Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 27 Oktober 2014

Bahaya Resdung

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda, wajah anda dan sentiasa fikir yang positif dan baik-baik sahaja..insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.


Apakah itu penyakit resdung?

 Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Apakah tanda-tanda resdung ?


Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalami penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

> Sering mengalami hidung tersumbat?
> Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
> Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata?
> Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
> Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
> Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
> Mengalami jerawat di muka dan badan?
> Nafas berbau?
> Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
> Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?
 
Apakah punca resdung ?

Alahan iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. 

Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. 

Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.
Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google


Kemudaratan Resdung

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat


JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik


AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.


KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.


Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Kenali Jerawat Anda

Semoga para pembaca sentiasa ceria dan sihat disamping keluarga tercinta dan berada didalam lindungan RahmatNya.
Anda pernah mengalami jerawat??
Teruk ke tak?
Jerawat batu atau jerawat pasir?
Kerap atau jarang-jarang?
Haaa...mesti anda semua pernah dinaiki jerawat kan. Tipulah kalau tak ada yang tak pernah tu..kecualilah bayi dan mereka yang masih belum sampai akil baligh kerana hormon masih stabil. Tapi bila dah cukup umur..automatik jerawat akan menghantui anda. 
Macam Noor sendiri, alhamdulillah memang tak ada masalah kulit sejak dari kecil. Malah ruam pun tak pernah mendekati kulitku..cewaahhh..ini gara-gara semasa hamil, ibuku amat gemar makan limau. Haaa..kan..maklumlah anak sulong. Jadi, memang ikutlah agar anak mendapat khasiatnya. Terima Kasih pada ibuku tersayang..mmmuuuuaaahhh...
Oleh sebab itu, jerawat hanya datang dan pergi saja dalam kamus hidupku..keskes..
Time 'kawan baik' datang, dia pun timbul..kekadang satu dua je..kekadang jerawat pasir..lepas tu dah tak de..eh, eh..melalut dah Noor ni..
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
 Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Whitehead

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di mana bahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Blackhead

Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
 Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang serius

Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang kronik



Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Namun, ianya adalah tidak benar. 
Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
> Sejenis penyakit kulit yang kronik.
> Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
> Terjadi di dalam lapisan kulit.
> Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
> Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
> Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
> Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
> Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
> Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
> Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
> Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Noor harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung.
Anda boleh mengambil Set Resdung Shaklee ataupun Set Kecantikan jika ingin mengatasi masalah ini.
Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Pijar Tangan Gara-gara Masak Terung?!

Salam Semua..

Semoga pada pembaca berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.

Masak apa hari ini? Kalau yang kerja dah tentulah pergi makan kat kedai je..ye dak??

Haa..baru-baru ni Noor ada masak Terung Ikan Masin Tumis Cili..sebab kebetulan ada 3 biji terung bulat. Mula terpikir nak masak kari je terung tu tapi hurrmm,..macam tak best je sebab takde makanan pedas. Itu yang tukar plan buat menu ni pulak. Lagipun ikan masin gelama masih ada lagi 3 ekor..haaa...bolehlah.

Biarpun gambar tak cantik..asalkan rasanya sedap!!

Bahan-bahan:-

(bahan tumbuk/ blend kasar)
1 biji bawang merah
4 biji cili merah
10 biji cili api

----------------------------
3 biji terung bulat yang dipotong mengikut citarasa anda
3 ekor ikan masin gelama yang dipotong
sedikit minyak
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil sos ikan

Cara-caranya:-

Goreng terung dengan sedikit minyak hingga agak melecur/ kecut dan toskan.
Goreng pula ikan masin gelama sehingga garing dan toskan.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan pula gula dan sos ikan.
Masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata dan boleh tutup api.



Haaa...sebab menu inilah tangan Noor pijar..hoho...kesnya Noor tak blend cili padi dengan bawang tu..Noor tumbuk. Konon-kononnya nak buat cara tradisional la..sebab kata orang bahan yang ditumbuk lebih sedap dari di blend..jenuh Noor mencari petua tuk hilangkan pijar tangan ni.

Alhamdulillah..ada juga rakan Noor di FB bagi petua. Kalau anda mengalami pijar tangan, rendamkan tangan ke dalam air garam pekat selama seminit. Insyaallah, boleh hilang.

Ada juga yang bagi petua dengan lumur minyak masak di tangan, masukkan tangan dalam beras dan sebagainya. Tapi Noor try rendam dalam air garam ni, alhamdulillah, cepat hilang.


Mari kita amalkan gaya hidup yang sihat.

Dapur kecilku,
Noor


Kami Kids Island!!! Hoyeehhh...

Selamat pagi buat para pembaca yang budiman..
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria disamping keluarga tersayang dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Mesti ramai yang bekerja hari ini kan..
Noor juga bekerja tapi mencuri masa sebentar tuk updated blog ni. Maklumlah, bila mula je hari bekerja mood nak kerja tu low lagi kan..kan..mesti ramai yang camtu.. Walau apa pun kerja rutin yang sepatutnya disiapkan pada sebelah pagi ni Noor dah setel..jadi boleh la cuci mata kejap dengan perkara lain..
Hari Sabtu baru-baru ni, saja la bawa ZarifZaquan pergi main kat tempat permainan di Giant Hypermarket. Yang paling ZarifZaquan suka naik..ni haaa...
.
.
.
.
.
.
.

Noor sempat snap yang dia naik Pikachooo ni je..yang kereta dengan ulat lain tak sempat nak snap sebab dok pegang ZiyadZafry..


Haa....ZiyadZafry first time naik ini..sempat lagi merasa..heheh..

Memang selalu Noor bawa Zarif naik ini..sebab kat Giant saja yang free. Naiklah 10 kali pun tetap tak kena bayar..naik terus tekan button. Sampaikan Zarif sendiri dah tahu tekan bila habis je alat ni bergerak dan menyanyi.

Dah habis semua ulat ni Zairf naik, dia nak pergi lak 'berkawan' dengan rakan lain kat area permainan..tapi semua budak dah berusia dalam  5 tahun ke atas. Jadi diaorang dah bergerak pantas dengan berlari sampaikan hampir terlanggar Zarif. Maklumlah, hujung minggu kan..pastu petang hari lak..dah tentulah ramai budak nak main. 

Oleh sebab itu, Noor minta hubby bawakan Zarif masuk tempat permainan yang berbayar. Tak pelah, bukan selalukan..nasib baik dah memang suruh budak pakai stokin. Kalo tak, kenalah bayar RM3 untuk stokin. Jadi, bila anak-anak dah ada..hanya beli stokin untuk Mummy dan Daddy je lah ye..


Bayaran tuk masuk ke Kami Kids Island ni pada hari minggu RM15 untuk 2 jam. Kalau hari Isnin - Jumaat RM10 untuk 2 jam...tapi kalau nak masuk full day pun boleh..bayaran pun lebih la sikit. Noor lupa lak nak snap picture bayaran..len kali lah ye..heheh..

Yang syoknya, kami bayar tuk Zarif sorang tapi masuk dalam tu sampai empat orang. Cemana tu?? Boleh ke cenggitu?? Haaaaa....sebabnya ZiyadZafry tak pandai jalan lagi, jadi boleh la dikecualikan daripada bayaran. Lepas ni, jangan harap la nak bayar sorang je..hohoho...si adik tu tunggu masa je dah nak jalan..berdiri tanpa pegang apa-apa dah berani sikit. Cuma nak gerak sendiri tanpa berpaut tu masih lagi fail..heheh..(belum masanya lagi..ye idok..) yang Mummy dan Daddy apalagi..amik la kesempatan gak..haha..sebagai penjaga kan..Ini pun sebab hero masih kecik..jadi boleh la join..pasni korang dah besar sikit Mummy Daddy dok tepi je la nengok korang main..

ZarifZaquan yang asyik main masak-masak..eh..gardening laaa...

 ZiyadZafry busy dengan peralatannya..pandai pulak kamu ye..takde lak nak masukkan 'pasir' dalam mulut

Adikkk...say cheeesseeeeeee...aiyo, muka tarak senyum dalam ini gambar..susah benar nak snap gambar time kamu senyum dik.

Baru sudah dapat bekalan..terus main.Mummy ingatkan kamu nak tidur dah..hurrmm..

Dah habis main 'pasir'..jom terjun kolam bola pulakkk....

 ZiyadZafry dengan tupainya..

 ZarifZaquan dengan kereta kecilnya..

Bila nak ajak balik..hoho...cukup mencabar. Nasib la kat situ ada jual ais krim..jadi sebagai umpan nak ajak balik, daddy belikan aiskrim tuk ZarifZaquan..sedap lak tu..aiskrim keladi..hurmm..nyum..nyum...tuk Mummy tak de ke daddy?? sob..sob..


Alhamdulillah..kami diberi peluang tuk meluangkan masa dengan anak-anak tersayang. 
Noor harap anda juga begitu kerana masa itu emas. Semasa mereka kecil ini luangkanlah masa bersama dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Kelak, bila mereka dah besar..kita pasti merindui saat ini.

Semoga Muhammad Zarif Zaquan dan Muhammad Ziyad Zafry membesar menjadi anak yang soleh.




Mari kita amalkan gaya hidup yang sihat


Noor
013.243.4729
Facebook Noor


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<

Selasa, 21 Oktober 2014

Aturan Makan Set Kurus

 Salam Ceria semua..ceriakan diri anda, wajah anda dan sentiasa fikir yang positif dan baik-baik sahaja..Insyaallah nanti yang datang semuanya yang terbaik untuk diri kita.

Aturan Makan Set Kurus yang terdiri daripada Omega + Herb-Lax + Alfalfa.
Minggu Pertama (seeloknya diambil pada hari Jumaat sebab proses pembuangan toksin mungkin menyebabkan anda perlu ke tandas)
  • Hari 1-3 >>  Herb-lax 4 biji sebelum tidur untuk Detox buang toksin dalam badan
  • Hari 4-7 >> Omega Guard 3 biji selepas sarapan dan Alfalfa 2 biji selepas makan tengahari
Minggu kedua dan seterusnya
  • Setiap hari >>  Omega Guard 3 biji selepas sarapan dan Alfalfa 2 biji selepas makan tengahari
  • Setiap jumaat malam sabtu >> Herb-lax 4 biji sebelum tidur (jika yg berbadan besar disarankan ambil 5 biji)
Jangan Lupa!!

  • Sila minum air sebanyak 500ml air kosong selepas mengambil Herb-lax kerana ini untuk proses detox buang toksin dalam badan. Sebaiknya Herb-lax diambil sebelum tidur kerana ia bertindak selama 6 jam. Jika anda kurang minum air, perut akan rasa sangat memulas. Oleh itu, pastikan anda minum air yang banyak SELEPAS makan herb-lax.
  • Pastikan anda minum air yang banyak jika makan Omega kerana ia akan membuatkan badan terasa panas dan cepat dahaga. Jadi pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3liter sehari dan jika minum lagi banyak pun ok sebab membantu mempercepatkan proses pelangsingan.

  • Banyakkan makan buah-buahan yang kaya dengan serat supaya hasilnya lebih cepat.
  • Jangan terlalu cepat membuat keputusan dan berputus asa. Berilah badan anda sekurang-kurangnya 90 hari untuk nampak kesan seperti yang diharapkan kerana setiap badan tidak sama proses penerimaannya. Ada yang cepat dan ada yang lambat turun. Tiada jalan yang singkat untuk dapatkan berat badan yang ideal ya.

Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET KURUS SHAKLEE <<<

ATAU

Klik link ini >>> ORDER SET KURUS SHAKLEE & ESP <<<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...