Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 11 Mac 2014

Mummy dapat Sijil

Alhamdulillah, Mummy dapat sijil..

Sijil apa yee??

Mummy dah habis study kan..

Sijil tuk breastfeeding laaa....

Mummy berjaya menyusukan Ziyad Zafry secara eksklusif sehingga berumur 6 bulan..

Stok dalam freezer..guna plastik eskrem je..

Taaddaaa...bam bam kan dia..kan..kan..

Doakan Mummy berjaya nyusukan Ziyad sehingga 2 tahun..Insyaallah..

*sedih sebab dulu Mummy tak pandai mungkin & kekurangan susu tuk menyusukan Zarif Zaquan..dia sempat 2 bulan je..huhu...maafkan Mummy, sayang..

Abah Datang KL

#4 March 2014
Abah ada datang KL seorang diri..
Sebab perlu hadir kursus untuk pencen..maklumlah, abah dah nak pencen bulan 8 ni..
Kursus dijalankan di Arkib Negara tapi menginap di Grand Pacific..
Abah datang naik bas je..sebabnya mak ngan Amirul tak datang disebabkan kena sekolah..hahha..mak nak datang tapi kang menangis tak berlagu lak adik bongsuku itu..huhu..so, abah pun mai la petang hari tu..tiket kul 6.30 petang camtu lah..
Ingat malam tu nak jemput abah kat Pudu, tapi encik suami dah penat..lagipun hari dah lewat..so terpaksa la Mummy postpone niat nak bawa anak-anak jumpa tok wan..Mummy pun excited sebenarnya..heheh..

#5 March 2014
Plan lepas kerja nak g Grand Pacific jumpa abah tersayang..semangat la dok pujuk memujuk encik hubby tapi tak jalan gak..huhu...lastly dia kata, esok kita hantar abah balik..oooo...YES!!!YES!! memang happy sangat..keh..keh..keh..

#6 March 2014
Kebetulan Mummy & Daddy ambil cuti hari ni sebab ada appointment Ziyad dengan Paed..dah settle jumpa Paed & ENT (next entry mummy cerita sebab musabab Ziyad kena jumpa ENT)..call abah, sebabnya abah nak ke KWSP yang terletak berhadapan PPUM saja, so kami pun tunggu je la kat PJ..Tak perlu lah nak ke Arkid Negara, tapi lain pula alkisahnya...
Kereta jabatan yang sepatutnya bawa abah & kawan ke KWSP telah hantar orang ke Putrajaya lak.. (beg abah dan kawannya ada dalam kereta)
Jadi, TERPAKSA la tunggu kereta tu balik semula ke Muzium Negara..tunggu punya tunggu...mula pukul 1 lebih katanya dah on the way..yang Mummy & Daddy pun lepak la dulu tepi jalan..kononnya nanti elok sampai rumah, abah lak dah sampai KWSP..huhu..lawak tul..(tapi sambil lepak pun masih boleh berbisnes..hehe..)
Lastly, kami balik rumah juga sebab abah kata kereta tak sampai lagi..padahal jam dah kul 2 lebih..akhirnya boleh la landing dulu dengan dak Ziyad ni..
Pukul 4 baru abah call katanya dah on the way ke KWSP..apa lagi, terus la kami bersiap..then, pergi ambil Zarif kat nursery terus..sebab dah petang. So tentunya balik pun lewatkan..
Kami sampai kat abah pun dah kul 4.30, terus gerak ke Pudu..jalan memang clear la menghala ke sana..syoknya..heheh..lama dah Mummy tak ke KL..time dulu dulu je..adalah 4 5 tahun dah kot..haha..malas bila dah berangkai ni..lagi pulak, tengah lasak..adehhh..tak sesuai tuk tempat crowded..
Kami park kereta kat atas Pudu..terus beli tiket..then pusing-pusing situ..keadaan tempat memang cantik la..tak macam dulu, panas..sekarang dah ada air-cond, tempat duduk pun selesa la sikit..cuma..cuma..tengok food court je..sedih tengok ..tak ubah gak..tempat cantik tapi tak menarik tuk makan kat situ..dah la dok tingkat 4..nak kena naik lift. Memang patut la orang tak de sangat.
Tapi abah request nak makan goreng-goreng mamak je..so, kami pun keluar la dari pudu tu, jalan-jalan sambil mencari kat seberang jalan..
Jadi...jumpa la restoran ni..apa nama ntah..lupa dah..heheh..
So, begini lah aksinya bila Zarif Zaquan dapat jumpa tok wan dia..
Mula dalam kereta diam je..tengok pun tak layan..hahah..

