Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Isnin, 27 Oktober 2014

Kenali Jerawat Anda

Semoga para pembaca sentiasa ceria dan sihat disamping keluarga tercinta dan berada didalam lindungan RahmatNya.
Anda pernah mengalami jerawat??
Teruk ke tak?
Jerawat batu atau jerawat pasir?
Kerap atau jarang-jarang?
Haaa...mesti anda semua pernah dinaiki jerawat kan. Tipulah kalau tak ada yang tak pernah tu..kecualilah bayi dan mereka yang masih belum sampai akil baligh kerana hormon masih stabil. Tapi bila dah cukup umur..automatik jerawat akan menghantui anda. 
Macam Noor sendiri, alhamdulillah memang tak ada masalah kulit sejak dari kecil. Malah ruam pun tak pernah mendekati kulitku..cewaahhh..ini gara-gara semasa hamil, ibuku amat gemar makan limau. Haaa..kan..maklumlah anak sulong. Jadi, memang ikutlah agar anak mendapat khasiatnya. Terima Kasih pada ibuku tersayang..mmmuuuuaaahhh...
Oleh sebab itu, jerawat hanya datang dan pergi saja dalam kamus hidupku..keskes..
Time 'kawan baik' datang, dia pun timbul..kekadang satu dua je..kekadang jerawat pasir..lepas tu dah tak de..eh, eh..melalut dah Noor ni..
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
 Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Whitehead

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di mana bahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menunjukkan jerawat jenis Blackhead

Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
 Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang serius

Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.
Gambar adalah ehsan daripada encik Google menukjukkan Jerawat yang kronik



Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Namun, ianya adalah tidak benar. 
Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
> Sejenis penyakit kulit yang kronik.
> Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
> Terjadi di dalam lapisan kulit.
> Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
> Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
> Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
> Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
> Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
> Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
> Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
> Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.
Noor harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung.
Anda boleh mengambil Set Resdung Shaklee ataupun Set Kecantikan jika ingin mengatasi masalah ini.
Jom amalkan gaya hidup yang sihat.


Sebarang pertanyaan boleh sms/ wasap/ wechat ye.

Noor
013.243.4729



psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET RESDUNG <<<

ATAU

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...