Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 17 Julai 2014

Apa itu Fibroid dan Cyst?

Rahim adalah emas bagi wanita. Setiap wanita memerlukannya untuk melahirkan zuriat tanpanya tidak lengkaplah hidup seorang wanita. Fibroid dan Cyst amat sinonim dengan wanita kerana hampir 75% wanita akan mengalaminya. Jika kita tidak mengambil langkah pencegahan dari awal, kemungkinan besar ia akan bertukar menjadi barah mahupun kanser.


Cyst adalah ketumbuhan biasa dan bukannya kanser. Malah, ia kerap dijumpai di dalam uterus. Walaupun ia lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala, namun kita tidak boleh tidak ambil peduli. Boleh jadi ia akan membesar di mana-mana saja kawasan di dalam rahim. Cyst mengandungi cecair, udara, atau bahan separa pepejal manakal fibroid pula terdiri daripada bahan berserat yang menjadikannya tumor. Ia juga turut dikenali sebagai ketumbuhan fibroid, fibrolids, myomas ataupun fibroid. Ia mempunyai pelbagai saiz di antara 0.04 inci (1mm) sehingga 8 inci (20cm) ataupun lebih.

Punca fibroid belum dapat dipastikan lagi tetapi ia mempunyai kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Ia boleh jadi tumbuh dengan lebih cepat semasa mengandung apabila pengeluaran hormon estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim. Namun tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Tumor ini seolah-olah terhasil semasa reproduktif dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ada juga mengatakan yang punca ketumbuhan fibroid dan cyst ini bermula akibat gangguan haid dan senggugut. Senggugut sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah melahirkan.



Tanda-tanda Fibroid dan Cyst dalam rahim yang bermasalah seperti berikut:-


  • Keputihan
  • Kemandulan dikalangan wanita
  • Perut kembang
  • Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • Kerap letih dan lesu
  • Kesejukan pada kaki dan tangan
  • Kerap keguguran
  • Gangguan haid
  • Masalah ketidaksuburan
  • Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
  • Angin yang keluar dari vagina (kentut vagina)
  • Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
  • Sakit lutut dan tumit
  • Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
  • Ketumbuhan fibro dan cyst



Adakah ia boleh dirawat?

Terdapat dua cara untuk menghilangkan fibroid dan cyst iaitu melalui pembedahan ataupun pengambilan supplement. Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau, tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti dedaun dan akar kayu yang mungkin mempunyai kesan, khususnya terhadap rahim yang boleh membantu mengecutkan ketumbuhan pada fibroid.

Banyak pesakit mengambil jalan mudah dengan menjalani proses pembedahan bagi mengatasi masalah ini. Namun, tidak dapat dipastikan bahawa dengan selesainya proses pembedahan selepas berbulan malah bertahun yang fibroid tidak akan tumbuh lagi. Ia bergantung kepada keaktifan fibroid bagi seseorang individu itu sendiri.


Noor syokkan bagi yang mempunyai masalah Fibroid dan Cyst ini agar mengambil set ini.


Ada kajian menyatakan dengan mengambil 1000-2000mg Vitamin C, 150 000 iu beta Carotena, 400 mg Selenium dan 30mg Zink setiap hari akan membantu mengecutkan serta menghilangkan fibroid dan cyst ini.

Nak order, sila wasap/ wechat/ Line Noor ye: 013- 243 4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET FIBROID & CYST <<<

Makanan Yang Boleh atau Tidak untuk Pesakit Cyst


Salam Semua..

Entri kali ini Noor nak share pasal makanan yang boleh aktifkan Cyst. Tentu ramai yang sudah maklum apa itu Cyst kerana setiap orang yang bergelar wanita mempunyai cyst cuma ia bergantung samada cyst itu aktif atau pun tidak, kecil atau besar dan boleh hilang ataupun tidak. Jika cyst itu aktif, ia akan membesar dan pesakit perlu menjalani pembedahan. Ok, entri lain baru Noor cerita pasal cyst ini lagi. Berbalik kita kepada tajuk asal.

