Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Rabu, 30 Mei 2012

~Aksi Zarif Bercuti Di Kampung~

 Bersama Pah Taiping..

 Bestnya landing atas katil pengantin ni..

 Dengan untie Saras pun bolehla...

 Zarif tak nak la dok sini..malu...

 Daddy...Zarif ada banyak keja la nak buat ni...jom la..

 Kita minum susu dulu..penat dah Zarif ni..

 Eeeee....panasnya Zarif ni Mummy...berpeluh dah ni..

Khamis, 24 Mei 2012

~7C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI~




 

Mummy Zarif ada terjumpa info ni dari Dr. Fadzilah Kamsah..amat berguna buat kita yang sudah bergelar ISTERI dan juga BAKAL ISTERI..(termasuk la anak dara tu ye..heheh)


·         C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...


·         C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...


·         C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...


·         C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak Y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...


·         C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis..

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...


·         C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat..


·         C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

Anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...




7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....



**HOPE KITA SEMUA DIJAUHKAN LA DARI MEMPUNYAI 7C..INSYAALLAH..**

~Gerammnya Zarif ngan Teether ni..~



















Selasa, 22 Mei 2012

~TIDAK BOLEH SAMBUT HARI IBU~


Dalam entri kali ni Mummy Zarif nak kongsi satu cerita mengenai asal usul hari ibu yang Mummy Zarif peroleh dari tenet ni..sorry la ye..ni copy paste..tak pandai nak olah sebenarnya..sbb tak minat sejarah..heheh..
Setiap orang mempunyai hak untuk menyambut hari ibu mahu pun tidak..tapi bagi Mummy Zarif setiap hari adalah hari ibu..Yang pastinya Mummy Zarif sayang my mom n mil.



Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memelihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

~AQUARIA KLCC~

Jom kita ke Aquaria KLCC..
Nanti nak bawa baby Zarif la ke sini..
Dulu g pun masa tengah bertunang..
(dah lama pun)
So, pasni leh g bawa baby lak..

Pada parent yg berhajat nak bawa anak2 pada musim cuti skoll ni, kat bawah Mummy Zarif ada sediakan bayaran dan waktu kemasukannya:-

                     DEWASA                      RM35 (ADA MYKAD)          RM45 (TIADA MYKAD)
                     KANAK-KANAK        RM25 (ADA MYKID)           RM35 (TIADA MYKID)
                     WARGA EMAS            RM25 (ADA MYKAD)          RM35 (TIADA MYKAD)

Pakey yg Ditawarkan
  1. Pakej PROMOSI: -      a. Pas Kemasukan Bertiga          b. Pakej Sekolah
  2. Pakej PENDIDIKAN:- a. The Living Classroom             b. Guided Tours
  3. Pakej KEMBARA:-      a. Sleep With Sharks                  b. Cage Rage                                                                                     c. Dive With Sharks
  4. Pakej ACARA :-          a. Acara Korporat                      b. Majlis Sosial Peribadi                                                                    c. Perasmian Produck                 d. Parti Harijadi
Aquaria ni buka setiap ari dari Isnin-Jumaat 11 a.m - 8 p.m
Tapi Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah masa 10.30 a.m - 8 p.m
Kemasukan terakhir pada jam 7 p.m

~Trip Ke Bangkok~

Hi sume..kali ni nak cita pasal trip ke bangkok lak.Sebenarnya trip ni bukan la percutian Mummy Zarif & Daddy Zarif je tapi company trip. Company Mummy Zarif ada watkan trip ke Bangkok pada 9 - 12 hb May yg lalu.. tp disebabkan sume rakan sekerja orang cina, (tak bestnya nak jalan bila kita sorg je melayu..huhu..) so Mummy Zarif pun minta la pada manager supaya benarkan Mummy Zarif bawa husband..hehehe..best la sikit jalan ngan husband..ada la kawan nak sembang..nak makan..nak jalan..bayangkan kalo sume cina n kita sorang je malay..dah jadi macam orang asing. Mesti la diorang cakap bahasa cina kan..trip ni ada 22 orang sumenya yg terdiri dr rakan opis di KL , JB, dan juga salesman yg outstation dari Perak n Kuantan. Nasib baik la Director tak ikut..so, bila kucing tak de..tikus pun bebas la nak bergerak kan..kan..heheh..

