Noor harap para pembaca semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan berada dibawah lindungan Allah s.w.t. Moga kita semua sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan diberikan kekayaan serta dipermudahkan dalam apa jua urusan yang dilakukan. Amin..
Infused Water atau lebih dikenali Spa Water adalah air putih yang diberi tambahan dengan beberapa bahan sebingga air tersebut menjadi lebih berasa, beraroma dan bermanfaat tentunya. Buah-buahan tertentu yang dimasukkan ke dalam air dipercayai akan melepaskan sari-sarinya ke dalam air tersebut. Selain itu, infused water juga mempunyai effect yang segar kerana mengalami proses pelarutan khasiat dari buah.
UUniknya infused water ini, ia tiada had untuk buah tertentu..jadi silakanlah membuat kombinasi mengikut selera anda ye. Kebiasaannya buah yang digunakan adalah berjenis acid dan bukan yang manis seperti starwbery, kiwi, nenas, belimbing, mangga, lemon, kiwi, daun pudina dan macam-macam lagi.
Kelebihan infused water ini ialah:
- Mengurangkan rasa mengantuk dan tidak bersemangat lagi-lagi di waktu tengahari.
- Popular dalam menurunkan berat badan tapi perlu minum secara konsisten dan paling penting minuman ini mampu meningkatkan metabolisme kita.
- Membantu menyahtoksinkan dalam badan kita.
- Menyegarkan kita jika tengah 'bad mood'.
- Sudah tentu mengenyangkan dan air juga banyak diperlukan dalam seharian kita.
- Dapat kebaikan dari buah yang diletakkan dalam air.
Kombinasi yang anda boleh buat dalam menghasilkan infused water kegemaran ramai:-
>>> Teh Hijau + Daun Pudina + Limau
Untuk pembakaran lemak, penghadaman, meredakan sakit kepala, mengatasi kesukaran untuk membuang air besar, untuk penyegaran nafas.
>>> Lemon + Oren + Limau
Pencernaan Vitamin C, meningkatkan pertahanan imun, pedih ulu hati (diminum pada suhu bilik)
>>> Strawbery + Kiwi
Kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, menurunkan kandungan gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman
>>> Timun + Limau + Oren
Mengatasi kembung perut, mengawal selera makan, penghidratan, menjaga kesihatan pencernaan
Namun begitu, anda boleh juga membuat kombinasi mengikut kesukaan anda, tidak perlulah ikut seperti kombinasi yang Noor bagi ni..ia sebagai cadangan saja.
Jika anda dah buat, share lah ye dengan Noor di sini..mesti anda ada idea lebih hebat bagaimana nak hasilkan infused water ajaib.
Jom amalkan gaya hidup yang sihat bersama Noor
Noor
013.243.4729
Promosi Oktober
Mealshake beli 3 dapat 4
ESP beli 6 dapat 7
013.243.4729
Promosi Oktober
Mealshake beli 3 dapat 4
ESP beli 6 dapat 7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan