Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 16 Oktober 2014

Susu Saya ni Foremilk atau Hindmilk??

Salam Ceria buat para pembaca semua..

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.

Noor yakin ramai ibu-ibu yang masih belum faham mengenai jenis-jenis susu ibu di mana ia sangat penting dalam ilmu penyusuan. Susu ibu terbahagi kepada 2 iaitu Kolostrum dan Susu Matang (Foremilk dan Hindmilk).
Ehsan dari Encik Google

Kolostrum kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral, manfaat kolostrum adalah sangat besar. Kolostrum dihasilkan dalam jumlah yang sangat sedikit, sesuai dengan saiz perut bayi yang kecil sahaja selepas dilahirkan. Selalunya kolostrum akan terhasil sehingga hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Kemudian ia akan diikuti dengan susu matang yang kebanyakan ibu-ibu tidak mengetahui perbezaan mereka dan fungsinya dalam penyusuan.


Apakah itu foremilk dan hindmilk?

Foremilk merupakan susu awal yang berada di hadapan payudara. Ia dihasilkan semasa awal penyusuan yang bersifat cair dan mengandungi banyak air. Biasanya bayi akan menerima foremilk dahulu.Tahap laktosa yang tinggi terdapat dalam foremilk, adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga bayi. Oleh itu ibu-ibu tidak perlu begitu risau sekiranya warna susu kurang pekat dan cair.

Hindmilk pula dikenali sebagai susu akhir yang berada di belakang payudara. kebiasaannya hindmilk didapati di akhir penyusuan apabila bayi sudah menghabiskan Foremilk. Warna susu hindmilk ini lebih pekat berbanding susu foremilk dan warnanya agak kekuningan. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak yang tinggi berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disamping mengenyangkan bayi.



Bagaimana Foremilk dan Hindmilk Terhasil?



Alveoli

Susu dihasilkan di alveoli (kilang susu) di mana kebanyakkannya mengandungi kandungan lemak yang tinggi menjadi hindmilk. Lemak yang tersekat di belakang payudara ini memyebabkan perbezaan yang besar pada kandungan susu ibu. Kandungan lemak dalam susu meningkat secara beransur-ansur dalam penyusuan sebagai dua lapisan lemak dan selebihnya susu tersebut terkumpul di bahagian hadapan payudara menjadi foremilk. Semakin lama ibu menangguh waktu menyusu atau mengepam maka semakin banyak foremilk dihasilkan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan bayi mengambil masa yang lama semasa menyusu untuk mendapatkan hindmilk.


Mana Yang Lebih Penting?

Jawapannya, kedua-dua hindmilk dan foremilk ini adalah sangat penting untuk bayi. Seperti yang dinyatakan di atas, Foremilk mengandungi laktosa yang tinggi  yang ditemui dalam foremilk sangat penting untuk tenaga dan perkembangan otak bayi serta mampu menghilangkan dahaga bayi kerana mengandungi kandungan air yang tinggi. Oleh itu, bayi tidak lagi memerlukan air masak. Hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita.

Sekiranya bayi tidak dapat foremilk secukupnya, bayi boleh mengalami dehydrate (kurang air dalam badan). Kekurangan hindmilk pula, bayi tidak kenyang dan tidak bagus untuk tumbesarannya. Oleh itu sangat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan dan kosong, iaitu sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan susu ibu.



Apa Itu Ketidakseimbangan Hindmilk dan Foremilk?



Perhatikan perbezaan pada susu yang keluar semasa di awal sesi mengepam dan susu selepas beberapa ketika kita mengepam. Anda akan mendapati foremilk banyak terhasil. Ini bukan bermakna berlaku ketidakseimbangan tetapi kita berhenti pada pertengahan sesi mengepam. Teruskan mengepam sehingga payudara terasa ringan dan kosong untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk.



Tahukah anda?

> Amat penting ibu mengosongkan payudara dengan direct feeding atau mengepam
> Semakin “sedikit” susu yang berada di dalam payudara, maka semakin banyak hindmilk (susu semakin pekat).
> Ibu tidak perlu bimbang sekiranya susu berkurang semasa berpuasa atau semasa datang haid.
> Aliran susu apabila payudara bengkak adalah kurang lancar berbanding semasa payudara tidak bengkak.
> Berlaku ketidakseimbangan foremilk dan hindmilk apabila ibu-ibu membiarkan payudara bengkak dan menunggu susu penuh. Susu akan lebih cair iaitu foremilk lebih banyak dari hindmilk.


