
Selasa, 12 Mei 2015
Wedding Anniversary for 6 year

Family Trip To Kuala Terengganu

Hee..si adik belum mandi lagi..sebab nak mandikan kat rumah, awal pagi sangatkan. Jadi, mandikan adik kat sini je la lepas makan. Si abang sebabnya nak gak mandi sebelum keluar rumah. Sebab nak ikut wan g jalan.
Subhanallah..memang cantik sangat pantainya. Tak seperti pantai lain dimana warna kebiruannya memang jelas nampak berlainan. Disebabkan cuaca panas dan dok kilik hero ni, tak boleh la nak g dekat dengan airnya.
Dekat sejam gak kami sekeluarga dok bersantai di Pantai Teluk Bidara ni sambil makan kopok lekor. Kebetulan ada gerai makcik ni baru je buka. Apa lagi, kami saja 2 3 kali dok ulang..mula beli air, lepas tu beli kopok, lepas tu ualng balik beli air dan kopok sampailah kami gerak..
Kami juga berkesempatan melihat Petronas di Kerteh. Teruja anak-anak tengok di setiap menara yang dibina ada obor api. Besar juga kawasannya.
Sepanjang perjalanan, banyak juga kedai yang ditutup. Ye la hari Jumaat kan hari cuti bagi negeri Terengganu. Jadi, tak hairanlah suasananya speerti hari ahad di tempat kita yang sememangnya lengang bila semua cuti. Ataupun mungkin sebab Hari Pekerja jatuh pada hari jumaat, itu sebab kedai semua tutup.
Kami sampai ke bandar Kuala Terengganu dalam pukul 6 petang dan terus check in hotel. Kebetulan, setiap hari Jumaat akan diadakan K.T Walk di depan hotel kami. Wah..langkah kanan la nampaknya. Lepas check in dan berehat sebentar di bilik masing-masing, kami turun untuk melihat apa yang ada di pasar itu. Rupanya ini adalah minggu kedua pasar itu diadakan. K.T Walk ini bermula pukul 5 hingga pukul 12 tengahmalam. Memang seronok sebab dapat melihat pelbagai jenis makanan 'orang ganu' di jual tapi yang tak bestnya ada karaoke. Adeh..terpaksa pekakkan telinga sehingga pukul 12 malam. Dah la kami dapat bilik betul-betul hadap jalan. Alhamdulillah, anak-anak dapat tidur dengan jayanya. Mungkin sebab kepenatan sepanjang hari dok dalam kereta dan berjalan sajakan. Disebabkan pihak hotel tidak menyediakan tempat letak kereta, kami terpaksa letak jauh dan menunggu sehingga pukul 12 lebih baru boleh alih kereta berdekatan dengan hotel.
2 May 2015 Sabtu
...................................
Pukul 8 kami dah turun untuk sarapan di hotel. Agak kecewa sebenarnya sebab cafe yang 'join venture' dengan pihak hotel tidak menyediakan makanan seperti yang kami bayangkan iaitu nasi dagang, nasi minyak, nasi kerabu ke..atau pun kuih muih yang menjadi tradisi negeri Terengganu. Yang ada hanyalah nasi lemak, telur separuh masak, kuih pau goreng, roti keping, roti canai. Nak makan lagi diluar memang tak lah kan sebab perut dah kenyang. Memang tak merasalah kami sepanjang berada di sana untuk makan nasi dagang dan sebagainya.
Lepas sarapan, kami terus gerak ke Taman Tamadun Islam tapi sebelum tu kami singgah sebentar di Masjid Terapung (maaf, Noor lupa namanya..jika dah ingat akan diupdate). Rupanya setiap pagi ada kuliah agama disini. Kami boleh dengar sampai keluar.
Selepas itu, kami terus gerak ke Taman Tamadun Islam.
Bayaran masuk Taman Tamadun Islam untuk dewasa RM21.20, bagi kanak-kanak dan warga emas RM15. Maaf jika Noor tersalah info pasal harga bayaran ye..sebab ingat-ingat lupa saja. Untuk kepastian, anda boleh lawati laman webnya ye. Untuk Taman Tamadun River Cruise lak harganya pun sama tapi jika ambil terus untuk masuk taman dan naik cruise, anda akan dapat harga diskaun. Sebab encik hubsy bayar untuk Noor dan hubsy RM60++ je. Anak-anak masih belum kena lagi buat masa sekarang.
