika anda berminat nak tengok cara pemprosesan teh ni pergilah ke sini pada waktu pagi sebelum jam 12 tengahari. Mereka tidak buka untuk pelawat pada sebelah petnag. Tapi jalan masuknya memang mencabar..heheh..dengan jalan batu besar tuk mendaki..fuhhh...bukan jalan tau ye..
Kami pun singgah sekejap saja. tak ada pun beli Sabah Tea sebabnya kat Semenanjung pun dah banyak masukkan. Jadi tak perlulah nak beratkan beg ye..hehe..
Seterusnya kami pulang ke Kota Kinabalu tapi dek kerana nak cuba jalan lain, haaa...amik masa dari tengahari sampai ke maghrib baru tiba ke Cyber City Services Apartment. Kesnya nak tengok tempat orangkan..lagipun tak sangka begitu jauh perjalanannya dari Kundasang ke Tambunan >>> Papar barulah tiba ke Kota Kinabalu. Heheh..sayup je hati lalu ikut banjaran itu sebabnya jarang sekali orang lalu. Dengan tanah runtuh menyebabkan laluan tinggal satu jalan saja. Fuhh..memang mencabar sungguh..dengan kelaparan..hahah.. Tapi nasib baik Noor dah minum ESP dan makan Vita-Lea dulu pada waktu pagi. Jadi memang bestlah sebab perut masih relaks je walaupun dah seharian tak makan. Kalau anda nak merasainya sendiri, mai whatsapp Noor ye.
Alhamdulillah, selepas sampai apartment yang disewa..kami keluar tuk mencari makan. Singgah kedai area apartment saja sebab badan dah penatkan. Balik apartment boleh makan buah pulak..
Perjalanan hari Pertama >> Part 1
Perjalanan hari Ketiga >> Part 3
Perjalanan hari Terakhir >> Part 4 (Last)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s