Makanan memainkan peranan penting dalam menentukan cyst itu aktif dan membesar atau sebaliknya. Jadi, seseorang pesakit yang mengetahui bahawa ia mempunyai cyst yang aktif perlulah mengurangkan pengambilan makanan seperti di bawah bagi mengawalnya.


  • Ayam
Ini kerana kebanyakkan ayam telah disuntik dengan hormon bagi mempercepatkan kadar pembesarannya. Mereka tidak perlu menunggu untuk suatu tempoh yang lama untuk menjual ayam. Kebiasaannya ayam disuntik dengan hormon estrogen. 

Jika teringin sangat nak makan ayam, cubalah cari ayam kampung ataupun ayam yang kita bela sendiri. Sudah tentu kita tidak menyuntik dengan sebarang hormon.


  • Ikan keli yang dibela
Jika dah nak sangat makan ikan keli, carilah ikan keli di dalam sawah.

Ini Noor kurang pasti sebab apa ikan keli yang dibela tidak boleh dimakan. Nanti Noor dah jumpa maklumat, Noor akan update ok.


  • Kawal Pemakanan
Anda dinasihatkan agar menjaga pemakanan dan kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Ini kerana kolesterol juga merupakan penyebab kepada kenaikan hormon estrogen. Kolesterol adalah precursor kepada kolesterol.


  • Soya & Evening Primrose
Soya dan Evening Primrose mempunyai phyto estrogen di mana ia akan menggalakkan lagi pembesaran cyst. Phyto bermaksud tumbuh manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan-akan estrogen.


Bagi pesakit yang mengalami cyst berulang iaitu telah menjalani pembedahan tetapi masih mempunyai cyst yang aktif, perlulah merujuk kepada apa yang boleh di makan dan apa yang tidak boleh dimakan.

Makanan yang digalakkan ambil oleh pesakit.
  1. Teh hijau
  2. Buah-buahan seperti nanas dan betik
  3. Ubi kayu
  4. Sayuran seperti brokoli, bayam, kobis dan ulan-ulaman iaitu pucuk ubi, pegaga dan lain-lain.
  5. Sayuran jenis kekacang seperti sweet pea, kacang panjang, kacang buncis dan lain-lain.
  6. Kekacang seperti badam, black bean, kacang merah, kacang tanah dan lain-lain.
  7. Ikan laut seperti kembong, selar dan bawal emas.
  8. Sup miso iaitu sejenis pes yang dibuat dari kacang soya yang diperam dan dicampur ke dalam sup untuk dijadikan sup miso.

Makanan yang harus dielakkan oleh pesakit.

  1. Makanan berlemak/ berminyak
  2. Makanan ringan seperti jajan, kentang goreng dan sebagainya.
  3. Makanan segera seperti sosej, burger, naget, mee segera dan sebagainya.
  4. Minuman berkarbonat kerana mengandungi gula yang tinggi
  5. Makanan manis seperti kuih manis dan pencuci mulut.
  6. Bahan berperisa seperti pes segera dan kiub perasa.
  7. Ikan haruan
  8. Gamat
  9. Produk tenusu seperti keju
  10. Daging merah iaitu kambing dan lembu
  11. Ayam tapi bleh diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, cubalah produk Shaklee.

Membantu mengecutkan cyst & fibroid anda.


Nak order, mai PM Noor ye.

Wasap/ wechat/ Line pun boleh.

