Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 22 Disember 2014

Masker Vitamin C Shaklee



Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.

Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Haa...sapa kata Vitamin C tak boleh buat masker..eh boleh ke? tak kot..

Ye betol.. Vitamin C Shaklee boleh buat masker.

Jom kita tengok cara-caranya.



Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Testimoni Vita-C Shaklee



Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.

Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Entri ini, Noor nak share antara testimoni dari customer tersayang.



Pelanggan yang kerap MC dulu, sekarang tidak lagi.




Selamat tinggal JERAWAT dan kulit bermasalah



Ibu menyusu kekal cergas walaupun berjalan jauh & tak cukup rehat




Hasilnya dalam masa yang singkat




Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Kesan Pengambilan Vitamin C Shaklee




Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.
Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Wah..wah...disebabkan bulan Disember 2014 ini, pihak Shaklee membuat promosi yang best..jadi ramai lah yang rebut peluang untuk kelihatan cantik dan nak meningkatkan tahap kesihatan. Maklumlah, bila badan sihat maka jimatlah duit dan masa untuk jumpa doktor dan makan ubat.


Jom kita lihat apa kesan sampingan yang anda dapat jika mengambil Vitamin C Shaklee.

> mengurangkan gejala alergi
> antioksidan yang kuat yang akan melambatkan proses penuaan
> mampu menghapuskan radikal bebas
> membaiki insomnia dan stress..tidur akan lebih nyenyak
> meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan
> merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia di dalam badan dengan berkesan
> setiap 100mg yang dilepaskan di dalam tubuh badan pada setiap jam mampu kekal dalam plasma darah selama 12 jam
> membantu mencegah penuaan pra-matang
> meningkatkan kesuburan
> memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen
> menggalakkan pengeluaran hormon antistress
> luka akan cepat sembuh
> kulit susah lebam jika terhantuk
> mengelakkan daripada terjadinya darah beku
> paras tekanan darah kelihatan normal
> kolesterol jahat berkurangan, kolesterol baik dikekalkan
> badan susah demam, selsema atau batuk kerana sistem imun badan telah meningkat
> kulit menjadi lembab, bintik-bintik hitam hilang, jeragat dan juga 'eyebag' juga hilang
> kulit wajah dan badan menjadi cerah sekata, licin, gebu, berseri, dan juga kelihatan kemerah-merahan




Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Bestnya Vitamin C!!



Salam Sejahtera buat para pembaca. Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera bersama orang tersayang. Noor juga doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diberi kekayaan samada harta di dunia mahupun harta tuk akhirat kelak.

Marilah kita tetapkan diri agar senantiasa berfikiran positif dan hindari dari bersikap negatif kerana ia akan merosakkan jiwa.

Pernah anda dengar tentang Vitamin C? 
Noor yakin mesti ramai yang tahu dan pernah dengar Vitamin C, sumber Vitamin C yang terhasil dari buah-buahan citrus dan fungsinya adalah untuk kecantikan kulit. 

Ya, memang betul tapi tahukah anda bahawa Vitamin C Shaklee merupakan produk pertama yang menawarkan Vitamin C dengan kadar pelepasan secara semulajadi. 
Anda tidak perlu risau kerana tiada kesan yang memudaratkan

Eh, sama je kan Vitamin C brand lain dengan Vitamin C.
Tidak kerana Vitamin C Shaklee menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan Vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam. 
Berbanding jenama lain, Vitamin C akan larut dengan kadar lebih cepat.

Vitamin C merupakan satu antioksidan yang kuat, serta mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg bioflavanoid dan 500mg Vitamin C. Ia dihasilkan dari bahan semulajadi, pastinya halal dan diluluskan oleh KKM. 


Sebiji tablet Vitamin C bersamaan dengan 7.5 biji oren termasuk kulitnya. Adakah anda sanggup makan oren sebanyak itu setiap hari untuk memperolehi khasiat Vitamin C??

Cepat atau tidak keberkesanan terhadap sesuatu produk adalah bergantung pada setiap individu. Setiap individu tidak sama, ada yang seminggu dah nampak kesan dan ada juga yang lambat nampak kesan yang ambil masa sehingga sebulan. Namun, kebanyakkannya akan nampak kesan selepas sebulan pengambilan sesuatu produk secara konsisten. Bukan yang kejap makan kejap tidak tu ye.

