Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 29 Mei 2014

GlobAllShare Pengganti Facebook??

Anda tahu apakah GlobAllShare??


Noor pun baru je menggodek-godek pasal GlobAllShare ni..mungkin Noor je kot yang baru jumpa. Kalau ada sesiapa yang dah jumpa dan dah daftar, meh share sikit berkongsi maklumat.

Ok lah, apa yang Noor faham berkaitan GlobAllShare ni adalah satu sistem rangkaian internet yang masih belum dilancarkan lagi..(semasa entri ini diterbitkan laa..) jadi sekarang masih dalam tempoh percubaan dan dalam proses untuk menarik lebih ramai pengguna.

Jadi, dalam tempoh untuk menarik lebih ramai pengguna, GlobAllShare telah menawarkan saham secara PERCUMA kepada sesiapa yang telah berjaya mempelawa rakan, dan sahabat handai untuk menyertai komuniti ini. Lagi sekali dimaklumkan bahawa pendaftaran secara PERCUMA dan saham juga diberikan secara PERCUMA. Untuk memiliki saham ini secara percuma, anda perlulah memperolehi 5 orang rakan yang berdaftar dibawah nama anda. Dengan itu, anda layak untuk menerima 1 unit saham. Dan kiranya rakan anda juga berjaya mendaftarkan rakan mereka, anda juga layak lagi menerima saham. (cuma Noor kurang pasti kiraannya macam mana selepas rakan kepada rakan mendaftar).


Selain itu, setiap hari juga bila anda log masuk, anda juga layak untuk menerima saham tambahan dari  GlobAllShare lagi. Jadi, setiap hari silalah daftar masuk ye..(Noor tak pasti lagi sebab baru daftar hari ini). Jadi jomlah kita try ye..



Apa boleh buat dengan saham ni??

Anda boleh menjual saham yang diperoleh setelah GlobAllShare melancarkan jaringan mereka dengan harga semasa. Jumlah saham yang ingin dijual adalah bergantung kepada anda sendiri samada mahumenjual kesemua saham ataupun hanya sebahagian sahaja.

Selain itu, anda juga boleh membeli lebih banyak saham daripada pengguna lain.


Setakat ini sajalah Noor nak share dengan anda berkaitan GlobAllShare ini.


Jom lah sertai komuniti ini secara percuma.

Silahlah klik link dibawah ye untuk mendaftar.

https://www.globallshare.com/ms/2350297.html



Rabu, 28 Mei 2014

Vivix Anti-Penuaan

Tahukah anda bahawa Shaklee telah memperkenalkan produk suplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan untuk melawan penuaan pada tahap selular. Produk ini dinamakan VIVIK.

Ia merupakan supplemen anti-penuaan yang terbaik didunia yang telah dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun lamanya oleh Shaklee..yang mana ia merupakan sebuah syarikat supplemen no 1 di Amerika.


4 Mekanisme Penuaan Pada Tahap Selular

1. Kerosakan DNA

Setiap hari, sel tubuh dalam badan kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Serangan ini akan merosakkan pengkalan data genetik dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan menganggu fungsi sel dan jangkat hayat umur. Dalam ramuan Vivix ini terdapatnya bahan yang dapat melindungi serta memperbaiki sel DNA.


2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap sellular. Di dalam ujian klinikal Shaklee telah menunjukkan bahawa terdapatnya ramuan yang dapat mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan proses penuaan tahap selular.


3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh sel-sel

Mitochondria iaitu penjana tenaga yang berada dalam sel akan menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh manusia. Apabila kecekapan mitochondia menurun fungsi sel juga akan menurun.

Dalam ramuan Vivix terdapatnya bahan penggalak untuk menggalakkan biogenesis iaitu menghasilkan pembentukkan baru mitochondria untuk membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


4. Penimbunan Protin AGE

Penimbunan berlebihan protin AGE iaitu Advanced Glycation End Products boleh menyebabkan kerosakkan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan jangka hayat umur kita.

Ramuan dalam Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine' untuk melambatkan proses pembentukkan protin AGE.




Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh SMS/ Wasap/ Wechat saya. Saya sedia membantu.


ALFATIHAH

#28 May 2014

Alfatihah kepada Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di atas kemangkatan baginda pada tengahari tadi bertempat di Institut Jantung Negara.

Pergi sudah Sultan yang berjiwa rakyat menghadap Maha Pencipta.

Moga baginda ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


Diriku turut terasa kehilangan atas kemangkatannya..

Khamis, 22 Mei 2014

Ziyad Follow Up

Sebenarnya Ziyad kena follow up pada 15 May 2014 pada jam 3 petang bertempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tapi kami pergi pukul 2 petang. Masa tu pun dah ramai orang. Ini follow up untuk kes yang Ziyad kena tahan wad tempohari.