013-243 4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET FIBROID & CYST <<<


Jumaat, 11 Julai 2014

Pray 4 Palestin

Ya Allah..selamatkanlah umat Islam di sana. Lindungilah mereka dari terus dizalimi..
Sebak rasanya bila tengok anak kecil yang turut sama terkorban. Sedangkan mereka baru sahaja nak melihat dunia.
Cukup terkesan dihati ini apabila terlihat seorang bayi comel sedang dikeliling oleh puak Israel dengan diacukan senapang pada mukanya. Sedangkan anak kecil itu belum mengerti. Ya Allah..tak dapat gambarkan jika anakku juga berada dalam situasi itu.
Terlalu ramai yang menjadi mangsa..
Terlalu ramai yang kehilangan anggota badan..
Terlalu ramai yang kehilangan orang tersayang..
Terlalu ramai yang sudah kehilangan tempat tinggal..
Sampai bilakah semua ini akan berlangsung..
Marilah kita bersama-sama berdoa agar saudara Islam kita di sana dilindungiNya dan diberi kekuatan untuk terus menjalani kehidupan disana.

Resepi Mealshakes

Dalam entri kali ini, Noor nak share resepi Mealshakes.

Mungkin ada yang jemu bila minum Mealshakes begitu saja kan.

Jom..jom tengok apa resepinya..boleh gak try kan.



  1. Mealshakes + Air Suam/ Air Sejuk
  2. Mealshakes + ESP
  3. Mealshakes + Performance Drink (PD)
  4. Mealshakes + ESP + PD
  5. Mealshakes + Jus Buah (Oren/ Mangga/  Tembikai)
  6. Mealshkaes + Milo
  7. Mealshkaes + Susu (Segar/ Formula)
  8. Mealshakes + Horlicks
  9. Mealshakes + Chocolate Drink (Suam/ Sejuk)
  10. Mealshakes + Susu + Oat + Madu
  11. Mealshakes + Yogurt
  12. Mealshakes + Sirap Bandung
  13. Mealshakes + Ribena
  14. Ais krim Mealshakes + Buah-buahan (pisang dsb)
  15. Agar-agar Mealshakes


Sapa nak order, mai pm Noor ye..




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<

Tingkatkan Selera Makan Anak Dengan Mealshake

Salam Ramadan ke 12 Semua..

Cepatnya masa berlalu..sudah hampir 2 minggu kita berpuasa kan..

Macam mana puasa semua..masih ok? Dah ada tinggal puasa?

Nanti jangan lupa ganti puasa balik ye bagi siapa yang cuti tu..

Dalam entri ni Noor nak cerita tentang Mealshake..

Sebenarnya Mealshake ni boleh diambil oleh sesiapa sahaja seawal usia satu tahun.



Tapi, Noor nak bercerita pasal anak yang tidak mahu makan. Mesti ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini kan. Anak asyik nak main saja, kalau makan pun memilih apa yang dia suka. Yang tidak suka ditolaknya ke tepi. Kita pula yang risaukan sebab takut badannya tidak mendapat nutrisi yang seimbang untuk tumbesaran.

Ada juga anak yang tidak mahu makan sebab tak da kawan nak makan sama. Biasalah kan, budak-budak memang suka tengok apa yang orang lain buat..baru dia akan ikut. Bila tengok kawan makan, barulah dia pun nak makan. Masa gigi nak tumbuh pun boleh jadi anak tidak lalu nak makan. Dia tengahskait gusi..hehe..tak mood orang kata.

Alahh..anak Noor pun sama juga. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya hati bila tengok anak tak mau makan. Tunjuklah apa jenis makanan pun..semuanya dia tolak.Sampai dah kering idea nak masak tuk bagi dia makan. Kalau jamah pun..ada la satu dua sudu..pastu dah.. Masa tu umur setahun lebih..anak bujang yang sulong. Susu pun boleh kira berapa kali je dia minum. Mungkin baru dapat kaki, sebab tu dah tak peduli nak makan ke apa kan..yang dia tau asyik main je..kita la risau sebab dia lapar..

Sebenarnya bahaya kalau anak tidak cukup zat dalam badan. Ia akan membantutkan pertumbuhan disebabkan kekurangan protein. Protein amat penting untuk membina otot, kalsium pula untuk tulang dan gigi. Bila badan tak cukup zat, anak akan mudah terkena jangkitan seperti selsema, batuk dan demam. 