Pernah juga customer tanya, jika makan Vitamin C ini kena pantang apa-apa ke? Oh tidak, anda tidak perlu untuk berpantang. Makan seperti biasa saja. Bahkan ibu hamil juga boleh makan Vitamin C dan amat digalakkan kerana ia bagus untuk ibu dan bayi. Vitamin C Shaklee boleh mengurangkan risiko ibu hamil untuk mendapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Secara tak langsung, ibu hamil tidak perlu nak makan ubat kerana memang tidak digalakkan ibu hamil mengambil ubat sembarangan kerana kesannya pasti turut kena pada bayi.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER Vitamin C Shaklee <<<

ATAU


Rabu, 26 November 2014

Tips Mudah Bersalin

Selamat petang..semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera disamping orang tersayang. 
Hari ni Noor nak curi sikit masa tuk updated blog kesayangan ni..sibuk sikit la hai minggu ni..tambah lak..khamis dah nak kena pergi setup fair kat Midvalley. Jika ada mommies yang mencari barangan ibu dan bayi..mai la ke Midvalley Exibition Centre...21-23 November 2014. Noor pun turut serta sebagai penganjur..secara terpaksa..hahah...nak buat camna kalau dah company joinkan..jadi sebagai pekerja yang berdedikasi, terpaksalah akur. Jadi, anak-anak Mummy, please behave ye bila Mummy pergi kerja. Dok dengan Daddy lek lok tau.
Okaylah..entri kali ni sebenarnya Noor nak share pasal Tips tuk memudahkan bersalin.
Moga ada yang mencuba..Noor pun terbaca kat mana tadi ntah..lupa lak nak amik link dia..mahap yee..
Gambar adalah ehsan encik Google

2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk
beri tenaga.

Gambar adalah ehsan encik Google

Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.

Gambar adalah ehsan encik Google

Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka


Gambar adalah ehsan encik Google

Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit contraction


Gambar adalah ehsan encik Google

Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

Gambar adalah ehsan encik Google

Semasa berada di dalam Labour Room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulangkali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
Gambar adalah ehsan encik Google

Amalkan minum air kelapa pada penghujung kehamilan..ketika hampir nak bersalin. 
(nanti baby lahir kulitnya bersih je)

Gambar adalah ehsan encik Google

Makan kurma dalam bilangan ganjil

Gambar adalah ehsan encik Google

Banyakkan berjalan contohnya naik tangga ke... Exercise sebelum melahirkan baby

Gambar adalah ehsan encik Google

Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby


Gambar adalah ehsan encik Google

Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki. 
Pegang jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.


Gambar adalah ehsan encik Google

Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sebab nanti koyak lagi teruk


Gambar adalah ehsan encik Google

Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut


Gambar adalah ehsan encik Google

Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. 
Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat-cepat


Gambar adalah ehsan encik Google

Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air


Gambar adalah ehsan encik Google

Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka bermula ketika kandungan 37 minggu


Gambar adalah ehsan encik Google

Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

Banyaknya Punca Gastrik!!

Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan ceria disamping keluarga tersayang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dariNya.
Mesti ramai yang pernah mengalami Gastrik. Dan Noor juga tidak lari dari sakit ini sejak dari sekolah menengah lagi. Bagi mereka yang pernah mengalami Gastrik pasti tahu betapa sakitnya perut ini. Jika tekan perut pun hanya mampu mengurangkan sedikit kesakitan sahaja. Perut kita ni umpama kipas dan berlipat-lipat sepanjang 25cm dan hanya mampu menampung hampir segelen air dan makanan. 
Bila perut kosong, tisu perut tadi akan berada dalam keadaan berlipat-lipat dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut untuk membantu pencernaan. Antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik.  Asid ini seperti yang kita sedia maklum, ia bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut boleh menyebabkan radang yang lebih teruk. 
Punca Lain Terjadinya Gastrik 

  • Peminum arak (arak ni bersifat asid)  
  • Perokok  
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas  
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)  
  • Jangkitan 
  • Skipping meals  
  • Stress Symptom Pesakit Gastrik   
  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit  
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam  
  • Lemah, demam
  • Kembung perut-sakit dada  
  • Pedih ulu hati 


Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah Gastrik ini. 
Antaranya: 
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol  
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit  
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).  
  • Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur  
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap  
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)  
  • Ambil susu soya kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut. 
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari. 