Pastu, bila tok wan layan makan..roti canai sekeping pun boleh habis..

Minum milo...emmmm...sedapnya..

"bas..bas"..
Syonya Zarif Zaquan dapat tengok bas..
Dalam dok syok tu, terus sedih..then nangis sebabnya tok wan naik bas..
Baru je nak melepaskan rindu pada tok wan, tapi dah balik...huhu..
Zarif still dok tertoleh ke belakang lagi walaupun bas dah jalan..
Aduhh..sedih juga mummy nengok awak sayang oi..
Insyaallah, ada rezeki kita balik kampung ye..jumpa Wan & Opah..
Tak lupa juga Paksu..

Puree

Minggu lepas, genap sudah Ziyad Zafry 6 bulan..dia dah start solid food..minggu lepas buatkan dia puree epal..mulanya dia pelik je rasa..hahah..siap geleng kepala lagi tuk hari first..tapi bila masuk hari kedua..dah mula ok..masuk hari ke tiga dan keempat, dah tak sabar pula..lambat suap marah..adeh..minggu ni pulak Mummy sediakan puree karot..balik kerja semalam terus potong karot dan rebus..semangat nak bagi Ziyad makan karot, alih-alih dia tidor pula..dah lewat baru bangun..so tak jadi lagi la dia makan puree..tak pe..balik keja kang boleh bagi dia makan...
.
.
.

Buang kulit, rebus dulu sampai lembut..
Hampir-hampir lupa Mummy dok rebus karot ni..maklumlah dook asyik sangat dating dengan Ziyad..heheh..

Siap rebus, blender lak sampai hancur..

Taaadaaaaaaaaaaa...siap masuk bekas..
Tapi tak try bagi Ziyad lagi..malam ni cuba..

Harap Ziyad suka la makan sayur lak pas ni..heheh..

Rabu, 5 Mac 2014

Zarif Kena Tahan Wad Lagi

#25 Februari 2014 Selasa

Lebih kurang pukul 10 malam kot, time tu Zarif dah tido pun..daddy perasan yang kadar pernafasan dia tak seperti biasa..laju sikit dari selalu..so, minta Mummy check juga..mana la tau, kot daddy salah tengok kee...bila mummy & daddy confirm yang pernafasan Zarif laju, terus kami siap dan membawa segala keperluan sebab nak standby kot kot la zarif kena tahan wad lagi..kami terus bawanya ke bahagian kecemasan untuk kanak-kanak..(Padeatrik Emergency) kat PPUM..bila sampai je, terus nurse minta doktor checkkan dia. So doctor suruh berikan nebulizer tuk cairkan kahak. Lebih kurang 30 minit kot pakai 'neb' (tak tengok time..huhu..) baru la Zarif ok sikit..dah boleh nak senyum..sebelumnya dia nampak letih je..ini dah tak reti nak dok diam. Sejam lepas tu, barulah jumpa doktor..lambatkan..sebabnya lepas habis sedut ubat, kena g xray lak..tunggu result tu yang lambat..doctor minta kami buat pilihan samada nak bawa balik or masukkan dalam wad. Jadi untuk tidak mengambil risiko sebab setahun yang lalu, zarif pernah kena jangkitan kuman..minta masukkannya ke wad..biarlah doktor check betul-betul..

#26 Februari 2014 Rabu

Pukul 1 pagi, barulah Zarif dimasukkan ke wad..kali ni daddy jadi penemannya sebab mummy kena bawa ziyad balik rumah..heheh..dapatlah mummy tido lena jap..bukannya apa, bagi daddy merasa camna gayanya bila kena dok tido kat wad..adakah patut, daddy suruh mummy dan ziyad tido dalam kereta je..bayangkanlah!! dengan ziyad nak menyusu lagi..mau sakit badan mummy....sementara nak tunggu ke siang hari. 
Tapi bila fikirkan, lebih baik hantar ziyad ke nursery daripada bawa dia ke wad..mummy pun drive la balik ke rumah..pukul 1 pagi!!! memang la syok jalan clear..tapi rasa cam na ntah..mungkin sebab dah lama tak drive malam..rasa kekok la jugak..sampai rumah je, parking dah full..so, parking je la kat mana celah pun..dan semestinya dah blok kereta orang..heheh..sorry ye tuan kereta. Nasib baik lah time mummy drive tu ziyad tidur dengan lenanya..tak jaga langsung.fuuhhhh...semangat..elok masuk je kat rumah, terus ziyad merengek nak minum susu..pastu,..apalagi mummy pun terus la landing sampai pagi..heheh...