Kami terus naik curise dulu sebab hari masih awal dan orang juga boleh tahan. Sebelum naik, kami perlu dapatkan masa perjalanan. Bukan boleh suka-suka pergi naik ye..karang bergaduh pulak sebab ada yang dah lama tunggukan. Tapi nasib kami baik sebab tak perlu menunggu masa yang lama..hanya 10 minit saja sebelum dibenarkan masuk ke tempat jaket.
Jaket Ziyad ada pada mummy, nak pakaikan tapi dia dah rimas. Nasib la abang semangat nak pakai walaupun peluh dah mencurah-curah.
Seronoknya si abang menikmati 'buih'..
Masjid Kristal..cantikkan tapi suasananya lagi cantik bila waktu malam kerana ia dihiasi lampu.
Baru Noor tau sebab masjid ni dipanggil Masjid Kristal. Ingatkan saja panggil rupanya memang betul masjid ni ada kristal. Kristalnya terletak di setiap menara tu. Masjid ni ada 4 menara jadi ada 4 kristal dan ia berbentuk bulat. Memang kristal ini akan bersinar apabila terkena cahaya matahari.
Di pintu masuk Taman Tamadun Islam..
Cukup susah nak ajak si abang bergamabr..kena tunggu dia ada mood barulah dapat tangkap gambarnya..haish la anak..
Taj Mahal lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya. Tak dapat pergi ke India, kat Terengganu pun jadilah.
Kami memilih untuk naik tram je..sorang rm5.++. Yang bestnya tram ni boleh naik turun naik turun. Tram ni akan berhenti di tempat yang boleh dilawati sahaja macam Taj Mahal tu..tiada masa yang diberikan. Jadi boeh suka hati nak dok lelama kat tempat lawatan tu..yang pasti tram akan lalu dan berhenti untuk pengunjung naik atau turun.
Kat pintu masuk tu ada bilik pameran di bilik tayangan yang menceritakan sejarah bagi masjid yang dibina. Kat atas pula dibina replika masjid..siap ada batu terapung..walaupun tak real tapi bolehlah kita bayangkan seperti berada di sana.
Replika suasana di Mekah. Moga suatu hari akan diberi kesempatan buat ku sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah..insyaallah..
Cantik binaannya..
Di bilik pameran..hubsy kepenatan..
Pokok kurma..berlatarbelakangkan Taj Mahal..
Bila si abang dah mula minta air...sambil melepaskan penat lelah. Nak naik tram asyik penuh je..yela, orang tak mau turun, macam mana kami nak naik. So..tunggulah lagi..
Akhirnya dapat juga kami naik tram..
Uwan dan adik...baik je duduknya tapi nampak je mummy terus turun.
Jari tetap tak hilang dari mulut..hai la adikk..
Wow!! romantika di amour..
Arjuna beta..
3 hero kesayangan hamba..
Jom kita naik tram ni last...pasni balik tak naik dah.
Naik pun pusing je..kami dah tak turun..
Seharian jugaklah kami kat Taman Tamadun Islam ni..memang puas hati dan berbaloi sangat. Keluar dari sini, kami singgah di depan Muzium Kuala Terengganu untuk menikmati keropok lekor. Sedap jugaklah keropoknya.. Oleh sebab malas dah nak cari lain, sebelum balik KL pun kami singgah makan dan bungkus disini.
3 May 2015 Ahad
......................................
Sebelum gerak balik, kami singgah dulu Pasar Payang untuk membeli apa yang patut. Noor borong keropok keping je dan sedikit ..apa tu..Ya Allah..lupa lak apa ke namanya..inti tuk buat simpul kasih tu..alahai...hish..ada perasa ayam dan daging.
Hampir tengahari jugaklah baru kami gerak balik.
Singgah makan tengahari di Pantai Kululut..sampai ke sana kami makan sebabnya tak de kedai yang bersesuaian dan banyak yang dah habis makanan.
Sempat gak kami g melawat baby baru abang sham kat Balok ni..tahniah ye..comel anak dara ni.. Moga jadi anak yang solehah ye. (gambar blurr..bila bateri dah low).
Langgan:
Catatan (Atom)