Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Selasa, 24 Mei 2011

Shopping Ala Kadar

arini saya g shopping ngan hubby..tp rasanya hubby kot yg shopping sbb saya masih lg keja. maklum la, saya ada kerja d econsave..so hubby yg follow terus la shopping barang2 dapur. tp sekarang, x boleh dah la nk shopping barang yg jarag guna..sekarang kena amik barang yg betul2 nk guna disebabkan masalah ekonomi yg kian runcing sekarang..dgr kata lak bulan dpn minyak RON95 lak nk naik..dulu kami guna minyak RON97,tp bila dia naik semakin tinggi dah rasa x mampu lak nk guna lg..skrg tukar lak minyak RON95..ni pun nak naik lg..pasni jg la RM2.10 seliter..huhu..sume brg akan naik bila harga minyak naik..teruk betul la skrg..sambung cita sal shopping td, baru beli beras 10kg, sardin, milo, telur, kicap, sos tiram n brg dapur yg lain dah kena byr sampai RM100..kalo dulu beli brg cmni xda la smpai seratus..padahal xda la beli ikan, sayur, ayam n daging lg tu..kalo campur tu td mesti mau RM100++..hai..nk wat cmna..dah nasib kita..

Jumaat, 20 Mei 2011

Trip To Kuching

 Sangat tenang rasanya bila berada di Kuching, lebih tenang lagi rasanya berada di Kuching berbanding di Taiping..
Keadaan bandar pun sangat bersih, tidak bising..
Bila malam, keadaan jadi lengang..tak da langsung budak2 dok melepak or merempit..
Baru nak terbang dari LCCT ke Kuching
First day, kami terbang dr LCCT ke Kuching pd pukul 9.45dan sampai sana dlm kul 11.30 pg.


Sampai je kat airport kuching tu, kami sibuk mencari kereta untuk d sewa agar memudahkan pergerakan nnt..dan akhirnya, jmpa lah kaunter utk kereta sewa. Aku lak, time tu baru pregnant 2 bulan, asyik sibuk je nk mkn..mklum la, lapor je semedang..
Kalo kereta kancil sewa rm100 sehari, viva rm120 kot, kalo wira n waja lagi la..mahal sikit. Pas kami sewa kereta..ala kancil je pun..muat la utk 5 org..hehe..kami g check in dulu kat tune hotel..betul2 depan hotel hilton..kat waterfront..


Ni la keta kancil yg kami sewa

Abah dgn kereta sewaannya..

Tune Hotel tempat penginapan kami..tp kalo betul2 xda budget ok la dok sini..kami pun 1st time try hotel ni..kalo tau cmna keaadaanya, pasti hotel ni bukan pilihan kami..
pastu, dalam pukul 4, kami gerak g pasar satok..kat sini ada macam2 yang dijual..murah la sikit..dia cam pasar malam kamunting gak..cuma lagi besar n boleh la cari buah dabai, sayur lemidin, sumpit, key chain, pua kumbu, baju, beg, kasut, n macam2 lg la kat sini..jgn lupa tau singgah pasar ni kalo dgt kuching..kat sini je pun kami dok hampir 5 jam..
Malam lak, parent g jalan kat area waterfront tp saya tak ikut sebab penat sgt..hehehe..dah la tu, asyik nk mkn je..hubby beli la roti, tp xmkn pun...cian dia mencari kedai 7E di tgh mlm..

2nd day, kami gerak ke pasar pagi kat kg. serikin..
masa dlm perjalann tu, punya la susah kmi mencari kedai mkn islam..yela, sbb belum bekfast..lgpun, diorg risau gak sbb saya ni xboleh la perot kosong..hehe..tp akhirnya jmpa gak la..km pun mkn la roti canai.
Bila smpai, saya tgk pasar ni pun cam wang kelian gak la..separuh malaysia separuh thailand, tp kat pasar ni, separuh sarawak separuh kalimantan..
perjalanan dari kuching ke kg. serikin dalam sejam..kat sini pun ada jual macam2...tp jgn beli byk2 tau nnt susah nak bawa balik..hehhe..maklum la, balik pun naik flight, bukan naik keta..
lgpun, pasar ni panjang sangat..tak tau la berapa km..



Kat Kg. Serikin



Walaupun jam baru pukul 10 pagi, tapi kepanasannya dah sama cam pukul 1 tghari..huhu..panas beb..


tengahri lak, kami gerak g Santubong..wah..sungguh indah pemandangan gunung santubong..