Pada hari 1st, Mummy Zarif n Daddy gerak dari Banting ke Putrajaya..sebabnya Baby Zarif kena tinggal ngan neneknya..tak la jauh sangat pun perjalanannya. Sampai kat Putrajaya Sentral, kami pun park keta kat situ..tp park area yg tak de charges la..nak tinggal keta tuk 4 ari kan..kalo kat parking berbayar, tak tau la kena berapa puluh..mau cecah seratus agaknya. Perjalanan dari Putrajaya ke KLIA dengan LRT Transit hanya 15 minit..tak de la lama..

Kami sampai KLIA dalam pukul 5 petang camtu la..sbb nk kena check in pukul 7.30...flight pukul 9.30 pm..
Sementara nak menunggu rakan yang lain, kami g isi perot la dulu kat foodcourt..
Usai makan kami pun berkumpul la untuk check in..
Selesai semua..kami pun gerak la ke balai berlepas..
Tunggu..punya tuunggu...akhirnya sampai gak masa tuk kami masuk dalam flight..
Sebab kan kena masuk awal 2 jam sebelum berlepas..so masa kat dalam tu sume wat aktiviti masing-masing laa..kami naik flight Lufthansa Airway..diorang transit dari German ke Malaysia dan ke Thailand.


Kami gerak dari KLIA pada jam 9.30 p.m dan selamat sampai kat Suvarnabhumi Airport pada jam 10.25 pm..perjalanan lebih kurang 2 jam..
Tapi mesti pelik kan, sbb Mummy Zarif kata sampai sana 10.25..sebabnya kat Thailand, masa lambat 1 jam..

Sampai airport, kami dijemput oleh travel agent yg sudah sedia menunggu untuk bawa kami check in kat Dynasty Hotel lak..
Hotel ni betul2 terletak kat tengah bandar..tapi terselit diantara bangunan..hehhe..



Keesokkan harinya, kami gerak ke Wat Arun Temple..dengan menaiki bot..
Melalui Sungai Chao Phraya..

Jom kita naik bott!!
Gambar bawah ditengah adalah Masjid..tapi kat sini susah sikit nak cari makanan Islam sebabnya tak ramai Muslim di Kota Bangkok ni..

Menikmati pemandangan disekeliling..gambar kecik kat bawah tu dulu dipanggil 'Float Market' kalo tak silap la..yg dorang jual barang atas sampan..tapi sekarang dah tak de sebabnya kurang mendapat sambutan..
Time tu diorang jual buah je pun..cam pelam, pisang, durian..

Jom menari...keh..keh..

Aktiviti kami di Wat Arun Temple semasa menanti bot tiba..
Tapi yang pasti mangga adalah yang paling sedap dinikmati..lemak manis gitu..
Cam tak puas je nak makan lagi..huhu..
Yg bestnya, sebiji mangga cuma THB30 je..murah kan..Beli dua THB50..sudah siap dipotong..dimasukkan sekali ngan bijinya..nyum..nyum..(terliur lak..heheh)

Time ni member Chinese sume masuk kat dalam Temple ni..Diorang mendaki tuk ke puncak..So. kami berdua jalan2 la kat sekelilingnya..

Selesai tu, kami semua g Shopping kat MBK Shopping Mall..
Harga kat sana pun ok gak la..murah..
Bab makan lak, kat tingkat atas sekali ada la HALAL foodcourt..




Kat foodcourt ni ada pelbagai jenis gerai..
Macam2 ada..nak Western,  Taiwan, Indian, dan macam2 la..
Kami makan kebab kat situ..



Setelah puas berjalan2 dan bershopping, kami pun balik la ke hotel semula..

Esoknya, lepas bekfast kami gerak ke Thep Prasit Honey ngan SK Natural Herbs..
Lagi satu tempat apa ye..alaaa...lupa lak tapi yg pasti tempat ni jual barangan kemas..


Petang lak g lagi shopping kat Siam Paragon, Platinum, Big C Supercenter, ngan Bangkok Central World.
Lagipun, sume tempat ni dekat2 je..jalan kaki pun dah sampai.
Tapi kami berdua just jalan2 tengok je sbbnya tempat ni macam shopping complex besa je..yg cam kat kl tu..
Lagipun kami dh shopping kat MBK Mall.



 Aktiviti kami kat Siam Paragon..
Ingat nak masuk kat Siam Ocean World ni tapi sebab tikat mahal sangat..sorang THB900..terus tak jadi..huhu..
Tempat ni cam Underwater World Langkawi tapi ni lagi besar..kat dalam tu ada macam2 lagi..


 
Big C Supercenter ni macam pasaraya Tesco la..lebih kurang cam tu..
Kat sini kami beli buah laici..sedap gak tapi mahal la sikit..