Jumpa pun doktor yang dari wad 8PB juga. Doktor cuma nak tahu perkembangannya saja semasa dirumah. Mummy cuma inform yang badan Ziyad naik ruam / eczema je..hilang pastu naik balik..kat kemaluan pun ada la sikit bijik merah..bila doktor tengok katanya macam kulat. Jadi, doktor ada la bagi ubat sapu. Alhamdulillah, sekarnag dah baik. Badan pun tak de lagi merah. Mungkin sebab imun Ziyad baru nak ok kan..  

Ook, berbalik kepada follow up doktor, masa dalam wad, ada la diorang ambil sampel darah untuk periksa..dan memang ada virus dalam darah. Masa tu, darah merah ziyad kurang dan darah putih pula tinggi. Darahnya tak stabil la bagi budak yang seusianya. Jadi, doktor sarankan Ziyad kena banyakkan pengambilan protein. Ini bagi membantu membawa oksigen yang banyak ke otak. Untuk membuatkan anak cerdik pandai kena pastikan yang otak menerima oksigen yang mencukupi serta menerima protein yang banyak. Ziyad kena makan ayam, sayuran hijau, ikan dan paling bagus makanan orang miskin iaitu ikan bilis.

Selain itu, ibu juga digalakkan mengambil vitamin D dan Zinc untuk membantu anak disebabkan anak masih menyusu badan. Wahh...mummy cuma ambil vitamin D saja!! Ini tidak cukup sebab keperluan ibu akan dikongsi bersama anak.

Jadi, doktor bagi tempoh 5 bulan lagi..next follow up pada bulan 10. Time tu baru ambil darah Ziyad untuk tengok keadaannya macam mana.



Oleh itu, mungkin disebabkan saranan doktor untuk mummy mengambil vitamin...mummy pun join la Shaklee..dulu Mummy memang nak join tapi disebabkan rasa macam tak perlu, so tak payah lah. Lagipun mummy tak makan vitamin pun tak apa..makan je sayur & ayam!! Hah..amik ko!! Banyak mana nak ambil, mana cukup kalau setakat telan sayur dan ayam masa tengahari je..ish..ish...

Demi kesihatan mummy serta ziyad, mummy pun makan juga Shaklee..

Sambil makan, sambil share, sambil jual..

Laaaiii...laaaiii...sapa nak vitamin mai wasap mummy ye..

Nak beli murah, meh join..sure harga lebih murah!!

Ziyad Beriadah

#17 May 2014

Aktiviti ni minggu lepas tapi baru sekarang Mummy sempat nak upload..maklumlah..busy sikit sejak menjak jadi Superduper Woman ni..hehhe..

Masih dalam penyesuaian untuk membuat jadual bagi melancarkan semua kerja..moga diri ini dapat melakukannya.

Semalam, masa buat kerja..Mummy dah target nak siapkannya pada pukul 5.30 petang..jadi dengan sedaya upaya, akhirnya..alhamdulillah, Mummy berjaya juga. So moral of the story, bila kita buat sesuatu mesti kita ada target dan mesti ada keyakinan yang kita boleh menyelesaikannya.

Eh, melalut sikit mummy ni..hihih...sambil buat ntry ni sambil dok fikir nak makan apa jap lagi..ish..ish...

Silalah ye melihat foto anak teruna haluih ni..yang kini dah 8 1/2 bulan..sekarang dah ada 2 batang gigi. Merangkak pula ikut suka dia la..rasa nak buat dia buat tapi banyak kepada tak mau..heheh... Ziyad lebih suka dok menyandarkan badannya kat mummy...lagi sekali kat mummy okehhh..kat daddy katanya tak syok..huhu...sabar je la anak. Kalo dok kat daddy pun, mata tak lepaslah buah hatinya ni (mummy la tu..kui..kui..) Sekarang pun dah pandai dok berdiri kat tepi sofa & tepi kabinet tv..TAPI...tak berani nak duduk balik..hahah...Ziyad..Ziyad...pastu mulalah meraung minta tolong sebab nak turun/ duduk.

Alhamdulillah, perkembangannya seperti anak-anak lain..walaupun masa kecil kena jaundis yang tinggi,..risau juga mummy sebab takut perkembangannya lambat. 

Mainlah jongkang jongket dengan daddy..
Abang Zarif tak dok lagi...kat kampung..

Posing sat kat sini..penat dah jalan..

Mana Mummy ni...

Ziyad tak tau main la ni...

Boleh ke naik kot sini daddy???

Mummy..nak susu!!!

Okeylah..okeylah....mummy baru nak snap picture kamu..tapi dah penat ye..
Jom lah kita balik...masuk kereta, Ziyad dapat je bekalan terus mata pun pejam..wah...menikmati sungguh!! Terus lena..mummy daddy lak pergi la pekena teh tarik kat mamak sebelum balik rumah.

