Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 2 Oktober 2012

~Ibuku Tidak Sihat~

 
Entri ni kisah tentang ibuku yg kini sudah beransur pulih..
Kejadian ni berlaku masa start posa pertama baru-baru ni..
Petang sehari sebelum posa tu, ada la ibuku menegur seorang jiran yg kebetulan lalu..sebelum waktu maghrib..
Konon-kononnya nak bertegur sapa...

Pada malam harinya, ibuku ada terhidu bau yg amat busuk..yg tak boleh nak digambarkan..
tetapi beliu abaikan je tanpa memberitahu ayahku...
Malam itu juga, abahku kedengaran bunyi sesuatu di atas bumbung rumah.. (rumah teres yee..)
Keesokkan harinya, selepas ibuku selesai sembahyang subuh..maka, kesihatan ibuku terus merudum terok!!
Bak kata ibuku, seperti mayat hidup!!
Apa pun tak boleh buat..nak bangun pun tak boleh..asyik kena baring je..
Nak angkat tangan pun tak mampu..
Semua persiapan tuk berbuka mahupun bersahur hanya abahku yg mampu sediakan...

Pergi klinik, doktor cuma mampu katakan bahawa ada masalah saraf...
Tapi ubat yg dimakan ibu sehingga habis pun masih belum mampu memulihkan kesihatannya...
Malahan, kesan lebam d tangan kanan makin teruk..

Tanpa membuang masa, ibu memanggil bidan tuk mengurutnya..
Pada pertama kali urut, ada sedikit perubahan..
Tapi, selepas urutan yg kedua...sakitnya menjadi pula...
Oleh itu, bidan terus memanggil bomoh untuk memeriksa ibuku...
Alangkah terkejutnya bahawa memang ada sesuatu yg sedang 'makan' ibuku..
Padanlah tangannya dah semakin banyak lebam..

Selepas beberapa hari berubat serta 'memagar' rumah, alhamdulillah...ibuku semakin pulih..
Cuma tangannya masih lagi terasa lemah dan masih belum kuat seperti sediakala lagi...

Nak Sambut Burfday



 


 Hujung bulan ni burfday ZarifZaquan..genap setahun dah anakku...cepat tul masa berlalu..
Tapi tak plan pun lagi apa nak buat n kat mana...huhu...ada sesiapa boleh bagikan cadangan...mmm....apa ye..nak sambut kat kampung ke nak buat kat rumah sendiri ke..or buat bertiga je...heheh....mummy, daddy n zarif je...hahah...










My Handsome Boy 11month

Taraaaaa....Zarif Zaquan dapat walker baru...heheh...beli kat Tesco je pun..time diorang buat promosi dapatla harga RM39.00...tapi brand TESCO laa...nak belikan brand Fisher Price tu macam tak berapa nak mampu...huhu...
Tak kisah la kan janji ada gak benda alah ni buat ZarifZaquan nolak..
Nak dijadikan cerita...ZarifZaquan ni sebenarnya dah boleh berdiri n dok meniti tepi sofa sejak 8 bulan lagi..dan akan berjalan kalo ada orang pimpin tangannya. Bila tangan lepas je terus stop n berdiri je kat situ...Tak pun dia pegang suar kita dari belakang pastu ikut je bontot..Risau gakkan kalo kita tersilap langkah dia yang jatuh..
Oleh sebab itu la bagi memberanikan dirinya membuatkan kami membelilah benda alah ni...soooo...lepas dapat je jalan guna ni, punya la best dia tolak..nun sana nun sini...dia sorong....siap sengih lagi nengok kita..pastu langgar je la apa yang ada depannya..kalo tak boleh jalan dia tolak juga. Sampai kekadang dah nak tertonggeng dah walker tu...best tengok ragamnya tu...

Bila umurnya genap 11 bulan, tengok dia dah berani melangkah sendiri tanpa memengang apa-apa. Mula-mula setapak dua je...pastu makin lama dah makin bertambah tapaknya..tak sabar nak melihat langkahnya yang makin bertambah dan pantas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s