Lepas tu kami bergegas ke Bangkok Central World untuk tapau makanan..
Ini lah yg kami peroleh..Nasi Beriani ngan Kari Ayam..
Tapau n makan kat bilik..Sebabnya kami balik ngan bus yg telah disediakan tapi ada gak member yg balik sendiri naik teksi..kata diorang dari Siam Paragon ke Dynasty hotel THB250 je..

 Nak makan kat MCD tak boleh sebab ada menu Pork kat situ..

Menanti masa penerbangan untuk pulang ke Tanah Airku..

Kat dalam flight Lufthansa Airway..best gak naik flight ni..
Dah la pramugari/a sumenya orang German..cakap pun slanga lain..hehhe..jenoh nak paham..
Siap ada tv tu kat kerusi..so sementara nak sampai destinasi, kami layan la dulu Movie..ada music..macam2 la..meal pun ada disediakan..masa mula datang, disediakan sandwich ayam..nak balik lak sandwich beef..

##next time nak ke mana lak ye..hajat nak bawa baby Zarif ke USS..(Universal Studio of Singapore)..tapi tak tau bila..

(lama nak siapkan entri ni..amik masa brapa ari ntah la..sbbnya panjang sangat..so, maaf la sebab terpaksa mencuri masa pembaca untuk melayaninya..dan terima kasih..)

~Keretaku Masuk Klinik~

OOOhhh keretaku..kena masuk klinik lagi..
Sabtu lepas dah g tuk service..Daddy Zarif yg bawakan dan Mummy Zarif dok landing je kat umah ngan baby Zarif..ari cuti kan..maka best lagi la dok landing kat umah. Lagipun kalo servis mau makan masa 4 jam..hohhoo..penat ooo kalo nak tunggu melangut kat Perodua tu ngan dak bam bam ni...dah la dia makin lasak sekarang..

Tapi arini keretaku masuk lagi klinik..sebabnya Water Pump lak leaking..huhu..(melayang lagi duit..) 
Dah la bulan ni nak renew roadtax..dalam RM4++..ni wat water pump lak..dah kena dalam RM5++..sedihnya..huhu..tapi nak wat camna kan..dah sampai masa dia nak sakit..kita sebagai manusia ni pun boleh sakit, macam dia mesin lagi laa...(eh, apa la Mummy Zarif dok melalut ni..heheh).

Sebenarnya bulan lepas dah tukar timing belt..kalo ikutkan bila timing belt tukar, automatik water pump pun kena gak tukar. Tapi disebabkan water pump masih elok, so tangguh la dulu..yela, tukar timing belt pun dah RM3++..kalo nak wat sekali gus..gulp!! mak aii!! nak cari mana ongkosnya..
Sekarang dah sampai lak masanya nak kena tukar..arini Daddy Zarif bawalah ia ke klinik lagi..

Ehsan dari En. Google..gambar enjin viva..

Tau tak apa itu water pump?? (cheewwah..entah2 pembaca sume pun dah tau kan..Mummy Zarif yg belum tau lg sebenarnya..hehhe)..
Takpela..sekadar bercerita kan..untuk tambah ilmu..
Water Pump tu sebenarnya alat untuk gerakkan air agar air sampai ke radiator. Apabila air sampai kat radiator tu barulah radiator tu sejuk. Dan ia akan buat semula pusingan tu agar suhu enjin tak panas. Bila water pump dah leaking, besanya mula tu ok la..tapi lama kelamaan enjin akan mula berbunyi disebabkan  oleh radiator yang dah bocor, head gasket bocor, dan bila air dah masuk dalam head gasket terus ia stuck dan piston pun akan jem. Haaa....bila dah sampai tahap enjin menyanyi-nyanyi..asap pun start kuar..so kena la sediakan kos yang lebih banyak sebabnya kena tukar enjin.. (teruk gak kan bunyi nya..heheh).

Untuk lebih selamat, tukar la Water Pump tu terus bila dah tau dia ada problem untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti enjin terbakar. Hal ni terjadi bila water pump dah tak mampu nak salurkan air ke radiator dan menyebabkan suhu enjin bertambah panas.