Yela, bila tak cukup zat, imunisasi badan juga lemah. Selain itu, kecerdasan otak anak juga akan terganggu. Perkembangan pembelajarannya akan menjadi lambat. 

Untuk atasi masalah anak yang tidak mahu makan ini, Noor syorkan agar diberikan Mealshake dari Shaklee. KENAPA? Mesti ibu bapa nak tahu sebab apa Noor syorkan ini. 

Sebab dalam Mealshake ini sudah mempunyai pelbagai nutrisi yang seimbang yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi 19 jenis vitamin juga mineral bagi keperluan anak-anak dan melengkapkan tumbesaran yang normal. Ia juga berfungsi sebagai penggalak selera makan anak. Menguatkan sistem imun anak supaya tidak mudah jatuh sakit. Menolong mengatasi masalah sembelit. Persediaan bagi anak yang mahu belajar untk berpuasa dengan zat yang mencukupi. Sebagai alternatif untuk menambah berat badan.

(hisshh..baru sempat nak update blog..dok settlekan order..maklumlah,,nak raya ni, lori pun nak cut off dah.)


Sebarang pertanyaan, boleh SMS/ Wasap/ Wechat
Noor
013.243.4729


psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER MEALSHAKES <<<


Rabu, 9 Julai 2014

Atasi Masalah Gastrik Dengan Shaklee

Salam semua..

Di sini Noor nak kongsi sikit tentang Set Gastrik dari Shaklee.

Tentu ramai yang pernah mengalami gastrik kan..Noor pun tak terlepas dari gastrik ni sebenarnya. Jadi Noor tahu camna rasanya dan sakitnya bila gastrik.menyerang..sampai mengerekot badan jadinya sebab nak tahan sakit..nak berjalan pun tak sanggupkan.


Anda tahu apakah punca yang menyebabkan berlakunya gastrik?

Seperti yang diketahui umum, gastrik serang bila individu itu lambat makan. Bila perut kosong, asid Hidroklorik yang dikeluarkan oleh perut akan menjadi lebih tinggi dan menyebabkan lapisan perut menjadi lemah. Ini membolehlan asid hidroklorik sampai ke bahagian sel dan menyebabkan kesakitan yang melampau pada bahagian perut.


Ada 2 jenis gastrik iaitu Gastritis. Di mana berlaku radang pada lapisan mukosa pada pelapik dinding perut. Satu lagi ialah Ulser Perut yang berlaku pada lapisan lebih dalam dan akan menjadi lebih kronik berbanding Gastritis.

Bila seseorang diserang gastrik, mereka tiada selera makan; rasa pedih pada bahagian perut; muntah dan loya; pert kembung dan terasa berangin dan juga diarrhea melebihi 3 hari.

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gastril ialah makanan bercili; makanan masam; kopi; makanan berangin; minuman bergas dan merokok.

Jom kita atasi masalah gastrik dengan Set Gastrik Shaklee

Set ini terdiri daripada ESP + Peppermint Ginger Plus + Ostematrik.

1: ESP - Energizing Soy Protein
Esp bertindak membantu memperbaiki sel yang rosak akibat terhakis oleh asid hidroklorik dengan menggantikan dengan sel baru.

2: Peppermint Ginger Plus
PGP bertindak untuk membuang angin dari badan dan membantu melegakan perut.

3: Ostematrik
Ostematrik ini mempunyai kalsium dan juga magnesium yang bersifat alkali dimana ia akan meneutralkan kandungan asid dalam perut.



Meh dapatkan Set Gastrik untuk atasi masalah gastrik anda.




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET GASTRIK <<<


Ziyad Zafry sudah 10 bulan

Alhamdulillah..minggu lepas genap la sudah Muhammad Ziyad Zafry berumur 10 bulan.