Apakah Kesan Ketidakseimbangan Hindmilk- Foremilk kepada Bayi?

Sekarang anda faham bukan? Kebiasaannya ketidakseimbangan ini mendapati foremilk adalah lebih banyak daripada hindmilk. Bayi hanya mendapat lebih banyak susu cair di mana mereka tidak merasa kenyang semasa menyusu badan.

Antara gejala berlakunya ketidakseimbangan Foremilk dan Hindmilk adalah:

> Bayi menyusu sepanjang masa (tidak puas)
> Kembung perut
>Najis berdarah
> Penambahan berat badan yang perlahan
> Ruam lampin akibat najis berasid.
> Bayi membuang air besar sebaik sahaja menyusu
> Bayi memuntahkan susu dengan banyak
> Gejala kolik akibat lebihan laktosa.


Sekiranya anda mendapati bayi anda mengalami gejala seperti dia atas, mungkin disebabkan oleh:

> Ibu terlalu cepat menukar payudara semasa menyusukan anak. Bayi tidak sempat untuk mendapatkan hindmilk.
> Susu ibu terlalu banyak (oversupply) menyebabkan bayi sudah kekenyangan dengan foremilk dan tidak sempat mendapatkan hindmilk.
> Bayi menghisap susu badan dengan kadar yang sedikit dan tertidur – tidak sempat mendapatkan hindmilk.



Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu?



> Susukan bayi dengan sebelah payudara sahaja sehingga kosong. Sebelah lagi di pam.
> Sekiranya susu oversupply, boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi diantara waktu mengepam.
> Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
> Kerap mengosongkan payudara dengan mengepam secara konsisten – mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu bertambah cair.
> Ambil makanan yang tinggi protein dan serat.


Oleh itu, bagi ibu-ibu yang mengalami masalah seperti di atas, jangan mudah putus asa sekiranya melihat anak anda tidak kenyang, berat badan tidak naik, najis menjadi hijau, kembung dan sebagainya. Periksa dahulu punca seperti yang disenaraikan di atas. Ia bukan petanda susu anda tidak cukup atau bayi tidak sesuai dengan susu ibu, mungkin hanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hindmilk-foremilk. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk kerana kekenyangan dengan foremilk semata-mata.

Semoga Anda Berjaya untuk memberikan Susu Ibu buat Si Comel sehingga berusia dua tahun.


Anda juga boleh mengambil Set Penyusuan Shaklee.

Sebarang pertanyaan boleh SMS/ Wechat/ Wasap
Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET BAJET PENYUSUAN SHAKLEE <<<

Rabu, 15 Oktober 2014

Tips Motivasi Daripada "Kuch Kuch Hota Hai"


Kuch Kuch Hota Hai dah berusia 16 tahun. Filem ni masih lagi diputar. Setiap tahun di Malaysia ni berapa kali masuk TV?

Ia menang semua 8 kategori utama Filmfare Awards 1999. Best film, best actor, best actress, best director, best supporting actor, best supporting actress etc.

Tapi... hebat sangat ke Karan Johar masa dia buat filem ni?

Ini filem pertama beliau. Umur masa tu baru 26 tahun. Muda lagi tu.

Bukan terer sangat pun.

Karan dan krew beliau masih mentah. Banyak sangat perkara teknikal pembuatan filem yang mereka tak tahu sehingga Shahrukh Khan sendiri perlu ajar.

Tengok! Betapa teruk sampai pelakon yang kena ajar pengarah dan krew.

Sharukh Khan:
"Karan makes no bones of the fact that his technical knowledge of filmmaking was not at its peak when he made the biggest hit of the decade."

Maksudnya lebih kurang:
"Karan tak ambil peduli yang skil filem beliau tak la hebat mana waktu dia hasilkan filem paling hit dekad ini."

Kalau dia tunggu masa yang TERBAIK dan cukup semua SEMPURNA macam kita suka buat, mungkin sampai bila pun Karan takkan jadi pengarah filem dan hasilkan filem yang meletop.