Isnin, 21 Mei 2012

~KESIBUKAN~

Rasanya dah hampir seminggu tiada apa2 coretan dari Mummy Zarif kan..
Mummy Zarif agak busy sejak akhir-akhir ni..
Balik dari bercuti dah ada appointment ngan klinik tuk cucuk baby Zarif..
Pastu, start busy ngan kerja..
Balik lak dok sibuk menyuiapkan tempahan jahitan manik..
Minggu ni lak nak balik kampung..
Adik perempuan akan mendirikan umah tangga dengan jejaka pilihannya..
So dah balik bercuti 4 ari nanti...
Bila start keja, ada lak baby fair kat PWTC...
Dah nak kena join lak..adooii..malas tul kalo ada fair ni..
Pastu sambung lak ngan exam..
HuhU...buku pun belum start baca lagi ni...
Tolongg.....Tolongg....


Selasa, 15 Mei 2012

~ Babyku Kena Cucuk 6mth~

Baru arini berkesempatan tuk membuat coretan di sini..minggu lepas Mummy Zarif ke Bangkok..dalam 4 ari kat sana. Tapi lain kali la baru Mummy Zarif story pasal trip ke Bangkok ye..

Arini Mummy Zarif nak story pasal baby Zarif kena cucuk..heheh..arini Mummy Zarif g berdua je..sebabnya Daddy kena keja..so, tak dapat la teman kitorang g Klinik Kesihatan Puchong..sebelum ni Daddy akan temankan kitorang..huhu..penat la sikit nak melayan si kecil sorang ni yang dah makin lasak. Appointment pukul 2 tapi pukul 1.30 pm kami dua beranak dah terpacak kat klinik tu..Masa nak g klinik, nasib baik laaaaa...baby Zarif baik je dok lam car seat dia (tak sempat nak amik gambar la..sbb nk cepat sampai je..) heheh..yala, risau gak kang baby Zarif meragam tak nak dok lam car seat..jenoh ceq...

So, pas daftar..tunggu la jap. Sebabnya diorang akan daftar dulu nama baby yang datang tu mengikut sapa sampai dulu..dah siap, nurse akan panggil tuk bagi nombor..baru la leh masuk dalam klinik..kalo tidak, dok kat luar dulu sebelum dapat nombor. (kat luar aircond ori punya..kat dalam baru aircond buatan manusia..hehe..)

Bila dapat nombor giliran, Mummy Zarif tengok..makkk aiii!!! banyaknya nombor. Sekarang 5146 tapi yang Mummy Zarif dapat 5164..masak nak tunggu kat situ..kena la Zarif lak wat perangai..adoii laa..tapi bila start pukul 2, baru la sume nombor giliran dipanggil. Rupanya diorang campur sekali nombor giliran tuk check-up pregnant women ngan checkup baby..So, nombor giliran baby Zarif tak dela banyak..dalam 10 orang je. Fuuhhhh...leganya rasa. 

Kat penjuru bilik pemeriksaaan, nurse akan panggil setiap baby yang ada tuk cek berat ngan tinggi. Kali ni, Baby Zarif berat cuma 6.7 kg je..tinggi lak 64cm..nurse tu kata naik sikit je..dah start bagi makan ke..Mummy Zarif kata dah start bagi bubur, makan n minum susu pun ok je..tak tau la sebab apa. Mungkin gak sebab Baby Zarif tengah dok melunjuq n dalam proses nak merangkak n duduk dah sekarang ni..

Selesai bab menimbang, ukur tinggi n set appointment tuk 9 bulan nanti, Baby Zarif kena la g bilik cucuk lak..
Masa cucuk, heheh..baby Zarif jerit sekejap je..ngatkan nak nangis terus tapi jap je..mungkin time rasa sakit jarum. Pastu dah ok..tak sampai pun 2 minit..adooii laa..anak jantan mummy sorang ni..

So dah setel, kami pun balik la..dalam kul 3 kot dah setel..bestnya kalo setiap kali g checkup camni..



Ni la aksi Baby Zarif lepas balik dari klinik arini..penat sangat..
Mungkin gak sebab ubat sama kot..tido je..

Selasa, 8 Mei 2012

~I Pronounce U Hubby & Wifey~

Esok genaplah 3 tahun usia perkahwinan Mummy & Daddy Zarif..
Tanggal 9 Mei 2009, berlakunya izin berwali ijab bersaksi antara 
Noor Syuhada binti Noordin 
dan 
Muhammad Fauzi bin Masro
Arini Mummy Zarif dok godek-godek gambar kawin..hehhe..
Teringat 3 tahun lepas..
Masa ni tengah sibuk menyiapkan segalanya agar majlis berjalan dengan lancar..


