Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 21 Ogos 2014

Ready for Next Baby??

Wah..wah..wah...tajuk bukan ke main lagi ye..huk huk!! Hehe..Noor rindukan saat mengandung sebenarnya..tapi rasa serik kot masa nak beranak..aduhhh....sakit tu. Tapi Noor berharap la nak dapat anak perempuan pula, yela sekarang kan dah ada dua orang hero. Jadi, nak la pula peneman Noor tika memasak di dapurkan. Tapi bukan dalam masa terdekat ni Noor nak pregnant..tunggulah dulu..tahun akan datang. Jika dah ada rezeki dariNya, kenalah terimakan. Takkan nak buang pulak..ishk..ishk.. Sekarang pun ZiyadZafry sudah nak masuk setahun, cepatnya masa berlalu. Teringat saat-saat mengandungkan dan melahirkan dia..Noor pun masih lagi breastfeed Ziyad..dengan harapan dapatlah menyusukan Ziyad sehingga berusia dua tahun. Masih berbaki setahun perjalananku ini.

Entri kali ini, Noor nak kongsi tentang tips untuk memperolehi anak mengikut jantina yang diidamkan. Tapi Noor nak ingatkan ye, kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukannya. Marilah kita berusaha sambil berdoa, tak salahkan mencuba. 


Ini adalah kaedah kalendar dari zaman kuno China dahulu.




Mengikut perkiraan Noor sendiri, kiranya betullah..mungkin juga kebetulan yang Noor dapat anak lelaki sebelum ni..heheh..anda bagaimana?? Cubalah kira jika nak tahu betul ke tak..jadi dah boleh plan ye untuk dapat anak lelaki mahupun perempuan.

Selain kaedah kalendar zaman kuno China, terdapat juga kaedah lain dalam merancang untuk memperolehi anak mengikut jantina.


Bagi merancang untuk dapat anak lelaki, tipsnya adalah:-
  • Perlu elakkan makanan berasid seperti buah limau, nanas, mangga, cuka dan minuman bergas selama 2 bulan sebelum mencuba. Kena banyak makan makanan laut sebab ia mengandungi zat logam kalsium dan magnesium yang diperlukan.
  • Melakukan hubungan intim ketika isteri sedang subur
  • Basuh faraj atau buat douching dengan alat khas yang boleh didapati di farmasi. Sebanyak 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan intim.
  • Suami perlulah pancut air mani hampir dengan pintu rahim ataupun jauh ke dalam.
  • Isteri perlu mencapai kepuasan yang tinggi untuk mengeluarkan cecair beralkali bagi merangsang pergerakan kromosom Y


Bagi merancang untuk dapat anak perempuan pula, tipsnya adalah:-

  • Banyakkan makan makanan berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air bergas dan lain-lain tetapi elakkan dari mengambil makanan laut.
  • Jangan melakukan hubungan intim 5 hari dari hari ovulasi tetapi perlu melakukan sebelum berlakunya ovulasi.
  • Douching dengan cecair asid 2 jam sebelum melakukan hubungan intim.
  • Suami kena pancutkan air mani hampir dengan pintu faraj kerana area situ lebih berasid dan dapat melemahkan kromosom Y dan membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim.
  • Kedudukan suami di bawah dapat membantu anda mendapat anak perempuan.
  • Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi.

Jadi, marilah kita berusaha di samping tawakal dan berdoa agar memperolehi jantina anak yang diingini.

JANGAN percaya 100% ya..semuanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.



Selasa, 19 Ogos 2014

Selamat Bersara & Ulangtahun Kelahiran Abah 60 tahun

Hari ini 19 Ogos 2014, genap usia abah 60 tahun. Maka, tamatlah sudah perkhidmatan abah sebagai Pembantu Am di Muzium Taiping..rasanya sudah 40 tahun kot abah bekerja di situ..satu-satunya tempat kerja tanpa ditukar kemana-mana muzium di Malaysia. Dari mula mendaftar kerja sehinggalah tamat kerja, suka duka sebagai pekerja telah berakhir di Muzium Taiping. Sebelum ni ada juga ura-ura mengatakan abah kena tukar ke muzium lain tapi tak jadi. 

Kami sebagai anak-anak juga membesar di muzium..maksudnya ketika habis saja sekolah, tika tunggu abah pulang kerja mestilah kami di bawanya ke sana. Sementara menanti tamatnya waktu kerja abah, kami lepaklah di surau yang disediakan..mandi, makan dan tidur. Jika ada kelas tambahan, terus saja diriku lepak di The Store Taiping atau kawasan sekitarnya. Kekadang tu, berlagak juga bila abah adalah pekerja dalam tu..cheewwwaahh..yela, time tu masih budak-budakkan, perasaan bangga & eksyen menyelubungi diri bila ada pelawat datang..haha..kenangan tuu...macam la kami juga pekerja dalam tu. Meronda dalam muzium jangan ditanya berapa kali..kadang berlari. Merata cerok kami masuk. 