Rasa macam baru je lahirkan dia..rindu rasanya saat-saat bersalin dan berpantang dengan Ziyad. Sekarang dah 10 bulan..dah semakin banyak akal dah. Alhamdulillah..perkembangan Ziyad adalah normal seperti rakan-rakan seusianya. Sekarang dah pandai mengamuk bila lambat susukan dia..ish..ish..cukup la dik abang zarif sorang yang kuat mengamuk ye..adik jadi orang yang cool tau.

Mummy Daddy sayang Zarif Zaquan dan Ziyad Zafry.

Jumaat, 4 Julai 2014

Performance Drink untuk Siapa?

Performance ni untuk siapa sebenarnya?
Tak semestinya untuk orang yang aktif bersukan saja..tapi siapa lagi? 
Boleh ke kanak-kanak pun minum?
Boleh ke ibu yang menyusukan anak minum?
Pesakit gout pula bagaimana?

Jawapan untuk semua persoalan di atas adalah YA!!

Performance Drink ini diperlukan oleh semua ahli keluarga anda seperti suami, isteri dan anak anda.

Termasuklah:-

  • Anak-anak yang deman
  • Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain
  • Individu yang menghidap gout
  • Individu yang kurang minum air dan mengalami dehidrasi
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Individu yang berpuasa
  • Individu yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif dalam bersukan
  • Individu yang terasa seperti nak diserang demam ataupun sedang demam

MENGAPA anda perlukan Performance Drink?

  • Kandungan gula yang kurang
  • Tidak berkarbonat ataupun tidak bergas
  • Bersifat isotonik iaitu mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Jadi, ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya>> tubuh anda LEBIH CERGAS dan kurang penat.
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elekrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan dapat menghilangkan masalah dahaga atau kurang haus.





Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.




Performance Drink Minuman Hidrasi

Anda mesti tahu minuman isotonik yang berada dipasaran seperti 100++ dan seumpamanya. Tapi anda tahu tak bahawa minuman seperti itu berkarbonat atau bergas dan mengandungi gula yang berlebihan? Anda gemar minumnya untuk mengembalikan tenaga? 

Kenapa anda tidak cuba dengan Performance Drink Shaklee ini. Ia adalah satu-satunya minuman isotonik yang BEBAS karbonat dan KURANG gula.


Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan bagi seseorang individu.
Performance Drink Shaklee ini terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik carbohidrat dapat memberikan tenaga dengan segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Kebaikan Performance Drink ini ialah mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium, serta memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Performance Drink ini didatangkan dengan perisa oren dan memang sedap di minum sejuk di waktu tengahari.






Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.



Khamis, 3 Julai 2014

Rahsia di Sebalik Tarikh Lahir Anda

Jika anda dilahirkan pada:-

  • 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 1
  • 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 2
  • 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 3
  • 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 4
  • 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 5
  • 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 6
  • 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 7
  • 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 8
  • 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no>> 9

Maksud di sebalik nombor anda:

Nombor 1

-Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu, baik hati, peramah dan autoriti.
-Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan.
-Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain.
-Anda akan bercinta dalam usia muda tetapi akan berkahwin pada usia yang matang.
-Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda akan menyimpan dendam dengan orang yang membuat salah dengan anda.
-Anda seorang yang kuat berbelanja.
-Pada masa hadapan, anda adalah profesional dalam kerjaya yang diceburi. Namun, ada juga ornag yang kecil hati dengan pencapaian anda.
-Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
-Pasangan yang ideal adalah nombor 4, 6, 8.


Nombor 2

-Anda disukai oelh semua orang tak kira apa pun kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan.
-Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi, anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda.
-Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan.
-Anda juga mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.
-Sikap anda yang seperti bulan datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
-Anda boleh menjadi seperti Mahatma Gandhi kerana cintakan keamanan.
-Anda juga seorang yang bertanggungjawad dalam keluarga.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 2, 5, 9.


