Lamanya Mummy tak updated blog ni kan..
Heheh..sebab sekarang buzy sikit dok berbisnes..next nextntry mummy story lak pasal online bisnes yang mummy tengah buat ye.
Ini pun dah lewat sebab baby pun dah hampir 6 bulan..huhu..cerita basi dah kan..tapi tak pe lah, sebagai kenangan saja.
Mengimbas kembali detik-detik semasa contraction..cewahh..yela, mummy nak kena recall balik la pengalaman tu sebab dah ingat-ingat lupa..hehhe..mana tak nya. Tengah semangat nak coret kat blog tetiba ada je benda lain yang perlu dilakukan dulu..huhu..
Meh kita cari balik kalendar tahun lepas untuk bulan September..
#2 September 2013 Isnin..
Mummy dah start ambil Maternity Leave..heheh..sebab due 3 September 2013. Dengan harapan baby keluar awal..yela, bila berada dipenghujung kehamilan ini, memang nak je suruh baby ni keluar cepat. Penat tau sebab baby dah semakin sihat dok kat dalam tu.. makin lasak..disebabkan masih tiada apa-apa contraction, so Mummy relaks je la kat rumah. Mengemas la apa yang patut..maklumlah nanti nak bercuti 2 bulan..tapi baby masih happy lagi dok kat dalam. Next check up pada hari Khamis, 5 September 2013..itu pun kalo baby masih syok lagi landing kat dalam la..heheh...sambil dok melangut sorang-sorang kat rumah..eh, Zarif Zaquan kat mana ye?? aaaa...dia kena tinggal kat kampung di Taiping. Sebabnya nanti kena la Mummy nak terberanak, Zarif nak letak kat mana pulak kan..so terpaksa la dia tinggal dengan opah, tok wan dan pak su nya.. Dadddy masih lagi pergi kerja sebab mummy ok jee...heheh..sambil dok melangut tu, Mummy dok terpikir gak macam mana nak bagi baby keluar cepat. Dok search gak la dalam Mr Google..sambil baca pengalaman orang..jadi jumpa la macam-macam. Mummy cuma try minum air 100 plus je..
#3 September 2013 Selasa
Time bangun pagi, bila ke toilet nampak macam ada lendir darah sikit. So, apa lagi inform la Mr Hubby..dia pun terus ambil cuti sebabnya nak standby kot-kot la nak terberanak dah..heheh...kang tak de sapa lak nak bawa Mummy ke hospital. Pastu siap suruh baby keluar pilih time yang jalan tak jem..yela, siang kan banyak orang kat jalan sebab nak g kerja..kalau malam ok la..jalan pun clear. Dari Puchong nak ke PPUM kalau jalan clear tak sampai setengah jam tapi kalau jalan jem..huhu..mau dekat sejam..boleh terberanak dalam kereta u ollss..tapi disebabkan Mummy tak de pula rasa nak beranak..sakit contraction pun belum lagi, so Mummy pun ajak la Mr Hubby pergi jalan-jalan..konon-konon nak mempercepatkan bukaan rahim la..kami pun pilih la kompleks yang dekat dengan PPUM dengan harapan bila sakit tak de la jauh sangat bila nak ke hospital..tepi hidung je pun..bayangkan kami jalan dari pukul 10 pagi sampai lah ke pukul 4 petang..penatnya la haii...tapi sakit nak beranak tak de jugak..yang baby masih dok syok lagi landing kat dalam..adehh...kami pun ambil keputusan, balik rumah je la..berehat..baik gerak sebelum orang keluar kerja..nanti sangkut jem..huhu..
Mak kat kampung dah dok tanya..macam mana..macam mana...risau dia..abah balik kerja kul 6 petang, terus gerak mai Puchong..huhu..risau dengan keadaan anaknya..bila cakap dalam telefon tak sama bila jumpa depan mata.