Sekolah yg berlatarbelakangkan Gunung Santubong

Bersama Ibu Tersayang


Inilah Teman Hidupku Dunia dan Akhirat..Insyaallah..

pastu kami g tempat jual Kek Lapis Dayang Salhah kat Kg. Boyan..
my mom n hubby borong kek punya la banyak..macam nk jual..heheh..tp nasib baik, masa beli diorang dah siap bungkus masuk kotak..so, senang la nak bawa naik flight..kedai ni memang famous kek lapis..sedap gak..





Tauke Kek Lapis; Dayang Salhah yg telah berkecimpung dlm bisnes ni selama 18 thn


Pembeli boleh juga melihat cara2 pembuatan kek lapis di sini

Woowww...mcm2 jenis ada..sumenya boleh d rasa sblum membeli..rasa2 jgn xrasa..tp dah mcm makan je terus kat sini.

Malam, kami jalan2 cari makan kat seberang waterfront..kiranya dekat ngan tempat kek lapis dayang salhah la..
nak mai sini ada 2 jalan, kalo jalan dekat naik sampan tp kami naik keta sebab my mom takut nak naik sampan walaupun sungainya tak besar..
kat situ, kami makan besa je la..nasi tomato, nasi goreng tsunami, mi kolok..
masa dah kenyang, kami pun jalan2 kat tempat sampan..rupa-rupanya kat situ ada 1 kedai yang hidangkan makanan tradisional sarawak..

Ni la tempat jualnya Manok Pansoh tp sy terlupa plak nk snap gmbarnya..sejak preggy ni malas tul nk snap gmbar..
rasa rugi sangat sebab perut dah kenyang mkn kat food court berdekatan situ..(dah la tak sedap)
tp disebabkan nak try gak, so kami pun order Manok Pansoh (nyumm..nyum...ni memang sedap..), ngan sayur lemidin..ni pun ok gak..nk order kerabu ikan n umai, dah kenyang lak rasanya..so, kami try 2 ni je la..memang tak menyesal lah..
dah habis makan, kami pun berjalan2 di waterfront sambil menikmati keindahan malam..sampai kul 1pagi baru kami balik..tp jalan kat sini tak da rasa takut..walaupun saya jalan time tu ngan mom N hubby je..org sana pun sangat peramah..jumpa je mesti tegur..
last day, kami g muzium sarawak..ada berapa buah ntah..tp dekat2 je..pastu, baru la kami gerak g airport..




Menunggu flight yg x kunjung tiba..terpaksa delay 1/2 jam..penat setelah berada 3hari 2 mlm d kuching

TENSIONNYYAA

ee..rasa tensen..rasa geram je arini..igtkan time cuti arini dpt la merehatkan minda..tp ada lak umah tingkat ats ni ngah renovate..eee..dah nk pecah dh kepala ni dok dgr bunyi bising..oii, udah2 le tu, jam pun dah kul 6 ni..xreti2 ke nk stop..aarrrrgggghhhh...

Tips Daripada Pakar

Urutan lembut adalah baik untuk bayi anda. Ia dapat membantu sistem penghadaman dan juga meningkatkan berat badan bayi serta membantu dalam perkembangan fizikalnya. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur, urutan boleh membantu mereka tidur dengan lebih baik. Urutan juga membantu melegakan kolik dan sakit perut untuk kanak-kanak. Yang paling penting, mengurut bayi anda merupakan cara yang terbaik bagi kedua-dua ibu bapa untuk memupuk hubungan antara mereka dan bayi mereka. Sekiranya anda mengamalkan urutan bayi, cuba lakukannya pada waktu yang sama setiap hari supaya anak anda dapat mengenalinya sebagai rutin.
Mengurut tidak perlu lama, hanya mengurut selama 15 minit adalah mencukupi bagi setiap hari. Pastikan suhu bilik hangat sebelum bermula untuk mengurut, dan bersihkan tangan. Semasa urut, berinteraksilah dengan bayi anda dengan menyanyi, berbual-bual dan memandang matanya semasa mengurut.

Khamis, 19 Mei 2011

Alhamdulillah..Syukur Sangat..

