Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 5 Jun 2012

~Makanan Pejal Untuk Bayi~

  1. Bayi yg berusia 6 ingga 8 bulan perlu diberikan makanan pejal antara 2-3 kali sehari.
  2. Pada peringkat permulaan, elakkan dari memberi makanan yg boleh menyebabkan alergi seperti telur, kekacang, makanan laut dan keju.
  3. Makanan pejal yg sesuai untuk bayi adalah puri yg dicampurkan dengan susu ibu bagi mencairkannya.
  4. Jangan mendesak bayi makan dengan banyak pada satu-satu masa kerana perllu diberikan masa untuk mereka belajar makan makanan pejal.
  5. Perkenalkan makanan jejari selepas mereka sudah pandai makan.
  6. Jangan menambah gula ataupun garam di dalam makanan bayi kerana buah pinggang mereka belum bersedia untuk memproses bahan2 tersebut.
  7. Setiap makanan yg diperkenalkan kepada bayi, perlulah diberi selama 4 hingga 7 hari berturut2. Ini bagi mengetahui tindakbalas tubuh mereka terhadap makanan tersebut sama ada mereka mengalami masalah penghadaman mahupun alahan.
  8. Jangan mendesak mahupun marah kepada bayi sekiranya mereka menolak makanan yg diberi kerana berkemungkinan mereka belum bersedia.
  9. Berikan bayi minum air dengan banyak dan makanan yg digemari ketika mereka demam.

~Baru Habis Fair Kat PWTC~

Minggu yg lalu Mummy Zarif ngan kengkawan ada join event kat PWTC..kami kan jual barangan baby berjenama BeBe..alhamdulillah, walaupun penat tp jualan tetap bagus..kami telah berjaya mencapai target seperti yg telah ditetapkan..ni pun atas kerjasama secara berkumpulan..

Tapi Mummy Zarif tak join sepenuhnya sebab hari ahad dah ambil leave..yela, ari khamis ni Mummy Zarif dah ada exam..huhu..buku pun belum baca lagi..kekadang risau gak..

Next fair lak bulan 7..dah la time posa lak tu..adoiiilaa....nasib baik la keja..kalo sesaja, tak sanggup rasanya..
So, kalo berminat nak berkunjung ke booth BeBe ni, jangan lupa pada 27-29 July 2012 di Mid Valley...
kalo tak dapat datang, kita jumpa di KLCC lak pada 10-12 August 2012..

Isnin, 4 Jun 2012

~RINDU BABY ZARIF~

Alahai hati...baru malam tadi hantar baby Zarif kat kampung..belum pun sampai satu hari tapi hati dah mengundang rindu....
 Rindu bangat sama ini anak kecil...huhu...

Huhu...daddy Zarif pun cam tak nak je anto semalam..tapi disebabkan bermasalah ngan baby sitter..so, tak nak anto terus.

Sekarang sedang mencari baby sitter yang baru. Nak resign and jaga anak kat umah rasanya tak mampu sebabnya ada banyak sangat komitmen..

Oh Hati..sabarlah dikau..akan ku segerakan pencarian baby sitter agar anakku senantiasa berada disisi kami berdua..moga kami menemui insan yang baik agar dapat menjaga anakku ini dengan kasih sayang..amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s