Salam Semua...
Harini terdetik dihati untuk mencuri masa jap..
Nak berkarang di blog kesayangan ni..
Kali ni Mummy nak story pasal Zarif Zaquan..
Masuk harini adalah hari yang ketiga dia ke taska..
Hope dia ok dan boleh menerima suasana yang baru..
Serta kawan baru..
Kisahnya bermula begini...
Hampir dua bulan Zarif Zaquan dok ngan nenek, pah & wan di kampung..
(Sebulan dengan Pah & Wan di kampung Mummy..sebab Mummy kan ada intensif di Penang..)
(Lagi 2 minggu pulak dengan Nenek di kampung Daddy..saja je..nak cukupkan bulan 2)
So, masuk bulan March...4 hb...Zarif still hantar rumah pengasuh lagi..
Yela, senang kira sebab masuk bulan baru kan..
Sampai la hari yang ketiga berada di situ...
Tiba-tiba.....
Tengah malam, kami menerima panggilan kecemasan..time tu dah pukul 12 lebih..
Terdetik di hati..
'ish..sapa la memalam ni kol orang..'
Yela, time tu Mummy sekeluarga memang dah tido..
(Sekarang memang masuk tido awal...huhu...)
Rupanya, pengasuh Zarif Zaquan kol..
Dia nak inform nak balik kampung malam tu juga..
Ada hal kecemasan..
So, terpaksa cuti hari Khamis dan Jumaat...
Malam tu, Mummy tak dapat nak tido dengan nyenyak..
Dok pikirkan masalah ni..
Yela, esok keja..sapa lak nak jaga ZarifZaquan ni..
Nak tinggal di mana??
Terpaksa la minta Daddy cuti..huhu..
Mummy tak boleh la nak cuti selalu..dah la baru start keja..
Bertimbun dah kerja kat opis yang perlu di settlekan ..
Hari Khamis, 7 March..petang tu jugak Mummy & Daddy carikan Zarif Zaquan taska..
Sume banner yang ada kat area umah kami.. kol & tanya..
Ada taska yg India kerja situ..
Ada taska yg nak kita bawakan bahan asas untuk anak makan..
Macam-macam lagi la taska ni..
Tapi disebabkan kami memikirkan keselamatannya..
Maka, kami membuat keputusan untuk menghantar Zarif Zaquan ke..
PUSAT JAGAAN AL-FARABI..
Kenapa bukan taska ye??
Ala..nama je pusat jagaan tapi sama macam taska..
Yang penting budak kecik tak ramai kat situ..
Cuma ada sorang budak dalam 10 bulan..tapi masuk tengahari..
Pastu, budak sekolah tadika..pun masuk tengahari..
Yang budak transit lak, cuma ada kejap time tengahari..
Pastu diorang dah ke sekolah agama pulak..
(Penat juga jadi budak-budak sekarang..huhu..)
Kiranya setiap pagi hantar ZarifZaquan, cuma ada dia seorang saja la..
Ok la..kesimpulannya..
Sebab pertama hantar ZarifZaquan adalah......
Supaya ada tempat yang sesuai dan pengasuh tidak cuti.
Macam taska mana la ada nak cuti saja kan..
Sebab kedua...
Agar selera makan ZarifZaquan bertambah..
Dok dengan pengasuh lama, nak makan pun susah..bila tanya, katanya Zarif makan sikit je..
Hati ibu mana tak risau bila anaknya tak makan..
Bila dok dengan Opah & Nenek, lalu je dia makan..sampai berat pun dah naik..
Sebab ketiga....
Lupa pulak..tadi ingat...ish..ish..ish...cepat la mai balik...
Nak bagi ZarifZaquan belajar berkawan..
Walaupun tak ramai, tapi jadi laa...sebagai permulaan..
Nak hantar ke nursery yang dah ramai budak..
Takut lak dia terkejut or tak dapat sesuaikan diri..
Dah la jalan pun baru nak betoi..kang budak lain langgar kan susah..
Sebab keempat....
Setiap kali bangun pagi tak de la Mummy perlu pikir nak bekalkan makanan apa tuk ZarifZaquan...
Sebabnya, makanan dah disediakan kat taska..
So, tak perlu la nak risau sangat..
Rasanya ada lagi..tapi dah lupa sebab perut dah lapar...huhu..
Nak makan apa pun tak tau lagi ni..
Oh ya...
Walaupun setiap hari hantar ZarifZaquan ke taska.. dia WAJIB menangis..
(bukan kat taska je..tapi dengan pengasuh lama pun sama)
Tapi bila ambil dia setiap petang..WAJIB senyum...
Suka sangat bila ambil dia waktu petang..
Tak dapat nak terangkan betapa bahagianya bila tengok anak depan mata..
Sambil tersenyum..sampai nampak lesung pipitnya...
**Tak sabar nak tunggu habis kerja setiap hari**