Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.
Apa aktiviti hujung minggu anda yang lalu? Mesti bestkan bila dapat luangkan masa bersama orang tersayang.
Bagi Noor pula, kami mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halamanku di Taiping untuk sambut birthday adik, anakku serta anak buah bersama ibu dan bapaku. Mulanya plan nak buat di Taman Tasik Taiping tapi bila hujan..terus tak jadi. Buat la kat umah dan hanya makan kami adik-beradik je.
Haaa...bestnya kek..memang sedap..terbaik. Kek Pandan tu beli je kat Kings Confectionery..tapi Kek Cheese Strawbery tu adik Noor sendiri yang buat. Memang sedap..puas hati la..kalau nak order, silalah ye.
Allaaaaaa...apalah abang Zarif tak mau bergambar..hoho...kes baru bangun tidur la tu..
Abang Zarif baru ada mood bila nak tiup lilin.
Adik Ziyad tengok mana tu???
Tiup la lilin dik oooiii!!
Tadaaa........ada special lagi kat dalam kek ni tau. Itu yang best.
Adik bongsuku..
Abang Zarif dan sepupunya, Syafania Nur Iman sibuk main..lagi best.
Selamat Hari Lahir Muhammad Zarif Zaquan 3 tahun, Muhammad Ziyad Zafry 1 tahun, Syafania Nur Iman 2 tahun dan adikku Muhammad Amirul Hafiz 14 tahun.
Mummy doakan agar anak-anak Mummy, Muhammad Zarif Zaquan dan Muhammad Ziyad Zafry serta anak buah maklong Syafania Nur Iman dan tak lupa juga adik bongsuku Muhammad Amirul Hafiz menjadi orang yang berguna di masa depan, jadi anak soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa dimurahkan rezeki dari Allah S.W.T
Mummy Daddy sayang kamu berdua..
Kaklong Abanglong sayang adik..
Maklong Paklong sayang nia..