Jadi...
Bersedia lebih kurang. Timba ilmu sedikit.
Sedikit -- setakat yang perlu. Bukan nak pergi semua kelas semua seminar semua group coaching personal coaching nak beli semua kursus buku video apa bagai.

BELASAH (dengan ilmu).
Ready - FIRE - aim.

Jangan tunggu sempurna. Jangan tunggu nak betul semua. Jangan fikir banyak sangat.

Kalau rasa nak buat, buat.

Ya, silap mesti ada. Elok kita buat silap itu dan belajar daripada sentiasa risau buat silap. Tak mati pun.

Kalau jatuh, bangun semula. Sapu habuk-habuk di baju dan seluar, JALAN LAGI!

Dah, apa tunggu lagi?

Pergi hasilkan 'Kuch Kuch Hota Hai' anda!

Bagaimana Mengira Loan Kereta?

Salam Ceria Semua,

Noor harap anda berada dalam keadaan yang sihat ceria di samping keluarga tersayang.


Haaaaa...anda tahu tak Proses Buat Loan Kereta?
Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman.

Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.


Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.
Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke...


Aktikel ini Noor C&P dari laman FB..tapi lupa nak save dia punya link.
Mintak ampun ye pada tuan empunya..sebab Noor masukkan dalam blog ni adalah untuk rujukan dimasa hadapan..takdelah tercari-cari lagi nanti.

Apakah Kesan yang Saya Terima Jika Mengambil Shaklee Collagen Powder?

Salam Ceria buat para pembaca semua..

Semoga anda sentiada gembira disamping keluarga tersayang dan sentiasa berada dibawah lembanyung rahmatNya.

Wah..wah...mestilah ramai yang nak tahu..bekesan atau tak jika kita mengambil Collagen. Maklumlah, bila usia semakin meningkat sudah tentulah kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan Kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:


> Kulit berkedut, kering dan melayut.
> Kuku rapuh dan tidak kukuh
>Rambut halus dan gugur


Kemerosotan semulajadi ini dapat dipulihkan melalui makanan tambahan tau! Pengambilan secara tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit.


Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.



Banyak sebenarnya kesan dari pengambilan Collagen ini.

Antaranya ialah:
@ anti penuaan - dapat mengurangkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
@ menghidratkan - melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan menggelupas pada muka
@ menegangkan - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
@ mencerahkan - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
@ melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
@ mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan kulit
@ menyuburkan - menggalakkan kuku menjadi lebih kuat, rambut yang tebal dan bersinar

Faedah tambahan collagen ialah menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Serta ia juga membantu mengekalkan otot dalam mata supaya lembut.


Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan supplemen kolagen. Janganlah kelihatan TUA sebelum sampai masanya...

Sebarang pertanyaan boleh SMS/ Wechat/ Wasap
Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SHAKLEE COLLAGEN POWDER <<<

Anda Berpantang Cara Tradisional atau Moden?

Salam Ceria Semua..

Moga anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat disamping keluarga tersayang serta sentiasa berada dibawah lindungan Yang Maha Esa.

Noor nak share info untuk ibu lepas bersalin. Anda berpantang macam mana? Masih ikut cara tradisional ataupun dah cara moden?? Rasanya Noor masih lagi kot ikut cara tradisional sebab masih pakai pilih, param cuma tungku je tak buat sebab mak Noor tak pandai. Jadi, Noor memang tak pernah merasa lagilah bertungku walaupun dah anak dua orang..lepas bersalin sebelum tujuh hari dah berurut untuk mengelakkan angin masuk badan. Jom kita lihat apa pantang larang semasa dalam pantang.


Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:


> Dilarang Tidur Tidak Berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.


> Memakai Sarung Kaki (Stokin)

Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.


> Jangan Duduk Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.


> Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.


> Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklah merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.


> Jangan Terlalu Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.


> Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.


 > Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.


> Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.


> Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.


> Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.


> Ibu Jari Kaki Tidak Boleh Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.


> Pantang 100 Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.




Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.




Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.




Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu-ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah


OLEH ITU,
JANGAN AMBIL MUDAH YE..
YANG ROSAK BADAN KITA..
YANG SAKIT BADAN KITA..
JANGAN PIKIR AMALAN MELAYU LAMA ITU KUNO...


Terima Kasih..

Shaklee juga ada Set Berpantang tau..

Boleh wasap/ wechat/ sms
Noor
013.243.4729




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET PANTANG PREMIUM <<<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...