Anda boleh atasi masalah Gastrik dengan produk Shaklee di mana ia mempunyai 4 produk yang terbaik bagi mengatasi masalah Gastrik.
 ESP (Energizing Soy Protein) - merupakan sumber protein yang unggul dari kacang soya dan merupakan tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya dan dapat menutralkan keasidan di dalam perot. Nutrisi protein di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru dan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh Asid hidroklorik semasa proses pencernaan. 
B Complex -Bertindak sebagai penenang sekaligus dapat mengatasi tekanan yang dihidapi oleh pesakit gastrik. B-complex sangat lengkap dengan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf.
Ostematrix -Adalah kombinasi dari Kalsium dengan Magnesium dan vitamin D yang dapat membantu meneutralkan asid yang telah memasuki ESOFAGOS yang boleh menyebabkan pedih ulu hati.  Kekurangan Kalsium juga boleh menyebabkan gastrik. Jika dilihat, mereka yang gemar minum susu amat jarang dikesan menghidap gastrik. 

Peppermint Ginger Plus -Bertindak untuk membuang angin dari badan dan membantu melegakan perut.



Sebarang pertanyaan, boleh wasap/ wechat/ sms.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET GASTRIK <<<

Isnin, 3 November 2014

Petua Atasi Batuk Kanak-kanak

Semoga para pembaca berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.

Untuk pengetahuan parents semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Penggunaan ubat batuk boleh menyebabkan kematian!!

Tapi parents boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah.. jika diizinkanNya , berkesan.


1) Rehatkan anak:
Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku

2) Mandi air Suam (semua peringkat umur)
Air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
Ia juga membantu merehatkan minda anak-anak.

3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
Penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. Gunakannya 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

4) Vapor rubs ( 3 bulan keatas)
Kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keranA kesan penyejukan bahan vapor rubs.

5) Banyakkan minum air ( 6 bulan keatas)
Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

6) Sup panas/suam ( 6 bulan keatas)
Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat

7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
Tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. 
Keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik

8) Madu ( 12 bulan keatas)
Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. 
Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

9) Ajar anak keluarkan kahak ( 2tahun keatas)
Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.

10)Berkumur dengan air garam ( 4 tahun dan keatas)
Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.

HAPPY BIRTHDAY HERO!!!


Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria disamping keluarga tersayang. 
Apa aktiviti hujung minggu anda yang lalu? Mesti bestkan bila dapat luangkan masa bersama orang tersayang.

Bagi Noor pula, kami mengambil kesempatan untuk pulang ke  kampung halamanku di Taiping untuk sambut birthday adik, anakku serta anak buah bersama ibu dan bapaku. Mulanya plan nak buat di Taman Tasik Taiping tapi bila hujan..terus tak jadi. Buat la kat umah dan hanya makan kami adik-beradik je.

Haaa...bestnya kek..memang sedap..terbaik. Kek Pandan tu beli je kat Kings Confectionery..tapi Kek Cheese Strawbery tu adik Noor sendiri yang buat. Memang sedap..puas hati la..kalau nak order, silalah ye.


Allaaaaaa...apalah abang Zarif tak mau bergambar..hoho...kes baru bangun tidur la tu..


Abang Zarif baru ada mood bila nak tiup lilin.

Adik Ziyad tengok mana tu??? 

Tiup la lilin dik oooiii!!

 Tadaaa........ada special lagi kat dalam kek ni tau. Itu yang best. 

Adik bongsuku..

Abang Zarif dan sepupunya, Syafania Nur Iman sibuk main..lagi best.

Selamat Hari Lahir Muhammad Zarif Zaquan 3 tahun, Muhammad Ziyad Zafry 1 tahun, Syafania Nur Iman 2 tahun dan adikku Muhammad Amirul Hafiz 14 tahun.

Mummy doakan agar anak-anak Mummy, Muhammad Zarif Zaquan dan Muhammad Ziyad Zafry serta anak buah maklong Syafania Nur Iman dan tak lupa juga adik bongsuku Muhammad Amirul Hafiz menjadi orang yang berguna di masa depan, jadi anak soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa dimurahkan rezeki dari Allah S.W.T

Mummy Daddy sayang kamu berdua..
Kaklong Abanglong sayang adik..
Maklong Paklong sayang nia..

Isnin, 27 Oktober 2014

Bahaya Resdung

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda, wajah anda dan sentiasa fikir yang positif dan baik-baik sahaja..insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.


Apakah itu penyakit resdung?

 Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Apakah tanda-tanda resdung ?


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

> Sering mengalami hidung tersumbat?
> Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
> Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata?
> Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
> Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
> Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
> Mengalami jerawat di muka dan badan?
> Nafas berbau?
> Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
> Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?
 
Apakah punca resdung ?

Alahan iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. 

Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. 

Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google


Kemudaratan Resdung

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik


AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s