Masuk arini genaplah 4 minggu aku pregnant...sungguh  sangka..akhirnya.. penantian aku dan hubby berakhir. Sebelum ni, macam-macam di dalam fikiranku..kenapa aku still  tak pregnant lagi..? ada masalah ker? nak jumpa siapa? nak amik ubat apa? tapi dalam perancangan untuk mencari itu sume, alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga hamil..yang bestnya, masa mula-mula tau hamil, hubby macam tak da respond je..mungkin terkejut agaknya dan mungkin  tak percaya.

Yela, usia perkahwinan kami sudah menjangka 2 thn. So, masa nak pergi check-up dan scan..time tu aku tengok hubby..ntahla..susah nk kata..bila kami tengok jantung si kecil ni sudah berdegup..sooo excited..rasa macam nak tengok je perkembangannya setiap masa..tapi yela, scan ni kan mahal..mana mampu..huhu..

Hope sumenya selamat.. tak sabar nk menanti kehadiran si kecil ni..


**mungkin kewujudan blog ni pun menjadi petanda bahawa diri ini dah hamil..wallahualam.

Rabu, 2 Mac 2011

Bayi Pramatang Anda

<!--[if !supportLists]-->1.       Bayi dilahirkan dengan beberapa cabaran yang tersendiri. Anda barangkali akan terkejut jika bayi anda akan lahir dengan lebih awal berbanding tarikh yang dijangkakan. Tambahan pula, akan perlu membiasakan diri untuk menjadi seorang ibu bapa dan mempunyai bayi yang dilahirkan kecil malah tidak sihat.
Cecair amniotic yang memberikan perlindugan kepada bayi anda dan menyambungkan tali pusat kepada sistem sokongan hidup dapat memastikan bayi anda kekal selamat dan selesa di dalam rahim ibu dalam lingkungan 37-40 minggu. Akan tetapi, hampir 12% bayi akan lahir ke dunia dengan lebih awal malah kadang kala sebelum minggu ke-37 dan masa di mana bayi akan dikenali sebagai cukup tmpoh.

a. Tingkatkan kesihatan bayi anda sblum mereka dilahirkan.
Walaupun terdapat pelbagai peningkatan dalam penjagaan neonatal, bayi pramatang masih lagi berisiko terhadap kesihatan mereka. Ianya merupakan punca penyebab kematian pada bulan pertama kelahiran mereka. Walaupun doktor dapat menolong menyelamatkan bayi yang pra matang, bayi yang lahir tidak cukup bulan akan bergelut dengan masalah kesihatan dalam masa yang sangat lama. Akan tetapi, terdapat beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengurangkan risiko kelahiran pra matang.

LANGKAH 1

Lakukan pemeriksaan pra konsepsi
* jika anda merancang untuk hamil, berjumpalah doktor  anda dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan jika terdapat sebarang masalah kesihatan yang boleh memberikan kesan kepada kehamilan pada jangka masa yang panjang. Kenali faktor risiko termasuk diabetes, anemia, tekanan darah tinggi, hypothyroidism, obesity, STD dan jangkitan saluran air kencing. Dapatkan rawatan sebelum anda cuba untuk hamil.

LANGKAH 2

Amalkan penjagaan pra natal yang baik
*Pastikan anda mengikuti perjumpaan dengan doktor anda, makan dengan baik dan bersenam. Jika anda hamil selepas berusia 35 tahun atau sebelum 17 tahun, kandungan anda perlulah dipantau dengan lebih kerap.

LANGKAH 3

Jauhi daripada rokok atau penggunaan dadah.
*Apabila wanita merokok atau menggunakan dadah, mereka adalah lebih cenderung untuk melahirkan bayi pra matang. Oleh itu berundinglah dengan doktor anda tentang ubat-ubatan yang anda ambil jika anda cuba untuk hamil atau sedang hamil.

LANGKAH 4

Elakkan daripada stress
*Stress yang berterusan boleh meningkatkan risiko kelahiran pra matang. Yoga, meditasi dan berjalan boleh menolong anda untuk bertenang.

LANGKAH 5

Kenali tanda-tanda kelahiran pra matang anda
*Jika anda merasai bahawa terdapat kontraksi yang kerap berlaku (dalam masa 10 minit atau kurang), pendarahan faraj dan pembuangan cecair, sakit bahagian bawah belakang, kekejangan yang terasa seperti sakit haid, hubungilah doktor dengan segera. Waktu bersalin kadang kala boleh dikurangkan dengan peggunaan ubat-ubatan malah bebrapa hari tambahan di dalam rahim boleh mmberikan banyak perbezaan kepada bayi anda.