Selasa, 20 Mei 2014

Kedai Online

Hai..

Sebelum ni, Mummy ada inform yang mummy ada buka kedai online kan..kan..tak ingat dah ntry mana tapi ni baru sempat nak bercerita..

Minat nak buka tu memang dah ada lama..cuma sebelum ni tak tertunai dek kesibukan nak final study..dengan membawa perut lagi..dengan kerja lagi..mana mampu nak buat semua..tak masuk lagi dok mengulit Zarif kan..heheh..so Alhamdulillah, kini tertunai sudah nak buka kedai secara online.

Nak tau kedai apa?? kedai barangan bayi..terdapat pelbagai barangan keperluan bayi, ibu, kanak-kanak, alat permaianan, barangan am, alat berpantang dan sebagainya.

Anda boleh cari dalam facebook Zafran Baby Shoppe .Masih dalam pembikinan untuk website ataupun blog..tengah dok surver market dulu..tapi kedai dah berjalan. Jadi, silalah menjenguk ke laman page saya ye..


Zarif Di Kampung

Selamat Petang..

Hari ini terasa rindu pula pada si abang ni..Muhammad Zarif Zaquan..

Sekarang Zarif dan 2 tahun 6 bulan rupanya..

Cepatkan masa berjalan..rasa macam baru je bersalinkannya..

Ni gambar ehsan dari brother-in-law..dia whatsapp kan pada kami..

Tunggu ye..minggu depan Mummy, Daddy dan adik Ziyad balik kampung ye..





Mesti ada yang tertanya..kenapa Zarif ada dikampung..kan sebelum ni Ziyad kena tahan wad, so Zarif terpaksa la hantar balik kampung dulu. Lepas itu, bila nak ambil dah Daddy pula ada sekolah ganti..((ceewahh..mesti ingat mummy dan daddy saja nak ngelat kan..tak nak ambil zarif) bukan macam tu pun. Bagilah chance Zarif kawan dengan nenek kat kampung dulu..kawan dengan sepupunya..sebab lepas ni tak tahu pula bila lagi nak balik kampung lama macam tu..kan..kan..

Hari-hari Mummy Daddy Rindukan Kamu.. 

Jumaat, 16 Mei 2014

ZIYAD MASUK WAD -Part II

#21 April 2014

Hari Isnin..sepatutnya mummy dah start kerja tapi oleh sebab nak Ziyad betul-betul sihat dan sistum ketajan badan stabil (cheewah..) mummy pun ambil lagi cuti. Alhamdulillah keadaan Ziyad dah macam biasa..dah kembali aktif cuma mummy still tak boleh jauh lagi dari dia. Nak lari ke toilet pun curi-curi..hehe...


#22 April 2014

Mummy dah start kerja..Ziyad pun mummy dah hantar ke Pusat Jagaan semula. Pagi hantar macam biasa..ok je..bila petang time ambil ziyad dah terasa macam panas sikit badannya. Tapi tak teringat nak tanya taska dia ada demam ke tak hari itu. Lagi pun tengok ziyad masih aktif..so ok la. Cuma malam ada la mummy bagi dia makan ubat demam..


#23 April 2014 & 24 April 2014

Demam Ziyad masih ada..suhu antara 37.3-37.9'c..bila bagi makan ubat demam maka lurang or kebah sikit panasnya..pastu naik balik panasnya. Mummy still lap lapkan badan Ziyad selalu supaya panasnya tak terlampau tinggi..


#25 April 2014

Bila dah masuk hari keempat masih belum baik..apa lagi mummy cabut awal la dari ofis..ambil ziyad dari taska terus singgah sekolah daddy..nawa ziyad jumpa doktor
 Yela..kang ada sakit lain lak kan sebab demam tak mau kebah. Nasib naik la Zarif masih ada kat banting lagi. Baru plan nak g ambil dia lepas habis kerja petang ni. Nampaknya tak jadi lagi laaaa...sabar ye Zarif, adik tak sihat.



Kali ini Ziyad kena ambil darah. Sebelum ambil darah kena la timbang berat dulu..kali ni berat ziyad dah turun jadi 3.7kg dari minggu lepas. 

Masa ambil darah hanya Allah je yang tau. Yela..mulanya cucuk jarum kat tangan kiri..tak dapat. Tepuk tepuk lagi tangan dok cari urat tak dapat lagi. Sampaikan dekat 5 6 orang 
 Doktor mai datang tolong carikan urat. Pastu cucuk lagi sebelah tangan..jolok samapi dalam konon nak bagi kena urat. Tapi masih tak dapat. Yang Ziyad dok meraung sakit ni jangan kata la. Kita kena cucuk pun rasa sakit inikan pulak budak kecil kan..hampir hampir menitis gak air mata mummy ni tapi dok tahan. Akhirnya seorang doktor suggest cucuk kat kaki. Masing-masing punya la dok belek nak bagi jumpa urat..bila jumpa baru cucuk tapi darah lak malu-malu nak keluar. Kena la doktor urut sikit picit sikit bagi membantu mempercepatkan darah keluar. Bila dah keluar barulah semua orang lega..