Nombor 3

-Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka mempertingkatkan kehidupan sendiri.
-Anda mempunyai masalah keluarga dan dapat mengharunginya dengan penuh kesabaran.
-Anda sangat pandai bercakap, berwajah cantik. Jadi ke mana saja anda pergi akan dapat apa yang diinginkan.
-Daripada hari lahir anda, anda perlu bekerja keras untuk memperoleh kejayaan.
-Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.
-Bukannya senang nak menjalinkan hubungan samada percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. Jika anda suka orang itu, maka hubungan hubungan itu akan berpanjangan.
-Anda juga sukakan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan di dunia ini.
-Pasangan ideal adalah nombor 6, 9.


Nombor 4



-Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda.
-Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain.
-Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
-Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. 
-Anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling kerana mereka mungkin hanya mempergunakan anda. kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda, kemudian mereka akan menjauhi anda apabila anda sudah tidak bernilai lagi.
-Anda seorang yang sabar dan tegas.
-Pasangan ideal adalah nomobor 1, 8


Nombor 5


-Anda sangat popular dalam komuniti.
-Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan.
-Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun adan terlalu terburu-buru.
-Anda adalah seorang yang humor dikalangan kawan-kawan dan ahli keluarga.
-Kawan-kawan dan ahli keluarga akan monta bantuan dengan anda apabila mereka memerlukan bantuan.
-Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan.
-Anda suka perubahan dan kebebasan.
-Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembaran dan ahli silap mata.
-Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 1, 2, 9.


Nombor 6

-Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan perkara yang berlaku disekeliling dan hanya ingin berseronok sahaja dalam hidup.
-Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan.
-Anda seorang yang genius, baik hati (bagi orang yang beranggapan anda baik), mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak.
-Semua benda baik akan datang kepada anda.
-Anda mengambil berat keatas ahli keluarga serta kawan.
-Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 1, 3, 9


Nombor 7


-Anda mempunyai daya tarikan.
-Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidan gpendidikan, muzik, seni dan nyanyian.
-Anda mempunyai sikap panas baran.
-Anda banyak melakukan pengorbanan kepada keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat paling tinggi sekali sehingga anda mengabaikan kebahagiaan diri sendiri.
-Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
-Pasangan ideal anda adalah no 2.


Nombor 8


-Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat sehingga tiada orang yang dapat memahami anda.
-Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.
-Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini akan menjadikan anda lebih kuat dan tabah.
-Anda memperjuangkan keadilan.
-Kebanyakkan masa anda dihabiskan bersama kawan-kawan.
-Anda seorang yang berdisiplin, tidak putus ada dan berani.
-Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan.
-Anda juga seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
-Pasangan iseal adalah nombor 4.


Nombor 9

-Anda adalah seorang ayng sangatn tabah dari segi fizikan dan juga mental.
-Mempunyai penilaian yang sangat tajam.
-Anda adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti.
-Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
-Pada usia muda, anda selalu bertentangan pendapat dengan kedua ibu bapa anda. Tapi menjadi seorang anak yang taat dan hormati mereka apabila usia semakin meningkat.
-Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan dan perbankan kerana orang lain percaya dan yakin dengan anda.
-Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
-Pasangan ideal anda adalah nombor 3, 5, 6.























Selasa, 1 Julai 2014

Ramadhan 2014

Salam semua..

Rasanya masih belum terlambatkan untuk Noor mengucapkan 
Selamat Menyambut Ramadhan 
dan 
Selamat Berpuasa.

Moga kehadiran Ramadhan kali ini memberi 1001 makna dalam hidup 
serta 
memberikan kita peluang untuk lebih beribadah kepadanya. 

Setahun sekali saja kita nak bertemu Ramadhan. 
Entah kan ini Ramadhan terakhir buat kita ataupun tidak..wallahualam..
hanya 
Dia Yang Maha Mengetahui.


Marilah kita sama-sama 
perbanyakkan ibadah 
dengan 
membaca Al-Quran,
 bertarawih 
serta melakukan solat sunat.

 Moga segala yang kita lakukan diredhaiNya.



AMIN...AMIN..YA RABBAL ALAMIN..


*tahun ni Noor berpuasa berempat dah..tahun depan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s