Mesti pembaca ternampak kan yang jari Mummy Zarif tak ada inai pun..
heheh..sebabnya majlis nikah ni buat awal..
3 minggu dari tarikh kenduri..
Mummy Zarif saja la suggest kat My Lovely Mom kata nak buat akad nikah tarikh ni..
So, dengan pengetahuannya, dengan perhitungannya mengikut nama dan tarikh..
Maka, katanya tarikh ni ok sebab ari ni sejuk..
Dengan itu..berlakulah ijab kabul ni..

Nape ye kami nikah awal??!!
Sebabnya Daddy Zarif ni orang Banting..
So nak datang ke Taiping bersama kaum keluarga yang ramai agak sukar..
Kalo wat sekali ngan kenuri mesti memerlukan mereka untuk bermalam kan..
(sebenarnya nak mengurangkan rasa gabra pada pengantin laki masa nak shake hand..hehe)
Hari nikah ni, diorang gerak dari pagi..
Pas selesai semua, kaum keluarga pun balik laaa....
Hubby pun kena 'halau' balik..kihkih..
(tak baiknya kan..hoho..)
Selesai sudah satu majlis..

**Alhamdulillah..moga berkekalan hendakNya**
**AMIN**


Isnin, 7 Mei 2012

~ PETUA UNTUK SUP LEBIH PEKAT ~

Sedapnya sup kan..lebih-lebih lagi kalo sup daging..nyum..nyum..tetiba Mummy Zarif terliur lak..hehehe..
Besa kalo kita nak kuah banyak, sup mesti cair kan sebab banyak letak air.
Kalo nak wat sup jadi pekat, masukkan je kentang yang dah rebus dan lecekkannya kat dalam sup tersebut. Pastu didihkan je sampai sup jadi pekat.
Senang je kan..heheh..

~ PETUA ELAK MADU ROSAK ~


Taburkan sedikit padi pada permukaan madu yang disimpan dan pastikan ia memenuhi seluruh permukaan. Lepas tu, tutup botol dengan kemas. Elakkan daripada menyimpan madu dalam peti sejuk kerana ia akan hilang khasiatnya.

~^~ RUAM LAMPIN ~^~

Kali ini Mummy Zarif nak kongsi tentang RUAM LAMPIN. Mesti ramai bayi yang mengalaminya terutamanya bagi yang berkulit sensitifkan. Ruam lampin ni jadi kat area punggung, kemaluan, selangkang dan bahagian dalam peha.. menjadi merah dan mengalami keradangan. Kulit bayi adalah sangat sensitif dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menjadi luka merah serta mendapat jangkitan.


Gejalanya seperti tompokan kasar dan merah pada bahagian punggung, kemaluan, selangkang dan juga paha; berlaku juga lepuhan serta luka kerahan.

Ruam lampin ni akan bertambah teruk sekiranya tiada rawatan dengan terjadinya jangkitan bakteria dan kulat pada ruam, jangkitan pada saluran kencing serta ruam alahan kulit (Ekzema).

Ruam ini berpunca daripada iritasi kulit yang disebabkan oleh sentuhan berpanjangan dengan lampin yang basah berserta najis; sabun yang digunakan tidak dicuci dengan bersih; perubahan pada pemakanan bayi yang boleh menyebabkan kencing dan najis menjadi lebih iritasi dan juga alahan ataupun iritan sentuhan pada ruangan dalaman lampin.

Sebagai ibu, kita perlulah meningkatkan tahap kebersihan dalam penjagaan anak-anak dengan sentiasa menukar lampin dengan lebih kerap; menyapu krim penghadang pada bahagian yang cenderung terjadinya ruam setiap kali lampin ditukar; biarkan bahagian sulit terdedah selama mana yang boleh; gunakan lampin yang berkualiti bagi memastikan punggung bayi sentiasa kering; serta berjumpa doktor anda segera sekiranya ruam menjadi lebih teruk ataupun tidak sembuh.

Semasa menukar lampin, punggung bayi hendaklah dicuci dengan sebaik mungkin. Sekiranya bayi tidak dicuci di bawah air mengalir, gunalah bebola kapas ataupun tisu basah..(sekarangkan banyak jual tisu basah..senangkan..hehe..) Lapkan ataupun biarkan sehingga kering; gunakan krim penghadang ataupun krim perlindungan. Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin ataupun basuh dengan serta-merta. Jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari..(bagi ibu yang guna lampin laa..tapi sekarang majoriti dah guna pamperskan..mudah serta jimat masa bagi ibu yang berkerjaya macam Mummy Zarif ni..)

“Jomlah kita mengambil langkah untuk mencegah dari berlakunya ruam daripada kita merawatnya.Gejala-gejala”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s