Dah settle ambil darah baru jumpa doktor. Cerita la pulak kat doktor dari A-Z kisah ziyad..lepas tu kami kena tunggu untuk tahu keputusan ujian darah.

Lepas lunch, mummy daddy pun pergi jumpa semula dengan doktor. Sedikit risau bila doktor maklumkan yang sel darah putih ziyad tidak normal. Sepatutnya 10 saja bagi budak seusianya. Masa dalam wad tempohari jadi 17 tapi sekarang naik lagi jadi 21. Itu maknanya dalam darah ada virus. Ya Allah...kami menerima ujianMu dengan redha. Doktor  minta Ziyad dilakukan x-ray bagi mengetahui keadaan peparunya adakah semakin pulih atau sebaliknya.

Untuk x-ray kali ni..mummy lak yang temankan ziyad. Tapi sebelum tu kena pastikan ibu yang menemani anak dibilik x-ray tidak mengandung ataupun disyaki mengandung disenabkan kesan radioaktifnya. Bila selesai x-ray, mummy daddy dan ziyad pergi bertemu semula doktor untuk mengetahui keputusannya. Alhamdulillah, mummy rasa sedikit lega sebab keadaan peparu ziyad bertambah baik walaupun masih ada keputihan lagi. Masih dalam proses penyembuhan.

Disebabkan keadaan darah yang tak baik, maka doktor suggest kami berjumpa terus pakarpediatrik untuk tindakan yang selanjutnya. Lagi sekali, mummy daddy kena cerita dari A-Z kepada doktor pediatrik. Melihatkan perkembangan Ziyad yang normal dan berat badan pun bagus, jadi doktor kata tiada apa yang merisaukan. Mungkin ada virus sedikit yang masuk semasa berada di wad. Tapi kali ini pun lena admit lagi untuk mengikuti perkembamgannya.

Mummy dan Daddy pun setuju sebab lebih baik berada dibawah pemantauan mereka terus. Jika ada perkara yang tidak diingini..maka tindakan cepat akan diambil berbanding berada dirumah.

Maka check in lah lagi mummy dan ziyad di wad 8PB..dapat juga katil 15. Wah..nombor bertuah agaknya..hehe..Masuk sini jumpa lagi doktor farah yakni doktor yang merekod kesihatan dan perkembangam ziyad semasa berada di wad.

Kali ini betul-betul mummy dan ziyad berehat di hotel *****..sebab tiada doktor dan nurse selalu mai tengok. Sebabnya ziyad hanya dimasukkan air saja melalui kaki. Tak perlu makan ubat. Sampel air kencing juga dah ambil sebab doktor takut kencing kotor yang menyebabkan ada virus lagi.


#26 April 2014

Alhamdulillah..air kencing pun tiada masalah. So tak perlu risau sangat sebab ziyad pun dah mula minum susu macam selalu. Jadi air yang dimasukkan pun dah boleh buka. Jadi semang la sikit ziyad nak gerak..tak de wayar nak ganggu..hehehe...

 #27April 2014

Hari ni dah boleh discharge wad. Keadaan ziyad dah ok..dah aktif. Cuma merah pula kat badannya..mungkin demam nak campak kotttt....sebab tu ada virus...kan..kan..wallahualam..nak menyedapkan hati je. Sebab mulanya naik merah kat perut. Tapi time tu dah tak ada demam..kemudian naik kat muka pulak...Cuma doktor takde cakap apa..akan hilang sendiri. Doktor bagi ubat sapu Calamain Lotion.


Itulah gaya budak nak balik rumah. Dah tak sabar dia. Doktor buat surat untuk mummy cuti seminggu sebab nak jaga ziyad...mummy suka sangat sebab cuti lama...heheh...daddy memang dah jeles..

Announce: I'm Shaklee Independent Distributor

Bismillahhirrahmannirrahim..


Dihari jumaat yang penuh barakah ini..



Mummy ingin mengumumkan bahawasanya sekarang Mummy adalah Pengedar Bebas Sah Shaklee. ID No 11145147.



Jika ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang pelbagai produk serta untuk memperolehi harga yang menarik, jangan segan silu untuk sms/ wechat/ whatsapp ke 013-243 4729.

Penghantaran produk secara COD pun boleh bagi kawasan Puchong, Bandar Kinrara, Seri Kembangan dan Puncak Jalil.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s