Untuk order, SMS/WASAP/WECHAT KE 013-243 4729

Welcome


Khamis, 16 Oktober 2014

Breastfeeding dan Hehamilan

Selamat Petang Buat Para Pembaca yang Budiman,

Semoga anda sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Yang Maha Esa.

Pernah tak anda mendengar atau sering kali mendengar kenyataan yang menyusukan anak boleh menjarakkan kehamilan??

Anda rasa ianya benar ataupun tidak?

Noor rasa ramai yang keliru dan menganggap bahawa kenyataan ini benar. Asalkan ibu masih menyusukan anak, tak kiralah berapa kali dan kerap pun..si ibu tidak akan hamil. Malah ada yang beranggapan jika anak sudah berusia dua tahun jadi hentikan pemberian susu ibu padanya kerana nanti ibu tidak boleh hamil ataupun sukar untuk hamil.

Satu perkara yang haru difikirkan ialah teknik penyusuan itu. Jika cara penyusuan itu tidak betul dan sempurna manakan manfaat untuk menjarakkan kehamilan itu akan dinikmati.

Jadi, bagi menjarakkan kehamilan ramai para ibu mengambil pil perancang yang sudah tentulah memberi kesan sampingan. Lebih baiklah merancang kehamilan secara semulajadi.



Lactational Amenorrhea Method (LAM)



Apa itu LAM?

Situasi di mana seseorang ibu menggunakan kaedah menyusukan anak iaitu hanya dengan susu badannya sendiri tanpa menggunakan alat atau ubat-ubatan bagi mencegah kehamilan yang lain.
Ia merujuk kepada suatu jangkamasa ketidaksuburan bagi wanita yang baru melahirkan anak apabila wanita itu masih lagi tidak kedatangan kitaran haidnya dan menyusukan anak dengan susu ibu.

Keberkesanannya dikatakan sebanyak 98-99.5% jika memenuhi kriteria berikut:
> bayi yang dilahirkan masih berusia enam bulan dan kebawah
> Ibu masih belum kedatangan haidnya
> Ibu menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa campur dengan susu lain



Carta Keberkesanan Penggunaan Pencegah Kehamilan

Carta menunjukkan bahawa jika seorang ibu menggunakan kaedah LAM ini kadar peratusan untuk hamil adalah rendah jika dibandingkan dengan kaedah penggunaan kondom. Oleh itu, rancanglah kehamilan anda dengan cara yang lebih selamat.



Bagaimana Cara Yang Betul?

Sebenarnya cara ini hanya berkesan jika bayi berusia kurang dari enam bulan, ibu belum datang haids dan anaknya diberikan susu ibu secara eksklusif. Ini bagi mengelakkan ibu mengandung selepas habis tempoh berpantang.

Bagi ibu yang masih menyusukan anaknya dan ingin hamil tidak perlu risau kerana ianya adalah proses sementara saja. Selepas si ibu kedatangan haids secara umumnya dikira subur semula.
Kaedah semulajadi adalah yang selamat.

Namun begitu, masa untuk menjadi subur semula adalah berbeza mengikut hormon seseorang. Ia bergantung pada cara ibu bertindak semasa menyusukan anak. Semakin kerap ibu menyusukan anaknya dalam sehari maka semakin berkesanlah cara ini.

Satu kajian menunjukkan bahawa ibu yang dipisahkan daripada anak yang baru dilahirkan walaupun anaknya diberikan susu ibu (EBM) selama enam bulan..si ibu tetap mempunyai kadar risiko kehamilan sebanyak 5.2% sepanjang enam bulan pertama selepas bersalin.

Penyusuan yang membantu menjarakkan kehamilan adalah bersifat ekological iaitu:
> berikan susu badan sahaja
> tidak memberi puting plastik (pacificer)
> menyusukan bayi sekerap mungkin
> menyusukan bayi dengan posisi berbaring
> mendakap bayi dengan lebih rapat


Dengan cara ini, manfaat menjarakkan kehamilan dapat dirasakan.

Risiko untuk hamil adalah zero dalam masa tiga bulan pertama, kurang dari 2% antara 3 ke 6 bulan, sebanyak 6% pula selepas 6 bulan dengan syarat haid belum datang.

Secara purata kitaran haid akan datang selepas 14.6 bulan dari tempoh tarikh kelahiran.

Walaupun begitu, si ibu akan mengalami kelewatan kesuburan untuk beberapa kitarannya.

Kitaran pertama adalah sebagai tanda peringatan bahawa ibu sudah boleh hamil.

Masa yang di ambil oleh seseorang wanita untuk subur adalah berbeza dan bergantung kepada keadaan kelenjar ovarinya.



Hentikan Penyusuan untuk Hamil Semula??

Tidak ada sebab untuk si ibu menghentikan penyusuan untuk hamil kerana ia adalah sesuatu yang biasa dan hanya bersifat sementara. Ketidaksuburan dan kesukaran untuk hamil adalah disebabkan masa peralihan saja. Selepas enam bulan dari tarikh kelahiran, peluang untuk hamil semula bertambah tinggi walaupun si ibu masih menyusukan anak.

Tetapi ada juga si ibu yang telah hamil walaupun menyusu bayi yang berusia bawah enam bulan. Hal ini disebabkan keadaan wanita itu sendiri yang subur dengan cepat. Setiap ibu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Oleh itu, jika anda ingin menjarakkan kehamilan dalam masa enam bulan..anda hendaklah meluangkan masa untuk menyusu dan menjaga bayi sekerap yang mungkin seperti yang telah diterangkan.


Jika anda inginkan Set Penyusuan Shaklee bagi membantu menghasilkan susu, boleh hubungi Noor ye.


SMS/ Wasap/ Wechat
Noor
013.243.4729




psssstttt.......nak order ONLINE pun boleh..tapi pastikan anda ada Debit/Kredit Card dulu ye.

Klik link ini >>> ORDER SET PENYUSUAN BAJET <<<

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...