8.30 pagi baru mummy hantar ziyad ke taska dan terus ke PPUM..daddy ada call, katanya doktor dah benarkan zarif balik sebab tengok keadaannya ok..besalah, time pagi kan jalan jem..huhu..kul 10++ baru la mummy sampai..huhu..penatnya drive bila jalan jem.

Daddy terus pergi kereta sebab nak sambung tido..heheh..katanya tak leh nak tido sebab nurse datang bagi pakai 'neb'..datang ambil sampel kahaklah..(baru tau..camtu lah mummy dulu..kehkeh..)

Ingatkan dah boleh keluar wad tengahari tu, bila g tanya nurse..katanya doktor KIV dulu..nak check petang karang..aaaaa...kena tunggu lagilah nampaknya..so sementara nak tunggu petang hari..ginilah aktiviti budak Zarif Zaquan ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












Pukul 3 lebih barulah doktor datang, rupanya tunggu doktor senior tuk double confirm..barulah zarif bolehj keluar wad..alhamdulillah, kali ni zarif bebas dari jangkitan kuman..so tak perlukan antibiotik..cuma kena pantau saja kalau jadi lagi sesak nafas, demam dan sebagainya..

Moga Zarif Zaquan membesar dengan sihat..
Mummy Daddy sayang kamu..

Selasa, 4 Mac 2014

Farm In The City

Salam Ceria Semua..

Mummy nak story sikit pasal Farm InThe City yang terletak di Seri Kembangan. Betul betul  berada di belakang Giant Seri Kembangan..kalau lalu hiway dari Puchong nak ke Jusco Equine mesti nampak punya la Giant ni..heheh..tapi Farm In The City ni tersorok nun jauh di belakang..heheh..kena la cari sikit. Sebelah farm ini ada la downtown tapi tak jadi mungkin sebab tiada sambutan dari para pengunjung..huhu..so sekarang dah tutup.

Ok, berbalik semula kepada cerita asal..heheh..Mummy sekeluarga pergi situ lebih kurang pukul 2 petang..tiket masuk lak dah naik harga dari RM20++ kepada RM30..masuk tahun baru 2014 harga pun baru gak..huhu...tapi nasib baik la cuma Mummy & Daddy je yang kena tiket. Tuk Zarif dan Ziyad belum kena lagi...fuuuhhhhhhhhh...lega la..hehe..tapi demi nak kenalkan anak-anak terutamanya ZarifZaquan dengan haiwan dan merasai suasana kampung, terpaksa la juga bawa. Maklumlah, kat kampung sekarang pun takde cam gitu..huhu..


Mula-mula masuk kami jumpa turtle yang besar ni dulu..jadi, bergambar la dulu..sebelum orang lain ambil turn bergambar..


Mulanya Zarif Zaquan takut nak pegang..tapi bila tengok Daddy pegang dan tepuk tepuk..terus dia pun ikut sama..heheh..




Berada dalam sangkar burung pula..boleh bagi burung makan..teruja Zarif Zaquan bila burung dekat dia..


Hehe..kambing pun ikut Zarif sebab nak kat tangan Zarif ada makanan..

Daddy & Zarif ke Taman Sayur tapi Mummy tak turun pun..huhu..semput kang nak panjat tangga bila dukung Ziyad..kat sebelah pun ada 'orang-orang'..tapi tak da apa sangat kat bawah tu..kata Daddy cuma ada sayur saja..turun sikit ke bawah je pun..


Boleh tangkap ikan juga kat sini..tapi ikan pun dah tak banyak..

Nah..makan ni rabbit..sedaapppp...



Bagi ikan makan...



Eeeeeeeee....geli la Mummy..Zarif tak nak la pegang..
Mummy pun geli sebenarnya..huhu..tapi try la juga pegang..nasib la kulitnya kasar..kalau la licin..memang tak pegang dah..

Landak pun ada..

Burung hantu pun ada..nakpak tak..nampak tak..dia tengah tidurr...

Syoknya mereka...


Mula geli..pastu syok pulak dapat pegang anak ayam ni..



Ini je la yang Mummy sempat snap sebab handphone pun dah kekurangan bateri..
Kuda padi ada..keldai ada..animal show pun ada..
Tak rugi lah bawa anak pergi sana..bagi diaorang merasai suasana kampung serta merasainya apabila dikelilingi haiwan..

Pukul 4 kami pun balik..budak-budak pun dah tertido kepenatan..

Lupa pula, farm ni buka dari pukul 10 pagi rasanya sampai pukul 6 petang saja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s