Lebih kurang pukul 10 malam, barulah Mummy terasa contraction..mulanya sakit sikit-sikit dalam setengah jam sekali..tapi Mummy wat tak peduli je..dok berehat je sambil menunggu ketibaan mak, abah, amirul dan zarif zaquan..hampir pukul 12 tengah malam juga la baru la diorang sampai ke rumah..rindunya pada anak teruna sulung tu..rasa happy sangat bila dapat jumpa. Masa itu, sakit contraction dah makin kerap..dalam 5 minit sekali..Mummy pun pergi la berehat dengan harapan boleh la tido lena..hahah..tapi tak boleh pun..
#4 September 2013 Rabu
Dalam pukul 4 pagi, Mummy rasa sakit makin bertambah. Minta la Mr Hubby bawakan ke hospital..mak pun temankan sama. Zarif tinggal dengan abah dan amirul kat rumah. Seperti biasa sampai saja di wad bersalin, nurse akan tanya dulu datang sebab apa..bila due date..daftar kat mana..so bila dah selesai, kenalah tukar uniform..daripada baju biasa kepada baju warna pink..heheh..baju untuk pesakit nak bersalin..barangan kemas juga kena tinggalkan pada waris sebab jika ada kehilangan, pihak hospital tidak akan bertanggungjawab. Selepas tukar baju semua, Mummy pun baring la atas katil yang telah disediakan. Yang bestnya, wad bersalin kat PPUM ni seorang sebilik. So tak de lah rasa segan dan malu sangat bila ada doktor atau nurse datang periksa..Nurse akan pasangkan alat CTG untuk kesan degupan jantung bayi serta kekerapan contraction pada perut Mummy..best jek bila dengan jantung si kecil kat dalam..
Dalam pukul 5 pagi doktor ada datang periksa laluan keluar..masa itu bukaan baru 4 cm. Jadi doktor anggarkan dalam pukul 9 pagi baru akan bersalin. Selepas itu, tinggallah mummy seorang diri melayan kesakitan smabil sedut gas apa ntah..memang mengkhayalkan diri. Sakit kali ini rasanya tak sama macam sakit nak bersalinkan Zarif dulu. Sakit contraction kali ini, seminit sekali..bayangkanlah..tak sempat nak tarik nafas lega sebab sakit dah hilang, datang balik sakitnya..huhu..nak menangis pun ada..penat dah rasanya. Setiap masa mummy asyik tengok jam je..hehhe..punya la tak sabar nak suruh baby keluar. Kalau baby dah keluar baru lah lega..hahha..tapi jam gerak lambatttttttttttt sangat...huhu..dalam dok lali-lali disebabkan sedut gas tu..jap terlelap dalam kesakitan..tau-tau dah rasa nak teran..tengok jam time tu baru kul 7 pagi..
Kebetulan, ada nurse datang jenguk..bila tengok gaya mummy semacam je..(mummy tengah mamai time ni..tak berapa nak ingat sangat)..dengar nurse kata tunggu, jangan teran lagi..hahah...yela, sebab diorang ingat lambat lagi nak bersalin. Yela, dalam masa 2 jam saja dah buka 10 cm..memang cepat la..kelam kelibut la nurse tu nak buka katil kat hujung kaki, nak betulkan kedudukan mummy..hahah...mummy dah tak kisah dah time tu..yang penting dapat keluarkan baby. Bila push 2 ke 3 kali kot, barulah baby keluar dengan jayanya...selepas itu mummy dah tak ingat apa..sempat la terlelap sekejap. Bila nurse nak jahit baru sedar balik sebab kena jahit hidup-hidup..adeh...sakit weyyyhh...bila selesai..lega rasanya. Tapi mai pulak doktor lain, check jahitan katanya kena jahit lagi sebab tak cukup..haaaaaa...macam nak menangis dah Mummy dengar..bila datang doktor senior, dia kata tak perlu dah jahit..barulah lega dengar...fuuhhh...semangat. Bila selesai semua tu, baru lah mummy ditolak masuk ke wad bersalin..barulah Mummy dapat jumpa baby yang bam bam..Baby lelaki yang dinamakan Muhammad Ziyad Zafry..yang bermaksud pertambahan kepada kemenanganku.(tak reti mummy nak buat ayat..lebih kurang macam itu la maksudnya..)