Adakah bayi pra matang anda nampak sama?

Bayi yang dilahirkan awal terutama sekali mereka yang lahir sebelum 28 minggu gestasi jarang sekali mempunyai rupa yang sama seperti bayi yang lahir ckup bulan. Di sini terdapat beberapa perkara yang anda boleh jangka jika bayi anda lahir pra matang.


a. Bayi yang lahir pada 24-28 mgu (tidak matang)
Bayi tersebut akan kelihatan sangat kurus dan kepalanya kelihatan lebih besar berbanding badannya. Ini kerana, bahagian luar kulit mereka masih lagi belum berkembang. Oleh itu, mereka akan kelihatan sedikit lut cahaya dan merah jambu. Rambut yang lembut seperti bulu pic akan menutupi anggota badan dan badan mereka. Rambut ini akan melindungi kulit bayi di dalam rahim dan akan hilang dalam masa 6-8 minggu. Jika mereka dilahirkan sebelum 26 minggu, matanya akan kekal tertutup untuk bebrapa hari selepas lahir.

b. Bayi lahir pada 28-32 minggu (kurang matang)
Bayi tersebut akan mempunyai rupa seperti bayi baru lahir yang lain, akan tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan otot untuk membengkokkan tangan dan kakinya kepada posisi janin klasik. Sebaliknya, mereka akan melanjutkan anggota badan ke tepi semasa berbaring ke belakang. Oleh kerana deria penglihatan merupakan sistem deria yang terakhir untuk matang, mereka akan mengalami kesukaran untuk memfokuskan objek yang jauh daripada muka mereka.

c. Bayi lahir pada usia 32-37 minggu (pra matang)
Bahagian luar lapisan kulit sudah hampir berkembang pada peringkat ini. Oleh itu, bayi tersebut akan kelihatan seperti bayi cukup bulan akan tetapi kelihatan sedikit kecil. Mereka sudah cukup kuat untuk menggerakkan satu jari. Walaupun bayi telah melalui ambang di mana hampir semua bayi pra matang boleh hidup, mereka masih lagi perlu berada di unit penjagaan rapi neonatal (nicu) untuk memastikan paru-paru, suhu badan dan segala tanda-tanda berbahaya adalah stabil.


Timbang berat bayi anda

Purata bayi yang cukup bulan ialah 7-8 kg semasa lahir. Sementara bayi yang sangat pra matang ‘micro preemies’ akan mempunyai berat badan kurang daripada 1kilo. Kebanyakan bayi pra matang akan berada di antara berat badan ini. Di bawah merupakan purata berat badan bayi pra matang:
       
                              MINGGU                          KILO
                                    22                                  1.3
                                    24                                  1.8
                                    26                                   2
                                    28                                  3.3
                                    32                                  4.9


Peluang untuk hidup

Seorang bayi adalah bayi pra matang jika mereka dilahirkan sebelum minggu ke 37, bayi yang kurang matang lahir sebelum minggu ke 32, dan bayi yang tidak matang lahir sebelum 28 minggu. Risiko komplikasi dan masalah kesihatan akan kekal tinggi akan tetapi statistik untuk terus hidup bagi bayi pra matang telah meningkat sejak 20 tahun yang lalu. Kadar ini akan berbeza tetapi anda boleh menjangkannya dalam purata kasar.

                      USIA GESTASI                        PELUANG UNTUK HIDUP
                         22 minggu                                                  23%
                         23 minggu                                                 40%
             24 minggu                                                 56%
             25 minggu                                                 80%
             28 minggu                                                 92%
             30 minggu                                                 95%
             32 minggu                                                 98%

Rabu, 23 Februari 2011

ADHD- Ubat itu berkesankah?


Setiap ibu bapa yang mempunyai anak ADHD atau anak yang hiperaktif pastinya akan tertanya-tanya adakah pengambilan ubat-ubatan boleh membantu? Kajian yang telah dilakukan baru-baru ini menunjukkan hasil yang positif. Ubat boleh mendatangkan sedikit perubahan positif dalam diri anak anda. Para penyelidik di University California telah mendiagnosis 600 kanakkanak yang mengambil ubat-ubatan (seperti adderall, concerta dan ritalin) mampu mendapat markah yang lebih tinggi dalam ujian akademik mereka berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil ubat-ubatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
y
b
a
b
e
v
o
l
e
i
z
h
s