Pernah suatu ketika, ditingkat atas..ada sebuah pondok kecil..abah pernah tidurkan kami sebentar di situ sementara menanti abah tamat kerja. Jika ada pelawat datang pun mereka tidak akan perasan akan kehadiran kami disitu. Pernah juga abah ditugaskan pada waktu malam, jadi bila ada je perkara yang tidak diingin, beliau abaikan saja. Contohnya jika lampu sudah dipadamkan, tetiba bila pergi emronda tengok lampu terpasang kembali.

Yang paling best, jika kami sekeluarga pergi melawat ke muzium lain..pastinya bayaran dapat dikecualikan. Sebabnya sudah tentulah abah adalah pekerja muzium. Jadi, jimat jugalah duit tiket masuk ke muzium. Hampir kesemua muzium di semenanjung ni telah kami lawati..tapi adalah juga yang kami dikenakan bayaran kerana muzium yang kami lawati adalah dibawah kerajaan negeri. Sampaikan adik yang bongsu sudah jadi peminat setia kepada muzium. Asal pergi je berjalan ke mana-mana saja, mesti dia tanya, "tak ada muzium ker?", "bila nak pergi muzium?"..

Pada hari ahad lepas, 17 Ogos, kami adik beradik telah sepakat untuk mengadakan Surprise Party Istimewa untuk abah tersayang. Plan telah bermula sebulan yang lalu. Kami adakan majlis di rumah baru adikku yang kedua. Penat juga kami plan agar tidak diketahui oleh abah..heheh...akhirnya MISI KAMI BERJAYA!!!

Nikmatilah gambar-gambar ketika masjlis diadakan.

Plan nak tempah banner tapi ada masalah, jadi kami print & laminate saja..janji cantik!!

 Abah terkejut sebab kena serbu dengan kami & kek!!
Masa ni kami tutup lampu, jadi rumah memang gelap gelita. Abah ingat tak ada orang kat rumah. Tetiba je kami keluar serbu dari dalam rumah dengan kek.


 Mak Abah surprisekan Wani dengan sebiji kek ini!!
 Mak buatkan kek khas untuk wani sempena burfdaynya pada 4 Ogos yang lalu.

 Amirul & rakannya bakar ikan, ayam, cocktail & kerang. 
Tapi kemudian diambil alih oleh abang long & Zairi.

 Terima kasih pada keluarga Abg Mat kerana sudi hadir.

 Terima Kasih pada keluarga Mertua adik-adikku.
Hanya keluarga mertuaku saja tak dapat hadir kerana jauh.

Terima kasih kepada keluarga pak cik & sepupuku kerana sudi hadir.

Terima Kasih abah kerana memberikan sepatah dua kata. 
Kami sayang abah!!
Moga abah panjang umur dan sihat selalu serta di dalam rahmatnya.

Antara yang sempat posing..hehe

 Terimalah hadiah dari kami semua khas untuk abah!!

Silalah jamu selera..oppsss...dah habis baru nak ambil gambar.


Terima kasih buat semua adik-adikku kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan misi ini.

Insyaallah, lain tahun kita buat lagi..tapi tak tahu pula untuk siap.



Lotss Of Loovveeee
----------------------------
#MuhammadFauzi
#NoorSyuhada
#ZarifZaquan
#ZiyadZafry
#MohammadSyahir
#SitiSapina
#SafaniaNurIman
#SyarafanaNurIman
#Zairi
#NoorSyazwani

Adakah Shaklee Terlibat dalam Isu Israel??

Bila ternampak tagline yang mengatakan Shaklee Terlibat dengan Israel, adakah anda akan baca kisahnya dengan lebih lanjut? mencari maklumat secara detail? atau cukup hanya membaca tajuk dan terus membuat rumusan?

Namun, kebanyakkan orang sekarang hanya suka buat rumusan berdasarkan tajuk. betul tak? Banyak Noor tengok macam itu, bila baca je tagline..terus keluar komen yang negatif berbanding positif. Padahal tajuk lain dan isi ceritanya juga lain. Bilalah orang melayu nak maju kan..hurmm...maka, terkeluarlah perkataan-perkataan yang tak sepatutnya. Orang itu kata orang ini, orang ini kutuk orang itu dan sebaliknya. Bangsa lain pula tepuk tangan melihat orang melayu bertengkar sesama sendiri. Tidak hairan lah jika bangsa melayu tidak maju. Bangunlah wahai bangsaku.. (eh..eh..apa noor merapik ni..maklumlah, bulan kebangsaan..tetiba semangat patriotik lak kan..) Balik ke pada tajuk asal..

