Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Sabtu, 2 Februari 2013

Berwajah Baru

Akhirnya!! 

Siap jugak update blog kesayangan ku ini...

Cute tak blog Mummy kali ni...hehehhe....

Sepanjang ari dok godek-godek..belek-belek...

Dan inilah hasilnya....

Baru sekarang ada masa untuk tukar wajah blog ni...

Ok lah, Mummy nak start study..

Esok malam ada exam...

Doakan Mummy berjaya ye...

Hope sangat dapat GRADUATE tahun ni..

AMINNNNNNN....

~ Pindah Rumah ~


Harini dah masuk hari kedua bulan baru iaitu bulan Februari...maka bermulalah juga kerja pindah-memindah ni...

Huhu...leceh kan kalo nak pindah rumah..banyak barang nak kena buat...

Tapi buat masa sekarang ni, Mummy still berada kat USM ni. So, terpaksa la hubby mengajak adik-beradik, anak buah serta ibu mertuaku untuk membantunya mengangkat barang...

Bila dipikirkan kembali, dah habis intensif ni,..terpaksa pulak memenatkan diri untuk mengemas rumah...huhu..part yang paling tak suka!! mesti barang tunggang-langgang...

Punca Mummy sekerluarga nak pindah rumah kerana owner laaaa.....dia naikkan harga rumah saban tahun...mula dok menyewa kat situ hanya bayar RM450 je...

Tapi start tahun ni dah ada ura-ura mengatakan dia nak naik lagi jadi RM550...huh!! tak boleh jadi...kalau rumah sendiri bayar mahal berbaloi laaa...lagipun ini cuma rumah flat besa je yang ada 3 bilik...

Alahamdulillah, kebetulan ada rumah tingkat 1 nak cari penyewa baru...so apa lagi, kami pun mengambil la peluang kena interview dulu...YES!! INTERVIEW dulu...hehhehe...yela, owner tu takut nanti pisang berbuah lagi...sebab penyewa dulu lari camtu je...dah la owner ni umur pun 70++..dengan kadar sewa yang berbaloi dan tidak la naik saban tahun....

Well..hope diorang boleh la selesaikan apa yang termampu....

Jumaat, 1 Februari 2013

Pregnant Lagi

*gambar ni ehsan dari Mr Google...Mummy tak snap pun pic..tak tau dok mana ntah... (n_n)

Alhamdulillah...tahun baru ini Mummy sekeluarga akan menerima kehadiran orang baru lagi...bestnya..kalo boleh Mummy nak anak perempuan la pula...tapi semua tu kuasa Allah...Mummy terima saja..asalkan anak ini nanti membesar dengan sihat dan sempurna...AMIN...

Tahun lepas, dapat anak buah baru...kiranya sepupu Zarif Zaquan la...tahun ni pulak dapat adik la pulak...buat masa ni, dah nampak sikit sikap manja yang ditunjukkan oleh Zarif Zaquan..ooo...lalala...mungkinkata orang-orang tua, sebab nak beradik so macam tu la sikap dia...

Masa mula tau preggy tu sebab cik P tak datang seperti biasa...hrmmmm...terpikir gak masa tu..pregnant ker??? tunggu lagi tapi hati terdetik gak kata aku ni pregnant...tapi still bersabar sebab kalau nak test pun mesti kena tunggu 2 minggu. Kalo test awal boleh tapi kekadang time tu hormon kita belum kuat...so tu yang boleh menyebabkan orang yang berharap preggy kecewa..yela, dah baik 1 line penuh n 1 line lagi pudar or xde langsung..Pastu mulalah gelabah...pregnant ke x...

Tapi Mummy biarkan je la...cuma dah start berhati-hati la..tak de la lasak sangat macam selalu...So, dah sebulan baru lah Mummy g check...saja je nak puaskan hati...hehehhe....padahal dah tau. Cuma nak kan kepastian...yela, mana tau kot-kot penyakit lain ke...hish!! minta la dijauhkan. Time check tu (ala..beli je pregnancy test kat farmasi..) memang dua-dua line terang giler kaler dia...hahah...yela, dah sebulan..mesti hormon pregnant dah kuat...

Disebabkan kena gastrik, so terpaksa la g jumpa doctor...masa tu dah 6 minggu..kiranya buat check up trus la...doctor scan..katanya ada kantung kat rahim..yela, sebab awal lagi cuma boleh nampak gumpalan je la..darah ngah membentuk untuk menjadi manusia..doctor pun start la bagi ubat fish oil, ubat tambah darah serta ubat kalsium...termasuk lah ubat gastrik...hehehe....bermula itu, setiap hati makan la semua jenis ubat vitamin ini....


Alahamdulillah...sekarang kandungan ini dah berusia 9 minggu ++..due date lak awal bulan 9..kiranya lepas raya lah..tapi mana tau kot-kot dia nak jadi anak merderka...heheh.. harap dia membesar dengan sihat dan sempurna...AMIN......

Wanita Bergelar Ibu



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga bi bawah tapak si pemilik rahim.

*Gambar di bawah adalah salah satu RISIKO kepada ibu bersalin czer iaitu jangkitn pada tempat pembedahan.




*creadit to Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung..saja mummy share info ni...untuk pengetahuan semua..*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s