- Madu Asli
Berikan 1 sudu kecil madu kepada kanak-kanak dan bayi. Sekiranya pekat, bolehlah ditambahkan dengan sedikit air.
2. Daun Kaduk

Jika bayi anda batuk berkahak, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih, kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama dengan najis bayi nanti.
3. Kunyit hidup
Gosok kunyit hidup pada permukaan yang kasar bagi mendapatkan serbuknya. Kemudian, serbuk kunyit tersebut perlu dicampurkan dengan minyak masak dan sapukannya pada dada bayi.
4. Bawang Putih
Bakar sikit bawang putih dan gosokkannya pada permukaan kasar untuk memperolehi serbuk. Kemudian, campurkan serbuk tersebut bersama minyak masak. Sapukan ke dada bayi.
5. Daun Bunga Tahi Ayam
Ramaskan daun bunga tahi ayam bersama dengan kapur sirih sehingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada dada dan leher bayi.
6. Kismis

Berikan anak anda makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah, batuk akan hilang.