Sebenarnya Noor sendiri juga was was mengenai Shaklee ni..adakah benar ia terlibat dengan Israel. Tapi setelah dirujuk dengan barisan Master dan mereka terus rujuk perkara ini kepada CEO Shaklee sendiri iaitu Roger Barnett, dan ini katanya:

Pengakuan Roger Barnett mengenai isu Israel



Mengenai isu Logo yang terdapat dalam sebuah laman sosial iaitu Keneseth Israel Congregation, pihak Shaklee sendiri telah minta mereka menurunkan logo itu agar ia tidak disalahertikan oleh semua pihak. 





Pihak Shaklee juga telah mengeluarkan Statement dalam memberi penjelasan berhubung isu ini:-



Antara penerangan yang dibuat oleh barisan leader:-



Jadi terpulanglah pada anda untuk menentukan sama ada terus mempercayai Shaklee mahupun tidak. Tiada paksaan dalam meyakinkan anda. Semuanya terletak pada diri anda sendiri.


Jika nak boikot, biarlah boikot secara berterusan dan janganlah boikot bermusim ya..

Salam Aidilfitri 2014

Belum terlambat rasanya untuk Noor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua..maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap tutur kata. Sebagai manusia, memang kita tak dapat lari dari membuat kesilapan.

Tahun ni Noor beraya di kampung sendiri iaitu di Taiping. Raya ketiga baru kami balik beraya di kampung mertua iaitu Banting. Anda beraya di mana pula tahun ni, kampung sendiri atau kampung mertua? Yang pasti mesti semua gembira kan..jangan lupa pada saudara kita yang baru kehilangan orang tersayang dalam tragedi MH370 & MH17, tak lupa juga saudara kita di Palestin & Gaza..moga mereka berada di kalangan orang yang beriman..janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka..agar ada sinar harapan untuk mereka di bumi anbiya'.

Apa tema baju raya tahun ni?? Noor pula ada kisah di sebaliknya..heheh..ok lah, plan en.hubby nak tema kaler kuning sebab masih elok lagi baju raya tahun sebelum ni..jadi kami pun mencari baju raya nunnn sampai ke Kajang..jadi dapatlah baju raya warna kuning untuk anak-anak..tapi Noor pula tak dapat warna kuning. Yang jumpa adalah warna biru & Ungu..huhu...sebab Noor berniat nak cari jubah untuk menyusu..ataupun jubah yang fesyen ada butang kat dada agar mudah nak menyusukan ZiyadZafry. Tapi dapat gak jubah cuma berlainan warna saja..

Empat hari sebelum balik kampung, emak ada call Noor tanya pasal saiz baju budak berdua ni..katanya nak jahitkan baju tuk cucunya. Wah..gumbiranya hati sebab mak nak jahitkan baju tuk bebudak ni..sapa tak suka kan..kan...bertambah lagi koleksi baju raya mereka (lupa lak nak tanya kain baju tu warna apa..hurrmmmm). Disebabkan Noor cuma dapat baju yang berlainan warna, jadi tak jadilah en.hubby pakai warna kuning. Beliau pun standby baju warna ungu & biru. Balik je kampung, nengok je baju melayu budak yang dah siap ni...rupa-rupanya warna ungu!! Wah..lagi gumbira sebabnya hampir tak sedondon lah kami untuk raya kali ni..haha..tapi disebabkan mak dah jahitkan baju warna ungu untuk ZarifZaquan & ZiyadZafry, maka raya pertama tema warna kami adalah UNGU..tak ada dalam perancangan..heheh...(mak jahitkan baju warna ungu tuk semua cucunya..2 lelaki 2 perempuan..anak adik).

 Raya pertama di Taiping..


 Raya ketiga..on the way balik Banting

 Raya keempat..nak g beraya di rumah saudara

Raya kelima..beraya di rumah jiran dekat je..heheh..


Eh..eh...mana raya kedua??? lupa la raya kedua pakai baju apa..hurmmm...

##entry ni dah buat lepas raya aritu guna hp tapi ni baru sempat nak publish..ish..ish..tak reti Noor nak publish guna hp..sampai sekarang tak jadi. Last sekali guna gak la komputer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s